About Us

Monday, September 2, 2013

Bukan Nak mengeluh Tapi nak jugak kata..


Sebenarnya agak terkejut dengan kenaikan harga petrol yang naik tiba2. orang cakap..ala..20 sen je pun. kalau 20 sen tu sehari xpe jugak tapi masalahnya 20 sen tu bukan sehari. seliter ok! Malas nak merungut sangat sebab tau lambat laun memang akan naik jugak harga petrol tu. Cuma xtau bila ja..

Sebenarnya xberapa nak setuju bila baca berita kerajaan cakap, terpaksa kurangkan subsidi petrol 20 sen tapi kerajaan janji nak naik kan jumlah BRIM. Bagi sayalah kan..BRIM tu bukan semua orang dapat tapi kalau subsidi semua dapat. Petrol tu untuk guna hari2 kot. kalau BRIM tu entah berapa hari jer tahan nya. Saya bukan penerima BRIM, xde terima bantuan apa2 dari kerajaan tapi bukanlah maksudnya saya kaya. saya xkaya. Hidup dekat kota besar ni rasa setakat cukup makan pakai & saving sikit2 jer pun. Nak beli rumahpun penat survey semua harga mahal2. di luar kemampuan si muda belia. itu belum campur kos2 lain lagi. beli apartment dengan harga 300k++ ( harga standardla skrg ni) bagi saya adalah "mahal". lainla kalau 300k++ tu leh dapat rumah teres. xkisah. ni apartment jer tu belum campur kos maintenance nak bayar bulan2.  Hari tu hampir jugak husband nak beli rumah tapi bila balik bincang dengan parent terus x bagi. Kadang2 fikir betul jugak. memang semua nak beli rumah sendiri tapi kalau dah harga melampau sangat berbaloi ke? takut bulan2 pun sangkut nak bayar tu belum campur kos2 hidup yg lain. peruntukan untuk anak2 pun harus ada. Rasa golongan sederhana ni memang macam nilah hidup dkt bandar besar. xpelah..mungkin bukan rezeki kami kan. Dah tetap rezeki kami setakat tu je. Boleh berusaha je tambah rezeki selebihnya berdoa saja moga murah rezeki.

Yang saya tau kalau harga petrol naik confirmla barang2 lain pun naik. Harga runcit mungkin leh di kawal tapi makanan? harga rumah? mesti bertambah naik. dah undercontrol sekarang. kadang fikir dgn husband macam nak beli tanah dekat kampung je. sampai masa balik kampung buat rumah dekat sana. dalm Fb kawan2 sibuk perli xyah naik kereta, tuka jalan kaki or naik basikal je gi keja. Kadang2 mudah je cakap. naik basikal? jalan kaki? kalaulah tahap keselamatn dan keamanan negara ni sama macam time saya kecik2 dekat kampung dulu saya xkisahpun naik basikal, jalan kaki. ni dengan si perogol, perompak, pembunuh, peragut, penembak bersepah-sepah dekat jalan..sapa yg berani jalan kaki atau naik basikal dalam jarak jauh? tambah2 perempuan. Naik kereta pun belum tentu terselamat dari jenayah..yg lain tu, lagila kan....public transport? bukan smua tempat ada. kalau ada banyak keretapi laju, memang tula pengangkutan yg nak saya guna. xyah bersesak dengan traffic jammed, xyah bayar tol & top up petrol kereta selalu. Tapi masalahnya xde dkt rumah & office.

Cabaran hidup dekat dunia kan...bagi yang kerja gaji asyik naik tu xpela...beruntunglah nasib. Tapi bagi yg kerja swasta ni yang kenaikan gaji atau bonus bergantung pada ihsan company mcm mana? kadang2 bukan fikir diri kita jer..fikir nasib orang lain sama. kalau fikir nasib sendiri mmg xwujud kesian dkt org lain yg lagi susah dari kita. Bukan semua orang boleh merasa kenaikan gaji setiap tahun tu dan bukan semua orang yg hidup senang. ada yg susah. Yang banyak tangungannya. mereka mungkin lebih terasa tambah2 kalau semua benda nak naik harga. Rasanya kalau pendapatan rakyat seiring dengan peningkatan harga barang xde yg nak marah. kalau gaji melebihi kenaikan barang lagilah xde yg nak merungut tapi ni dah terbalik.


Tapi xpela..cabaran hidup dekat dunia kan..nak tak nak kena hadap jugak. Kita merungut pun xguna. Kena fikir macam mana nak terus survive tanpa rasa sedikitpun terbeban. Positive thinking saja.  Yang boleh,  usaha berjimat cermat, belanja ikut kemapuan & doa saja baik2. selagi cukup makan pakai dan ada jugak saving tiap2 bulan tu pun dah syukur alhamdulillah.....yang lain, anggap saja cabaran dunia penuh pancaroba ni. semoga kita semua  dimurahkan rezeki & diberi kesabaran dalam menempuhi cabaran hidup ni. ni dugaan dunia, Tapi akhirat lagi penting.


8 comments:

  1. betul2.. sabo jelah.. yg golongan pertengahan akan selalu tertindas, bantuan takde, ape pun tak dapat, tapi tetap terima kesan macam yang golongan bawahan n atasan terima

    ReplyDelete
  2. stuju dgn k.imah...sya rsa terbeban coz sya cuma kerja klg..mmg rsa terbeban..tp terpaksa trima jga coz xdak pilihan lain.....

    ReplyDelete
  3. imah,setuju sgt apa awk tulis ni..kami pun mcm awk jgk..bkn penerima BR1M..tp x bermaksud kami mewah kalau duduk dekat bandar..ckp psl harga minyak xperlu kot rasanya..tp ckp psl rmh mmg stress..rmh area kl mmg apartment 300k..aparment je kot..kondo 380k..skrg ni husband gigih cr rmh yg 280k (max) kalau ada..saila mls nk pk..sbb saila jenis xsuka saving kat tgn sikit..mcm xsenang duduk lak nnt..kang ada jugak yg terlepas sesuap dua..huhuhuhu!

    tp pape pun..saila suka awk share benda ni :)

    ReplyDelete
  4. sokong pe imah tulih...itu jgk ler yg cik iela rsekan..

    hnya yg berpendapatan sederhana mcm kita ni je yg akn terbeban sudahnyer ...hmmmm

    ReplyDelete
  5. nak komen jugak...setuju ngan apa yg ditulis..kita ni nak terima BR1M x layak..tapi nak beli rumah x mampu..lepas tu still kena bayar incomtax dengan gaji yg x seberapa tu...sedih kan...

    ReplyDelete
  6. iye la..bantuan untuk org berpendapatan rendah..kita ni...nak beli rumah kos rendah x layak..nak beli rumah x mampu....sedey kan...kena bayar incometax lagi dengan gaji yg x seberapa tu....last2 diet perut la...

    ReplyDelete
  7. Sokong gak ngan Imah...20 sen banyak tu. Kalau minyak naik semua barang naik terutama susu tepung tak dapat nak bayangkan kalau 3 orang anak yang masih memerlukan susu, yang bolehlah kita badget kalau susu anak pampers lagi. memang benar kumpulan pertengahan yang amat terasa dengan macam2 tax lagi sebabtulah sekarang ni ramai yang kena penyakit tension

    ReplyDelete
  8. 20 sen bunyi mcm skit je. tp kalau digunakan hari2.. byk jugak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!