2012 dah makin sampai ke penghujung then 2013 dah semakin hampir mendekati kita. Setiap tahun baru, benda paling banyak orang buat mestilah buat senaraikan azam kan?. Saya? of cozlah ada azam baru kan walaupun azam yang tahun 2012 ni pun banyak yang belum tercapai. Takpe2.. kita carry forward ke tahun 2013 jelah azam tu ye!hehe..
Sepanjang 2012 ni dah macam2 yang berlaku dalam hidup saya. Ada yang manis, ada yang pahit. Normallah kan asam garam hidup, mana ada yang perfect kan? ada macam2 perisa tapi bersyukurlah sebab masih diberi peluang untuk merasa nikmat hidup. Ok..meh saya listkan apa yang berlaku dalam hidup saya pada tahun 2012 ni mengikut kategori.
* 1 - Status
Benda paling penting yang saya akan ingat pada tahun 2012 ni tentulah pernikahan saya dengan encik suami kan. Alhamdulillah...Saya sekarang dah jadi seorang isteri kepada lelaki yang saya sayangi sepenuh hati. Semoga perkahwinan kami ni membawa kebahagiaan sampai ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin...
* 2- Kesihatan
Tahun yang paling banyak saya sakit. Paling banyak demam, batuk yang lama betul nak hilang, keracunan makanan dan paling saya ingat kena allergic yang teruk. Huhu...Dekat 3 bulan jugak baru dapat detect sebab apa allergic tu. Now, hanya tinggal parut2 hodoh dekat tangan. sob..sob...sedih. Tapi nak wat macam mana, sakit ni kan salah satu ujian Allah pada hambanya. tahun nipun saya ada accident motor. tapi xada yang serius. cedera ringan saja. Alhamdulillah...
* 3- Fizikal DiRi
Tahun ni tahun paling "dasyat" pertambahan berat badan.Sob..sob..sob.. Azam tahun ni nak kuruskan berat badan. Asalnya berjaya sebab time wedding hari tu saya dah kurus sikit. Tapi lepas je kawen ambik ko, gedabak naik berat badan. Baju yang jadi feveret pun dah xleh pakai. Sungguh sadis rupa bentuk hamba sekarang ni.... huhu. Macam xcaye je baru 3 bulan kawen saya dah naik berat badan sampai 7 kg!!! Oh! Misi kuruskan badan harus bermula sekarang! Azam xnak beli baju baru tapi nak usaha untuk dapat pakai balik baju lama. terasa nak ingat balik time kurus2 dulu....meh nak share sikit.
Tahun 2007.. 5 tahun dulu. Zaman si "kurus". Haha...teringin nak kurus macam ni balik. kalau nak balik jadi macam ni kena berbelas kilo kurangkan berat badan ni. huhu...Masalhanya mampukah???? dengan diri yang jenis makan xreti ingat dunia. hehe...
Saya yang hujung sekali sebelah kanan. Kurus kan? |
kalau xdapat berat macam tahun 2007 tu dulu at least saya mahu berat badan saya sama macam tahun 2010 dulu..
Awal tahun 2010- Time ni muka masih "kurus". haha...Baju ni saya dah xmuat lansung nak pakai sekarang ni. huhu... |
Tahun 2012..makin super duper chubby!!! Time kawen je yang berjaya kurus sikit. Tupun bukan sebab diet ke apa ke. Tapi maybe sebab asyik ke sana sini kelam kabut urus macam2 benda. AKtif sgt tu yang cepat turun berat badan.
Then..lepas kawen... Disember 2012. Saya dah bam2 cam gini...
See..cam leh dapat anugerah penternak lemak paling berjaya kan?Hehe...Diet & exercise plz!!! Misi dah bermula. Hope berjaya.
* 4- Kerjaya
Saya dah tukar tempat kerja. Still pegang jawatan yang sama macam first company dulu tapi kerja je tempat lain. Disebabkan saya dah kawen, Dan tempat terbaik saya adalah di sisi suami, saya nekad berhijrah ke Kulim untuk stay dengan dia dan bina rumah tangga kami sama2. Susah senang sama2. Kerja tempat baru so far setakat ni ok cuma kerja banyak then deadline singkat. 2 minggu kerja saya dah handle 2 project. Then minggu depan satu lagi project baru. Huhu..hope so, saya leh hadapi semua masalah yang berlaku. Kerja dekat sini, saya kena kerja dengan mereka yang majoritinya chinese. Hope saya kuat semangat& mental. Takut nak berperang dekat meeting (perkara biasa bila bekerja dalam bidanag construction adalah "perang" time meeting). Huhu...
