Tahun ni, In sha Allah tahun pertama kami beraya as husband
& wife. Perasaan? Haruslah excited kan. Dapat pulak tahun lepas tak beraya
sangat sebab sibuk dengan persiapan kawen, baju raya pun xde tau tahun lepas.
Hehe..Tahun ni, perasaan tu memang teruja tapi persiapan, sambutan tetap
sederhana. Ya….saya bukan kategori yang suka berhabis-habisan shopping untuk
raya. Walaupun mata ni kekadang geram tengok sales sana sini tapi sabarkan aje
hati. Raya memang setahun sekali tapi takkanla nak berhabis sakan. Ye tak? Baik
bersedekah pada yang lebih memerlukan.
Baju melayu husband tak beli baru. Guna balik baju melayu
time majlis bertandang dulu sebab baru pakai sekali dua je. Cuma saya je yang
cari baju nak bagi matching dengan warna baju dia. Tupun bukannya baju kurung
sangat. Blouse labuh yg nampak cam ala2 baju kurung. Kain pakai kain yang dah
sedia ada. Bolehlah nak pakai raya. Lagipun saya ada baju kurung lain yang saya
dah lama tempah tapi xsiap-siap lagi. Raya ni baru siap. Baju dari kain yg
orang hadiahkan time wedding saya dulu. So, pakai je baju tu buat baju raya
padahal asalnya nak buat pakai gi office sebab baju sekarang banyak tak muat.
Lepas kawen berat naik mendadak, baju-baju lama pun banyak tak boleh pakai.
Hehe..
Biskut raya memang saya tak beli banyak sangat. Bukan
kedekut ke apa sebab saya rasa membazir beli banyak-banyak last2 tak makan.
Seyes..family saya dekat kampung kalau biskut raya memang kurang makan. Kalau
belipun berkurun nak habiskan. So, dari biar expired, buang dalam tong
sampah, membazir macam tu je baik jangan
beli banyak-banyak. Pilih biskut yg memang confirm akan habis je & setakat
perlu. Hehe.. Kalau raya, saya paling banyak beli makanan selain biskut macam
kerepek, kacang, tempeyek, popia simpul,meruku, tu je. Keropok bantal pun saya beli.
Hehe..kira kerepek & kacang tu satu kemestian time raya & confirm akan
licin dulu berbanding biskut raya. Tapi sebelah family in law nanti tak tahu
macam mana sambutan rayanya. Tapi husband saya cakap sama je. So, memang saya
beli jugak biskut raya, kerepek & kacang untuk bawa balik dua kampung. Cuma
kek je yang saya tak cari lagi. Hmm..kek pun wajib ada jugak dekat rumah time
raya nanti. Adik dengan anak sedara saya yang dua orang tu suka makan kek.
Yang lain-lain biasalah. Sediakan duit raya untuk kasi dekat
sanak saudara & budak-budak yang datang ke rumah. Duit raya pun dah tukar
dah dekat bank. Cuma belum isi dalam sampul je. Barang rumah takde beli baru sebab semua pun
baru2 lagi. Langsir semua tu still pakai yang lama. Ala..xsampai setahun pun
lagi beli. Takkan nak beli baru lagi kan? Hehe….
Perasaan teruja tu sebab first time nak sambut raya dengan
husband, first time jugak nak beraya dengan family in law. Nak merasa suasana
puasa & raya dekat Kelantan. Mesti lain sikit kan dari dekat kampung saya
di kedah? Paling tak sabar nak try kuih muih & masakan Kelantan. Harap time
tu tekak ni dah lalu nak telan macam-macam makanan. Excited jugak first time
nak balik raya dekat kedah dengan husband. Nak bawa dia beraya dkt umah sedara
mara saya. Bagi dia rasa makanan yang ada dekat kedah & suasana raya dekat
kampung saya. Ok..dah mula rindu laksa
kedah time ni! Selalu dekat kedah, time berkumpul ramai-ramai ni memang laksa
tu wajib ada. Dekat shah Alam ni susah bebenor nak jumpa laksa kedah yang best.
Tekak ni memang nak laksa dekat kampung jugak.
Ikut perancangan, kami akan beraya dekat Kelantan dulu. Raya
kedua baru balik kedah. Wajib balik dua2 kampung. Cuma kena bergilir raya
pertama dekat kampung mana je. So, tak timbul soal gaduh pasal nak balik raya. Dah
sepakat. Hehe…
Oh! Tak sabarnya nak balik kampung! Ridu tahap super duper
dah ni..
p/s: Esok ada
appointment dengan doktor pakar dekat hospital. Hope baby sihat & semuanya baik-baik
je. Berdebar pulak sebab semalam boleh pulak mimpi dr scan xnampak apa-apa. Memang
mimpi buruk. Doa banyak-banyak mintak semuanya ok.
imah, kita terbalik.. sy raya kelantan dulu.. baru balik umah MBB kat kedah raya kedua.. alahai.. tak sanggup nak harung jem kat kelantan nanti.. kami pun tak beria beraya.. saving sebab baby nak kuar bulan 9 kan.. cukup mana yg ada je.. MBB pun pakai baju masa kawin je nanti.. :)
ReplyDeleteraya dkt kelantan tu sama. yg xsama saya kena beraya dkt rumah FIL dulu then baru umah parent sendiri. hehe..tu ar, xtau la cmna jamed nak balik kelantan nnt. O..xlama sgt dh tu baby nak keluar.
Deletealhamdulillah kak..
ReplyDeletewaah sha pon xsabar rasa nak raya as husband & wife...huhu excited lor
this year insyaallah last raya as "bujang"
hohooo...mood (excited + sedih nak tinggal family)
insyallah segalanya berkeadaan baik...amin...mimpi hanya mainan tidor sahaja
ReplyDelete