About Us

Tuesday, March 12, 2013

Percutian 2 hari 1 Malam Di Lost World Of Tambun




Weekend lepas, saya gi jalan2 dengan hubby dekat Lost World of Tambun, Ipoh perak.  Kebetulan gi wedding ex housemate dekat Taiping. Alang2 dah sampai sana, kiteorang plan nak jejalan sama. Dah lama teringin nak gi sana sebab tengok dalam video macam best gila sbb tempat dia di kelilingi bukit dan kehijauan tumbuh-tumbuhan…..so dalam kepala otak saya asyik bayangkan tempat tu best!3 minggu lepas, groupon ada wat promotion tiket masuk lost world of Tambun. Dapat harga RM 34 ringgit sorang. Kalau beli dekat  sana, harga RM 45. Kira jimat 11 ringgit! Masa time saya beli tiket ni, xad lagi promotion untuk hotel lost world. So, saya booking hotel dekat agoda. Still dapat cheap price dekat Agoda. Yang best bila stay dekat Hotel Lost World ni, kita akan dapat free ticket masuk Lost World Hot spring di waktu malam & breakfast percuma dekat Grden Terrace (dalam lost world). Best kan??? Jimat lagi!!!. Dahla jarak hotel dengan Lost world theme park ni dekat sangat..jalan kaki jer dah sampai. Later on lah saya review pasal Hotel kami menginap tu. Now, nak wat review pasal Lost World of Tambun.




Benda yang paling saya excited dekat sini tentulah Hot spring.  Hot spring ni banyak sangat kebaikan untuk kesihatan tubuh badan.Lepas check in dekat hotel dan rehat2, petang tu, kiteorang masuk hot spring. Even kiteorang gi time weekend, Alhamdulillah..orang xlah ramai sangat. Rasanya yang masuk hot spring waktu malam kebanyakan yang stay dekat hotel situ je. Dekat hot spring ni ada banyak kolam dengan suhu kepanasan yang berbeza. Saya dapat masuk sampai kepanasan 45C dekat dalam steam cave. Panas sangat tapi rasa best!!! Haha…rasanya lemak2 badan saya banyak sgt kot sebab tu even panas pun still leh bertahan. Hehe..Paling sakit dekat kolam foot spa. Rasa sakit pulak kaki bila jalan2 dalam kolam yang penuh dengan batu dekat dasarnya tu. Huhuhu..ada satu lagi kolam dekat tingkat atas yang air dia mengelegak..saya just dapat masukkan kaki kejap2 je sebab panas sangat, xtahan. Yang ni kolam dia cam ala2 kawah gunung berapi sebab ada certain time dia akan pancutkan air panas tinggi2. Paling best sekali bila dapat rehat2 sambil main air panas dengan encik hubby dalam crystal Pool sebab dalam kolam ni time tu ada kiteorang berdua je. Maybe sebab tempat tu cam tersorok sikit, ramai yang tak perasan. Best sangat duduk dalam kolam ni..dengan environment dia yang cantik, tenang..lepas tu berdua je dalam tu..heaven sungguh! Hehe…

Ni la crystal pool yg paling kiteorang suka..berdua je berendam dalam air panas ni sbb tempat ni cm tersorok sikit. Time malam2 org xramai. seronok berendam sambil tengok langit yang bercahaya...rasa tenang je.








Untuk hasil terbaik kena jalan2 pusing kolam ni selama 3 pusingan. Itupun saya dah terjerit kecil dah sebab rasa sakit dekat kaki. Tapi best! 

Sama2 enjoy dekat sini!

Esoknya, barulah kiteorang masuk Lost world Of Tambun theme park. Kalau hari minggu, buka pukul 10 pagi tapi kiteorang pukul 11. 45 pagi baru gi sebab saja nak stay lama2 dekat hotel sampai time check out. Rasa rugi kalau bayar tapi x stay sangat dekat hotel. Hehe…Untuk masuk dalam Lost world ni, diorang akan check beg kita untuk make sure yang kita xad bawa masuk makanan atau minuman & benda2 tajam. Oh ya, masuk sini memang xleh bawak makanan atau minuman dari luar. Air mineral pun xboleh. Kena beli dekat dalam, tapi kiteorang just beli ais krim je dekat sini. Locker pun kena sewa. Satu locker RM 10 tapi boleh guna sepanjang hari kita ada dekat situ. Dia pakai system security pin.


Ni la automatic system untuk locker. Kena key in number pin untuk letak barang. Kita pilih sendiri 6 digit pin  utk locker kita. Senang je walaupun masa mula2 rasa cam susah. hehe..cuma kena ingatla nombor locker dgn no. pin

Bila masuk dalam ni, saya expect kawasan dia sangatlah besar tapi rupanya xlah besar sangat. Kira kalau jalan kaki pun xseletih mana. Ok la..mula2 naik train sebab ingat jauh2 kawasan dia tapi xpun. Dalam ni ada macam2 tempat leh pergi melawat bukan sekadar mandi manda dekat water  theme park je. Ada Tiger valley,theme park, Petting zoo, Mining area dll. Lepas ni akan ada Roller coaster pulak. Mula2 kiteorang main air dulu. Tupun xlah main air sangat. Just jalan2 dalam air. Best sangat…tambah2 time air cam berombak sakan. Siap main tarik2 tangan lagi dengan hubby. sebijik cam budak2. hehe. Bukan selalu berseronok macam ni kan..hehe. Paling suka dekat Petting zoo..bila boleh bagi burung2 makan dekat atas tapak tangan. Hehe..rasa geli pun ada bila brung2 tu macam patuk2 atas tangan kita.hehe..








Overall, lost world of tambun ni kira ok la untuk dilawati exspecially budak2..hehe. diorang kalau bab main air ni mesti lagi suka kan. Tapi apapun, yang paling saya suka dekat sini mestilah hot spring. Memang best. Husband saya yang baru balik camping dengan muka hitam dan mengelupas pun terus ok kulit dia lepas berendam dalam air panas.  Yang lain, ok la…nak kata best giler tu x la..tapi untuk berseronok & release tension tu ok la..tambah2 bila pergi dengan family & kawan2. Memang akan jadi happening!

Tuesday, March 5, 2013

Bila Talian Perhubungan Terputus ..…



Bila terpaksa ber PJJ dengan suami  saya masih okey. Dunia sekarang kan serba canggih, masih boleh contact si suami hari2…hari2 kita leh dengar suara dia, tengok muka dia, Tanya khabar dia. So, saya rasa okey saja. Tapi bila semua teknologi  tu xada, rasa macam ada benda yang “kosong” setiap hari. Ada benda yang “kurang”. Masa nilah baru dapat rasa macam manalah perasaan isteri-isteri yang kematian suami. Macam manalah rasanya perasaan anak-anak yang kematian ibu bapa. Mereka lebih sedih sebab orang yang mereka sayang telah tiada di dunia. Sedangkan yang terputus talian hubungan ni pun rasa sedih. Sedih….rasa rindu membuak-buak.  Macam hilang arah bila tiada sms dan panggilan telefon dari orang yang kita sayang.
Seminggu encik suami kena gi kursus di dalam hutan. Kira ber camping la. Masuk dalam hutan dan buat aktiviti2 fizikal di dalam sana. Bila dia jauh, saya okey tapi bila telefon yang selama ni jadi alat perhubungan kami di ambil oleh pihak urusetia , hati jadi macam rapuh sikit. Seminggu Encik suami dan kawan2 di larang menggunakan telefon. Bukan sebab tak ada line (line memang ada sebab dia sempat call saya before handphone di ambil), tapi peraturan kursus tu dah macam tu.



