About Us

Thursday, October 11, 2012

Macam mana nak kumpul duit Untuk kahwin? Oh..ini Pengalaman Kami

Selalu kalau bab-bab kumpul duit kahwin ni orang akan fikir lelaki jer yang perlu ambik tahu tapi hakikatnya perempuanpun sama. Memanglah ada duit hantaran tapi perlu diketahui bukan semua family yang guna duit hantaran tu untuk tanggung kos kenduri. Ada yang duit hantaran tu diberi terus pada anak perempuan selepas kenduri atau dibahagi sama rata dengan mak ayah. So, hakikatnya, perempuanpun perlu fikirkan soal simpan duit untuk kahwin kan?

So, macam mana nak cari duit untuk kahwin?

Buat personal loan?

Oh,Tidak2! sebolehnya, jangan letakkan soal pinjam duit di tangga teratas masa kita mula berazam nak simpan duit kahwin. Jangan fikir lansung tentang pinjaman seboleh-bolehnya.

Macam saya dan husband, kiteorang memang tak fikir lansung pasal nak buat loan untuk kahwin. Even rasa duit macam short sana sini pun tetap tak fikir nak pinjam. Memang soal "loan" tu kiteorang tolak tepi.

Apa yang kami buat untuk kumpul duit kahwin?

Ini pengalaman kami...

-Husband saya start simpan duit untuk hantaran kahwin sejak dari gaji pertama dia bekerja. Time tu kiteorang tak planning pun nak kahwin bila. Tapi dia dah start simpan every month. Walaupun sikit2 lama2 jadi bukitkan?

-Masa dia beritahu ayah saya dia nak masuk meminang, time tu duit hantaran dah cukup. Bila dah duit cukup, baru berani masuk meminang. Sebab tempoh pertunangan bukanlah tempoh kumpul duit hantaran tapi tempoh untuk kenal mengenal family masing2 dan buat persiapan kahwin. Tapi duit hantaran tu family saya tak guna untuk buat kenduri. So, untuk kenduri saya keluar duit saya sendiri tapi ada support dari mak ayah sikit.

-Sebelum bertunang lagi kami dah start simpan duit untuk kahwin. Bagi saya tak perlu habiskan banyak duit untuk bertunang. Simple2 pun takpe sebab untuk kahwin lagi banyak duit kena keluar kan?

-Kami masing2 baru lagi bekerja dalam setahun lebih. So, gaji taklah banyak manapun tapi cukuplah untuk kami guna dan menyimpan. Saya simpan untuk kenduri saya, dia simpan untuk kenduri dia. Kami decide nak buat kenduri setakat kemampuan kami.

- Try berjimat untuk persiapan kahwin. Saya buat list dan budget untuk kahwin. Saya buat spread sheet dlm excell dan buku kira2. Buat survey sana sini mana yang lebih banyak penjimatan. Buat sendiri,sewa or beli? Kalau buat sendiri berganda jimat, saya buat jadual waktu untuk saya buat benda2 DIY tu. Selalu blogwalking dan tanya member mana tempat yang leh dapat murah.

- Nak kumpul duit, saya try cut cost perbelanjaan saya mana yang tak perlu. Paper tak payah beli, majalah pun tak payah. Baca online aje. takpun pinjam jer dekat orang. tapi buku saya beli tapi tak banyak macam dulu. Shopping baju dan untuk kehendak sendiri saya limitkan sgt2. Bila penting sgt2 baru beli. Gi keja saya try jimat dengan naik motor. memang time tu saya naik motor je gi keja. sebelum ada keta, hidup saya ke sana sini since time study hanya bawak motor. Sebab pikir boleh save duit minyak, parking dan tol. tapi bila kena keluar meeting sana sini & balik lewat saya bawak keta. Bila lagi 2 bulan nak kawen je saya full time bawak keta. tak bawak motor dah. Makan? oh, saya even nak kumpul duit kawenpun tak pernah berkira soal makan. tak pernah berlapar. makan tetap makan. Cuma nak cut cost hari2 saya bawa bekal gi keja. masak sendiri. memang jimat banyak! tapi sayapun akan mkan dekat luar bila teringin.

-Simpan duit secara consistent. Bila dah letak duit tu under kawen nyer budget, jgn sentuh duit tu untuk beli benda lain. lebih elok, every month buat list benda apa yang nak kena bayar, benda apa nak dibeli, so taklah nampak macam duit kena keluar banyak sgt. beli sikit2 setiap kali dapat gaji. Kalau boleh buat list setiap bulan sehinggalah sampai bulan nak kawen tu.

- Saya decide betul2 untuk wedding ni apa saya nak, mana yang penting, mana yang tak penting. If saya rasa  kurang priority, saya tolak tepi dulu. Ada certain bendapun even saya ada duit lebih, mampu nak bayar tapi saya tak jugak buat untuk wedding sebab saya rasa membazir. Saya selalu ingatkan dalam diri saya, jangan ikutkan nafsu, nanti badan binasa. Mana yang penting sangat2 dahulukan dulu, benda2 lain kemudiankan.  Ada duit lebih baru buat. Semua benda yang nak dibayar saya akan settlekan budget dua bulan before kenduri even benda tu kena bayar lepas kenduri pun (cth: photographer . Sebab kita tak tahu part2 miscellaneous time kenduri ni sebab tu better kena simpan duit lebih untuk itu.

