About Us

Wednesday, December 26, 2012

Tersentuh hati Bila sekali lagi membaca kisah ini..


Tadi time tengah layan lagu Nurani nyanyian Eisya dekat youtube, saya terbaca satu komen yang kata kisah dalam lagu Nurani tu sama macam kisah Teh Afifah. Dalam hati terus terdetik, siapa Teh Afifah ni? Apa lagi, saya pun google la sebab excited sangat nak tahu apa yang terjadi pada insan bernama Teh Afifah.

Dan..saya terjumpa kisah menyayat hati ini. Baru saya perasan yang rupa-rupanya teh afifah ni adalah menantu kawan sekerja emak saya. Cuma saya tak ingat nama Teh Afifah tu. Yang saya ingat Arwah Pakcik Kadir & isterinya (ibubapa suami Teh Afifah).Mereka berdua kenalan mak & ayah saya. memang sedih sangat bila sekali lagi saya membaca kisah ni....

Ini kisah yang saya baca daripada blog suami sepupu Teh Afifah sendiri....
 sumber klik  SINI . satu perkongsian buat kita semua.



Kisah yang akan kuceritakan ini adalah kisah benar yang berlaku pada bulan Disember 2009. Peristiwa yang menjadi satu iktibar buat semua yang mendengar dan mengetahuinya. Masing-masing merasa tergamam dan bersimpati diatas musibah yang menimpa seorang wanita yang baru beberapa jam bergelar seorang isteri.
Isteriku mempunyai ramai sepupu tetapi yang seorang ini mempunyai satu kisah yang agak luar biasa. Teh Afifah Shahirah atau Afifah, adalah anak kepada seorang  pesara kerajaan yang menetap di sebuah taman di Anak Bukit, Alor Setar. Ketika kejadian beliau masih lagi seorang penuntut disebuah university di Aucland,New Zealand. Suaminya Ariff pula baru sahaja menamatkan pengajiannya di United Kingdom dan telah mendapat tawaran sebagai seorang pensyarah di UiTM di Perlis.
Mereka berkawan sejak dibangku sekolah lagi di MRSM Beseri, Arau Perlis. Setelah habis SPM masing-masing terpisah kerana menyambung pengajian di dua benua yang beribu batu jauhnya.  Jarang sekali mereka bertemu dan hanya kiriman email menjadi  penyambung cinta mereka yang tetap utuh walaupun terpisah dengan jarak dan waktu.
Belum lagi habis pengajian mereka telahpun diikat dengan tali pertunangan. Entah mengapa tunang Afifah beria benar hendak menamatkan zaman bujangnya walaupun belum tamat pengajian. Afifah selalu bertanya kepada isteriku tentang hajat tunangnya itu dan apa yang harus dia buat, keputusan apakah yang terbaik.
Isteriku, juga berkahwin denganku ketika dia masih belum tamat pengajian dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Ketika kami bernikah, isteriku masih ada baki selama 2 tahun untuk menamatkan Ijazahnya. Alhamdulillah dia dapat menyempurnakan pengajiannya dan membuatkan ibu mertuaku bangga kerana itulah harapan ibunya. Ayah mertuaku sudah tiada, meninggalkan isteri dan anaknya ketika baru berusia 50an. Isteriku ketika itu dalam tingkatan 4 di sekolah menengah agama di Mergong.
Isteriku selalu memuji sepupunya, Afifah kerana dia seorang yang cantik, lemah lembut, menjaga solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwudhu. Tunangnya juga orang yang baik dan sentiasa menjaga solat 5 waktu.  Tunang Afifah adalah anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Dia adalah seorang anak yang begitu manja dengan ibu dan bapanya. Kemana pergi selalu bertiga, hingga setiap malam jika dia pulang ketanahair, dia akan tidur bersama kedua ibubapanya. Siapa sangka yang mereka bertiga sudah ditakdirkan sehidup semati bersama.
Sebulan sebelum perkahwinan Afifah dan Ariff, persiapan telah berjalan dengan rapi. Majlis yang akan diadakan agak besar juga kerana ini adalah khenduri yang pertama bagi ibubapa Afifah. Mereka telah menyewa sebuah homestay yang lebih besar dari rumah yang mereka tinggal untuk keselesaan mereka yang tetamu yang akan datang. Khemah telah didirikan dan pelamin pun ada untuk bersanding dan mengambil gambar.
Aku masih ingat lagi hari itu adalah hari Jumaat, ketika itu aku tidak dapat hadir dimajlis akad nikah kerana bekerja di tengah laut. Isteriku telah datang lebih awal untuk bersama meraikan hari bahagia sepupunya Afifah. Ibu mertuaku dan anak-anakku juga dibawa kemajlis pernikahan itu.
Ketika aku sibuk bekerja didalam Engine Room di FPSO Kikeh, aku telah menerima satu panggilan dari Radio Operator Hj. Rahman. Dia memberitahu yang ada panggilan kecemasan dari isteriku yang bercakap sambil menangis. Aduh…suspens juga aku dibuatnya!
Isteriku memberitahu sambil menangis teresak-esak yang suami Afifah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang kerumahnya di Chuping, Beseri Perlis setelah 3 jam selamat diijabkabulkan dengan Afifah. Kemalangan itu berlaku di Jalan Kangar-Padang Besar, cuma 3 kilometer sahaja sebelum sampai kerumah mereka.
Kata isteriku lagi keempat-empat orang didalam kereta Iswara itu semuanya meninggal akibat tersepit didalam perlanggaran dengan sebuah bas dilaluan bertentangan. Ayah dan kawan sbaik Ariff berada di hadapan manakala Ariff dan ibunya dibahagian belakang. Sebelum bertolak dari rumah pengantin perempuan, Ariff sempat bergurau dan memberitahu yang besok dia akan datang dengan berpakaian serba putih, rupanya itu adalah satu tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Malam itu juga berita itu menjadi topik utama di berita di kaca TV dan keesokannya menjadi tajuk utama dimuka hadapan akhbar-akhbar tempatan. Sampai aku turut melihat kelibat isteriku dikaca televisyen dalam keadaan menangis kesedihan. Isteriku juga menolak untuk ditemuramah oleh pihak media.
Keesokan harinya ramai yang hadir dirumah pengantin perempuan. Bukan untuk makan nasi minyak tetapi untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kepada Afifah. Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan pun turut hadir pada hari itu.
Sekembalinya aku dari kerja beberapa hari selepas kejadian, kami pergi menziarahi keluarga mangsa di Perlis dan ramai juga orang kenamaan yang datang termasuk Menteri Besar Perlis dan juga TPM turut hadir mengucapkan takziah.
Begitulah realiti hidup didunia ini. Dalam kita bergembira jangan lupa hakikat kehidupan yang kita akan pergi pada bila-bila masa sahaja, samada kita bersedia ataupun tidak. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hanya Allah swt yang mengetahui apakah rahsia disebalik ujian yang menimpa keatas hamba-hambanya yang beriman.