Since sabtu lepas, saya terputus terus hubungan dengan dia. Apa yang jadi dekat dalam sana saya tak tahu. Doa saya keadaan dia baik2 sahaja. Tak sakit, tak cedera, semua okey. Risau memang risau tapi nak buat macam mana sebab tu tuntutan kerja dia.  Harus bersabar sehingga Jumaat ni. Lama kan? Seminggu terputus talian perhubungan. Hati macam xsenang duduk. Macam-macam rasa. Rindu tentu sekali sebab dah lama xjumpa. Hari ahad saya bertolak Balik dari Kulim ke shah alam sorang2. Kadang-kadang apa2 hal nak call bagitau dia tapi xboleh. Ini baru seminggu, ada orang lain lagi lama di uji. Mungkin berbulan xdapat berhubung dengan suami kerana tuntutan kerja. Mujur kekuatan tu masih ada dalam diri.

Urusan nak pindah masuk rumah baru pun saya kena settle sendiri. Macam tu jugak urusan nak booking lori untuk angkut barang2 kami pindah ke shah alam. Mujur rumah mak sedara saya dekat dengan rumah sewa kami, so saya menumpang dulu dekat rumah dia. Time kerja xlah terasa sangat, tapi bila dah balik dari kerja mesti rasa lain. Selalu dia akan call saya bila dia dah sampai rumah. Lepas tu setiap malam akan call & sms tapi sekarang semua tu xada. Memang terasa lain sangat. Bila rindu sangat saya akan baca balik semua sms-sms yang dia bagi. Masa nilah kita rasa bersyukur sangat walaupun kita ber pJJ kita masih boleh contact dia hari-hari. Kita masih boleh tahu khabar dia hari-hari. Cuba kalau semua alat komunikasi tu xada, lagi perit rasanya. Orang dulu-dulu bila suami keluar cari rezeki especially nelayan, berhari-hari tanpa alat penghubung beginilah rasanya.  Bersyukur sebab Allah masih pinjamkan orang yang kita sayang ada dengan kita walaupun di uji dengan  berjauhan. Sekurang-kurangnya kita tahu dia masih bernafas di dunia ini.




Friday, March 1, 2013

Alhamdulillah...Allah Murahkan Rezeki saya


Take time nak menulis dekat sini apa yang berlaku selama seminggu ni. Mula2 plan asal saya nak berhenti kerja before dapat kerja lain sebab rasa macam susah dapat kerja. Lepas tu saya masih dalam probation period, so memang susah nak bercuti. Kalau cutipun, unpaid leave. Huhu..

Xtau macam mana, satu hari tu saya saja try2 apply kerja dekat area damansara & Shah Alam. Alhamdulillah..dua2 panggil saya attend interview. Tapi saya xdapat nak attend interview dekat company damansara tu sebab saya accident. So, tinggal satu je lagi interview. Selalu bila kita apply kerja melalui jobstreet memang banyak competitors nya sebab ramai yang mintak.  Time nak gi interview dekat shah alam tu saya macam nak tak nak sebab rasa macam susah nak dapat. Tapi sebab company tu dekat shah Alam, saya nak sangat attend. So...saya pergilah interview. Time interview tu saya ni dah calon yang ke-12, sedangkan kekosongan jawatan cuma satu. So..saya buat yang terbaik dan tawakal je lepas tu. If ada rezeki saya adalah.....

Seminggu lepas tu saya dapat call dari company dekat shah alam tu suruh saya masuk kerja. Alhamdulillah...saya dapat kerja! Rasa bersyukur sangat tapi saya mintak masa untuk buat keputusan dan discuss dengan hubby. Lepas je company shah alam tu call, boss saya office lama dekat Kelana Jaya pulak call. Dia offer saya masuk kerja balik sebab nak saya handle project yang saya handle sebelum ni. hari tu saya jadi serba salah. Bila saya macam nak tolak je offer dekat company tu, owner company tu sendiri call mintak saya masuk kerja. Then, bos yang kerja tempat lama pun call suruh masuk kerja cepat. Sampai saya pening nak wat keputusan...Tapi saya pilih company lama la sbb saya dah selesa dekat situ. Even jauh sikit tapi at least saya tahu keadaan company tu macam mana, kerja macam mana. Dahlah bos saya sanggup bayar notis sebulan saya yang tak cukup tu. memang terharu... Bersyukur sangat sebab Allah mudahkan urusan saya, murahkan rezeki saya. Saya tak perlu nak bersusah sangat cari kerja.

Saya rasa terharu jugak sebab bos tempat saya kerja sekarang dekat Butterworth ni pun baik sangat. Dia tetap bayar gaji saya penuh even saya bagi notis xcukup. Mula2 saya xkisah sbb bos tmpat lama dah janji nak bayar notis tu. Tapi saya jadi terharu bila bos dekat penang ni sangat memahami saya. Dia tahu keadaan saya yang duduk jauh dengan husband, lepas tu stay sorang dekat kulim ni 2 bulan tanpa sapa2 yg saya kenal. Hampir sebulan kereta saya dekat workshop xboleh nak gerak gi mana. Memang ujian ni buat saya jadi lebih kuat, lebih berdikari...saya tak sangka yang sebenarnya saya kuat semangat macam ni dan boleh harungi semua ni sorang diri. Saya sentiasa bersangka baik pasti ada hikmah atas apa yang berlaku. Walaupun orang banyak cakap saya buat keputusan yang salah sebab balik kulim tergesa-gesa tapi saya buat semua ni untuk suami saya. Saya lepaskan jawatan & company yang saya dah rasa selesa untuk dia. Mungkin ujian ni atas kesilapan  yang pernah saya buat dulu. Mungkin juga ujian ni kerana Allah anak hadiahkan saya sesuatu yang lebih baik. Saya gembira dipertemukan dengan bos & kawan2 office yang baik sangat. Yang selalu bagi moral support dekat saya time saya rasa 'sorang' dekat sini. I will miss them a lot!!!!

Perancangan Allah tu adalah sebaik-baiknya...Alhamdulillah..berkat kesabaran saya selama ini Allah hadiahkan saya rezeki ni. Saya bersyukur sangat-sangat. Saya tak pernah sikitpun menyesal dengan apa yang berlaku dalam hidup saya. yalah..bila saya pindah balik kulim, husband pulak gi shah alam. Saya tahu ada "sesuatu" yang Allah nak tunjuk dekat saya. Alhamdulillah...saya rasa semangat diri saya lebih kuat dari dulu.

