About Us

Monday, September 30, 2013

Ginilah kejanya Weekend Housewife


 Syok kan bila weekend? Boleh santai-santai rehat dekat rumah, gi jalan-jalan sebab time ni jelah yang ada masa kan. Hari lain dari pagi sampai lewat petang dekat office aje. balik rumah pun badan dah naik lemau, nak buat aktiviti lain pun malas. Semua tunggu weekend. Haha...

Tapikan, dalam weekend life saya,  takde maknanya nak bersantai-santai or membuta sepanjang dua  hari dekat rumah. hehe....weekend pun ada jugak benda yang nak kena buat. Takkanla asal weekend ja, shopping or jalan-jalan aje kan? mau kopak duit kalau setiap kali weekend inilah aktivitinya. Takpun membuta sampai tengahari or petang ke? sesi balas dendam sebab hari lain kena bangun awal pagi kan. Oh tidak! Dari time bujang memang jenis tak reti nak tido pukul 12 tengahari baru bangun. tapi kalau tido awal saya pandai. Dah biasa kalau dekat kampung mak ngan ayah akan bising2 kalau bangun tido lambat even weekend pun. So, after subuh, selalu saya tido balik paling lamapun sampai pukul 9 pagi je. Bila dah ada keluarga ni lagi la kena bangun awal. banyak benda nak kena buat.

Selalunya, kalau hari sabtu kiteorang keluar, hari ahad mesti akan stay dekat rumah. Sabtu la hari nak gi membeli makanan basah, nak gi basuh keta, nak service keta ke, shopping barang rumah ke or gi mana-mana yang berkaitanla. Tapi ada masa tak keluar, stay aje dekat rumah. Namapun weekend housewife kan, so time nilah nak mencuci calat rumahpun. Nak cuci toilet, nak sapu dan mop lantai, nak mendobi bedsheet, blanket & towel, nak masak special sikit, nak menyahkan segala debu-debu dekat perabot rumah, nak iron baju saya & husband untuk stock seminggu..ha...inilah masanya! siapa cakap wanita bekerja tu main lepas tangan je kerja-kerja rumah? Tak semua ok! Selalu time weekend nila nak tunjuk bakat housewife pun kan?


Mujur rumah kecik jepun. So, penatnya kira tahap ok-ok lagi. hehe..Tak leh bayang kalau duduk rumah besar sikit nanti. Lagi banyak part nak kena cuci. lainla kalau ada maid kan. Tapi sebolehnya lah kan, saya tak nak ada maid. haha...lebih afdal kalau kerja-kerja rumah tu dapat buat sendiri. Lagipun husband rajin sangat menolong kan. Hari biasa selalu setakat basuh baju, lipat kain dengan masak je. Bab menyental rumah semua tunggu weekend.

Nanti bila baby dah keluar, maybe sutuasi akn jadi macam ni....


Makin banyakla aktiviti weekend housewife kan..huhu..tapi xpe, kalau penat, leh main2 dengan baby pulak =) !

2 comments:

  1. wah imah dah preknen. bestnya !! semoga diberi kemudahan sepanjang proses kehamilan sampai la ke hari deliver nanti.

    ReplyDelete
  2. nnt ada baby memang terkejar.pernah sarah makan sambil berlari sbb nak kejar zharif dah nanges2.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!