About Us

Friday, January 10, 2014

Review Buku: Tuhan Sedang Menguji Kita- Ustaz kazim Elias

Lama saya tak buat review buku kan? Ikutkan  memang dah banyak buku yang saya dah habis baca dalam beberapa bulan ni, cuma tak ada masa nak buat review. In sha Allah...saya try buat review buku2 tu bila ada masa nanti.

Hari ni just nak share dengan korang satu buku yang sangat terkesan di hati saya. Buku yang sedikit sebanyak membuatkan saya mahu berubah. Mungkin tak banyak, tetapi sedikit sebanyak..ada perubahan yang saya dah buat lepas baca buku ni. Buku yang buat saya insaf dalam banyak perkara yang saya dah abai dalam hidup ni. Ya..banyak perkara..

Buku ni saya beli dekat Jualan gudang karangkraf Bulan 10 tahun lepas. Harga asal RM 19.90 tapi time tu ada diskaun 30%, so dapatlah Rm 13.93. Kalau nak beli buku keluaran karangkraf murah2 gi la time diorang buat jualan gudang atau pesta buku. memang kerap jugak diorang buat.


Apa yang boleh cakap, buku ni banyak ajar kita untuk bangkit dari segala rasa kecewa, duka, sedih dalam setiap ujian yang Allah turunkan pada kita. Paling penting, tiap kali di uji, cuba cari hikmah tersembunyi. sebenarnya, Ujian Allah tu ada sebabnya. kadang2 ujian tu berlaku sebab dosa2 dan kesilapan silam kita. Musibah yang jadi dekat kita, dugaan yang kita hadapi dalam hidup, rumah tangga, kewangan sebenarnya ada jugak kaitan dengan dosa2 yang pernah kita buat suatu masa dulu. Kadang2 musibah tu tak turun pada kita, tapi mungkin pada anak-anak kita. Baca buku ni buat saya rasa tersindir sendiri. Banyak khilaf yang saya dah buat. banyak benda2 yang saya dah lara dalam hidup ni. Kadang2 kita dah rasa dah cukup amal ibadat kita. Kita dah jaga solat, kita dah puasa, dah tutup aurat tapi persoalannya sempurnakah semuanya?

Dalam buku ni ada jugak beberapa kisah pengajaran. Memang padat sangat dalam buku ni. Best..serius best sangat. Sekali baca, saya jadi terus nak baca, baca dan baca lagi. penulisan yang sangat menarik & menyentuh hati. Highly recommended. Sayapun dah bagi kawan pinjam untuk baca. Diapun cakap best sangat.

 Bacalah! lagipun harga buku ni murah nak compare dengan apa yang akan kita dapat dalam ni...buku ni boleh buat kita menangis sebab ingatkan kesilapan-kesilapan yang kita dah buat. Kadang2 benda tu kecik je, tapi impact dia besar. Sebab tu bila kita di uji, ada hikmahnya. Ada sesuatu yang Allah nak sampaikan pada kita. Buku ni buat kita nak rasa lebih dekat dengan Allah. Buku ni buat kita nak berubah dan perbaiki diri. Buku ni ajar kita supaya tak mudah melatah bila ditimpa ujian. Allah sedang menguji kita semua.

saya memang recommend sangat2 buku ni dekat korang. memang tak akan rugi lansung beli! banyak pengajaran yang korang akan dapat dari sini. In sha Allah...ilmu yang korang dapat di dalam ni akan buat korang jadi  lebih kuat. lebih berusaha baiki diri dan tak salahkan takdir atau orang lain bila apa-apa ujian terjadi pada korang. Muhasabah diri.. sebab sebagai manusia kita memang banyak kelemahan.

6 comments:

  1. InsyaAllah bunda akan dapatkan sebuah...
    Baca reviewnye pun dah terasa bagusnya..
    Terima kasih..salam ukhwah dari bunda..

    ReplyDelete
  2. ok. nak pergi cari! bulan ni tak beli buku lagi~

    ReplyDelete
  3. http://shopingsakanmurah.blogspot.com/2014/01/set-pisau-corak-bunga-stainless-steel.html..set pisau bercorak bunga di sini dengan harga promosi

    ReplyDelete
  4. enul dah beli!!huhu..lepas je baca entry ni, g carik kat kdai buku...semangat sgt...skang dlm poses nak baca...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. ruginya tak pergi karangkraf masa sale minggu lepas... T___________T

    ReplyDelete
  6. kat putrajaya ada ekspo buku islam...karangkraf ada di sana...ada best seller terbaru..."Cerita Cinta Ahmad Ammar" rm18.40 sahaja..ekspo mula arini 28 Feb- 9 Mac 2014.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!