Weekend. Saturday. Masa untuk membawa Cik Kriss (motorsikal kesayangan saya) ke Bengkel. Lepas accident isnin lepas, belum sempat nak pergi baiki motor saya di bengkel. Busy dengan kerja yang asyik mengejar deadline, walaupun badan masih sakit-sakit tetapi gagahkan diri untuk bekerja semula. Alhamdulillah..keadaan makin baik walaupun lebam-lebam masih belum hilang =(
Selama 6 tahun saya memiliki lesen memandu, baru tahun lepas saya tahu membawa kereta. Sebelum ini, susah senang saya hendak ke mana-mana hanyalah public transport dan motorsikal kesayangan saya itulah kenderaannya. Takut? Siapa cakap saya tak takut bawa motorsikal tapi dalam keadaan terpaksa dan tiada pilihan, memang itu sahaja kenderaan yang saya miliki untuk ke kelas dan bekerja.Itulah kenderaan yang emak saya berikan pada saya. nak dapat kereta macam student lain tidaklah. Saya beli kereta sekarangpun hasil titik peluh sendiri. Itupun, saya dah cukup bersyukur sebab dalam waktu susah saya, saya masih ada kenderaan walaupun hanya sebiji motorsikal. Tak semua public transport boleh bawa saya ke tempat yang saya hendak pergi. tak semua public transport disediakan semua tempat. terhad. Saya cuma harap doa dan restu mak ayah saya sepanjang tempoh itu.
Berani. Ya! Saya memaksa diri untuk berani untuk kesenangan dan keselesaan saya. pesan dan amanah mak ayah saya saya ingat sampai bila, Siapa cakap mak ayah saya tak risau? Tetapi ayah saya selalu cakap " Kalau sudah ditakdirkan benda nak jadi, walau bagaimanpun kita hendak mengelak tetap jugak terjadi". Yang penting harus sedaya upaya berhati-hati dan berdoa supaya tiada perkara buruk yang berlaku. Bila tengok orang lain accident, mati, patah riuk, saya jugak takut, risau dan kadang-kadang fobia sendiri. Lebih-lebih lagi, sayapun pernah kena ragut dan accident semasa naik motor tapi macam saya cakap, banyak faktor yang membuatkan saya terus berani menunggang motorsikal ketika itu. Saya hanya mampu berdoa agar dalam tiap perbuatan dan perjalanan saya sentiasa dalam lindungan-Nya. Banyak kenangan manis dan pahit selama saya bersama Cik Kriss. Terlalu banyak sehingga saya sangat sayangkan motorsikal itu walaupun usianya sudah lama. Walaupun sekarang saya sudah ada kereta sendiri, tapi kenangan bersama motorsikal sampai bila-bilapun saya tetap ingat. Dan bila saya akan berhenti sepenuhnya dari menunggang motorsikal selepas berkahwin nanti, pasti saya akan rindukan cik Kriss saya tu! Huhuhu....
Menghadapi kehidupan memerlukan keberanian. Namun sebrani manapun kita, masih perlu berhati-hati dan berjaga-jaga. Jenayah sentiasa ada dimana-mana. Sekarang ni, bersepah-sepah tambahan dekat area bandar ni. Manusia juga semakin jahat dan kejam! Kadang-kadang otak saya berfikir, Allah dah kurniakan manusia itu akal, mengapa tidak mahu menggunakannya ke jalan yang betul? mengapa hidup hanya tahu hendak menganiaya orang? Macam tu juga di jalan raya, sikap pemandu yang paling saya kesalkan. Biadab dan kurang ajar sehingga membahayakan orang lain. Hari-hari menyelak surat khabar, hati saya pasti sedih dan pilu bila baca banyak berita kemalangan jalan raya. Setiap hari dan di merata tempat. Jalan raya dah jadi medan pertumpahan darah....sangat sadis dan sungguh menyayat hati.
Tetapi sebagai manusia, kita harus meneruskan hidup walaupun dihimpit ketakutan. Walaupun dikelilingi bahaya, takkan hanya hendak duduk berkurung dalam rumah, memencilkan diri kerana takut untuk menghadapi cabaran hidup kan? Rumahpun bukanlah tempat yang bentul2 selamat. Orang pecah masuk rumah hari2 boleh dengar. Huhuhu...Setiap yang berlaku ada hikamahnya. tak perlu menyalahkan takdir yang telah tertulis. Yang penting, sentiasa berdoa dan bertawakal. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya....
Take care!
btoi k.imah..kalau tgok prmpuan bwk moto kt KL rasa mcm seram ja..tp kalau itu ja transport yg ada. Tawakal ja lah.. Benda kalau nk jd , jd jugak kan..
ReplyDelete