Setelah sekian lama sejak kali pertama kami bertemu pada tahun 2005, minggu ini adalah minggu terakhir untuk saya dan dia. Keakraban, perhatian dan segalanya saya terpaksa lepaskan. Bukan atas kehendak masing-masing, tapi kerana masa, keadaan dan situasi yang buat semua ini jadi perkara normal dalam setiap perhubungan. Bila saya redha dan ikhlas dalam memulakan hubungan kami begitu juga saya harus redha dan ikhlas melepaskan orang yang saya sayang pergi dari sisi saya. Saya dah mula rasa sedih dan sebak tetapi saya tahu ini adalah perkara normal. Dalam kesedihan tetap terselit rasa gembira dengan kehidupan baru yang bakal kami lalui kami selepas ini.
Lagi 2 minggu my best friend aka teman baik, teman rapat, teman susah senang, teman sejati saya akan berkahwin. Minggu ni jugak adalah minggu terakhir untuk saya spend masa dengan dia. Honestly, sejak 7 tahun kami berkawan rapat, saya lagi rapat dengan dia berbanding tunang saya sendiri. kadang-kadang saya rasa dia jauh memahami saya dan mengenali sikap saya. Mungkin sebab hampir setiap hari kami lalui kehidupan bersama sejak di universiti sampailah bekerja buat kami lebih mengenali anatra satu sama lain. Kami pergi kelas bersama, makan bersama, jalan-jalan bersama,merempuh hujan bersama (selalu kena hujan bila naik motor sama2) study bersama,duduk serumah dan sebilik, masak bersama, berkongsi masalah, perasaan, hobi dan saling menyokong antara satu sama lain. Dia juga tempat saya mengadu masalah saya dan berkongsi rasa yang susah untuk saya kongsi dengan orang lain. terlalu banyak perkara yang saya ingat tentang suka duka kami dari mula kenal sampai sekarang.
Kami rapat mungkin sebab sejak di universiti sehinggalah bekerja kami tak pernah lagi terpisah jauh. Bercinta pun secara jarak jauh. memang jarang sangat jumpa BF masing2. keakraban kami ni sampai kawan2 dekat Universiti semuanya tahu. Pantang salah seorang berjalan sendirian je, pasti akan di soal "Imah mana?" takpun "Zira mana?". See.... eratnya hubungan kami sampai semua rakan-rakan tak kira yang rapat atau tidak dengan kamipun tahu pasal kami berdua. Malah, keluarga kamipun tahu. Dia kenal family saya dan saya kenal family dia. Waktu rakan-rakan lain sibuk ke hulu ke hilir dengan boyfriend masing2 kami selesa berdua sahaja. Kami lalui susah senang alam belajar bersama. nak cari duit lebih, kami buat kerja part time bersama dekat McD. Dia jadi cashier di kaunter, saya jadi tukang masak burger di dapur! hehehe..bila diingatkan semua kenangan itu, sungguh saya sangat rindu untuk lauinya sekali lagi. Dalam persahabtan mana mungkin tiada kekeruhannya. kami pernah bergaduh, terasa, berselisih faham, makan hati tetapi jodoh persahabatan kami kuat. Walau apapun yang berlaku persahabatan ini tetap berdiri teguh. Syukur =)
Saya ingat, lepas grad kami akan berpisah tapi takdir Allah, kami dapat kawasan tempat kerja yang sama. Dulu, dah nangis2 dah sebab ingat akan berpisah jauh tapi syukur kerana Allah masih izinkan untuk kami bersama macam dulu lagi. Seronok sangat bila kerja dekat tempat yang tak jauh dari kawan baik saya =) Thank you Allah. walaupun cuma setahun lebih sahaja tetapi dah cukup buat saya rasa happy sebab saya masih ada kawan baik saya di sisi.
Tapi, mulai minggu depan juga, Zira tidak lagi berada di selangor. Tidak lagi bekerja berdekatan dengan office saya. Insya-Allah, selepas kahwin dia akan ikut her husband kerja dekat kemaman. Maka, jarak kami akan makin jauh. Entah bila dapat berjumpa lagi saya sendiri tak pasti. Hakikatnya, saya sedar yang hubungan kami tak mungkin dapat jadi macam sekarang. Tak bebas lagi untuk keluar bersama waktu hujung minggu, tak bebas lagi untuk saling menemani ke sana sini. Sedih! memang sedih. Saya rasa kehilangan...(T_T) .
