About Us

Sunday, April 22, 2012

Review Buku: Kahwin Pada Usia Muda:Bahagia atau Derita?



Saya dah beli buku ni sejak Bulan December tahun lepas masa pergi Fiesta Buku karangkraf dekat seksyen 18 Shah Alam. Dah lama habis baca tapi baru nak buat review. Hehehe..


See...Cover buku dia sangat comel kan? Samalah macam pages di dalamnya pun. Sangat comel ok! I like. Sebab tu jugak saya excited nak beli dan baca buku ni. Mula-mula saya ingat buku ni untuk golongan yang hendak berkahwin dalam usia muda. Means kawen time belajar ke, umur belasan tahun atau awal 20-an. Tapi, taklah! buku ni sangat sesuai untuk semua bakal pengantin tanpa mengira berapa usia korang.

Buku ni bagi saya sangat sarat dengan pengetahuan tentang konsep jodoh, kepentingan sebuah perkahwinan, persediaan majlis perkahwinan dalam islam, hubungan suami isteri, masalah rumah tangga, soal jawab rumah tangga, penceraian, ragam suami isteri, kewangan keluarga, doa2 untuk kebahagiaan rumahtangga..dan macam-macam lagi yang sanagt bermanfaat. Kira buku ini ada segalanya tentang perkahwinan.

Satu lagi! Buku ni berbentuk santai. Memang tak boring pun baca. Bentuk penulisan lebih kepada pandangan dan pengalaman penulis sendiri. Begitu juga dengan himpunan hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang mengukuhkan lagi setiap pandangan penulis.  memang best!



Sedikit Sinopsis Di Belakang Buku:

LUMRAH kehidupan... ada yang mahu berkahwin awal kerana ingin menghalalkan yang haram. Namun, tujuan itu tidak akan diam tanpa cubaan. Pun begitu umur bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari aspek tanggungjawab dan cabaran alam rumah tangga perlu diutamakan.

Maka, untuk memastikan hierarki kasih sayang dalam rumah tangga dapat dibina dengan sempurna, diri sendiri harus di islah terlebih dahulu. Jadikan titipan al-Quran dan sunah sebagai panduan agar perkahwinan berpaksikan Islam bukannya nafsu semata-mata. KAHWIN PADA USIA MUDA: BAHAGIA ATAU DERITA? Sebuah perkongsian realiti yang diselitkan sketsa kehidupan rumah tangga. Hayatilah… mudah-mudahan panduan ini membantu kita membina keluarga bahagia.




Antara Kandungan menarik: 


Kahwin Awal vs Kahwin Lambat 

Mampukah Saya Berkahwin Awal?
Perkahwinan dan Rezeki
Agar Kahwin Awal Bahagia
Kahwin: Ikut Adat Atau Agama
Memilih Pasangan Ideal
Tanggungjawab Suami dan Isteri
Perkahwinan Dalam Islam
Khutbah Nikah

Doa Kebahagiaan





Harga: S/M :RM 18  Sbh/Srwk :RM 21
Terbitan: Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!