Terima kasih bos & office mate dekat penang. Terima kasih atas persahabatan yang terjalin. In Sha Allah korang akan sentiasa dalam ingatan saya...saat2 getir hidup saya dekat sini, korang yang banyak bagi semangat. Banyak bagi sokongan padu dan panduan hidup berumahtangga. Alhamdulillah...syukur








Thursday, February 28, 2013

Last Day in office



Last Day in Office today. I Will miss the smooth traffic flow & beautiful view when I drive to office everyday (T_T)



But now, I will facing this panorama again....

*



*



*


*



*



*


*

*

*

*



*


*


 Traffic jammed!!!!! 










Huh...

I will stuck in the traffic jammed again!!!!


huhuhu...














But, it's ok..as long as I can see him every day 





So, please Smile (^_^)




Syukran. Alhamdulillah....





Monday, February 25, 2013

Setelah Genap Setengah Tahun Berkahwin...


Alhamdulillah...hari ni genap 6 bulan @ setengah tahun usia perkahwinan saya dengan suami tersayang.  Terasa macam baru je kawen tapi rupa-rupanya dah 6 bulan. sekejap je kan masa berlalu....rasa macam baru sgt je pakai baju cantik-cantik...baru je bergambar sakan rupenya dah setengah tahun!

6 bulan lepas...time ni even rasa diri "demuk" tapi time sekarang ni bila tengok semula rasa cam kurus la pulak. hehe...


6 bulan yang bagi saya ada macam-macam rasa. Ada manis dan pahit. penuh dugaan & cabaran. Tetapi setiap dugaan yang terjadi tu terselit beribu hikmah. Ujian Allah tanda dia sayangkan kita. Biarpun kadang2 mulut ni tak terlepas dari mengeluh dan merungut, tapi saya redha dengan apa yang terjadi. bersyukur sebab suami, family dan teman2 rapat banyak jadi tulang belakang untuk saya. banyak bagi semangat dan kekuatan untuk saya lalui semuanya dengan penuh sabar.

6 bulan berkahwin, dengan kehidupan PJJ, Alhamdulillah saya bahagia sangat. tengok badan sudahlah. Saya naik berat badan 10 kg after married. Aiyo!! memang penternak  lemak paling berjaya selama 6 bulan ni. Hebat sungguh! Baju2 saya banyak xmuat lansung nak pakai. Tiap kali nak gi keja dengan keluar jalan2 dengan husband mesti bersepah baju2 saya bawak keluar untuk try. Try satu xmuat, ambik yang lain, xmuat..ambik lagi, lagi & lagi....sampai stress sendiri sebab banyak yg xmuat. banyak yg saya sedekah dekat adik & kakak saya. Nak beli baju baru mmg xla..malas sbb tahu xad size. Orang yang jual baju pun bila saya belek2 baju yang saya suka siap cakap  " ni bukan size akak. Ni semua saiz2 kecik" . Seyes tersentap hati empunya diri tau! rasa diri dah bulat macam doraemon..huhuhu. Yalah, makin semangat nak berdiet makin gelojoh pulak melantak makanan. Selera besar sungguh. Mana taknya, banyak stress dan fikir bila macam2 masalah menimpa. Kuat sangat mengerah otak untuk berfikir sampai migrain. Eh..eh...encik suami pun chubby jugak tau! cuma saya lagi terror ternak lemak dari dia! hehe..

Kami yang chubby! muka tembam lebih2 lagi dekat muka sampai mata masing-masing pun jadi sepet. hahaha!

Bila dah masuk usia 6 bulan kawen ni makin banyakla orang yang bertanya bila kami nak ada baby? Jawapan saya, In Sha Allah..kami sama2 sedang berusaha & berdoa mudah-mudahan cepat dapat timang anak sendiri. sekarang selalu menumpang kasih anak sedara je. Bila dah kawen ni memang membuak-buak rasa nak anak cepat2. Pada yang selalu bertanya saya xkisahpun sebab tahu tu soalan normal untuk mereka yang berkahwin tapi yang saya terguris dan terasa sangat tu bila ada orang yang mempertikaikan kenapa saya & suami lambat sangat nak dapat anak. Tiap kali tegur ja mesti nak buat pelik kenapa saya xmengandung-mengandung lagi? Siap tuduh saya & suami planning xnak anak lagi. pastu duk buat pelik orang lain kawen kejap je pregnant saya xjugak pregnant2 lepas beberapa bulan kawen. memang saya terasa. nak menangis pun ada. Sesuka hati je dia nak mempertikaikan rezeki saya, siap cakap kami ni xnk berusaha lansung untuk dapat anak. xtahu kenapa dia "terlebih" nak ambil berat pasal saya. Family saya dgn FIL pun xpernah tanya. Pelik dengan perangai manusia ni...... Biarlah dia nak mempertikaikan dan tuduh apa2 pun. Bila tersentak emosi, saya terus "unfriend" dan block dia dari jadi kawan dekat FB saya. Tak suka dia komen macam2 dkt FB saya, xhabis2 soal anak. Rasa mcm "jahat" buat macam tu tapi saya bukan kenal dia sgt dan saya xnak terus makan hati dengan kata2 dia even hakikatnya ikutkn hati xmau layan tapi terasa jugak (T_T).

Alhamdulillah...saya dikelilingi kawan2 dan sedara yang banyak bagi saya sokongan tentang hal ni.  Banyak yg saya study & baca. tentang pemakanan, ikhtiar, doa2, perubatan dll. Sebab tu sekarang ni tengah usaha nak turunkan berat badan supaya dapat capai berat badan ideal saya balik. Kawan2 saya pun banyak bagi tips dan petua. Kawan saya yang kahwin sebelum & lebih kurang saya pun ramai lagi yang belum pregnant. Kita hanya mampu berusaha & berdoa tapi yang menentukan semua tu Allah SWT. bersangka baiklah dengan apa yang telah ditetapkan untuk kita. Allah lebih tahu waktu terbaik untuk dia beri "rezeki" itu pada kita. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ni.....Dan rezeki itu juga ada macam-macam bentuk. Bukan hanya pada duit & anak saja. Mungkin sekarang ni rezeki kami pada benda yang lain, In sha Allah lepas ni ada rezeki anak pulak. Doakan kami ya!

Semperna anniversary 5 tahun perkenalan kami (2 hari yang lepas) & 6 bulan perkahwinan kami, nak share dengan korang lagu feveret saya & hubby sekarang. Moga mahligai kami kekal bahagia hingga ke syurga =)





Sunday, February 24, 2013

welcome Home Cik Pinky!


Alhamdulillah...bersyukur sangat2. After 2 minggu lebih terasa diri "patah kaki" cik pinky akhirnya kembali sudah ke rumah kami  (walaupun owner dia dah bertukar status puan tapi kereta masih lagi title "cik" ok!) . Syukur dia dah sihat. Seronok sangat! .masa mula2 masuk dalam keta terus saya cakap , "cik pinky....rindunya dekat kamu!!! kesian cik pinky kena duduk bengkel lama2". Yes..kekadang rasa macam orang "xbetul" je kata2 saya tu tapi tu ar...macam tulah yang rasa dalam hati. Rindu dekat kereta sendiri. Husband pun asyik cakap sedihnya tengok Cik Pinky ni..kesian dia.... berjam-jam dia asyik belek-belek dan check kereta saya, nak pastikan yang Cik Pinky dah betul-betul OK. Walaupun benda tu "tak bernyawa" pun tapi perasaan sayang tu banyak sungguh. Sape yang tak sedih tengok keta kesayangan kemek-kemek & pecah2 kan. Tapi Alhamdulillah...semuanya selamat. Kami selamat & keta pun cedera je sikit.

