Hari ni just nak cerita salah satu drama yang saya suka tengok dekat TV sekarang. Tapi rasa macam lebih tepat tengok dekat tonton kot. hehe..sebabnya pukul 10 malam mata dah ngantuk tahan gaban. So..tengok saja online.
Ada ke yang tengok drama ni? First episode saya tengok memang terus rasa tertarik. Drama ramdahan dekat TV3 ni memang selalu best-best kan? Samelah macam drama2 yang lepas macam syurgamu Ramadhan dan Ramadhan terakhir. Lagi apa erk? tapi tagline nya memang semuanya ramadhan kan? Semuanya kisah masyarakat yang bikin saya touching sendiri. Siap boleh meleleh air mata tu. Macam cerita Ramadhan yang hilang ni....huhu..sedih, geram, semua ada.
Mula2 tengok memang kesian sangat dengan nasib si Delisha & mak dia. Hidup yang memang betul2 susah. Sampaikan pergi sekolah pun kasut dah macam kasut mulut buaya. Baju lusush, beg sekolah ternganga macam tu je..kesian yang amat. Makanpun ambik sisa makanan student yang tak habis dekat kantin. Masa nila rasa insaf dengan diri sendiri. Patut lebih bersyukur kerana tak hidup susah dan melarat macam tu. Dan peringatan jugak untuk sentiasa membantu mereka yang memerlukan. Respect jugak dengan si Zafirah even anak orang kayapun tapi tak sombong. sama macam parent dia jugak. Kaya tapi x belagak, x bongkak. Pemurah....Tapi bila dah lama-lama tengok jadi geram pulak dekat si Delisha ni. Macam dah lupa diri & daratan pun ada. Haish....sabar2..hehe..
Adik berdua ni memang pandai berlakon. |
Janganlah sapa2 dapat mak mertua macam ni. Huhu..seram saya tau! |
Ok..ni sinopsis drama yang hilang..
Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.
Sumber: Pelakon Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3 | melvister.com
lyn jugak cerita ni...best2...hehe...
ReplyDeleteKiter tgk gak...kdg2 tv kdg2 kat tonton..mmg geram kan dgn watak delisha tu
ReplyDeleteLg2 smlm dirg da besar..best kan cter ni..de.mesej yg nk dismpaikn..
layan youtube je sbb ngantokk juga main lewat2 xsempat nak tgk dah tido hehe
ReplyDeletesy tak tengok sebab sama cam imah, kul 10 tu dah selamat.. :)
ReplyDeletesy pon tengok..
ReplyDeleteisnin - rabu b4 kol 10 dah tunggu depan tv...
sbb sekali dah tengok memang kena ikut la sampai habis...
huhu
lawak makcik tu berlakon... memang menjadi la....
ReplyDeletetgk jugak cite ni.
ReplyDeletememang best.
ngantok2 pun still nak tengok jgak.
suka tgk makcik Noryati Taib tu.
walaupun dia berlakon watak mak mentua yg agak 'kejam', tp still blh tergelak tgk dia. hahaa~ ;D
http://ninimohd.blogspot.com
Suker jgk tgok citer ni, biasa tgok sambil2 bersahur dalam jam 5.00 pagi macam tuh. :)
ReplyDeleteterima kasih semua..nantikan episod akhir ramadhan yang hilang 6/8/2013..jgn lpe tonton.
ReplyDelete