About Us

Wednesday, September 11, 2013

Berjimat Memang Kena jimat!


Hidup mana-mana tempat pun memang kena berjimat. Tapi kalau hidup dekat pusat Bandar yang taraf hidup sangat tinggi ni lagila kena berjimat cermat. Ye tak? Dulu time duduk dekat Kulim & keja dekat penang..kalau nak ngelak tol, leh jugak gi ikut jalan biasa. Jammed pun tak sangat. Memang heaven sungguh gi keja. Xjammed. Suka hati sampai berat badan naik berkilo-kilo. Hehe…makan pun still murah compare dengan sini.  Tapi dekat sini..mana2 jalan nak ngelak gi office pun memang kena hadap tol. Jalan ada tol pun jammed, apetah lagi jalan tak jumpa tol kan? Double triple la jammed. Kadang2 minyak petrol tu leh turun sebab jammed je.  Makanan pun mahal2. Hmm..Tapi nak wat macam mana kan, memang ni la antara cabaran hidup dekat bandar besar. Kena jugak hadapi dengan tabah. Ewah..hehe. ayat penyedap hati gitu..

Since selalu baca buku bab2 kewangan ni memang banyak tersedar dari lena la..haha. Tapi baca saja pun xguna kan kalau tak praktis. Hidup yang bergantung pada kerja makan gaji ni memang banyakla kena berjimat. Lainla kalau ada side income macam buat bisnes . Oh! Cakap pasal bisnes, in sha Allah sau hari nanti saya & husband pun nak buat jugak. Berniaga tukan sunnah Rasul Allah. Pendapatan saya  memang la xbnyak manapun tapi Alhamdulillah mencukupi. Keja swasta ni ikut company la, kalau dia nak bagi naik gaji, naik. Kalau x naik, sabar jelah kan.  Kena tunggu lagi kalau2 company ada untung lebih untuk naikkan gaji staff. Bonus pun sama, untung lebih, lebih la sikit dapat, if tak, dapat sikit2 pun jadila…takleh nak expect lebih. Lainla kalau rajin lompat-lompat company, cari peluang lagi baik, memang banyaklah dapatnya. Rezeki masing-masing kan. Tapi bagi saya, as long as  kerja pun rasa best dan enjoy, takde tekanan melampau, officemate ok, bos ok, gaji dah jatuh nombor dua dah. Bila dah kawen ni lagila saya nak company yg friendly staff kan, yg tahu hidup ber family ni macam mana, yang cuti tahunan xleh ciput sangat. Tu kriteria utama saya bekerja. Sebab saya xleh nak hadap kerja yang super duper stress, yang saya rasa xsuka nak gi keja. So, ni pilihan saya so kenala pandai2 manage sendiri kewangan tu kan jangan sampai over budget.  

Tambah2 kalau kerja dalam bidang civil engineering macam saya ni, bukan senang nak jumpa company yang boleh settle kerja time office hour je. Selalu xcukup weekdays, weekend pun kena datang keja. Malam pun masih kerja. Pendek kata, kerja..kerja..kerja…Kalau orang yang suka macam tu okla tapi saya taknak macam tu. Sebab bagi saya gaji banyak dapatpun xguna jugak kalau masa untuk diri & family lansung tak ada. Sebab tu, bila saya jumpa company yang ok, saya masih stay dekat sini. Dengar aje orang lain gaji lebih tinggi dari saya.  Saya tak kisah  sebab ni pilihan saya. Husband pun memang tak izinkan saya kerja teruk2. Tapi fair la kan sebab kerja diaorang  pn siang malam..saya selalu habis office hour dah dapat balik. Kadang2 kalau time ada kerja urgent je yang balik lewat sikit tupun jarang Kalau saya tukar keja lainpun nanti biarla dapat yang lebih baik. Gaji ni kalau dah kita rasa berpatutan & mencukupi, ok aje Cuma kena pandai berjimat cermatla. Sebab tu ada istilah belanja ikut kemampuan. Lain orang lain pendapatan. So..berbelanja ikut kemampuan baru rasa tenang hidup.




Macam saya, saya tak suka ajar diri banyak berhutang. Saya takde credit card, personal loan.   Komitmen saya dengan bank cuma kereta saja. Yang tu memang tak mampu la nak beli cash. Hehe…Kalau nak beli barang2 saya tak suka jenis yang bayar ansuran bulanan. Bukan rasa diri kaya, tapi benda tu kira hutang so saya tak suka nak terbeban kemudian hari. Kumpul sendiri duit sikit2, dah cukup baru beli. Kena bersabar & ajar diri berjimat. Sebab tu kalau ada kawan2 promote beli barang yang boleh buat instalment dengan bank saya takkan beli. Saya tak suka komitment yang banyak dengan bank. Hehe..cukuplah kereta saja. Rumah or tanah in sha Allah bila rezeki bertambah nanti. Satu lagi, saya tak suka duit setakat cukup2 makan sebab sebolehnya saya taknak  belanja sampai takde saving bulan2. simpanan tu penting! Itu yang mak ayah saya selalu ajar dari kecik. Dan saya selalu ikut cara mereka berjimat dalam urus kehidupan berkeluarga. 