*5- Kewangan/ Personal Economy
Alhamdulillah..bersyukur sangat sebab tahun ni tahun yang banyak rezeki buat saya. Seperti janji Allah pada mereka yang ingin berkahwin, akan ada rezekinya. Walaupun tahun ni saya paling banyak sekali saving, paling kurang shopping untuk diri sendiri,, (tapi lepas kawen terus shopping jugak sikit..sesi balas dendam.hehe). Saya berjimat sakan tahun ni. Gi keja hari2 bawa bekal, hari2 naik motor sebab nak kumpul duit kawen. Takut sangat xcukup duit tapi rezekinya tetap ada walaupun mula2 dulu saya selalu rasa macam tak cukup je . Pendapatan saya pun dah bertambah berbanding tahun lalu. Saya kira saya tahun ni saya dah CELIK sikit lah dalam urus kewangan. Dah pandai dah bab2 investment. Dulu ni wat xheran pun. Huhu....Bila dah kawen ni lagilah kena pandai urus duit. Walaupun saya tak kaya, bukan jugak orang yang bergaji lumayan tapi cukuplah apa yang saya ada.bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi. Hope saya leh manage my financial flow dengan lebih baik jugak selepas ini. tambah2 sekarang ni makin rajin baca buku bab financial planning =)
*6- Melancong/ Aktiviti Luar
Aktiviti luar saya tahun ni Panjat gunung gap & Ulu semangkuk dekat fraser hill. best sangat sebab saya memang suka aktiviti lasak cuma masa & keadaan yang buat saya takleh nak selalu buat aktiviti cam gini. Lepas ni maybe leh ajak hubby hiking. tapi kena banyak geng, baru best kan? takkan gi berdua je..huhu.
then..ada jugak gi jalan2 dekat Kuala terengganu dan sekitar kelantan. Then gi honeymoon dekat cameron highland dengan hubby. lepas tu semua jalan2 dekat jer. macam dekat penang & selangor tu. tahun depan rancang nak ke pulau idaman hati pulak. since tahun lepas lagi merancang nak ke sana tapi tak jugak sampai2.huhu..sedih
* 7- Kematangan/ Peribadi
Tahun yang saya rasa paling banyak saya belajar apa itu "independent". Independent sebagai anak, independent sebagai tunangan orang dan sekarang sebagai seorang isteri. Saya banyak cuba untuk berdikari dalam segala hal exspecially bab2 wedding sebab duduk jauh dari parent dan suami. Bila dah kawen saya try belajar untuk buat apa yang saya boleh buat tanpa tunggu dan terlalu bergnatung pada husband saya sepenuhnya. Sebab dia keja tak tentu masa termasuk time public holiday & weekend dan sebagi isteri saya cuba memahami walaupun kadang2 tak puas hati jugak. Ada gak rasa nak gaduh. haha..yolah, kdg2 ter"emosi" jugak bila husband asyik busy ngan keja je kan..hehehe..tapi nak jadi isteri yang baik kena lah memahami kan? Lama2 saya dah rasa biasa. Sikap sensitif saya sampai sekarang ni xleh nak buang2....Lepas kawen, banyak tanggungjawab, komitmen then banyak benda yang kena fikir dulu b4 buat. Lepas tu kena Saya paksakan diri untuk lebih"matang". Kena pandai handle keluarga, buat kerja rumah, sesuaikan diri dengan family in law, tahu bawa diri as a wife and so on sbb sekarang saya bukan hanya fikirkan tentang diri saya seorang je kan. So, untuk mereka yang nak berkahwin pastikan korang bersedia dari segi mental & fizikal jugak ye! hehe...
*8-Kemahiran Diri
Tahun tangan kembali berseni!!! yeay!!! dah lama tangan kaku ni tak reti buat benda2 kreatif & seni ni tau. tapi nak kawen then nak berjimat sakan terpaksalah paksakan diri rajin men DIY jugak. Dari tak tau menjahit manik, tahulah jugak sikit2. Buat bunga tisu, bunga tisu, bunga crepe, jahit baju dna veil wedding sendiri. Otak pun dikerah cari idea2 kreatif. Haha...memang bila difikir2 balik, saya mesti akan ingat balik time2 jadi bride to be dulu. Dari tangan keras pun leh lembut buat benda2 kawen ni.