Welcome Home cik pinky!!!




Alhamdulillah......lepas ni nak kena bawak cik pinky gi service dekat produa. nak mintak dioarang check spare part yang ditukar tu betul ke original. Harap2 xkena tipu ar...

Friday, February 22, 2013

Kena Perli Sebab Blog


Sejak dua menjak ni memang jarang nak update blog. Dulu kalau boleh hari-hari nak update. Nak cakap busy sangat tu xlah, malasjer yang lebih. Sebab tu makin berlemak -lemak je badan I ni. hehe.. bila  balik je dari keja asyik letih & ngantuk. Hari2 kena jalan kaki tunggu kawan datang ambik gi office dekat jalan besar. Mau tak Pukul 10 malam dah tido. Gila letih & malas!!!

Sekarang ni asyik kena perli je dengan husband saya. Yelah..dia dah ada banyak masa nak baca blog. Dulu memang tak ar. Pagi petang siang malam asyik keja ja.  Sekarang buat tabiat baru, baca blog saya every weekend. Siap godek2 lagi entri lama-lama( sebab tu rasa malas nak update!haha..karang banyak betul komen dia ). Ni pun sebab kes ada beberapa orang kawan dia tegur dia kata  diorang baca blog saya. Then masa mula masuk keja dgn GLC ada org yang xkenal pun tegur dia cakap tunang diaorg baca blog saya. Haha....dia sampai naik pelik, camne kawan dia tau dia dapat keja GLC sebab dia xgtau sapa2 pun? Then camna orang tu tau isteri dia ada blog?  So, apa lagi bila dia balik umah terus mengodek sakanla blog saya. Padahal dia memang tau wife dia ni memang suka merapu dalam blog. Last2 dia cakap, " La...patutla orang kenal abang sebab gambar bukan main besar gedabak lagi letak dekat blog."Tak sangka ada jugak kenalan dia yang "terbaca" blog kecik saya ni.

Sekarang apa-apa sikit mesti dia cakap, " nanti jangan lupa tau tulis dalam blog apa kita buat ni!"...Bila gi mana-mana pun cakap " Balik nanti update tau blog..upload gambar, cakap kita gi sini, kita makan dekat sini...kita beli itu, beli ini.." . Bila dia wat perangai yang "pelik-pelik" mesti akan kata " Eh..ni mesti kena update dalam blog ni..mesti nanti orang akan comment..ala..sweetnya korang!." . Eii......bedebus-debus kena perli tau!!! Hahaha...

Kadang-kadang dia merapu jugak cakap nak buat blog. Seronok baca komen2 orang katanya ( tengok tu...dia suka baca komen2 kamu, bukannya tulisan merapu isteri dia ni =( . Ada masa bila dia duduk depan lappy dia gelak sorang2. Haisy..macamlah blog saya ni banyak drama komedi. Mana ada lawak2, serius je kan? Pelik. Takpalah....asalkan dia tahu apa saya buat. Cuma dulu dia takdak masa nak baca blog saya. Sekarang ni je yang leh spend masa untuk baca.  sampai "terlebih" spend masa semua entri dia sibuk nak baca.

Ikutkan blog ni saya suka yang jbaca tu bukan orang yang saya kenal dekat luar. Bukan family saya, bukan kawan2 saya dekat luar sana tu sebab rasa macam xberapa nak selesa jugakla orang yang kenal baca blog kita. Tapi lama2 saya jadi xkisah. Memang tak kisah sebab  Xada apa pun yg sensasi sgt saya cerita dkt blog. Banyak tentang life saya je...


ok. Tq for reading!


Wednesday, February 13, 2013

Petua: Air Beras Untuk Serikan Wajah Yang Kusam


Risau wajah korang kusam & tak bermaya? Kurang seri? kurang cerah? leh try cara yang sangat menjimatkan & Mudah macam ni. exspecially untuk korang yang rajin masak. Lagilah senang nak apply petua ni. Boleh buat hari-hari..



Saya dah lama amalkan benda ni. Since time belajar lagi. Asalnya sebab selalu jadi tukang masak nasi dekat rumah, so time cuci-cuci beras tu, air beras tu saya tak buang. Saya guna untuk cuci muka saya. Ni sebab terpengaruh dengan iklan SKII lah. Nak pakai  SK II tak mampu, so kita wat style murah & jimat. bahan asas SKII pun beras kan??? nilah petua yang selalu di amalkan wanita-wanita di jepun. cuci wajah dengan air beras.

Air beras ni sangat bagus untuk kulit. Boleh melembabkan kulit, menghilangkan wajah yang kusam, mengurangkan minyak di wajah dan buat wajah nampak lebih cerah dan berseri-seri. Tapi, janganlah buat sekali terus nak muka berseri-seri! memang taklah. Saya pun lama amalkan barulah nampak kesan. Kena apply selalu. Yelah..sambil2 basuh beras, basuh sekali muka. Tak susahpun.Tapi jangan bilas air beras yang ada dekat muka tu. Biar dia kering sendiri. Rasanya kebanyakan petua orang dulu2, yang ini yang paling kerap saya buat sebab senang. Kalau nak buat masker muka tu rasanya setahun sekali kot baru nak buat. Dasar pemalas! hehe..




Ni gambar saya tanpa secalit makeup. Time ni baru lepas aktiviti riadah dengan suami.  Lepas selalu amalkan air beras ni saya perasan muka saya tak berminyak macam dulu then jerawat dan bintik2 halus pun jarang nak ada.



Air beras ni kalau guna untuk mandi pun bagus jugak tau.

Ok..ni je petua yang saya nak share hari ni.Yang nak kawen tu, leh la start buat dari sekarang! salah satu petua serikan wajah paling senang di dunia selain dari kekal berwuduk.

next entri saya akan share satu lagi petua yang selalu saya amalkan.

Tq for reading!

Thursday, February 7, 2013

Bakal Berhenti Kerja


Tak mudah saya nak buat keputusan berhenti kerja. Yelah...saat2 kita dah biasa dapat duit every month, nak bayar itu, bayar ini, siapa yang sanggup berhenti keja kalau xad alasan yang kukuh kan. Memang banyak kali dan lama jugak saya ambik masa untuk berfikir. Setelah berbincang dengan suami, saya rasa mungkin inilah keputusan yang terbaik. Antara kerjaya & keluarga saya memang akan pilih keluarga. Saya tak cakap duit tak penting. Sangat penting. Saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana. Pasti ada rezekinya nanti.

