About Us

Saturday, September 29, 2012

Filem hantu kapcai memang lawak giler!

 Dah lama tak buat review filem. Puncanya, sejak busy dengan hal2 wedding memang tak sempat nak tengok wayang. Sekarang baru sempat tengok wayang dengan Encik suami. Tupun sebab tertarik dengan promo filem hantu kapcai dekat Tv.



Filem ni diletakkan dalam klafikasi untuk tontonan 18 tahun ke atas. Puncanya maybe sebab ada beberapa adegan dalam filem ni especially bab roh orang mati tu tak sesuai nak di tonton kanak-kanak. Tak logik dek akal . Tapi logically, orang pun tahu semua ni sekadar cerita dan hiburan semata-mata dan memang hanya khayalan sahaja. Orang cakap filem ni macam nak sama dengan filem Hello Brothers tapi bagi saya sikit2 tu adalah tapi bukanlah sepenuhnya.

Sepanjang filem ni ditayangkan memang saya keja gelak ja. Lawak sungguh! ada jugak penggunaan ayat & perbuatan yang tak sesuai didengar & dilihat budak2   tapi umur 18 tahun ke atas bukan budak2 lagi so bolehlah faham2 sendiri. Jalan cerita dan lakonan pelakon2nya semuanya ok cuma watak Neelofa tu tak berapa nak menonjol sangat. Maybe sebab dia bawa watak sampingan je kot. Lakonan Zizan dan Fizz Fairuz memang terbaiklah! Buat saya tak kering gusi. Gelak aje. hahaha... Ada masa sampai rasa sakit telinga sebab orang belakang saya gelak kuat sangat. hehehe.....

Bagi saya, filem ni memang lawak giler. tak rugi tengok dan even tak logikpun ( mcm filem fantasi khayalan)  tapi ada unsur nasihat yang boleh digunapakai. Jangan suka berhutang piutang sebab kesian dengan family kita yang terpaksa bersusah bayar hutang lepas kita dan mati. Lagi satu, jangan suka merempit dan buat keja sia2. Dengar cakap mak ayah ok!

 Ok..ini sinopsis Filem Hantu Kapcai

Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.

Ok tu je nak cerita. Babai =)

4 comments:

  1. dah lama betul i tak tengok wayang.. tetiba rasa teringin gak nak tengok cerita ni :))

    ReplyDelete
  2. zura daapt tiket free tuk tayangan perdana kt the curve selasa hr tu tp sbb jauh sgt kt kemaman ni...tak dapatlah nk tgk...rugi je...tp tau mesti best..hehe

    ReplyDelete
  3. ecah x tgok lg..pastu org cakap cite hotel Transylvania pon best..cbe la tgok..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!