About Us

Tuesday, September 17, 2013

Alkisahnya Check Up pertama


Dah nak masuk 2nd pregnancy check up baru sempat nak story pasal first check up hari tu. Hehe....Ok, First nak ucap terima kasih banyak2 pada kawan2 yang komen pasal nak buka buku merah dekat Klinik Kesihatan tu. Sangat membantu. Ok..before cerita pasal buku merah/pink tu, nak story dulu pasal check up masa 3 bulan hari tu dekat Klinik Ajwa.

Alhamdulillah..time check up ni semua ok. Hope lepas ni pun sama la. Yang paling best , part scan la. Boleh tengok baby dalam perut kan. Saya dan husband sama2 excited. Dalam excited risau jugak if ada apa-apa yang tak kena pada baby. First time dapat tengok dia gerak2 & lambung badan dalam perut, sungguh terharu dan takjub sangat. Besarnya kuasa MU YA Allah. Walaupun masa ni ( 3 bulan ++) belum ditiupkan roh lagi tapi dah cukup buat kami berdua bersyukur sangat2 bila boleh nampak dia gerak2 cam gitu. hehe..siap doktor cakap baby sangat aktif . Yela..sepanjang time scan tu dia tak henti2 beraksi. hehe...Macam nak bagitau dekat mama & abah dia yang dia suka dapat main2 dalam rahim mama dia ni. hehe...

Nama tu tulisan doktor bukan tulisan saya...haha


Lepas 2 hari check up dekat Klinik Ajwa, barulah saya gi buka buku merah dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. Dekat klinik ni, check up mengikut zon kawasan. So, ada hari tertentu yang dah di tetapkan. Macam kawasan tempat tinggal saya, hari isnin & rabu. So, saya pilih rabu sebab isnin selalu saya kena attend meeting dekat luar. Ambil nombor giliran pukul 7.30 pagi, tapi pukul 7 pagi saya dah sampai. Tu pun dah ramai orang beratur depan pintu masuk. Mula-mula nurse suruh isi maklumat dekat buku merah tu. Then tunggu giliran untuk rekodkan berat badan & tinggi. Then, ambil darah. Lepas tu, ujian air kencing. Lepas tu tunggu lagi nak jumpa nurse dan doktor pula. Oh, dekat sini, ada seorang jururawat yang akan jaga & pantau kesihatan kita dari mula mengandung sampialh melahirkan. Kira dari first check up sampai check up seterusnya memang akan jumpa dia jer. hehe..Yang best, saya dapat nurse yang sangat baik.

Time jumpa nurse ni adalah sikit sesi soal jawab. pasal penyakit-penyakit keturunan (mak ayah saya), tapi saya semua dalam rekod tu kosong je sebab buat masa ni mak ayah saya dua-dua sihat. Tak ada penyakit yang serius. Moga mereka terus diberi kesihatan yang baik. Amin...Then tanya pasal diri saya, ada morning sickness ke tak. Saya jawab tak lah sebab saya takdepun morning sickness yang teruk sampai muntah2. setakat pening, loya biasa tu nurse cakap normal. Then, masuk dalam bilik untuk nurse check breast. dia ada ajar jugak cara nak check breast untuk tengok kalau-kalau ada sebarang benjolan pelik. langkah awal untuk cegah kanser payudara. Then, check tinggi rahim dan check kaki saya. part kaki tak pasti pulak apa yang dia check. Mungkin tengok kaki bengkak ke tidak kot. hehe...

Lepas tu, tunggu lagi giliran untuk jumpa doktor pulak. Saya dapat doktor perempuan. Hehe...Time jumpa doktor, doktor confirmkan EDD saya melalui last period dan scan. Saya just beza 3 hari je dari tarikh yang dapat melalui scan, so doktor cakap follow tarikh last period. Lepas tu doktor check degupan jantung, perut, kaki dan leher kalau2 ada thyroid. Alhamdulillah semua ok. Harap sangat next check up pun ok walaupun saya rasa berat badan saya bertambah banyak dah sekarang ni..huhu. Penangan open house kan. Melantak  tak ingat dunia. Hehe..

Masa menunggu memang lama. saya pukul 10 lebih baru settle semua. tapi service dekat sini Alhamdulillah ok. Even lambatpun, normal la sebab goverment kan. ramai orang tapi dari segi check up memang details. masa saya tanya doktor dekat klinik swasta pun memang doktor swasta tu sendiri cakap pemeriksaan kesihatan terbaik untuk pregnancy mom memang hospital dan klinik kerajaan. Time ni soal cuti dan masa memang dah tolak tepi sebab untuk anak memang nak yang terbaik. Lagipun kawan-kawan office pun nasihat untuk anak sulung, pergi check up dekat KK sama jugak sebab baru first time mengandung. Tapi saya pergi jer dua-dua. hehe...next check up hari ni dekat Klinik Ajwa & esok dekat KK. ( dah 17 weeks)


P/s: Dah dapat rasa gerakan baby masa 16 weeks ++ hari tu  (^_^). Even pergerakan sikit2 & ada masa tertentu, tapi rasa happy sungguh. Baby paling kuat bergerak time awal2 pagi. hehe..Sekarang, menunggu turn untuk rasa baby kicking. selalu dalam 5 bulan kan baru rasa? Tak sabarnya!

7 comments:

  1. enjoy the pregnancy moment... (>____<)

    ReplyDelete
  2. haah. nak pesan awal2 kat akak klau nak bersalin jgn pergi hospital swasta. k.ipar sy pergi hospital swasta but ada prob sebb doc bt silap. smpai terpaksa tukar ke hospital kerajaan disaat2 dah nak lahirkan anak. smpai k.ipar sy yg sbenarnya boleh lahir biasa tapi terpaksa bedah jugk. doc cuai. tu kira ok lg, yg lg teruk ank bekas teacher sy... anak dy sampai koma. tak silap ank dia mlahirkan anak buln 3/4 tahun ni tapi smpai skarang koma sebab doc yg cuai. doc tersilap suntik apa entah. apa2 pun lebih baik pilih hospital kerajaan.

    ReplyDelete
  3. imah, kejap je kan.. sedar2 dah 2nd tri.. nanti dah 3rd tri.. cuma nak tanya, faktor risiko apa yang nurse tulis tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yang tu takde pape. primid tu sebb kandungan pertama. hehe

      Delete
  4. the best moment kan..baby farah dah mula kicking..:)

    ReplyDelete
  5. x sabar jugak nak tunggu 16 week...sbb masa tu dh boleh rasa baby tendang2..hihi..ecah nak scan masa dh 16week nanti...excited (^_^)

    ReplyDelete
  6. Pasien yang tak ada dokumen apa kah bleh brsalin kat sana

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!