Tapi, saya BUKAN nya berhenti kerja untuk selamanya. hanya SEMENTARA saja. Teruklah husband saya nak jadi tukang bayar semua commitment saya every month selama-lamanya kan? kalau setakat bagi duit belanja, duit makan & tempat tinggal tu memang boleh sebab tu tanggungjawab dia bagi nafkah & jaga kebajikan saya. Tapi kalau nak suruh dia jadi tukang lunaskan hutang kereta, ptptn, bajet utk family saya selama-lamanya memang taklah. Untuk sementara tu bolehlah sebelum saya dapat kerja lain. Taknak lah dari hidup selesa terus jadi cukup2 makan or tak cukup makan?  Dahlah si isteri pulak jenis kuat makan kan (^_^) . hehe.....



Husband saya tak pernah suruh saya berhenti kerja. Cuma dia mintak saya  berhenti untuk sementara, ikut dia pindah ke shah alam dan cari kerja lain. Dia risaukan keselamatan saya dekat Kulim ni. Risau sangat kalau apa2 jadi dekat saya dan dia tak ada dekat sini. Family saya & dia  pun jauh. Even family saya duduk kedahpun, 2 jam jugak jarak perjalanan. Harapkan kawan2 office yang baru kenal tu je. Macam kes accident hari tu, dia takut benda macam tu jadi lagi. yelah sekarang ni duduk sendiri dekat sini, nak gerak ke mana pun x boleh. harapkan ihsan officemate tolong ambik dan hantar gi keja. Saya rasa tak sedap hati nak menyusahkan orang sangat. Apa yang jadi hari tu lagilah buat dia nak saya cepat pindah ikut dia sebab dia kata saya tanggungjawab dia. Lagipun yang paling penting dalam hidup seorang isteri adalah redha & keizinan seorang suami. Kalau dia dah suruh, saya kenalah ikut.

In Sha Allah kalau xad aral, bulam 5 ni saya akan berhenti keja. Ada lebih kurang 3 bulan lagi untuk saya kumpul duit buat backup financial saya untuk 4 atau 5 bulan mengangur & untuk bayar insurance & road tax kereta. Simpanan yang ada harus di tambah lagi supaya cukup untuk saya guna time mengangur. Taknak berharap pada suami untuk tanggung  saya sepenuhnya. Dia pun dah banyak komitmen lain. Kena spend duit time emergency kami. Banyak faktor yang kena fikir sebelum ambik keputusan drastik berhenti keja. Saya tak boleh nak cari kerja lain time ni sebab untuk attend interview pun saya bukan ada cuti sebab x confirm lagi. Lepas tu nak ulang alik gi interview semua tu perlukan duit dan cuti dan saya tak nak pening kepala pikir banyak perkara.

In sha Allah ada rezekinya nanti. Yang di cari adalah keredhaan Allah & suami. Ada hikmahnya semua ni.

Tuesday, February 5, 2013

Cerita Accident Yang Lepas


Baru berkesempatan nak cerita dekat sini apa yang berlaku pada saya dan hubby last 2 days. Sangat busy dan penat uruskan macam2 benda. Saya sampai sehari suntuk kena migrain. sakit kepala sangat2. Terima kasih pada kawan2 & family yang banyak bagi kata2 semangat. Thank you jugak pada mereka yang buat musibah yang menimpa kami ni satu bahan jenaka & gurauan. Tak apalah....saya maafkan.

Malam kejadian, saya & hubby on the way nak balik umah kami dkt Kulim. Time tu agak lewat malam, pukul 12. 30 malam. Bertolak balik dari umah parent saya dah pukul 10 malam. Singgah hantar akak saya dekat simpang empat kankung terus ikut jalan dalam lalu sungai Petani. Selalunya bila balik, xpernah2 kami lalu jalan dalam. Direct highway. Tapi benda nak jadi, husband saya tetiba cakap xberani nak drive ikut highway. Takut ngantuk, lagipun highway kan straight je kan. kalau lalu jalan biasa ok ckit banyak simpang dan traffic light, xla ralit sangat. Saya iya-iyakan aje sebab dia yang drive ikut keselesaan dia. Mula2 asyik tanya dia banyak kali, "abang ok ke drive ni?" Dia cakap ok. "Ngantuk tak?" Dia cakap tak. Saya teman dia dekat sebelah, tapi entah macam mana saya tertidur. Sedar2 dengar dia menjerit laung "Allahu Akbar..Allahu Akbar..". Bunyi kereta berlaga kuat gila. Time tu saya hanya nampak kereta saya dah langgar belakang kereta kancil. Suami terus berhenti kereta dekat sebelah jalan. pegang tangan saya kuat2 sambil istigfar tak putus2. "Macam mana ni sayang?.." Dia takut dan mengeletar sambil pegang tangan saya. Saya bertenang. Istigfar dalam hati. Rasa jantung berdegup kencang sgt. Saya cakap dekat dia, "Xpe....benda dah jadi. Sabar.."

 Si pemandu kereta kancil dah marah2. Terus ambik kamera tangkap gambar saya, suami dan kereta kami. Saya cuma diam. Mungkin dia takut kami lari. Bertenang sambil sama2 dengan hubby mintak maaf dekat lelaki tu. Kami memang betul2 xsengaja langgar keta dia.. Hak dia sebab tahu salah kami.

Malam tu memang saya jadi tenang sangat. Alhamdulillah...mungkin banyak musibah dan dugaan yang saya hadapi, saya jadi kuat & tak cepat melatah walaupun sedih tengok keadaan kereta saya tapi saya bersyukur sebab semua yang terlibat selamat. Tak ada yang cedera. Then datang runner bengkel kereta. Tanya apa yang terjadi then kami cerita stau persatu. Lelaki tu masih marah2 tapi saya nak wat macam mana benda dah jadi. Saya akan claim insurance untuk cover semua kerosakan yang saya dan dia tanggung. Kereta saya kena tunda ke balai polis malam tu sebab xleh gerak kan. Merasa jugak dengan hubby duduk dalam kereta yang ditunda. Selalu tengok kereta orang, sekarang jadi dekat diri sendiri. sob...sob..(T_T)

Report dekat balai polis walaupun sikit je nak report tetap makan masa yang lama. Sampai dekat pukul 4 pagi jugak kami dekat balai. Kena saman sebab langgar belakang kereta orang. Akur sebab salah sendiri. Then, malam tu call abang ipar & adik lelaki minta tolong ambik kami dekat balai. kereta terus bawak ke bengkel. Tak tahu lagi nak repair dekat mana sebab hari ahd, bengkel banyak tutup. Sampai rumah dekat Kulim dah dekat pukul 7 pagi. Kepala sakit sangat2. Saya migrain...sampai rasa nak muntah. jalan pun tak seimbang. Sakit sangat.

Esok tu saya just tidur je sebab migrain. Urusan semua kena buat hari isnin, so rehat aje dekat rumah.


kerosakan cik pinky nampak macam sikit tapi makan masa jugak nak siap. Rindu kereta saya ni. terpaksa tinggalkan dia dekat bengkel jauh pulak tu, dekat sungai petani. Get well soon cik pinky! nanti leh teman saya gi keja & jalan2..


