About Us

Sunday, April 29, 2012

Sakit Itu Penyembuh Dosa



Setiap kali ditimpa sakit, melihat orang sakit, saya selalu ingatkan diri bahawa setiap kesakitan yang kita alami akan gugurlah dosa-dosa kecil. pendek kata sakit itu penyembuh dosa. Itu yang saya selalu dengar ustaz dan ustazah cakap. Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Begitu jugak dengan sabda Rasullullah SAW :


 “Tidaklah ALLAH menurunkan penyakit kecuali beserta dengan ubatnya.

Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuni dosa yang telah dilakukannya termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuhnya Rasulullah Saw bersabda,

 “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.” 

Sakit juga menyelamatkan insan daripada seksaan api neraka yang sungguh azab. Rasulullah S.a.w pernah bersabda,

 "Bahwasannya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka.” 

Sakit membawa manusia itu sentiasa mengingati ALLAH Tuhan Yang Agung lagi Maha Berkuasa.


Apa yang penting harus sabar dan redha dengan ujian Allah ini. Tidak henti berdoa agar segera sembuh. Sakit juga menyedarkan manusia tentang betapa nikmatnya sihat. Setiap kesakitan yang dirasai ada hikmahnya. ada ganjarannya. Indahnya islam, saat diduga dengan kesakitan juga kita masih memperolehi syafaat darinya.

*Sedang berulang alik ke hospital. Melawat paksu yang sakit di sana. Mudah-mudahan dia segera sembuh. Amin..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!