About Us

Monday, July 29, 2013

Persiapan Raya kami



Tahun ni, In sha Allah tahun pertama kami beraya as husband & wife. Perasaan? Haruslah excited kan. Dapat pulak tahun lepas tak beraya sangat sebab sibuk dengan persiapan kawen, baju raya pun xde tau tahun lepas. Hehe..Tahun ni, perasaan tu memang teruja tapi persiapan, sambutan tetap sederhana. Ya….saya bukan kategori yang suka berhabis-habisan shopping untuk raya. Walaupun mata ni kekadang geram tengok sales sana sini tapi sabarkan aje hati. Raya memang setahun sekali tapi takkanla nak berhabis sakan. Ye tak? Baik bersedekah pada yang lebih memerlukan.

Baju melayu husband tak beli baru. Guna balik baju melayu time majlis bertandang dulu sebab baru pakai sekali dua je. Cuma saya je yang cari baju nak bagi matching dengan warna baju dia. Tupun bukannya baju kurung sangat. Blouse labuh yg nampak cam ala2 baju kurung. Kain pakai kain yang dah sedia ada. Bolehlah nak pakai raya. Lagipun saya ada baju kurung lain yang saya dah lama tempah tapi xsiap-siap lagi. Raya ni baru siap. Baju dari kain yg orang hadiahkan time wedding saya dulu. So, pakai je baju tu buat baju raya padahal asalnya nak buat pakai gi office sebab baju sekarang banyak tak muat. Lepas kawen berat naik mendadak, baju-baju lama pun banyak tak boleh pakai. Hehe..

Biskut raya memang saya tak beli banyak sangat. Bukan kedekut ke apa sebab saya rasa membazir beli banyak-banyak last2 tak makan. Seyes..family saya dekat kampung kalau biskut raya memang kurang makan. Kalau belipun berkurun nak habiskan. So, dari biar expired, buang dalam tong sampah,  membazir macam tu je baik jangan beli banyak-banyak. Pilih biskut yg memang confirm akan habis je & setakat perlu. Hehe.. Kalau raya, saya paling banyak beli makanan selain biskut macam kerepek, kacang, tempeyek, popia simpul,meruku,  tu je. Keropok bantal pun saya beli. Hehe..kira kerepek & kacang tu satu kemestian time raya & confirm akan licin dulu berbanding biskut raya. Tapi sebelah family in law nanti tak tahu macam mana sambutan rayanya. Tapi husband saya cakap sama je. So, memang saya beli jugak biskut raya, kerepek & kacang untuk bawa balik dua kampung. Cuma kek je yang saya tak cari lagi. Hmm..kek pun wajib ada jugak dekat rumah time raya nanti. Adik dengan anak sedara saya yang dua orang tu suka makan kek.
Yang lain-lain biasalah. Sediakan duit raya untuk kasi dekat sanak saudara & budak-budak yang datang ke rumah. Duit raya pun dah tukar dah dekat bank. Cuma belum isi dalam sampul je.  Barang rumah takde beli baru sebab semua pun baru2 lagi. Langsir semua tu still pakai yang lama. Ala..xsampai setahun pun lagi beli. Takkan nak beli baru lagi kan? Hehe….

Perasaan teruja tu sebab first time nak sambut raya dengan husband, first time jugak nak beraya dengan family in law. Nak merasa suasana puasa & raya dekat Kelantan. Mesti lain sikit kan dari dekat kampung saya di kedah? Paling tak sabar nak try kuih muih & masakan Kelantan. Harap time tu tekak ni dah lalu nak telan macam-macam makanan. Excited jugak first time nak balik raya dekat kedah dengan husband. Nak bawa dia beraya dkt umah sedara mara saya. Bagi dia rasa makanan yang ada dekat kedah & suasana raya dekat kampung saya.  Ok..dah mula rindu laksa kedah time ni! Selalu dekat kedah, time berkumpul ramai-ramai ni memang laksa tu wajib ada. Dekat shah Alam ni susah bebenor nak jumpa laksa kedah yang best. Tekak ni memang nak laksa dekat kampung jugak.

Ikut perancangan, kami akan beraya dekat Kelantan dulu. Raya kedua baru balik kedah. Wajib balik dua2 kampung. Cuma kena bergilir raya pertama dekat kampung mana je. So, tak timbul soal gaduh pasal nak balik raya. Dah sepakat. Hehe…
Oh! Tak sabarnya nak balik kampung! Ridu tahap super duper dah ni..


p/s: Esok ada appointment dengan doktor pakar dekat hospital. Hope baby sihat & semuanya baik-baik je. Berdebar pulak sebab semalam boleh pulak mimpi dr scan xnampak apa-apa. Memang mimpi buruk. Doa banyak-banyak mintak semuanya ok.  

4 comments:

  1. imah, kita terbalik.. sy raya kelantan dulu.. baru balik umah MBB kat kedah raya kedua.. alahai.. tak sanggup nak harung jem kat kelantan nanti.. kami pun tak beria beraya.. saving sebab baby nak kuar bulan 9 kan.. cukup mana yg ada je.. MBB pun pakai baju masa kawin je nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya dkt kelantan tu sama. yg xsama saya kena beraya dkt rumah FIL dulu then baru umah parent sendiri. hehe..tu ar, xtau la cmna jamed nak balik kelantan nnt. O..xlama sgt dh tu baby nak keluar.

      Delete
  2. alhamdulillah kak..
    waah sha pon xsabar rasa nak raya as husband & wife...huhu excited lor
    this year insyaallah last raya as "bujang"
    hohooo...mood (excited + sedih nak tinggal family)

    ReplyDelete
  3. insyallah segalanya berkeadaan baik...amin...mimpi hanya mainan tidor sahaja

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!