Dugaan ni tanda Allah sayangkan kami. In Sha Allah saya dan suami kuat walaupun sekarang suami cakap dia fobia bawak keta tapi terpaksa jugak sebab nak gi keja. Jauh2 macam ni..sorang2 pulak memang terasa tapi Allah takkan uji lebih dari kemampuan saya. Saya tahu saya mampu tanggung semua ni. Transport tak ada. Terpaksa tumpang officemate gi keja. Takut2 dan fobia bawak motor tapi terpaksa bawak gi umah officemate. tak nak susahkan dia ambik saya dekat rumah sebab jarak jadi berpatah balik. Hubby asyik minta maaf berulang kali dekat saya sebab rasa bersalah sebab kereta tu accident then saya terpaksa bersusah sebab tak ada transport dan sorg2 dekat sini tanpa dia. Tapi saya cakap tak apa, bukan kita mintak jadi macam ni. Ambik pengajarannya. Ada hikmahnya. Syukur kami selamat. Kereta leh claim insurance tapi nyawa xboleh claim. Apa yang pasti, dugaan ni buat kasih & cinta kami makin kuat.




Sunday, February 3, 2013

Dugaan......


Sedang Di uji...Hanya sabar sahaja yang mampu (T_T). Accident semalam. Bumper pecah, radiator bocor, pintu driver lansung tak boleh bukak. Bonet depan kemek. Sedih tengok keadaan cik pinky kesayangan saya. kereta lansung xboleh gerak. Bersyukur sgt sebab semua yang terlibat selamat. Cuma sedih sebab tak tahu nak pergi keja mcm mana. Ni satu2nya transport saya guna ulang alik gi keja. Husband duduk jauh, family pun bukan duduk dekat Rasa mcm kesorangan sgt.. In sha Allah saya kuat semangat nak lalui semua ni...







Wednesday, January 30, 2013

Mari Men- DIY Photobook Sendiri


Korang mesti tahu pasal Pixajoy kan? kan? Bagi yang tak tahu, boleh klik dekat SINI. Kalau cakap pasal Pixajoy, terus kepala otak terbayang bab2 DIY photo book sendiri. Yippi!! Selalu bila online window shopping dekat Groupon mesti selalu ada sales photo book ni. Before kawen berangan-angan nak DIY sendiri (b2b bajet la katakan..semuanya nak DIY.Dasar kedekut! haha..) tapi last2 sebab OP saya tu kasi harga murah terus xjadi nak DIY. Ambik OP kawan sendiri HARUSlah dapat murah kan??. Later on la saya cerita pasal OP saya tu.


Tapikan,  disebabkan saya ni jenis suka bergambar, suka buat koleksi gambar, saya tetap berangan jugak Nak DIY sendiri photo book. Ingat nak beli dekat Pixajoy ni lepas kawen.  Tapi, mungkin rezeki orang nak kawen, ada officemate yang hadiahkan saya Voucher Pixajoy. Yeay!!!!! Gila suka hati. Dapat voucher tu dari bulan 8, expired bulan 2 ni. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak edit gambar. Download software Pixajoy ni dah lama..nak mengedit tu yang malas. Bertangguh-tangguh. So, sekarang memang dipaksa rajin! Tak nak ar hadiah orang bagi burn macam tu je..huhu. Sayang..sayang...



Saya nak letak gambar yang ada kronologi kisah saya & suami. Dari mula kenal sampaila dah kawen 5 bulan ni. Berpinar gak bijik mata nak pilih gambar. Lagi pening bila nak korek2 dalam lappy ni cari gambar kami berdua dulu2....Pilih gambar sambil senyum2 sendiri bila ingat semula apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang. Dari zaman si kurus sehinggalah zaman si Chubby. Sob..sob...Cepat betul masa berlalu.

Nanti dah siap DIY, saya story mory dekat sini ye! Babai..

Tq for reading!

Monday, January 28, 2013

Genap 5 Bulan


Alhamdulillah..dah genap 5 bulan bergelar isteri. Even masih lagi ber PJJ, tapi semuanya tak jadi beban untuk saya. Just follow the flow.  Lagipun saya baru sebulan lebih kerja dekat penang ni, takkan tetiba nak berhenti kerja kan? Bukan senang nak cari kerja baru dekat area PJ or shah alam. At least, kena la planning financial saya untuk 4 atau 5 bulan mengangur (Amboi! lama betul berangan nak mengangur!hahaha). Bila baru masuk kerja, bukannya boleh sesuka hati nak cuti. Tambah2 nak ulang alik dari kulim ni gi sana untuk interview. Susah2.  Itu belum tentu dapat keja lagi. Huhu... So, kiteorang plan saya stay dulu dekat sini untuk beberapa bulan sehingga apa yang kami rancang settle satu persatu. Insha Allah..

Dalam masa 5 bulan, apa yang berubah erk??

Rasa banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Tapi tak adalah ketara sangat. Yang ketara pun si lemak2 tepu dekat badan ni je. hehe...Baby? belum ada rezeki. Orang bertanya tu ramai..normallah kan, bila orang baru kawen mesti orang akan tanya dah pregnant ke belum? Tapi saya cool jer. Tak adalah tension2 pun. Belum ada rezeki anak lagi kan. Then, saya minta orang yang rajin bertanya tu doakan kami dimurahkan rezeki untuk dapat anak cepat2. Amin..

Hal2 kerja rumah taklah banyak sangat berubahnya sebab before kawen, saya memang dah tahu buat kerja2 rumah. Masak pun dah selalu buat cuma belum sampai tahap "hebat" la. Setakat masakan kampung & simple2 tu saya tahulah masak. Husband pun jenis tak cerewet. makan je apa yang saya masak. Tapi bila balik umah mertua saya lansung TAK masak. Takut!!! haha..tahap confident diri jatuh tangga sifar!!!! Sebab family in law semuanya set2 tukang masak untuk kedai makan. Malu nak suruh diorang makan apa saya masak. So, saya jadi tukang potong2 sayur, siang2 ikan, perepare bahan untuk dimasak aje..hehehe. Jadi assistant saja dekat dapur. memang takut betul nak masak dkt umah mertua. Huhu...Dahlah berlainan negeri & cara masakan..sob..sob..Tapi, sampai bila nak ngelak kan????? (T_T) . Ingat raya cina ni balik umah mertua nak berguru cara masakan kelantan.


Dari segi urusan rumah tangga rasanya tak ada yang jadi beban untuk saya. pergi pasar, masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah semuanya dah selalu buat time bujang dulu. Time ni rasa bersyukur dan berterima kasih sgt2 dekat mak & ayah sebab train kiteorang wat kerja rumah & masak sejak kecik. Train kiteorang semua bangun awal pagi. Jangan nak membuta sampai tinggi matahari..so, benda tu semuanya saya praktikkan balik dalam perkahwinan. Si suami pun bukan jenis membuta sampai tegak matahari even time weekend pun. So, dah jadi geng! Time weekend selalu kiteorang  bangun awal, breakfast sama2 then pergi pasar. petang pulak kalau tak ada aktiviti nak buat dekat rumah, keluarlah beriadah =) .

Saya belajar untuk sentiasa wangi & cantik depan suami. Haha...gila malu tau bila husband selalu kemas & wangi sentiasa. Duduk rumah pun dia sentiasa bersiap kemas. Mula2 kawen dulu mesti tanya dia, nak keluar ke??? Bila dia cakap taklah, duduk rumah je terus rasa malu sendiri. Orang selalu cakap, perempuan kena cantik2 & selalu berhias untuk suami, tapi dalam hidup saya, suami yang start bersiap cantik & kemas wangi untuk saya..hehe...so, memang kena praktik jugak apa yang dia buat. barulah best kan?? Adil!



