Pagi2 dalam pukul 7.30 kiteorang dah check out dari
hotel. Kereta sewa sebelah malam, owner
dah hantar. Pagi tu kiteorang terus keluar untuk gerak ke Kundasang.
Kiteorang sewa kereta
Viva auto je dekat sana. Rm 90/ day. Kiteorang sewa untuk 2 hari setengah, ada
diskaun sikit, so bayar RM 220 je untuk 60 jam sewa. Untuk kereta sewa dekat sana, kiteorang dah
booking siap2 sebelum datang lagi. Boleh contact Encik shahril untuk sewa kereta.
Ni nombor dia 012-8221685
Macam mana nak ke kundasang
dari Kota kinabalu?
Korang tak perlu risau. Jalan nak ke sana mudah je. Korang
boleh pakai waze. Takpun ikut je signboard. Banyak signboard dekat sana. In sha
Allah takkan sesat. Perjalanan dari kota kinabalu ke kundasang lebih kurang 2
jam je. Boleh ikut signboard ni dari kota kinabalu kalau nak ke Kundasang.
TUARAN > TAMPARULI > PEKAN NABALU > KINABALU PARK > PEKAN
KUNDASANG
Ini kalau sampai pecan
kundasangla. If nak ke Ranau kena ke atas lagi. Lebih kurang 20 minit dari
pekan kundasang akan sampai ke pekan Ranau.
Rumah Terbalik
Tamparulli
Ok..Dari Kota kinabalu, sebelum
sampai ke kundasang, kiteorang singgah di Tamparulli dulu. Dekat Tamparulli ni
tempat yang boleh kita melawat, rumah terbalik & jambatan Tamparulli.
Kiteorang just pergi Rumah Terbalik Tamparulli je dekat sana. Senang je lokasi
rumah terbalik ni. Betul2 tepi jalan. Dalam waze pun ada (upside down house) ,
signboard nak ke rumah terbalik ni pun ada.
Harga Tiket dewasa RM 10.60 ( termasuk Gst) / seorang
Dekat sini, kita just dibenarkan
untuk ambik gambar luar kawasan rumah je. Dalam rumah dilarang sama sekali
untuk menjaga hak milik rumah ni rasanya. Best jugak dekat sini sebab semua
benda terbalik. Hihi….Ok. Ni gambar kiteorang dekat rumah terbalik Tamparulli.
PORING HOT SPRING
Lepas ke Tamparulli, kiteorang
teruskan perjalanan ke Ranau. Tapi sebelum sampai ranau, memang kena lalu Pekan
kundasang. Hihi.. Jarak poring hot spring dari kundasang lebih kurang 45 minit
perjalanan.
Dari roundabout pekan kundasang
staright je. Lepas sampai pekan Ranau, akan jumpa lagi satu roundabout. Dari
situ pun jalan straight. Ikut signboard
JALAN RANAU-SANDAKAN > JALAN LOHAN-BONGKUD > JALAN PORING ( ke
kiri) > PORING HOT SPRING & NATURE RESERVE
Nak lagi senang, guna waze je.
Tapi in case waze problem or takde coverage ke apa, boleh la guna nama2 jalan
ni sebagai panduan.
Harga Tiket untuk masuk ke Poring Hot Spring RM 3/ seorang
Laluan masuk ke sini dari kaunter bayaran tiket kena berjalan kaki sikit sebab lokasi dia dekat dalam. Lepas tu akan melalui kawasan sungai berbatu ni. Hihi..
Kolam air panas dekat sini yang
public takde extra charge. Ada banyak pondok2 kecil disediakan. Boleh mandi
dekat situ.
Ni kawasan kolam air panas terbuka. |
Kalau nak lebih privacy boleh sewa bilik khas ala2 chalet tu. yang ni tempat bertutup.
