Ya Ampun Fayyadh..mama selalu lambat update perkembangan kamu dekat sini. Hihi...so, kalai ni kita combine jela perkembangan Fayyadh masa 7 & 8 bulan. Hihi..
Belum pandai merangkak dengan bergerak. Merangkak setempat. Statik je. Tak gerak ke depan or belakang. Hihihi...
Dah boleh duduk tapi huyung hayang lagi. Hihi...kena tengok jugak. Tak boleh biar dia duduk sorang2 tak berteman. Kang ada yang terbalik. Hihi..
Abah Fayyadh cakap, even Fayyadh tak pandai merangkak dengan menysur ke depan tapi dia kreatif! sebab dia boleh gerak ke mana dia nak gi dengan guna 4 skill. meniarap. mengesot ke belakang, berguling dan berpusing. Hihi....Takpela nak, mama & abah sabar tunggu kamu merangkak. Asalkan sihat & aktif Alhamdulillah...
First time demam masa umur 6 bulan lebih. Mama risau kemain lagi sebab lambat nak kebah demamnya. Pasal demam, dalam entri lain saya story k!
Suka makan tapi badan tak montel sangat pun! sejak start aktif golek ke sana sini Fayyadh memang tak sedebab dulu dah. Hihi..makan banyakpun, lepas tu exercise balik golek2 sana sini slim la blik! Bestnya kalu mama Fayyadh pun makan banyak slim gitu! masalahnya mama Fayyadh kalau makan banyak makin gemuk jadinya..hihi.
Dah mula memilih orang. Fuh! Hanya dengan saya, husband dengan Babysitter dia je yang dia nak. Yang lain semua reject! dengan atuk & nenek pun sama. kalau balik kampung kena tunggu esok lusa baru dia nak. Janganla sesiapa nak suka2 ambik dia, memang meraung macam kena pukul lepas tu. huhu..
Lepas baik demam, manja kemain lagi. Nak berkepit dengan mama je. Pantang mama bangun kejap gi dapur nak minum air pun nak ikut, Huhu...tingal kejap dah merengek. Hai anak...terharu mama ni tau sebab kamu nak mama je! walaupun kadang rasa kelam kabut nak buat itu ini tapi nila masa2 yang sangat sweet utk dikenang nanti!
Dah pandai panggil "mamamama" bila nak mama. Kalau abah dia sebut "Abbababababa..". Yg best dia hanya sebut "mamamama" bila nak saya je! hihi...mula2 ingat perasaan je sbb mostly baby akan sebut mamama tu, rupanya tak. memang" mamama" memang dia sebut bila nak dekat saya je!
Dah pandai sepahkan rumah! selongkar rak tv. tarik alas meja kopi. Tarik baju yang baru kita lipat. Hihi...pantang tak tengok ada je aktiviti mengemas dia. Hihi...
Mulut super ramah macam mama dia!
Pandai tepuk amai-amai dengan main "buat mata". Perangai yang buat mata kecik tu yang tak tahan tu. Geram tengok!
Dah start gatal gusi. Perasan dah ada benjol dkt gusi mcm nk tumbuh gigi!
Dah pandai merajuk! Pakej siap cebek mulut. Kalau buat2 nk marah mesti taknak tengok muka kita dengan cebik mulut. hihi...sabar jela.
Posted via Blogaway
Assalamualaikum imah. bestnya perkembangan Fayyadh. semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ye... tak sabar tunggu Adam aktif. tembam sangat ni. tak larat nak dukungggg. hihiiii ;p
ReplyDeleteBulatnye awakkk rasa nak gigit je hehe, anak i 7 bln girl, perkembangan dy lebih kurang Fayyadh, semoga anak2 kite menjadi anak2 yg soleh dan solehah, Aminn..
ReplyDeletecomeiiinyaaa fayyadh >_<
ReplyDeleteGeram tgk fayadhhhhh. Sgttttt comeyyyy
ReplyDelete