Ok..tu je nak carita kali ini. Rasa lama x update blog. Busy...& tak ada benda nak tulis.

 TQ for reading! 

Monday, January 14, 2013

Belum masanya Boleh duduk sama2. PJJ again (T_T)


Bila cakap dekat orang, macam kelakar pun ada. Yelah...dari duduk jauh usaha nak duduk dekat dengan suami, tapi bila duduk sebumbung dalam 3 minggu, si suami pulak dapat kerja dekat selangor. Alhamdulillah..suami dapat kerja dengan GLC. Rezeki buat kami berdua.  Alhamdulillah..

Kalau ikutkan hati memang sedih sangat. Sayu pun ada. Hampir menangis pun ada. Yelah, kena tinggal lagi kan. Emosi memang asyik terganggu. Tapi ini rezeki Allah bagi. Ini peluang untuk kami stabilkan hidup. Ini doa dan harapan kami selama ni. So, setelah apa yang diminta Allah tunaikan, untuk apa saya merungut? Untuk apa saya menyesali apa yang dah tertulis oleh-Nya?

Walau macam mana kami berusaha untuk duduk bersama, tapi kalau belum sampai masanya, takkan berlaku juga. Kami hanya sempat merasa 3 minggu duduk sebumbung, suami kena gi outstaion 10 hari. Time tengah outstation, dapat call dari company GLC tu suruh lapor diri hari ini. Alhamdulillah...syukran, bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Kami belum berpeluang untuk dapat rezeki anak, tapi Allah bagi kami rezeki lain.




Buat masa ni, saya masih stay dekat Kulim ditemani sedara saya. Bekerja seperti biasa. melalui hari2 macam biasa. Saya kuatkan semangat dengan beri kata2 positif pada diri setiap hari. Ini ujian buat kami, tak perlu merungut, tak perlu menyesal, semua ni ketetapan-Nya. Bersyukur dan gembira dengan rezeki yang Allah beri. Tak perlu tertekan. Redha dan hadapi sahaja. Ada hikmah yang tersembunyi.

Sekarang..hanya menunggu. If suami memang tak ada peluang untuk bekerja di Utara, saya akan sekali lagi berhijrah ke sana. Ikutkan hati dan perasaan, kami sama2 suka tinggal di Kulim, kerja di penang. Tempat ni sesuai dengan jiwa kami. Dah mula merancang dan meninjau untuk membeli rumah di sini. Parent pun sama, suka kami tinggal di sni. Tapi xsemua yang kita nak, kita akan dapat. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Insya-Allah...saya mula kuat semangat melalui kehidupan di sini dan dia di sana. Insya-Allah kekuatan tu masih ada dalam jiwa saya. Mudah-mudahan perasan tu kekal begini dan kami akan terus berdoa moga masih diberi peluang untuk tinggal bersama semula.

Sunday, January 13, 2013

Hadiah Birthday


Bukan hadiah yang buat saya terharu, tapi cara si dia menyampaikan hadiah untuk saya.

hadiah yang di selitkan di celah lipatan sejadah.

Buat saya tergamam, tersenyum..terharu...

Terima kasih suami.



Dan juga kejutan dari sahabat baik sejak kecil. 

Yang hampir buat saya menangis..

Terima kasih sahabat...




Ucapan dan doa-doa mereka yang setia dan selalu bersama saya,
Tika susah & senang..
My family, my friends..
Semuanya sentiasa diingati..


kasih sayang kalian sudah cukup untuk buat saya tersenyum..adanya kalian dalam hidup ini sudah cukup membahagiakan...

Terima kasih =)

Thursday, January 10, 2013

Hanya Mampu Berdoa




Lama terdiam dekat sini. Tak tahu nak tulis apa perkembangan saya yang terbaru. Kisah sambutan birthday yang lepas inagt nak tulis dekat sini tapi nantilah.... Tertangguh-tangguh sebab tak ada mood sgt skrg. Saya baru pindah duduk kulim xsampai sebulan pun lagi. 3 minggu tinggal sebumbung dengan husband, dia dah  kena hantar outstaion dekat Kuantan 10 hari, then next week pun akan tinggalkan saya lagi seminggu. Takpelah, tuntutan kerja, sebagai isteri harus memahami. Baru lagi bertukar ke sini tetapi, ada dugaan baru yang menjelma. Berita yang baik tetapi dalam masa yang sama jugak agak sedih lah jugak. Masih buat saya risau dan bimbang sampai sekarang. Kemungkinan kami akan ber PJJ lagi. Tak duduk sebumbung macam 3 minggu yang lepas. Tapi, masih menanti keputusan. Maybe next week kot tahu. Memang rasa moral down. Hanya menunggu jawapan yang positif. Mintak2 kami tak ber PJJ lagi. Kalau diingat pasal PJJ ni memang sedih, sebab dari time kenal, bercinta, bertunang, kahwin dah selalu PJJ tapi kalau dah itu yang tersurat buat masa ini, saya redha. Lagipun, tak salah bersabar untuk sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan kami berdua. Perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Saya akan terus berdoa dan buat solat hajat agar doa kami dimakbulkan.

Doakan kami dapat hidup sama2 macam sekarang.

Wednesday, January 9, 2013

Baru Nak cecah..





Selepas 2 tahun punya blog, baru pageviews blog ni mencecah 500k. Alhamdulillah...Tq




Tuesday, January 8, 2013

Kadang-kadang



Kadang-kadang dalam hidup, harus  pandai berlakon..
Tersenyum, ketawa, untuk gembirakan hati orang lain,
Kadang-kadang juga harus jadi manusia yang kental hatinya,
Saat di uji, saat diberi musibah,
Masih sabar mengharungi..
Harus yakin,
Yang setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Kadang-kadang terasa sudah tiada dahan untuk berpaut,
Sudah tiada tempat untuk berteduh,
Sudah tiada tangan yang mahu menyambut,
Kadang-kadang terasa bagai seorang saja di dunia ini.
Tak punya siapa yang dipercayai,
Tak punya siapa yang mahu memberi kasih,
Tak punya siapa yang mahu menemani..


Kadang-kadang terasa lelah bila seringkali di uji,
Terasa mahu berlari sepantas mungkin ke hujung dunia,
Mahu lari dari semua masalah..
Mahu lari dari mereka-mereka yang menyakitkan hati..

Kadang-kadang, sikap berdiam diri itu lebih mulia,
Dari terus menjerit menghamburkan rasa marah dan sakit hati,
Terpekik terlolong bagai insan tiada iman..
Merintih menangis tanpa noktah..

Ujian Allah tanda dia sayangkan hamba-Nya,
Kerana kita mampu menangungnya kerana itu kita di uji,
Saat semuanya tidak mahu memahami,
saat semuanya menuding jari menyalahkan diri ini,
menghukum tanpa sempat di adili,
Allah ada di sisi kita..
Allah tak pernah meninggalkan hambanya..
Tak pernah jemu mendengar setiap rintihan dan doa
Sentiasa kasihkan hambanya..
Hanya dia yang memahami dan maha menengetahui...







