Bila ditelek wedding ticker dekat bawah blog saya ni, cuma tinggal 4 bulan 2 minggu dan 6 hari sahaja lagi untuk saya melangkah ke alam baru. Rasa macam lambat je lagi nak kawen rupa-rupanya dah tak lama dah lah! Cepatnya masa berlalu... pejam celik, sibuk ke sana sini, ..saya rasa macam tak percaya je yang majlis saya dah makin hampir.
Banyak benda lagi yang tak setlle.Tapi banyak juga yang dah settle =) . Ada juga yang tak prepare pun lagi.hehehe...rasa macam kena minta bantuan orang je nih. Honestly, saya dah mula rasa berdebar-debar + risau takut tak sempat nak siapkan semua benda. DIY projectpun masih banyak yang belum disiapkan. Huhu...kena manage time betul2 supaya tak kelam kabut di kemudian hari. Saya baru pulang dari kampung isnin lepas. Lega sebab dah dapat settle beberapa perkara. Nanti, bila ada masa, saya akan sambung tulis lagi.
sekarang, mahu sambung buat kerja yang tergendala. Tak sabar nak tunggu weekend!
kejap aja kan, semoga semuanya berjalan lancar
ReplyDelete