About Us

Tuesday, September 24, 2013

Pasangan PJJ Memang Hebat!


kemain lagi tajuk kan. Lepas 6 bulan lebih leh duduk sebumbung dengan suami, tetiba je teringat pasal hidup ber PJJ since time bercinta, bertunang & awal2 kawen dulu. Haisy..sapa cakap PJJ tu xde yang best lansung? Saya?? Yup! saya dulu2 pun mcm nak meroyan jugak duk jauh2 dgn hubby lepas kawen. Asyik emo terlebih. Memang malu bila ingatkan balik. Hehe ..

Sebenarnya hidup ber PJJ tu banyakkkk sangatttt hikmahnya. Banyakkk sangat pengajarannya ……cuma bergantung pada kita je sama ada nak happy hadapi kehidupan macam tu or stress je memanjang sbb xleh tengok husband siang malam. Sob..sob…(T_T)

Tahu kenapa saya cakap pasangan PJJ tu hebat?

First, sebab diorang ni kuat semangat dan kental hati. Boleh tahan rasa jealous tahap gaban bila tengok couple lain boleh duduk sama2 serumah sedangkan diri sendiri sorang dekat sini, sorang dekat sinu. Mana taknya bila keluar gi shopping barang2 dapur & rumah, tengok husband & wife lain seronok je shopping sama2 yang kita ni sorang2 je duk belek barang. Then bila pergi pasar husband dgn wife lain pegang plastik barang2 sama. Sama-sama pilih ikan, ayam, sayur yang kita sorang2 je terkial2 nak pilih mana satu nak makan. Tanya perut sendiri nak makan apa? nak masak apa? sebab perut satu lagi xada dekat sebelah. Huhu... Kadang2 rasa nak masak best2 tapi xad orang nak makan wat apa kan? Kalau gi kedai makanpun kita tapau je bawak balik rumah, couple lain boleh duduk sekali makan sama2. Huhu… hati “jahat” ni kalau dilayan memang akan bertambah emo. Tapi bila dah jadi pasangan PJJ atau dlm maksud lainnya Long distance relationship husband & wife, lama2  kita akan jadi “kuat” sendiri. Kita jadi “kebal” dengan semua dugaan2 tu.  Dah jadi xrasa apa dah bila tengok orang lain x ber PJJ macam kita.  Bak kata orang dah “biasa” sangat dah! Lantakla diaorang nak pegang tangan lalu lalang depan kita 10 kali pun, tak rasa jeles sangat dah. Hik..hik.. =)

Second, Hidup ber PJJ akan “paksa” kita untuk lebih berdikari. Apa saja benda kena urus sendiri. Kalau demam ke, tak sihat ke, jangan harapla ada orang nak manja-manjakan kita. Nak tolong picitkan kepala, tolong suapkan makanan..nak ngade nak makan itu, nak makan ini. Tolong ambikkan barang tulah, inilah…No! No! Nak tolong bawakkan kita pergi klinik? Memang  tak la! Time keta atau motor wat hal??? Lagilah kena pikir macam mana nak handle.  Kalau ada kawan2 dengan family dekat2 tu beruntunglah sangat, kalau yang sorang2 ni memang layan jelah diri sendiri. Buatlah semua sendiri.  Fikir macam mana nak settle masalah2 macam tu. Mula2 maybe stress melampau. Tambah2 kalau dulu biasa bergantung pada orang bila saat2 susah & kecemasan  tapi bila dah lama2, automatic kita akan push diri kita untuk independent buat semua benda even mulanya apa benda pun kita tak tahu! Then, lama-lama kita akan jadi sangatttt2 berdikari! Dah boleh berpijak atas kaki sendiri (Yeay!!!!! ). Time tu dah rasa diri sangat hebat dah bila pandai buat & urus macam2 hal. Lebih hebat, bila kena harungi hidup macam ni time pregnant or dah ada anak. Kuat cabarannya. Kena belajar jadi ibu dan ayah pada si kecil. Ya..saya tahu, xsemua orang boleh hadapi saat-saat  mencabar macam ni. In sha Allah, berkat kesabaran kita bila di uji , akan ada ganjaran besar yang menanti. Saya dulupun time accident keta then husband xde, sorang2 dekat Kulim, dengan transport nak gi keja or mana-mana pun xde pernah jugak sampai nangis sebab rasa sedih sangat. Tapi lama-lama positifkan jugak diri. Saya selalu cakap pada diri sendiri “Aku kuat..aku boleh lalui semua ni. Allah ada….”