Harga sewa bilik untuk mandi air panas : RM 15/ sejam
Kiteorang sewa jugak chalet sebab
segan nak rendam kaki @ mandi dekat luar. Huhu…Lagipun dalam tempat tertutup lebih
privacy. Hihi..lebih selesa untuk
mandi air panas. Lepas tu ada toilet sendiri. Senang tak perlu nak ke public
toilet if nak tukar baju ke apa. Best berendam dengan air panas ni. Suhu dia
kita boleh control sebab ada paip untuk air panas ( natural punya air panas),
satu lagi paip air biasa. Pandai2 la adjust nak suhu macam mana.
kolam air panas indoor semua dalam bilik2 dekat belakang tu. |
Bahagian dalam |
Besar jugak kolam dia |
Oh ya, selain kolam air panas,
dekat sini korang boleh jugak jalan-jalan ke Titian Kanopi Poring. Jalan kaki
dalam 15-20 minit untuk sampai ke sana. Kiteorang tak pergi pun sebab susah
sikit bawak baby. Tak silap bayaran masuk untuk titian kanopi poring ni RM 3
seorang. Best jugakla suasana dekat Poring ni. Macam dalam hutan. Rasa udara
fresh je. Tapi kalau time weekend orang ramai jugakla.
Kiteorang makan tengahari dekat
kedai makan depan poring hot spring ni. Ada kedai makan islam. Tapi time tu ada
satu kedai makan islam je bukak. Yang satu lagi tutup. Harga agak mahal la.
Mungkin sebab kawasan pedalaman sama. Rasa pun lain sikit dari kebiasaan
makanan dekat semenanjung Tapi cukuplah untuk alas perut.
SPA IKAN TAGAL
Spa ikan tagal ni antara tempat
yang femes & wajib pergi kalau datang ke ranau. Boleh rasa spa kaki secara
“natural”. Jarak nak ke spa ikan tagal
ni dari poring hot spring lebih kurang 30 minit. Kalau guna waze boleh search “
Tagal fish spa kampung luanti”. Lokasi dia dekat-dekat dengan jalan nak ke
sabah tea. Tapi spa ikan tagal ni bahagian depan.
Boleh ikut jalan Ranau-sandakan
sampaila ke sabah tea educational holiday. Kemudian, korang akan Nampak
papan tanda Tagal Sg. Moroli Fish spa
Kampung Luanti. Lokasi dia boleh Nampak dari tepi jalan je.
Jalan masuk ke spa ikan tagal |
Nak beli tiket kena berhentikan
kereta & beli dekat bahagian depan.
Waktu operasi:
Isnin – Ahad ( 8.30 pagi – 5 petang)
Harga Tiket untuk rendaman kaki : RM 5 / seorang
Masa : 15 minit sahaja
Makanan Ikan ; RM 0.20 / sebungkus
Kalau nak mandi, harga lain tau. Tak ingat
berapa ringgit. Lepas beli tiket baru boleh bawak kereta masuk ke dalam. Dekat
sana, memang banyak tempat parking. Ada jugak deret kedai yang jual makanan
ringan, buah potong & air.
Lepas beli tiket, tiket tu kita
kena bagi dekat kaunter spa ikan tagal ni. Kena tunggu turn untuk masuk. Memang
kawasan nak ke sungai yang ada ikan2 tagal tu berpagar. Tak boleh masuk macam
tu je. Sebab diorang tutup pagar tu. Diaorang bagi masa 15 minit je untuk
berendam kaki. Setiap orang ada nombor masing2. Kalau dah cukup 15 minit
diorang akan inform yang masa kita dah habis. So..silalah keluar. Hihi…rasa
diorang buat macam ni sebab tak nak orang ramai sangat kot dekat dalam tu.
Mula2 tengok ikan tagal ni terus,
“mak ai..gedabak besar.”. Hahaha..rasa takut gila nak bagi kaki untuk digigit.
Huhu..Boleh kata hampir semua orang dekat situ takut2 nak masukkan kaki dalam
air. Risau o..nak biar kaki ikan gigit. Huhu...Tapi sebab ni first time datang.
