About Us

Wednesday, December 5, 2012

DIY Baju Bertandang ( Peach colour)




Quick update pasal DIY baju. Mahu cepat2 habis bab2 wedding ni. Peram lama2 nanti confirm malas dah nak update dah. Lagipun bila balik sana of coz lah takkan rajin nak upload gambr bnyak2 dengan internet yg lembab mengalahkan kura2. Pasal baju & veil ni saya dah pernah cerita dekat entri saya sebelum ni di SINI & di SINI. Sila refer link tu ya. Malas nak story banyak kali. Huhu…

Hari ni just nak cerita pasal DIY saja. Saya guna fabric flower je untuk baju ni. Mula2 nak buat bunga rose guna fabric, tapi xmenjadi sangat, tangan xberseni. Huhu… so tukar guna reben yang saiz besar ckit. Senang jer buat macam buat bunga ros dari reben or straw. Satu lagi bunga yang kecik2 comel tu buat dari kain chiffon. Yang ni say ayakin ramai b2b semua tahu buat kan. Hehe..Then, saya just tambah pearl.

Ok..ni bahan2 yang saya guna. Tapi chiffon warna orange tu x jadi guna sebab rasa xsesuai pulak kombinasi warna. manik yang warna oren tu pun xguna jugak. Beli kain 1/ 2 meter jer tapi xhabis pun guna. Hehe..reben pun sama. Tak habis jugak guna sebab saya just nak corak separuh baju jer.






Ini baju before dijahit bunga2 fabric & pearl….







Then..ini after dah siap. saya ada tambah border lace dekat bahagian lengan & bawah baju sebab nak bagi sama denagn tudung & veil. Then saya tambah pearl dekat baju.



Asyik ulang tayang gambar yg sama aje kan….Sudah rasa bosan. Karang ada pulak yang muntah dekat sini. hehe…so saya tempek gambor baju aje udahlah ye... 






ok2..tu jer nak cerita hari ni. Kelam kabut sikit sekarang ni. Banyak keja..



Tq for reading!




5 comments:

  1. imah, tunjuk la cara nk buat bunga rose tu..berkenan pulak. tangan ni dah gian benar nk DIY

    ReplyDelete
  2. lawanye...suka suma imah diy..simple tp perfect..my tagline..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!