Third, Hidup ber PJJ ni sebenarnya banyakkkk menguji kesetiaan & kepercayaan kita pada pasangan masing2. Ada orang rasa dia lansung tak boleh jauh dari pasangan sebab takut pasangan dia curanglah, cari perempuan lainlah, buat skandal dengan sesiapa la kan. Ya..kekadang “kesunyian” tu mungkin boleh buat seseorang tu terlibat dengan  benda-benda tak elok . Tapi bergantung pada orang jugak..kalau niat memang nak buat jahat tu ada, duduk serumah pun boleh buat jahat xyah tunggu duk jauh-jauhpun. Kepercayaan & kesetiaan tu yang penting.  Sebolehnya nak elak diri dari fikir yang bukan-bukan, berprasangka buruk, asyik tuduh menuduh sesame pasangan. Percaya. Ni pun perkara utama yang menguji pasangan PJJ ni. Kesetiaan.  Kena kuat semangat jugak dengan cakap-cakap orang. Kadang-kadang orang sekeliling ni boleh racun fikiran kita. Orang tak duduk tempat kita, so dia tak tahu apa kita lalui, apa kita alami, masalah kita. Kadang-kadang orang fikir yang hidup PJJ ni xbahagia, xlengkap hidupla..macam2..Macamla diorang tahu semua selok belok hidup kita suami isteri. “ Bahagia” tu besar maksudnya. Tiap-tiap orang cara “bahagia” mereka tak sama. Bahagia dengan cara tersendiri. So..tak perlula orang yang tak tahu apa-apa tu wat tafsiran sendiri ye.  selalu perempuanla yang akan cepat tesentap kalau kata-kata pedas tu hinggap dekat telinga. Buat tuduhan atau perli2 yang xleh terima dek akal. Bila ada yang memahami, Alhamdulillah…Kalau bukan keadaan yang memaksa, takde siapa pun nak buat pilihan hidup jauh-jauh macam ni. Ye tak?


Kalau direnung keadaan sekarang dan masa depan, Mungkin ada lagi dugaan lagi yang menanti. Dan mungkin juga sayapun akan ber PJJ lagi. Apa jadi pada masa depan kita tak tahu kan. Saya doakan kawan2 yang hidup berjauhan dengan pasangan tu cepat dapat peluang duduk sekali. Bersabarlah..In sha Allah ada ganjarannya di kemudian hari. Ada hikmahnya atas apa yang berlaku. Kalau rasa sedih dan xboleh nak terima apa yang terjadi, try cari kelebihan yang kita dan pasangan ada. Kelebihan dan keistimewaan lain yang Allah bagi dekat kita.  Selalu bila kita dah duduk sekali ni kita akan jumpa hikmahnya. Dan cabaran hidup yang kita alami time PJJ tu buat kasih sayang kita suami isteri makin kuat. Kita hadapi susah senang sama-sama selama diuji. Kita lebih menghargai pasangan masing-masing. Dan pengalaman ni akan kita gunapakai semula dalam hadapi cabaran hidup pada masa akan datang. Lagipun  rasa rindu time pJJ tu lain dari yang lain! Kan? Kan? Boleh senyum sendiri bila fikirkan “angau” sungguh time tu bila rindu tahap gaban dekat suami. Ye..rindu bila berjauhan tu sangat2 Manis!



11 comments:

  1. nampaknya plan nak benti kje mcm tpaksa dibtlkan.. kne jd PJJ jugak.. post imah kali ni bg motivasi pd sy.. tq

    ReplyDelete
  2. Sarah la tu.mmg dr "kwn", tunang, sekarang..pjj je.tp tu la mmg kalau fikir emo je.dh rezeki buat ms ni.cuma fikir Allah Maha Adil.kalau kita tak dpt life mcm org lain tp ada part lain yg kita dapat.

    ReplyDelete
  3. akak, sy pun akak jadi PJJ... sebab sy kerja kat kelantan.. suami biss kat melaka... adoi, 2 kali seminggu baru jumpa kot. i'allah harap sgt2 kami dpt tempuhi nanti... b2b 2014

    ReplyDelete
  4. Pejam celik dah dekat setahun i dengan suami jadi pasangan pjj. Biasanya 2 minggu sekali baru jumpa. Memang banyak kena berkorban. Masa, duit.. Penat ulang alik jauh. Tapi ada manisnya pjj ni. Rasa mcm pengantin baru je. Rindu2.. Alhamdulillah setakat ni kami boleh harungi life mcm ni dgn baik. Tapi siapa yang taknak duduk sebumbung kan.. Doakan i dpat pindah hujung tahun ni ye :)

    ReplyDelete
  5. jijah dari berkawan,bercinta,nikah selama tu PJJ... dia di sabah jijah di semenanjung.. tp tu la buat kita kuat..skrg dah duduk bersama pon jrg jumpa bila dia belayar

    ReplyDelete
  6. memang,hidup pjj buatkan kita jadi kuat..dah tak de rasa jeles,sedih or meroyan dah bila tengok orang lain laki bini duk sama2 coz dah lali kot..tapi berharap sangat lah tak selamanya hidup mcm ni..;)

    ReplyDelete
  7. Bila sendiri, saya boleh bertabah.. tapi bila anak2 dah besar, pandai bertanya, pandai luahkan perasaan, saya jadi luluh.. menangis melihat anak2..

    ReplyDelete
  8. Dah masuk 3 tahun...byk hikmah walaupun sukar...but lama2 mmg hati dah kebal:)

    ReplyDelete
  9. Bila pjj sekejap, mungkin ok.. Tp bila terlalu lama.. Dah lain rasanya.. Perkahwinan jadi hambar.. Rasa tak bahagia.. Sy dah 7 tahun pjj.. Xtau nak cerita apa rasa didada.. Bercampur baur.. Moga Allah berikan kekuatan meneruskan perkahwinan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis sy pun dah masuk 6y pjj n stay dgn 2org anak. Lama2 dah rsa lali dgn life pjj nie. Tpi sis kena kuat n yakin n percaya dgn pasangan kita.. moga rmhtgga sis kekal bahagia walaupun kita ditakdirkan utk pjj

      Delete

Terima kasih sudi komen!