Dan bukan selalu pun akan datang, so kena try! Menjerit jugakla mula2 sebab rasa geli ya amat ikan duk serbu dekat
kaki. Hahaha…geli rasa masa Kena gigit. Lama2 ok. Rasa dia macam kena cubit2 macam tu. Tapi serious
best!! Husband saya lambat sikit nak masuk dalam air sebab takut. Sampai
kesudah dia main kot tepi je. Kihkih..Fayyadh ok. Excited. Tapi idokla saya
bagi ikan gigit kaki dia. Kecik lagi. Acah2 kaki kasi dia tengok ikan je. Lepas
tu sama2 bagi ikan makan. Hihi..happening sikit suasana dalam ni sebab asyik
dengar orang menjerit takut la. Dengan orang menyakat mengusikla. Hihi..
Hati2 dengan ikan keli. sebab dalam ni ada jugak ikan keli yang saya jumpa seekor dua. Huhu.. |
KUNDASANG
Lepas berseronok berendam kaki
dekat spa ikan tagal, kiteorang terus balik ke kundasang semula. Check in hotel
dalam pukul 3 lebih macam tu. Dekat
kundasang kiteorang stay dekat Mount kinabalu heritage resort & spa. In sha
Allah pasal review semua hotel yang kami stay masa dekat sabah ni,
Jambatan ke chalet kiteorang. Atas bukit |
Our room |
saya akan
review dekat entri lain. Bila masuk je bilik terus kepenatan. Haha….mehla
rehat. Kiteorang makan biskut dan roti je petang tu. Air memang dah bawak yang
3 in 1 je. So, makan itu saja. Malam baru kiteorang keluar makan dekat pekan
kundasang. Dekat je pekan kundasang dari hotel kiteorang stay ni. Dekat sini
ada KFC. So, makan kfc je. Senang. Hihi..Dekat pekan kundasang tak banyak kedai
makan tau. Lepas tu kena tengok jugak kedai makan islam or tak. Tapi kalau
korang rajin, boleh drive ke pekan ranau
untuk makan. Sana pekan besar sikit dari pekan kundasang ni. Tapi kiteorang pilih makan kfc je. Senang.
Hihi..
Makan nasi KFC je. Hihi.. |
Suasana dekat kundasang waktu
malam lagi bertambah sejuk dari siang. Tambah2 time kiteorang datang petang tu
hujan. Tidur malam memang kena bersweater dan berstokin.Kalau bawak baby
pakaikan diorang stoking dan baju tebal masa tidur. Macam saya, biar je Fayyadh
tidur bersweater. Lepas tu balut lagi dengan selimut. Hihi..Suhu memang sejuk. Memang
selesa & lena jer tido. Rasa, tahap sejuk dekat sini Ikut ketahanan badan
jugakla. So far kiteorang ok je dengan suhu dekat sini. Maybe sebab dah prepare
awal. Siap bawak cream panas lagi takut kalau2 tak tahan sejuk. Hihi… Best
sebab sejuk2 dengan rasa udara fresh. Kundasang ni pekan dia tak membangun
macam dekat Cameron highland. Memang kecik je pekan dia. Takde pembangunan
sangat. sebab tu keindahan &
kehijauan dia masih lagi dipelihara.
View gunung kinabalu di malam hari |
Bestnyer..vnyk gak tempat imah singgah sebelum sampai..
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum...
Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah
1. Viva RM90
2. Myvi RM120
3 Saga RM120
4. Alza RM140
5. Exora RM150
6. Avanza RM170
7. Vios RM180
8. Urvan RM230
Homestay RM100.00 semalam
Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
0129600702 (Whatsapp)
Salam wbt ..
ReplyDeleteHi ... boleh Tanya sikit ... saya berminat nak stay di hotel ni bila di Kundasang nanti... cuma nak Tanya awak .. Saya akan bawa parents sekali (60++), kalau saya ambil chalet ni Ok x?
Mak ade sakit lutut sikit ... kalau ambil chalet yang paling bawah, still kene climb stairs jugak kan?
Challet nya besar x untuk adult 5 orang?
Thanks ye .. :)
-Nazirah-
Kalau stay hotel ni if duduk bawah ok. Tak tinggi sgt nk pnjat tangga. Dia ada jambatan gantung dari main block nk ke chalet. Bilik dia tak besar sgt.kecil saja. Sesuai utk 2-3 org. Klu 5 org sy rasa better ambik 2 bilik.
Delete