Tapi, dalam saya seronok dengan "benda" baru tu, ada jugak kemahiran diri yang saya dah tinggal & kekadang wat tak tahu je. Teruk betul. Sibuk nak kawen sampai lupa cita2 lama saya. Saya dah jadi kaku tahap batu sebab lansung tak leh nak tulis novel semula sekarang. Lama sangat tinggal kan. Padan muka saya! Novel berkurun terperap dalam lappy tak ber"update". sekali nak try nak menulis balik terus tangan jadi kaku. taktau nak tulis apa. Satu ayat pun xlepas. Huhu..take time gak nak cari mood balik.
9- BLOG
Dah bertambah followers. Dah makin meningkat pageview nyer. Ramai visitor berbanding tahun lepas. Selalu pageview lebih dari 1000++ sehari walau saya tak update blog. Pencapaian yang agak memberansangkan buat blog kecik macam saya ni. hehe...Orang banyak datang sini cari pasal2 bab wedding. Kalau tahun lepas banyak datang baca e-novel tahun ni bab2 kawen pulak. hehe..mungkin sebab tu jugak traffic blog saya ni bertambah kot. Then ramai gak yang rajin menegur saya dekat email =). BE (CPUV) pun masih jugak dapat dari Nuffnang. Kira cam "bonus" dalam dunia blog la jugak income dari nuffnang ni. Tq semua. Terfikir macam nak tukar domain lain lepas ni sebab sayang sgt dengan blog ni. Takut kalau blogspot dah xad, blog ni pun hilang. Tak nak! tak nak! Ni dah kira macam diari hidup saya. Orang tak nak baca takpa tapi saya suka baca balik apa saya tulis. haha....
*10- Tempat Tinggal
The last things yang saya akan ingat pasal tahun 2012 ialah penghijrahan saya dari Shah Alam ke Kulim. Jauh pergi..kembali semula ke negeri asal usul. hehe...Dah pindah duduk rumah sama2 dengan suami setelah 3 bulan lebih ber PJJ. Tempat baru, susana baru, life baru dan saya memang suka sangat dgn tempat baru ni. Hidup dalam susana yang masih "kampung", luar dari bandar. Rasa nyaman & tenang Makanan pun murah compare dgn duk shah alam dulu. satu lagi dekat dgn family. Nak balik umah family in law xsejauh jarak mcm duduk dkt shah alam. Kira banyak yang positif dari negatif ar. Tapi shah alam tetap saya akan rindu!!! Banyak kenangan yang tercipta dekat sana.
Negeri kedah- negeri Jelapang Padi =) |
Azam 2013? Nak realisasikan apa yang tak tercapai masa tahun 2012 then ada lagi beberapa benda yang saya nak buat. Apa2 mana leh cakap dulu. Bila dah tercapai nanti saya gitau k. hehe...
Selamat menyambut tahun baru 2013 buat semua pembaca blog saya! sayang korang semua walaupun xpernah berjumpa.
Aku pun sekarang sedang mengumpul balik apa yang berlaku pada tahun 2012, banyak.. tetapi nak berkongsi yang besar-besar, yang memberi perubahan kepada hidup aku.
ReplyDeleteBerbanding tahun lain, aku rasa 2012 paling banyak perubahan... aku akan merindui 2012, tetapi membuka tangan untuk 2013.
Jika berkahwin, tiada perkara yang lebih mengembirakan untuk diceritakan dalam satu tahun itu, memang patutlah status diletakan no 1. :)
tang badan makin berisi tu samelah kite.. hew hew.. stress jugaklah kan. HAAHAHA.. xpe, azam tahun baru, kita sama2 kurus, okey?? :)
ReplyDeleteHappy New year Imah
ReplyDeletedila doakan semoga imah lebih berjaya dalam karier dan bahagia dalam melayari alam rumahtangga...
btw, kita cadangkan imah kongsi resipi plak kat blog ni..resipi mudah/simple2...
xoxo
dila,pasir gudang johor
suke baca blog kamu..slm perkenalan :)
ReplyDeletesonok bca blog akak
ReplyDelete