- Saya selalu berdoa minta Allah murahkan rezeki kami. Saya percaya pada rezeki Allah. Kalau niat kita baik Insya-Allah  Allah akan tolong. Kita nak dirikan masjid, Insya-Allah ada rezekinya. jangan takut. Dan banyak juga rezeki yang tak disangka kami dapat. Alhamdulillah....

- Saya selalu ingatkan diri, yang penting saya nak bahagia dan senang lepas kawen. taknak sampai tak ada duit nak makan, tak ada duit nak ulang alik jumpa hubby dekat kulim nanti, tak ada duit untuk masa2 susah yang kita tak tahu. Seeloknya kena ada saving jugak even kita berhabis duit untuk kawen pun. lepas kawen lagi banyak benda nak fikir. banyak benda yang nak di beli bila kita nak memulakna hidup baru.

Itu jer kot yang saya boleh kongsi. Try berjimat dengan duit sendiri sbb kiteorg tak ada side income.huhu... tapi kalau sape2 nk tmbhkn side income leh ar try wat keja part time.Yg pnting usaha dan berazam sungguh2. Jangan asyik fikir nak buat loan je sebelum usaha. Pedulikan apa orang nak cakap (nasib baik time saya hari tu tak adapun org nak mengata sangat, kalau dekat belakang biarlah nak mengata pun kan). Fikir masak2 before buat loan sebab hidup berumah tangga ni bukan sehari dua tapi satu tempoh yang lama. kalau tak mampu, buat majlis akd nikah atau kenduri kesyukuran pun dah ok. kalau family tak setuju, kenalah bincang elok2 sebab yang nak keluar duitnya kita kan. kalau ada yg support Alhamdulillah...

Saya ada jumpa satu buku yang sangat bermanfaat untuk kumpul duit kawen. So, harap dapat membantu bagi mereka yang masih terfikir-fikir cara nak kumpul duit kawen. boleh beli buku ni dkt mph atau popular sbb hari tu saya nmpak ada jual. very interesting!









14 comments:

  1. Bgus cara imah...cik mah pun mcm tu juga..cuma cik mah fobia nk bw moto..so terpkasalah berkereta...huhuhu....tq share....

    ReplyDelete
  2. thanks share disini...terharu sy bc kesungguhan awk menyimpan/menabung. InsyaAllah sy pun nk ikut jejak langkah awk dlm berjimat..dan bnyk DIY utuk kerja kawin sy nnti 30/03/2013.sekarang pun da start DIY ;) doakan sy..

    -Dila,Johor_

    ReplyDelete
  3. Setuju... jangan sekali kali fikir wat loan nak kawin. Nanti pas kahwin, stress tanggung hutang. Saya pun bulan bulan potong terus gaji masuk dalam akaun bank lain..

    ReplyDelete
  4. thanks 4 sharing ur experience...=)
    saya dah beli pon buku tu...menarik byk perkara yang boleh dipraktik utk cut cost belanja kahwin nanti...papepon sgt seronok bace blog ni :))

    ReplyDelete
  5. setuju sangat! wah... bagus kak untuk reference orang yg bakal berkahwin. :)

    ReplyDelete
  6. sy pun setuju..terima kasih akak atas perkongsian ilmu dan pengalaman akak utk bakal2 pengantin...:)by the way,sy dh beli buku tu..alhamdulillah bnyk info2 yg bleh dipraktikkan nnti

    ReplyDelete
  7. tahniah atas perkahwinan imah dan suami. tahniah jugak sebab berjaya kumpul wang untuk kahwin dan berjaya elakkan hutang. tak semua orang mampu kuat semangat melawan napesu dan pancaroba dunia weh ! kudos !

    ReplyDelete
  8. bgsnya sebelum masuk meminang dh cukup wit hantaran..hihi..macam mane simpan duit pon jangn la smpai pinjam loan..dr pinjam loan baek pinjam adeq beradeq ke kan? juz an opinion..

    ReplyDelete
  9. sgt kagum dgn cara awk simpan duit..elakkan hutang yg bakal memakan diri..alhamdulillah ketika kenduri sy dulu pn semuanya serba sederhana, org nk kata, mereka punya hal.pekak je telinga tu.bila dh berhutang ni, mcm2 hal yg berlaku & begitu juga jika ikut nafsu utk hari perkahwinan semata-mata..adik laki sy yg baru nak kenal erti hidup pn dh cakap, "uda akan buat simple, majlis sehari je pun!"

    ReplyDelete
  10. wah, kagum.. terima kasih sebab share ye :D

    ReplyDelete
  11. Sy pon kgum ngn awk .. thx 4 sharing ... ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!