Dah 3 kali Fayyadh kena tahan wad. Semua punca yang sama.
Muntah-muntah. Lama nak menulis pasal ni. Tapi bila sampai kali ke-3 Fayyadh
admitted baru saya berkesempatan nak menulis.
First, dia admitted masa masih dalam pantang. Bagi susu je
muntah, susu je muntah. Bukan sikit tapi banyak. Sampai saya naik takut nak
bagi dia minum susu. Kalau tak bagi, takut dehydrate. Malam2 terus bawak gi
emergency Hospital Jitra, kedah. Doktor check, semuanya ok. Siap kena buat
x-ray lagi. Kesian sebab anak baru belasan hari dah kena buat x-ray. Huhu….ada
jangkitan kuman sikit dekat paru2 dia tapi sikit sangat. Dr cakap tak bahaya sebab sikit sangat. Kena
tahan dekat hospital 2 malam untuk diorang pantau. Sepanjang dekat hospital
Alhamdulillah dia takde muntah2. Masuk hospital terus ok je Fayyadh ni. Suka
duduk hospital kot. Huhu.. Sebabkan doctor check semua ok, so boleh discharge.
Ni gambar masa umur Fayyadh belasan hari. First time warded sebab muntah2. Lain kan muka dari sekarang? Time ni ada kuning sikit.
Second, masa umur dia 9 bulan lebih. Sama jugak. Sebab muntah2.
Huhu…Sampai sekarang saya takut kalau Fayyadh start muntah2. Minum or makan apa
je muntah. Minum susu muntah. Orang cakap kalau anak muntah jangan bagi susu.
Tapi bagi air masak pun sama, muntah jugak. Muntah sampai pucat2 muka. Tak
bermaya. Tapi takde demam or cirit birit. Memang takut. Gigil2 badan saya ni. Nangis tengok keadaan anak. Sampai
naik lembik. Cepat2 bawak pergi hospital. Kena tahan wad. Alhamdulillah…dia tak
dehydrate. Time ni semalaman je dekat hospital. Doktor ambik sample darah,
urine dengan najis dia buat test. Masa ni dapat detect ada infection dalam
urine dia. Lepas tu doctor buat scan jugak dekat Fayyadh. Nak check system
badan dia. Bahagian buah pinggang semua nak tengok ada tak yang tak normal. Salah
satu punca anak muntah ada kaitan dengan saluran dekat buah pinggang. Saya
teringat dulu masa pregnant dekat Fayyadh pernah buat details scan. Time tu
semua normal, tapi tak tahula kalau ada yang tak normal yang terlepas pandang.
Setuju je bila doctor nak buat scan. Alhamdulillah, hasil scan semua normal.
So, puncanya adalah urine infection. Rasa bersalah dengan diri sendiri sebab mungkin tak jaga Fayyadh perfect. Mungkin persekitaran, mungkin ada yang tak kena dengan makanan dia. Huhuhu..rasa bersalah sangat sebagai ibu (T_T). Rasa down ya amat masa tu. Huhu… Tapi doctor terangkan adanya infection (bakteria tak baik dalam air kencing) bukan semata-mata sebab tu. Ada sebab lain. Sebenarnya bakteria tu memang dah sedia ada dalam badan. Tapi kadang ada faktor yang menyebabkan tiba2 bakteria tu jadi jahat. Terus sedarkan diri balik. Ni ujian Allah. Kalaupun kita dah jaga anak sehabis baik, dah protect semampu boleh, kalau nak sakit tu bukan semuanya salah kita. Sakit tu ujian untuk kami. Saya keep positive je pasal ni. Mungkin ada hikmahnya.
So, Fayyadh kena on antibiotic untuk 5 hari. First antibiotic ambik result failed. Bakteria tu still ada. Malah, macam lagi kuat pulak. Huhu… Doktor tukar lagi antibiotic. Masa ni memang berdoa sangat2 yang bakteria tu mati. Sebab ada sikit je antibiotic yang ada untuk lawan bakteria ni. Kalau still failed, last cara kena admit sekali lagi untuk seminggu dalam ward untuk on antibiotic yang lain pulak. Drip masuk terus dalam badan. Huhu…Alhamdulillah…second antibiotic tu berjaya. Bakteria tu dah mati. Syukur sangat2. Berulang alik kiteorang setiap minggu ke hospital jumpa doctor masa tu. Rasa nervous jangan cakap la. Tiap kali masuk bilik doctor mesti takut nak tau result. Tapi Alhamdulillah..semua ok.
Muka happy je budak kecik ni masuk hospital. Tiap kali masuk hospital, terus hilang muntah2. Sampai sekarang mama pelik. Suka duduk hospital agaknya. Hihi..
