About Us

Wednesday, April 4, 2012

Bila Masa Pulak Saya mintak potong gaji Untuk Bayar PTPTN?

Tengah ralit buat kerja dekat office tadi tetiba dapat call dari HR. Ada surat dari LHDN untuk saya. Surat minta company saya buat potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Surat tu ada nyatakan jumlah baru pinjaman yang perlu saya lunaskan selepas buat sistem Ujrah atau "upah". Ok..saya baru dapat tahu permohonan ujrah saya berjaya hujung tahun lepas tapi before sistem ujrah tu dibuat, saya memang dah start buat bayaran PTPTN saya. Walaupun tak ikut amount yang diberi, at least saya bayar jugak mengikut kemampuan saya.

Sisitem ujrah memang ada borang yang minta saya isi sebagai kebenaran untuk potongan gaji tapi saya tak isipun  borang tu. Saya cuma letak alamat majikan seperti yang diminta tetapi tak ada tandatangan dari saya atau pihak majikan untuk kebenaran potongan gaji. peliklah..nak kata saya tak pernah bayar ptptn, saya bayar kot!

Bila saya call pihak ptptn, diaoarng cakap kalau tak benarkan potong gaji, abaikan saja surat tu. Saya bayar saja macam biasa. Macam tu aje? tak ada pula nak cakap kesilapan teknikal ke apa ke...ke sisitem ujrah tu satu perangkap? konon2 nak reduce interest pinjaman tapi sebenarnya nak potong gaji peminjam. Hmmm...entahlah.

Saya baru lagi bekerja. Kalau nak potongpun, saya ni kerja swasta. Kalau saya pindah company lain, kena isi balik borang potong gaji. Hmm..pening2. tadi call pihak LHDN, tak berjawab pun call nye. tension saya. PTPTN kata abaikan, HR pulak kata mintak surat dari LHDN kata abaikan aje surat yang sampai ni. pening!

Dahlah banyak kerja. Nak uruskan benda nipun satu hal. Kan lagi senang kalau bayar sendiri je macam biasa dekat maybank2u tu. Lainlah kalau orang yang tak pernah bayar PTPTN lansung! yang tu barulah bagi surat arahan potong gaji.Adoiii...

UPDATE: If dapat surat pemotongan gaji dari PTPTN & company memang tak buat sistem potongan gaji, mintak HR reply surat LHDN tu cakap yang company tak buat potongan gaji. HR saya buat macam tu je. Lagipun saya tak setuju untuk potongan gaji. Boleh bayar sendiri melalui online banking.

12 comments:

  1. dear,
    kat borang ujrah tu kan mmg ade borang persetujuan potongan gaji. sbb tu dd x isi ujrah, bile kire2, ujrah jadi lg mahal,sbb dia revise balik pinjaman, padahal dd da byr byk.huhu

    ReplyDelete
  2. hi. cik jan singgah sini...
    http://chefarizancheali.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. hi. cik jan singgah sini.

    http://chefarizancheali.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ni salah satu cara kerajaan BN nak duit tuk pilihanraya arrr...
    pas ni ramai laa yg dpt surat saman (jln raya ) lak...hahahaaahhaha

    ReplyDelete
  5. didi: saya tahu pasal potongan gaji tu. sebelum wat ujrah saya dah start bayar. xtahu mcm mana diaorg kira. Dulu ptptn cakap kalau xnak potong gaji, jgn sign bahagian kebenaran potong gaji. xsign pun tapi still nak potong jugak. Entah ar..pening fikir psl ptptn ni

    ReplyDelete
  6. anonymous: hmm..yang tu saya tak tahula pulak tapi serius, mmg terkilan dgn benda ni. Bukan xnak bayar, memang bayarpun tapi xsuka wat potongan gaji. saya bukan nak kerja company yang sama samapi 10 tahun

    ReplyDelete
  7. dlu time kita nak buat ujrah ada juga dengar kes mcm nie salah satu tujuan ujrah untuk check kat mn tempat kita bekerja..senang nk minta potong gaji.xtahu la btl ke tak..tp xjd isi ujrah sb xfhm sgt sistem ujrah tue hihi..so, byr setakat yg mampu je dlu.

    ReplyDelete
  8. Permata Biru: setuju. Tapi bila dia nak laksanakan skim potongan gaji melalui LHDN dia boleh detect dekat mana semua peminjam ada. mmg xleh laripun. Dulu wat ujrah mmg pening jgk fikir psl kena potong gaji. terus rasa xnak buat tapi bila kawan2 nak buat, ikut jelah sbb tahun lepas baru habis belajar

    ReplyDelete
  9. http://www.ptptn.gov.my/web/english/cancellation-of-salary-deduction

    ReplyDelete
  10. buat bayaran balik guna saluran apa ya ? bayar di kaunter ptptn or bank ?

    ReplyDelete
  11. PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

    RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

    Boleh baca dalam post ni.

    Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN


    ReplyDelete
    Replies
    1. ini entri 5 tahun lepas. masa dulu potongan gaji untuk swasta ikut pilihan kita.

      Delete

Terima kasih sudi komen!