About Us

Wednesday, May 9, 2012

Suntikan Vaksin Hepatitis B


Hari ni nak bercakap pasal kesihatan sebab baru lepas kena suntik vaksin hepatits B tadi. Before ambil vaksin ni untuk langkah pencegahan dari terkena virus hepatitis B, saya baru buat blood test kira-kira 3 bulan lepas. Bukan HIV test tapi full blood test untuk tahu tahap kesihatan saya dan buat ujian penyakit yang boleh dikesan melalui ujian darah. Alhamdulillah...semuanya ok. Hepatitis B, talesemia, HIV semuanya negatif. yang lain2....so far oklah jugak.

Sebelum tu, meh sini saya nak terangkan apa itu virus hepatitis b



Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS)?
Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. 


Daripada 90 peratus bagi mereka yang dijangkiti terdapat 5 ke 10 peratus orang dewasa yang tidak dapat menyediakan antibodi yang mencukupi untuk membasmi jangkitan dan akan dijangkiti secara teruk untuk jangka masa panjang. Mereka ini adalah pembawa penyakit Hepatitis B yang kronik.


Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang teruk adalah sama seperti jangkitan virus Hepatitis C. Ini termasuk demam, sakit perut dan kuning. Kebanyakan yang dijangkiti secara teruk tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas dan mereka boleh menjangkit ia kepada orang lain.
Mereka yang dijangkiti secara teruk mempunyai risiko tinggi mengalami penyakit dan kanser hati yang boleh menyebabkan kematian. Risiko ini meningkat 200 ke 300 kali ganda berbanding yang bukan pembawa. 



Turut didapati wanita pembawa Hepatitis B, mudah menjangkitkan ia kepada bayi yang dilahirkannya dan bayi tersebut pula menjadi pembawa dan menyebarkan kepada orang lain. Harus diingat, virus ini telah didapati hampir di semua bahagian berair dan cecair tubuh manusia.
Adalah dijangka 3 ke 5 peratus darah di derma di Semenanjung Malaysia diperiksa mempunyai virus HBU iaitu virus yang menyebabkan Hepatitis B. Ini bermaksud, sekitar 468,000 ke 780,000 daripada jumlah penduduk, Sekitar 15.6 juta, sudah menjadi pembawa yang boleh menjangkitkan ia kepada orang lain dan mereka ini mempunyai risiko yang tinggi menghadapi penyakit hati dan kanser hati.


Pada masa ini, tiada cara perubatan khusus untuk Hepatitis B. Belum ada ubat yang mampu mengubati penyakit ini sepenuhnya. Kajian masih terus dijalankan untuk mencari cara rawatan dan ubat yang berkesan melawan Hepatitis B.


Hepatitis B boleh dicegah. Kini terdapat vaksin Hepatitis B yang diberikan secara suntikan. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas, vaksin ini diambil 3 kali di jarak selama sebulan. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun cukup 2 dos yang dijarakkan selama 2 bulan. Dos booster juga perlu diberikan selepas 12 bulan. Daripada data-data yang diterima, penerima suntikan yang lengkap boleh mempunyai imuniti lebih enam tahun. Satu dos tambahan perlu diambil selepas jangka itu untuk meningkatkan semula pertahanan badan.



Seperti yang Doktor cakap pada saya, virus Hepatits B ni boleh berjangkit melaui percampuran darah, suntikan , dan juga hubungan kelamin. Tapi, jika vaksin diambil untuk mencegah virus ini, Insya-Allah hepatitis B sukar untuk berjangkit. Selalunya kena mabil 3 suntikan. 1 suntikan untuk satu bulan. kalu dekat klinik kerajaan saya tak tahu berapa harganya. Tapi, kalau klinik swasta, 1 suntikan lebih kurang RM 50 harganya.

*Rasa lenguh sebelah tangan sebab sakit kena cucuk.

23 comments:

  1. Salam.
    saya tertarik dengan blog puan ini. Terutama ttg penyakit hepatitis B ini. Ibu mertua sy pengidap hepatitis B yg telah mcapai tahap kronik. Sy menyuarakan kpd suami untuk mengambil vaksin untuk anak2 dan diri sendiri. Tapi hasrat sy dtentang oleh suami. Suami sy merasakan penyakit itu tidak memudaratkan keluarganya...apa perlu sy buat???
    ISTERI MALANG..KTN PHG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya rasa better Puan buat suntikan hepatitis B ni at least kalau suami puan ada hepatitis b pun, dia takkan berjangkit dengan puan disebabkan puan dah ambik suntikan vaksin untuk mencegah

      Delete
  2. Salam. Dekat klinik swasta mana boleh dapatkan suntikan hep b? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik yg saya buat dulu dah tak ada dah suntikan vaksin ni. Rasa banyak klinik yg provide. kena tanya

      Delete
  3. Mencegah lebih baik daripada merawat..ramai org pandang ringan terhadap penyakit hep b kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang penyakit ini..bagi yg belum mengambil vaksin ini..berjumpalah dgn doktor dan buat ujian darah..tiada yg lebih berharga drpd mempunyai kesihatan yg baik..renung2kan..

    ReplyDelete
  4. Baru2 nie, mse sy buat CA125 dan stlh kptsn ujian drh sy klr, dktr telah mnyarankn utk suntikan hpttis b nie selama 3 kali yg jrknye sbulan skli. Ini adalah utk mncegah dri jngkitan virus trsbut. Di klinik2 swsta skrg sng nk dptkn suntikan nie...

    ReplyDelete
  5. Yg membuat blog ni pun tak tahu apa itu hepatitis b..dia main copy paste saja..hepatitis b sekarang ni sudah pun mempunyai rawatan. .kecuali apabila penyakit dah menjadi sirosis dan berkembang menjadi kanser agak sukar utk di ubati dan masih mempunyai peluang utk sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya. Article ini ditulis 2 tahun lebih yg lepas.pd may 2012. Sy tulis apa yg dr terangkn dn mklumat yg saya tahu. Terima kasih sbb mnmbhkn lg maklumat psl pnyakit ni. Sgt berguna

      Delete
    2. Tp mencegah lbh baik dr merawat kan

      Delete
  6. Replies
    1. satu suntikan lebih kurang RM 50. Kena survey dekat klinik2 untuk compare harga

      Delete
  7. betul tu. mencegah lebih baik daripada mengubati.bulan lepas saya baru sahaja abis ketiga-tiga suntikan tu.saya ambil kt klinik kat tempat kerja saya.kalau untuk walk in customer rm50 sekali cucuk.so untuk 3 kali cucuk rm150

    ReplyDelete
  8. vaksin ni sekali seumur hidup atau berulang dalam beberapa tahun?

    ReplyDelete
  9. Kalau dah kena hepatitis b. Boleh ke kita ambil suntikan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah kena saya tak pasti. Yang ni kena consult dengan Doktor.

      Delete
  10. jika kita da amik booster..berapa lama jarak untuk ambik lagi jika kite memang hari2 terdedah dengan pesakit hep b

    ReplyDelete
  11. Macammana kalau kita hanya ambil dos satu dan dua sahaja..

    ReplyDelete
  12. Bagus kerana membantu,allah sayangi umatnya yg saling membantu,tksh.

    ReplyDelete
  13. Selain klinik kerajaan dimana lagi boleh dapatkan pelali hep. B.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!