Third, baru2 ni. Last week. Fayyadh muntah2 lagi. Allah…..kadang
hilang punca rasa. Sebab memang dia jenis kalau ada tak kena sikit, muntah. pelik sebab dari hari sabtu masa dia start muntah tu memang takde makan luar ke apa. Dan dia makan semua yang biasa dia makan. Lepas tu muntah saja, takde cirit birit. Cuma kali ni sampai dah masuk hari ke-2 still
tak ok. Sebab dia tak nak makan. Nak minum je. Tapi kalau minum pun muntah.
Minum air masak pun muntah. Bukan sikit. Banyak. Tengah tidur pun boleh tiba2
muntah. sampai habis basah satu badan. Sayu hati ni Allah je tahu. Takut kalau jadi apa2 dekat Fayyadh.
Mintak2 sangat takde benda yang serious. Pukul 12 tengah malam terus bawak
Fayyadh gi bahagian emergency dekat hospital. Patutnya kena tahan wad malam tu
even doctor cakap dia tak dehydrate. Tapi sebab takde doctor pakar malam tu,
kiteorang mintak nak bawak dia balik. Esok pagi2 datang hospital semula. Pagi
isnin tu dia still muntah before pergi hospital. Lepas jumpa paed pun muntah
lagi. Kena tahan wad untuk dipantau. 3 hari 2 malm jugak berkampung dekat sana.
Kena masuk air sebab dia dah dehydrate sikit. Kesian anak..huhu. Memang tak
sanggup nak tengok masa kaki dia kena cucuk jarum untuk ambik darah &
masukkan air. Sebab kalau nak cucuk dekat tangan, cari urat memang tak nampak. Terpksa
masukkan air dari kaki. Masa warded, macam2 test diorang buat dan semuanya result ok.
Virus saja. Tapi tak tahu dari mana punca virus sebab kalau dari makanan, dia
kena food poisoning mesti dah cirit birit sekali. Tapi Fayyadh muntah saja.
Masuk hospital baru perasan dia cirit sikit. Tupun sekali dua je saja sehari. Tak lebih dari 3x.
Dari hari first dia muntah sampaila hari ke-4 memang lemah
je. Tak bermaya. Nak tidur je. Masuk hari ke-5 baru ok sikit. Tupun tak nak
makan. Nak minum saja. Alhamdulillah…senang jaga Fayyadh dekat hospital. Takde
nangis or merengek sangat. Cuma susah sikit nak bergerak sebab kaki dia berbalut la. Tak
boleh berjalan. Duduk katas katil & nak buat apa kena berdukung. Kesian dia…Paling
worst sekali, kaki dia bengkak sebab air botol ke-2 tak betul2 masuk .
Huhuhu..sedih hati mama ni ha tengok kaki anak sampai bengkak. Huhu…Mujur lepas
tu bila diorang dah stop masukkan air, dia start berjalan sikit2 dah surut sikit
bengkak.
Kaki bengkak. Huhu..sedih tengok. 2 botol air jugakla kena masuk. Sebab darah dia pun dah kering sikit sebab kurang air. Minum je asyik muntah semula kan. Huhu...
Alhamdulillah…sekarang dah ok. Tapi hati still tak kuat if benda yang sama berulang lagi. Sampai sekarang pun saya jadi mengeletar kalau Fayyadh start muntah. macam fobia jadi macam dulu lagi. Tak kuatla nak handle sendiri bila anak sakit. Huhu....Memang doa sangat2 Fayyadh
sihat selalu. Takde sakit yang serius. Dugaan untuk kami sekeluarga. Semoga Fayyadh membesar dengan sihat, kuat semangat, panjang umur dan jadi anak yang soleh.
amin..insyaallah Fayyadh membesar dgn sihat walafiat. blur jugak nak taip apa..sebab baca entry ni teringat pengalaman saila duduk ward 2x sbb anak. first time jaundice 4h3m second demam 1h1m. sbg ibu anak sakit sikit je kita dah susah hati sbb dia kecik lagi..mcm2 yang kita fikir terutama sekali apa silap kita? mana silap kita? tapi 1 je jadi seorang emak ni..hati kena kuat dan memang kuat. kuat dan sabar ye Imah :)
ReplyDeletefayyadh...awl makin hensemlah..hehe...xpe imah..jgn down ek..ada sebab kan allah bg fayyadh sakit..nk merapatkan hubungan mak n anak..nk bg masa...imah xde salah..insyaallah..sm2 kita dah berikan yg terbaik buat anak2 kita...
ReplyDelete