Sayu sangat bila membaca kisah ini sekali lagi. Dulu, sebelum saya kawen, ketika masih lagi menjadi tunangan encik suami, saya selalu rasa takut, risau dan gentar. Saya tidak berani hendak mengatakan dia jodoh saya selagi belum terlafaz ijab & kabul. Apa yang berlaku di masa hadapan kita tak tahu. Jodoh kita, hidup mati kita...semuanya rahsia Allah. Cuma sebagai hambanya, kita perlu usaha, bersedia dengan bermacam dugaan & berdoa, selebihnya tawakal dan berserah. Mereka berdua ada jodoh cuma jodoh mereka hanya seketika. Dia di angkat martabatnya sebagai isteri walaupun hanya untuk 3 jam.

Setelah 3 tahun berlalu...mudah-mudahan Teh Afifah berjaya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang. Gadis yang cantik, lemah lembut, pintar, &  taat pada agama, mudah-mudahan dia sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Begitu juga dengan kita semua.  Begitu cekal dan tabah hati wanita ini. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi menghadap ilahi. 

8 comments:

  1. besarnya dugaan yang perlu dihadapi olehnya. masyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. pertama kali saya baca cerita ini memang betul2 menyayat hti. bergenang air mata dibuatnya. semoga Teh Afifah lebih tabah skarang ini

    ReplyDelete
  3. Igt lg kisah ni..mmg sedih sgt..,s tu lom kawen..so mgkn xterasa..bile da kawen confirm trasa..huu

    ReplyDelete
  4. imah sedih juga baca..terimbas kembali masa kejadian tu berlaku..kesian dia

    ReplyDelete
  5. Kakak Teh Afifah kawan baik saya. Jadi saya tahu serba sedikit tentang perkembangan adik dia. Alhamdulillah.. Awal tahun lalu dia dah bertemu jodoh yang baru.. Kita doakan mereka bahagia sampai ke syurga..

    ReplyDelete
  6. betul..
    saye pon same macam awak..
    risau..
    selagi tak akad nikah..selagi tu la dia bukan jodoh kita..

    alfatihah untuk mereka yang telah pergi mengadap ILAHI..

    amin..

    ReplyDelete
  7. dugaan org yang baik ni besar.. sbb mereka mampu lalui. za pun tak pernah cerita psl nk kawin dlm blog.. bila dah rasmi, br lah cerita.

    ReplyDelete
  8. Cabaran yang berat diberikan kepada hambaNya yang taat. Alhamdullilah, sebelum Arwah isteri Afifah, meninggal sebagai seorang suami walaupun baru 3 jam, tetapi berkat seorang suami tu terutama yang masih tiada dosa kepada isterinya, dan isterinya tiada dosa kepada suaminya, moga Allah mengangkat arwah dikalangan orang-orang yang terpuji. InsyaAllah bertemu mereka di syurga nanti.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!