About Us

Friday, May 4, 2012

My Experience with Contact lenses






Tetiba hari ni rasa nak bercerita tentang contact lenses. Sebelum tu, nak story macam mana saya boleh rabun.  since umur 11 tahun, lepas terlibat dalam kemalangan dekat sekolah, penglihatan saya tak lagi normal macam dulu. Saya bukan accident jalan raya. Tapi,Saya terkena tempias atas perbuatan orang lain. Huhuhu.. Time tu, saya nak gi kelas. Ada budak2 main bola randes (Eh! Betul ke ejaan ni?) tepi kelas saya. Sedang say a berjalan, tak tahu macam mana bola tu terkena mata saya (bola tennis yang warna hujau tu. Sampai sekarang saya fobia dengan bola tu!).  Tahu2 saya dah rasa dunia saya gelap. Huhuhu…nak berjalanpun kawan saya yang tolong papah sebab saya takleh buka mata. Sakit.

Mula2 cikgu bawa saya gi klinik. Cikgu ingat kes biasa lah kan. Tapi, masa dekat klinik, Doktor cakap, urat mata saya dah mula kembang. Terus bawa saya cepat2 ke hospital sebab kalau lambat saya akan buta. Alhamdulillah…saya selamat. Saya masih boleh melihat walaupun masa tu pandangan saya tak clear sangat. Saya jadi rabun warna, rabun penglihatan. Saya kena tahan dekat hospital dalam empat lima hari (Tak ingat berapa lama) kot. Lepas keluar hospital pun every week kena datang check up dekat hospital. Adalah dalam setengah tahun kena ulang alik gi hospital jumpa doctor. Mak saya hari-hari akan test penglihatan saya dengan warna. Mak risau sangat saya rabun warna sebab time tu saya kecil lagi. Hari2 mak uji saya, ajar saya, jaga pemakanan saya  sampailah saya pulih sepenuhnya. Tapi, anak mata kiri saya tetap tak leh normal balik macam dulu. Kalau orang lain anak matanya bulat cantik, tapi saya tak. Kembang2 sikit. Huhu…..sebab tulah saya start rabun. Asalnya mata kiri je, lepas tu jadi kiri dan kanan. Mula2 sikit je rabunnya, lama2 jadi banyak. Tapi, masih dalam tahap sederhana rabun =(

Tak suka, tak sukapun kena pakai juga spek mata ni. Huhu..


Pasal contact lenses, dah 7 tahun lebih saya pakai. Lama kan? Since umur 18 tahun saya start pakai sebab tak selesa pakai spek mata. Erk! Bukan rasa diri tak cantik ke apa ke, tapi saya tak selesa sebenarnya. Rasa tak puas melihat. Lagi satu, saya ni lasak orangnya. Suka buat aktiviti luar, so saya rasa contact lenses adalah pilihan terbaik. Before pakai contact lenses, saya jumpa doctor mata dulu. Then, saya gi kedai yang disarankan doctor. Kedai tu milik doctor mata jugak. Time mula2 try dekat kedai, rasa selesa sangat. Tak sedarpun diri ni rabun! Hahaha…The best contact lenses yang saya suka adalah dari brand Encore-A. Harganya agak mahal la (mahal la bagi saya sebab time tu belajar lagi) tapi puas hati sangat. Selesa dan rasa soft jer. Suka sangat brand ni tapi dekat Shah alam ni tak jumpa pun. Huhuhu…Pernah try macam2 jenis tapi tetap xsama macam pakai Encore A. so, sekarang tukar pakai brand Frequency pulak. Not badlah..ok dengan saya tapi lagi suka Encore A. kalau balik kampung, saya memang beli brand ni. Saya tak pernah pakai contact lenses macam2 warna tu. Pakai yang biasa je.

Saya suka brand ini!

Sekarang pakai yang ini

Tak takut ke pakai contact lenses?

Mula2 nak try memang takut. Tambah2 bila dengar macam2 cerita orang. Kena infection la macam2..huhu. Kalau tak betul cara memang boleh rosak mata. Ngeri kan dengar? Disebabkan saya suka membaca dan wat research, saya sentiasa dapatkan info tentang contact lense dan penjagaaan mata. Tapi rutin penjagaan saya tak macam orang lain. Orang selalu cuci contact lense dulu, rendam dalam bekas then baru ambik pakai. Tapi, saya terbalik. Saya rendam dulu. Masa nak pakai baru cuci then baru pakai. Entahlah…dah terbiasa cara macam tu. Dulu, masa mula2 pakai contact lense memang lama la saya ambik masa nak pakai. Susahnya nak suruh contact lenses tu lekat dalam mata. Hahahaha…Tapi bila lama2 pakai,  2 minit je dah cukup. Time nak buang lagi senang, tak payah tengok cermin pun. Mudah je? Tapi, tetap kena teliti, berhati-hati dan amalkan kebersihan. Pakai pun xleh lama2. Tak boleh lebih dari hadnya. Then, kena bagi mata rehat jugak. Jangan asyik hari2 pakai contact lenses. Selang seli dengan spek. Walaupun saya rasa pakai spek tu wat mata saya lagi rabun. Betul! Power mata saya meningkat lepas pakai spek mata. Then, dalam newspaper pun doctor ada cakap pasal pakai contact lenses leh kurangkan kerabunan.

Sedang berusaha untuk simpan duit untuk wat rawatan lasik untuk baik pulih kerabunan saya. Ada ex officemate buat dulu. Tak perlu pakai contact lenses dan spek lagi. Harga pun mahal jugak. Mintak2 ada rezeki lebih nanti.

Pembedahan laser atau lasik untuk mata



* Entri panjang berjela…hahaha. Oh Ya, Saya ada dengar ceramah agama pasal nak merawat masalah rabun mata cara islam. Nanti saya akan kongsi di sini k!

8 comments:

  1. sy teringin jugak nk pakai, tp macam awk la...mula2 takut. takut mata rosak la ape lah. maklumla, mata set terpenting kot. betul x?

    nak pakai bukan sb rabun pun, tapi cantik. hahaha. ok ok, my bad :(

    sampai harini, belum decide nak beli brand apa. sebab takuttttt mata osak! hihi. selalu je google images infected eyes. :-s

    &&& nowdays bnyk betul org jual lense, thru fb, blog, semua lah. murah2 lak tu, makin takuut!

    tapi, qiela doa awk baik2 je k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat blog2 dgn Fb tu say atak tahulah mcm mana. tapi saya memg tak berani try. Prefer beli dekat kedai walaupun mahal sikit harganya. sebab mata ni kita nak pakai lama.kena jaga betul2. Huhuhu...

      Delete
  2. samela.. sy pun pakai contact lens since umur 18 tahun.. pernah sekali tue kene jangkitan kuman..then, start dari situ, baru terror bab2 penjagaan contact lens

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ar. kena alert sikit. Saya alhamdulillah..setakt ni memang tak pernah ada masalh lagi

      Delete
  3. sy pon pakai kontek lens jugak..selesa kan?hihi..

    ReplyDelete
  4. sy memang teringin sgt nak try pakai lens..tp tu la..x brani..kdg2 tu rimas jugak asek pakai spec je..huhu..tp btul ke kalau pkai lens tu boleh kurangkan rabun??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually, dia bukan kurangkan rabun tapi maintain kot sebab selalu pakai spek power semakin bertambah tapi contact lense tak. Maintain je..saya baca info ni dah lama. Dalam newspaper. Huhu..ingat2 lupa dah.

      Delete

Terima kasih sudi komen!