Dari buku yang saya baca, better hutang kita (kira la hutang kereta ke, ptptn ,bil2 ..) xleh lebih dari 30% dari pendapatan “bersih”. Lagi kurang lagi baik. So, saya tetapkan hutang & bayar bil mesti bawah 30 % je. 40% lagi belanja ( termasukla belanja utk family, makan minum, tol dll),  30 %  lagi untuk simpanan. Dalam setahun ni ( lepas kawen) baru saya sedar betapa pentingnya manage kewangan betul2. Tupun sebab husband banyak ajar saya tentang pentingnya berjimat, belanja ikut kemampuan then kiteorang pun rajin baca buku financial. Ye..kerja makan gaji alternative lain nak hadapi kenaikan harga barang adalah berjimat. Memang agak terlambat sedar sebab lepas kawen umur dalam 26 baru nak start serius sangat2 menyimpan sebab before ni banyak spend duit untuk kawen. Lepas kawen pun spend duit beli barang rumah. Then spend duit ulang alik time pjj dengan suami. dengan hidup pindah randah. Memang banyak duit keluar tapi saya tetap anggap tu kenangan manis untuk kami mulakan hidup.

Sekarang Alhamdulillah..dah boleh menyimpan secara konsistent. Simpanan saya bahagi pada 4 bahagian. 1 untuk asb, 1 untuk tabung haji, 1 untuk simpanan kecemasan dan 1 lagi untuk simpanan sendiri. Usaha lain untuk menyimpan, saya masih amalkan cara dulu2. simpan duit dalam tabung. simpan duit seringgit dan syiling setiap hari dalam tabung. suka hati la saya simpan berapa dalm satu hari. Kalau dapat duit sewa veil & claim dari company pun saya masukkan dalam simpanan. saya anggap duit claim yg saya claim tu kira tabung simpanan jugak. Bila nak balik kampung, keta kena servis ke apa2 guna je duit kecemasan/ duit family  tu. Xnak masukkan dalam komitment gaji bulan2. setiap bulan simpan tak kira la bulan tu balik kampung ke tak, servis keta ke x, janji simpan.  Since tahu pregnant,  dah buat simpanan khas untuk baby setiap bulan. Kadang2 memang susah nak ajar diri berjimat tapi kalau usaha & istiqamah, boleh buat. sikit2 simpan pun jadila janji konsisten. Harus istiqamah. Jangan cilok. hehe...Tengok duit yang simpan sekarang menang tak banyak. Cuba tengok dalam masa 5 atau 10 tahun nanti, boleh terbeliak biji mata. hehe...Paling penting belanja ikut kemampuan. dahulukan mana yang penting. Takpela orang pandang macam xberduit, tinggal dekat rumah kecik, pakai keta biasa je, bajupun tak branded tapi janji hidup kita tenang. 

Satu lagi kena rajin bersedekah & kena bayar zakat baru duit yang kita dapat tu berkat & mencukupi. Pasal sedekah & zakat ni dalam buku islamic financial memang ada sebut. Nanti ada masa saya upload dekat sini buku2 yang saya baca tu. Maybe boleh jadi rujukan untuk korang jugak. 

5 comments:

  1. :)rasa ada kesedaran nk smpan ckit2 dlm tabung khas.....sebelum ni dah cuba tp separuh jln ja menabung.....pasni kna menabung n teruskan.....

    ReplyDelete
  2. imah,kita sama..tu je saila boleh tulis..huhu
    apa imah bt psl saving tu sm mcm saila bt..xsuka duit cukup2 mkn kat tgn..huhuhu..

    psl keja pun sama..gaji dh jd no.2..yg penting kerja yg x stress sampai moody tiap2 hari g keja..

    :)

    ReplyDelete
  3. salam imah..

    kita paling suka bila imah buat entry pasal cara berjimat. suka giler baca. setuju sngt dgn pendapat imah yg hidup makan gaji ni kena pandai2 la jimat sbb kita xde side income kan.

    nnti ada masa share la cara imah spend duit utk belanja barang dapur plak,k

    thanks imah. take care of urself n baby dlm perut tu.

    xoxo,
    dila,pasir gudang

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dgan pendapat imah.kena berjimat cermat.atleast imah masih muda lg dan telah mula berjimat.macam saya setelah 4 tahun kerja baru sedar tentang kepentingan wang.skrg ni saya baru amalkan sikap jimat.kurang beli baju bla.cuma kena sabar ajerla dengan sikap org sekeliling yg sibuk mengumpat biler org bersikap sederhana.cakap org kedekut. Sabae ajerlah.

    ReplyDelete
  5. panjang cerita nya...perkongsian yang menarik. saya pun dah stat berjimat sebab nak lunaskan hutang2. Tak nak dah berhutang.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!