About Us

Sunday, April 15, 2012

Brown Paper Bag For Doorgift

Lega. Dah berjaya beli Brown paper bag dekat Mydin USJ pagi tadi. Sorang2 je saya drive ke sana. Mula-mula inagt just nak gi McD je nak try makan Chicken Muffin baru tu (Boleh tahan la rasanya. Saya lagi suka Chicken mcMuffin yang lama). Lepas tu terasa pulak nak pergi Mydin Hypermarket dekat Subanag Jaya. Tak kisahpun jalan-jalan sorang diri sebab dari dulupun dah terbiasa buat semua sendiri sebab duduk jauh dari family dan Encik Tunang. Nak ajak kawan, bila dah bekerja ni, diaorang pun kadang2 ada urusan lain. So, terpaksalah pergi sendiri. Tak apa, Saya kan Miss Independent (^_^)

Dan, ini yang berjaya di beli...

2 bungkus plastik yang mengandungi 1000 keping Brown paper bag. 



beginilah rupanya. Paper bag ni asalnya dibuat untuk bungkus goreng pisang tapi kalau setakat doorgift yang ringan2 macam kerepek, gula2 tu memang boleh je nak guna paper bag ni. Saya beli yang tak ada tapak sebab nak letak barang yang ringan. Satu lagi sebab MURAH! Harganya RM 3.20 untuk 100pcs. Murah kan???



Setelah Dibuka, macam nilah rupanya. Taklah besar sangat, tak kecik sangat, sedang2 aje tapi muatlah untuk letak 3 bungkusan kecil barang dalam ni.



Now, DIY Brown paper bag in the making. Idea dah ada. dah try buatpun petang tadi. 1000pcs nak kena DIY mahu lenguh tangan ni. Huhuhu....ada lagi 4 bulan 1 minggu. Dahlah busy sangat skrg ni. Balik kejapun memanjang time malam. Huhuhu...Harap2 boleh siap on time la. Nanti saya update bila dah siap DIY k!

16 comments:

  1. paper bag yang ni memang jimat habis la kan. murah. DIY bagi cantik dear.

    ReplyDelete
  2. wee..brown paper..cantik if letak dolly paper as decorations...nnt update tau!! good luck dear!!

    ReplyDelete
  3. suker2..ade gak survey kat mydin k.l...sm la harga...rahmah pun gn ni untuk doorgift..dlm pembikinan...xbl bag ni je lg...

    ReplyDelete
  4. Auntie setuju sgt, decorate cantik2 I min bubuh bunga or reben tp jgn yg mahal cari yg murah aje kadang2 tu org bukan apreciate sgt benda2 mcm ni they all buang aje yg penting Isi dlm tu bagi yg bolih dipakai dan dimakan contoh buah kurma & kismis, minyak wangi, tasbih , celak , inai , mathurat,
    buku yassin atau apa2 aje yg orang bolih pakai yg bolih mendatangkan pahala dan keberkatan, barang2 ni semua bolih didapati kat Maydin klu beli banyak bolih beli borong lg. Semoga semua perancangan Emah berjalan lancar .

    ReplyDelete
  5. lg murah yer.. haha xper la.. kat perak xder mydin.. hahaha
    jadi beli on9 sudah.. ahhha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la mydin..baru je buka kat meru raya tadi..:)

      Delete
  6. beli kat mydin kat bahagian mana yer brown paper bag ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. brown paper bag ni dekat bahagian jual plastik untuk bungkus makanan, lidi sate dan sebagainya. Ada dekat bahagian tu

      Delete
    2. Kat mydin usj tu ade x yg ada tapak?

      Delete
  7. kat mydin,brown paper beg ni kat bahgian mana yer..

    ReplyDelete
  8. kat perak dah ad mydin beso nyer kat ipoh

    ReplyDelete
  9. nak beli jugalah....... best juga ni, murah

    ReplyDelete
  10. baru 2 minggu lepas saya pergi Mydin USJ,xjumpa pun paper bag ni.. kalau ade pun, yang tak bertapak tu..sebab nak letak glass jar...tak muat pulak... huuuu.... sekarang suma orang nak buat paper bag je doorgift... majlis tinggal sbulan je lagi nih... yang lain dah setel, tinggal paper bag je tak jumpa2..huhuhuhu....aduii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh try cari dekat kedai yang jual barang2 untuk pembungkusan macam beg plastik, buat kek semua tu. Tak silap saya dekat chow kit ada satu kedai nama Wasin ke apa tah. Ada jual jugak paper bag ni.

      Delete

Terima kasih sudi komen!