After 7 years hidup saya sentiasa ada dia, ditemani leteran, bebelan, gelak tawa dan cerita dia, hujung minggu ini adalah masa terakhir untuk kami spend masa bersama. Sekejapnya masa berlalu. Tujuh tahun walaupun satu tempoh yang lama tapi saya rasa macam sekejap sangat. Sedar tak sedar rupanya dah tiba masanya untuk saya melepaskan kawan baik saya ni pergi dari hidup saya.
Tujuh tahun yang indah. Tujuh tahun yang menyimpan bermacam cerita. Air mata, gelak tawa...dan segalanya. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan saya seorang sahabat yang sangat memahami saya. Seorang sahabat yang tidak pernah menolak setiap ajakan saya. Seorang sahabat yang ikhlas menemani saya ke mana sahaja. Seorang sahabat yang sudi mendengar setiap keluhan dan kesedihan saya. Seorang sahabat yang tetap berdiri di sebelah saya walaupun bermacam perkara terjadi dalam hidup saya. Seorang sahabat yang bagi saya adalah anugerah terindah dalam hidup saya....Syukur ya Allah kerana meminjamkan dia untuk saya. Walaupun hanya seketika tetapi kemanisan persahabatan ini, kenangan yang kami coret bersama akan saya ingat sampai nafas terakhir saya.
Buat Zira, selamat pengantin baru..selamat menempuhi alam baru. Walau apapun berlaku, ingatlah aku sentiasa ada di samping ko. Semoga persahabatan yang telah kita jalin sepanjang bertahun-tahun ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Keep in touch ok! Terima kasih kerana menjadi sahabat susah dan senang aku. terima kasih kerana sentiasa punya masa untuk aku. terima kasih kerana membahagiakan aku. Thank you so much! Sampai bila2 pun aku akan sentiasa sayang dan ingati ko. To Duan, Tolong jaga Zira sebaiknya. Bahagiakan dia sehingga ke hujung nyawa. Semoga rumah tangga korang akan sentiasa dalam berkat dan rahmat Allah. =)
(T_T)
*tertarik dengan kata-kata Ben Ashaari yang blog itu LOG atau diari seorang pengguna internet. Tiada istilah penulisan SAMPAH dalam mana mana blog kecuali dia menulis untuk mencaci maki orang lain . Jika dia menulis untuk meluahkan peraasaan atau meLOGkan kenangan , maka itu adalah haknya.
buat cuak je imah ni...hehe...
ReplyDeleteeh, ya ke? hehehe...
Deletecam sama je muka korang... :)
ReplyDeletePernah juga dengar org cakap macam tu tapi rasanya xsama. keserasian tu je yang sama. Dia jauh lebih cantik dari saya =)
Deletewah touching nye entry nie..semoga sahabat imah akan sentiasa berbahagia disamping bakal suami =)
ReplyDeleteInsya-Allah...sayapun doakan macam tu jugak. Masing2 akan mulakan kehidupan baru, punya keluarga sendiri & semoga semuanya membahagiakan
Deleteterharu menyaksikan persahabatan ikhlas ini...
ReplyDeleteThank's.. =)
Deleteterharu menyaksikan persahabatan ikhlas ini...
ReplyDeletewaaa imah.. terharunya aku xsgka ko wt entry ni..ko jgn risau pershbtan kite xkan bhnti di sini.. aku hrap wlpun kite dah bejauhan tp persbatan kite kekal slmenya.. aku doakan ko berbahgia dismping si dia hehe..
ReplyDeleteHadiah terawak before ko kawen. hehehe..semoga semuanya berjalan lanacar k then dapat bergembira denagn hidup dan kerjaya baru. Insya-Allah....
Deleteentry yang sgt touching... uhuks... congrates zira!!! untuk imah, jgn sedih2 k... lps ni turn imah pulak... heee... =)
ReplyDelete