About Us

Tuesday, May 29, 2012

Things to do at my hometown




Insya-Allah..hari jumaat malam saya akan pulang ke kampung lagi. Dalam otak2 dah macam-macam plan dah yang difikirkan. So, setakat ni, ini aje perancangan saya. Nampak sangat tak ada idea nak wat entri kan, sampai apa yang nak buat dekat kampung nak tulis dekat sini? hehehe...takpelah, namapun personal blog. Tulis ajelah


Sabtu

-         Awal pagi sampai dari shah alam ke stesyen bas Kangar, perlis (sebab umah dekat sempadan perlis , dah biasa turun bas dekat kangar je)
-         Suruh ayah confirmkan dengan tok imam pasal borang2 untuk nikah nanti.
-         Attend kenduri 2 orang kawan dekat Changlun Dan Jitra.
-         Ambil gambar dengan encik Tunang untuk bunting. Suruh dia select gambar parent dia untuk letak dekat bunting.
-         Pergi Butik CWC, Pilih baju resepsi. (Baru nak pilih? Huhu…) then bayar untuk makeup sekali. Untuk baju dah bayar dah last month. Mintak kain contoh untuk cari tudung nanti
-         Pergi Butik DRB. Pilih sampin dan tanjak untuk matching dengan baju outdoor Encik Tunang. Baju outdoor tu ambik baju bertandang yang tak jadi tu….huhuhu then  confirmkan warna tema untuk meja makan beradab dan khemah  pengantin nanti. Lagi 2 bulan lebih nak kawen warna tema pun xad lagi. Relax aje saya ni kan. Hehehe…
-         Cari cincin kahwin untuk Encik Tunang
-         Suruh parent dan Encik Tunang check &finalize draft kad kahwin yng dah ditempah
-         Malam. Kemas dan kosongkan bilik saya untuk dijadikan bilik pengantin. Saya tukar bilik saya dengan bilik adik perempuan saya sebab bilik dia kecik sikit, senang nak angkut keluar barang sebb katil bujang je. Barang tak banyak. Tapi bilik saya katil dengan almari lama tu berat sungguh. Malas nak kosongkan. Huhu…

Ahad

-         Pagi. Pergi klinik kesihatan Kodiang. Buat HIV test
-         Tengahari pergi wedding kawan dekat Guar Nangka, Perlis
-         Discuss dengan family dan sedara pasal gift untuk tetamu nanti.
-         Petang tunggu kedai pearabot hantar set bilik tidur yang dah ditempah.
-         Kemas bilik
-         Malam, siap2 nak naik bas balik shah alam.


Banyaknya benda yang nak disettlekan untuk majlis kawen nanti. Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi. Dah rasa risaupun ada. Macam tak cukup masa je. Sekarang tiap2 bulan balik kampung time weekend aje. Tak ambik cuti pun. Nak jimat cuti punya pasal. Maklumlah, saya kerja swasta. Tak banyakpun cuti dapat macam government. Huhu….untuk 2 majlis kenduri memang kena spend banyak cuti. dahlah nanti duduk jauh2 lepas kawen (T_T), mesti akan ambik cuti gak kan. Dapat pulak dua-dua kenduri buat kenduri kampung je. Dua2 originally datang dari kampung yang masih membudayakan amalan gotong royong untuk kenduri. Tapi dekat tempat saya bukan atas dasar gotong royong kot tapi macam syarikat kenduri kampung.


semalam sembang2 dengan mak dekat Phone dia cakap banyak snagat kenduri dekat kampung sekarang. Time hari bekerjapun ada kenduri. Kira keja makan lauk kendurilah sekarang ni. Time bulan 11 dan 12 nipun dah bersusun orang nak buat kenduri dekat kampung saya. Hehhehe..biasalah time cuti sekolah, ramai yang nak wat kenduri kan. Kalau dekat kampung, tak kira hari apa, orang akan wat kenduri sebab majoriti orang kampung kerja sendiri. Oh ya, mak saya cakap, buah durian dengan rambutan dah boleh makan dah dekat rumah. Maggis pun ada jugak. Tak sabarnya nak balik. Cuma agak terkilan sebab buah pelam harum manis dan dang duk mai tak menjadi pulak tahun ni. Adalah sikit2 yang berbuah tapi harap2 saya sempatlah rasa nanti.

Sekarang, saya dah mula rasa risau. Normalke perasaan tu? huhu..Saya tak kisah macam mana bentuknya majlis saya nanti yang saya harap dan doakan moga majlis saya tu selamat dijalankan dan berjalan lancar. Tu je. Bila baca paper tengok cerita sedih dan dugaan hebat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga saya jadi takut. Macam2 yang jadi. Takutnya! Ya Allah..mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja. Moga jalan saya menuju hubungan yang halal dipermudahkan. Aminn…

dah terlebih melalut pulak saya ni. Asalnya nak bebel pasal balik kampung je. Huhuhu.. Buat semua readers, take care ye! Babai..

3 comments:

  1. AMIN... semoga segalanya di permudahkan....

    ReplyDelete
  2. xpe2..bole wt slow2 tapi pastikan sume siap...ade lagi masa tu....hehe

    ReplyDelete
  3. aMIN.. kita pon doakan, semua urusan imah dipermudahkan.. :)
    kita follow cik imah ye.. from www.jalinan-cintaku.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!