About Us

Friday, October 10, 2014

Mengemas Rumah. Macam manala nak mudahkan kerja mengemas rumah ni?


2 hari lepas balik kerja, borak2 dengan husband pasal rumah. Balik dari kampung hari isnin hari tu tak menyempat lagi nak kemas rumah. Bukan maksud rumah tu bersepah. Tapi kain baju balik dari kampung dah basuh tak sempat berlipat. Balik kampung musim hujan hari tu tak basuh pun baju kat sana. Kumpul bawak balik rumah memang bertimbunla kena basuh dan sidai. Dah kering, ada yang sangkut ada yang kena lipat. Hari tu ada kawan share pasal jadual kemas rumah. Elok buat time weekdays. Weekend masa untuk rehat. Tapi saya weekend tu biasa kalau nak mop lantai nak cuci toilet memang weekend jela buat.  Weekdays normal rutin..masak, basuh baju..lipat kain. Dulu baju pun iron siap2 stock seminggu time weekend sekarang dah tak sempat. Iron hari2 (T_T)...sebab busy lepas tu banyak jugakla jadual harian yang dah berubah.Huhu..

Rasa kena manage balik time untuk kemas rumah. Taknak tumpu pada weekend. Lepas ni weekend masa untuk rehat & jalan2 dengan family je. So, kerja mencuci kena buat hari2. Ada merungut jugak cakap takut penat kalau kena kemas hari2 sebab sayapun working mom. Tapi husband cakap..try maintain je keadaan rumah tu. Tak payah tunggu weekend baru nak mop. Kalau rasa nak mop lantai, buat je. Dia cakap kiteorang kena tiru style ayah saya yang sapu sampah dan mop lantai hari2. Hihi..Ya..ayah saya memang rajin sangat. Takleh tengok lantai berhabuk. Hari2 dia sapu dan mop lantai. Tak kirala bahagian dalam atau luar rumah. Tapi saya belum tahap serajin tu. Huhu..

So, sebenarnya apa yang penting rajin dan disiplin. Nak maintain rumah kemas kena sentiasa rajin & disiplin.

Contoh, kalau angkat baju terus lipat. Tak payah tangguh2. Kalau rasa terbeban, try buat sambil main dengan anak atau tengok Tv. sekejap je habis. Bajupun basuh selang 2 hari. Jangan tunggu weekend baru nak basuh semua. Nanti super penat. Kalau saya weekend biasa basuh yang besar2 macam cadar, sarung tilam, sarung bantal senang nak ampai dekat luar.  kita ada dalam rumah nak jenguk2 ampaian.

Nak maintain dapur bersih, kena make sure lepas masak je lap dapur. Kena basuh pinggan mangkuk sambil2 tengah masak. Jangan tunggu habis masak baru basuh semua benda. Nanti lagi letih. kena buat sambil2. Kalau capai barang nak masak, letak dekat tempat yang betul semula. Nanti takdela nak cari2 mana letak barang tak jumpa. Dekat dapur memang kena banyak apply kerja2 susun atur.

Nak maintain living hall dengan ruang makan kemas pun sama. Kalau golek2 depan Tv dengan bantal semua dah bangun nanti letak balik bantal tempat betul. Kalau minum2 or makan sambil tengok Tv kena basuh pinggan dan gelas tu. Jangan tinggal merata. Sama jugak dengan mainan anak. Kena simpan balik lepas anak main supaya tak sepah.

Bilik tidur kena buat rutin biasa. Bangun mesti kena kemas tempat tidur. wajib. Kalau dah mandi, tuala kena sangkut tempt dia kemas2. Sama dengan sejadah dan telekung solat pun jangan letak suka hati. sangkut tempat yang betul supaya tak nampak semak. Huhu..



Sekarang ni tengah plan jadual kemas rumah macam yang saya jumpa dari google. Lepas ni nak try kemas rumah sikit2 hari2. Tak yah tunggu weekend nak menyapu, mengelap, mop bagai. Buat sikit2 dengan masa yang minimum. So, nanti weekend boleh rehat & spend time dengan family je. Takde buat keja rumah yang banyak.

Apa pendapat korang? Cara korang kemas rumah?

5 comments:

  1. setuju.... yg penting jgn menangguh...

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada jadual tp kita ni tkut tak terikut jadual tu hehe...

    ReplyDelete
  3. memang kerja2 rumah ni kalau bertangguh semakin banyak dan banyak.kadang2 ada jg rasa malas ...esok le cuci sekli....tp bile pikir balik buat sekarang ke...esok ke...lusa ke...sendiri juga yang kena buat xde bibik @ orang lain yg dtng nak tolong buatkan kerja2 tusemua...akhirnya buat dan terus buat ....jawapannya SETTLED.

    ReplyDelete
  4. huhu.. betul.. bole cek sini tengok...http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/08/cara-hidup-tanpa-orang-gaji.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!