Friday, January 4, 2013

Terjebak Dengan Drama Setia Hujung Nyawa


Setelah lama xmelayan drama dekat slot Akasia TV3, last2 terjebak jugak akhirnya. Itupun lepas tengok  drama "setia Hujung Nyawa". korang tengok x? Sekarang ni sampai umah awal lepas keluar dari office. Encik suami pukul 7 lebih baru sampai umah. Makan malam pun prepare menu ringkas2 jer  so memang ada masa nak membelek cerita dekat tv. Hehe...



2 minggu tengok drama ni dah memang terjebak sungguh. Dah jadi macam tengok Drama Nora Elina dulu. Kalau boleh xnak tertinggal lansung tengok cerita tu. Sweet  tengok Ersalina & zain tu. Best bila rumah tangga sentiasa ada "gurau2 comel" cam diaorang. Eh? Eh? haha...

Novel setia hujung nyawa ni saya tak pernah baca pun. So, lepas terjebak dengan drama dia memang saya usaha cari la novel tu dekat kedai buku. Tapi dah namapun duduk dekat kulim kan, mana ada banyak kedai buku . Yang paling besarpun satu je. Tu pun dah sold out sbb ramai org berebut nak  beli. Then gi cari dekat popular dekat Penang megamall belakang office saya, pun sold out! siap orang tu tolong check kan lagi stok novel tu dekat penang, semuanya sold out! besar sungguh penangan darama Setia hujung nyawa ni kan? Nyesal time pesta gudang karangkraf hari tu xbeli. sob..sob....



Last choice, beli jelah online dekat Karangkraf Mall. Tupun kena tunggu 7-10 hari baru dapat. Huhu...sabar2. sambil tunggu kita layan drama je dulu k..Suka drama dia sebab "sweet". Boleh buat tersengeh sorang2 depan Tv. haha..


Thursday, January 3, 2013

Bertambah Lagi Satu Angka..


Assalammualaikum....

Alhamdulillah..hari ni genap 26 tahun umur saya. Haisy, dah tua dah kan "makcik" ni. Tapi perangai still ada yang macam budak2.....masih lagi rasa excited nak sambut birthday! haha...macam budak2 lagik! Tapi for me, selain dari sambut birthday sendiri, tarikh ni 3 january adalah tarikh yang akan saya ingat sebab time nilah mak saya bertarung nyawa untuk lahirkan saya ke dunia. Hari untuk mengingati pengorbanan mak saya. Love you mom! Love you so much!!! Sampai sekarang, ucapan selamat hari lahir paling bermakna dalam hidup saya tentu sekali dari mak saya.Huhu..leh nangis bila mak ucap "selamat hari lahir" dan doakan kebahagiaan nak tersayang. dah 26 tahun dah anak dia yg sorang ni..



Yang bestnya semalam, saya tak larat nak tunggu pukul 12 tengah malam macam cinderella. Tak larat nak tunggu "teman serumah" saya ucap happy birthday. Tak excited pun nak menunggu sebab rasa ngantuk & letih sangat.  Pukul 10 malam dah tido. hehe....Then tengah malam terjaga. tengok phone ada sms dari hubby & beberapa orang kawan saya. Baca sms hubby  buat saya rasa terharu sgt. Dia takut nak kejutkan saya bangun sebab nampak saya letih sangat, so dia hantar sms dulu. Dan pagi ni baru dia ucap live depan saya. pertama kali sambut birthday sebagai seorang isteri. Lebih terharu bila buka je mata ada orang senyum dan ucap "happy birthday" dekat saya kan. Birthday surprise? Tak ada. tercari-cari jugak tadi kot2 ada surprise ka hadiah ka tapi xada pun. Huhu...Main nyorok2 ye? haha...Tapi malam ni kiteorang ada  dinner dekat luar. Yeay!


Ok..itu aje nak cerita hari ni. Tq for reading!!!


Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013


Alhamdulillah...dah melangkah ke tahun baru 2013. Happy new year!!! Semoga tahun 2013 membawa seribu kebahagiaan, rahmat, rezeki dan kesihatan yang lebih baik buat kita semua =)



Sunday, December 30, 2012

Tahun 2012 Yang penuh Masam & Manis


 2012 dah makin sampai ke penghujung then 2013 dah semakin hampir mendekati kita. Setiap tahun baru, benda paling banyak orang buat mestilah buat senaraikan azam kan?. Saya? of cozlah ada azam baru kan walaupun azam yang tahun 2012 ni pun banyak yang belum tercapai. Takpe2.. kita carry forward ke tahun 2013 jelah azam tu ye!hehe..

Sepanjang 2012 ni dah macam2 yang berlaku dalam hidup saya. Ada yang manis, ada yang pahit. Normallah kan asam garam hidup, mana ada yang perfect kan? ada macam2 perisa tapi bersyukurlah sebab masih diberi peluang untuk merasa nikmat hidup. Ok..meh saya listkan apa yang berlaku dalam hidup saya pada tahun 2012 ni mengikut kategori.

* 1 - Status

Benda paling penting yang saya akan ingat pada tahun 2012 ni tentulah pernikahan saya dengan encik suami kan. Alhamdulillah...Saya sekarang dah jadi seorang isteri kepada lelaki yang saya sayangi sepenuh hati. Semoga perkahwinan kami ni membawa kebahagiaan sampai ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin...




* 2- Kesihatan

Tahun yang paling banyak saya sakit. Paling banyak demam, batuk yang lama betul nak hilang, keracunan makanan dan paling saya ingat kena allergic yang teruk. Huhu...Dekat 3 bulan jugak baru dapat detect sebab apa allergic tu. Now, hanya tinggal parut2 hodoh dekat tangan. sob..sob...sedih. Tapi nak wat macam mana, sakit ni kan salah satu ujian Allah pada hambanya.  tahun nipun saya ada accident motor. tapi xada yang serius. cedera ringan saja. Alhamdulillah...

* 3- Fizikal DiRi

Tahun ni tahun paling "dasyat" pertambahan berat badan.Sob..sob..sob.. Azam tahun ni  nak kuruskan berat badan. Asalnya berjaya sebab time wedding hari tu saya dah kurus sikit. Tapi lepas je kawen ambik ko, gedabak naik berat badan. Baju yang jadi feveret pun dah xleh pakai. Sungguh sadis rupa bentuk hamba sekarang ni.... huhu. Macam xcaye je baru 3 bulan kawen saya dah naik berat badan sampai 7 kg!!! Oh! Misi kuruskan badan harus bermula sekarang! Azam xnak beli baju baru tapi nak usaha untuk dapat pakai balik baju lama. terasa nak ingat balik time kurus2 dulu....meh nak share sikit.

Tahun 2007.. 5 tahun dulu. Zaman si "kurus". Haha...teringin nak kurus macam ni balik. kalau nak balik jadi macam ni kena berbelas kilo kurangkan berat badan ni. huhu...Masalhanya mampukah???? dengan diri yang jenis makan xreti ingat dunia. hehe...

Saya yang hujung sekali sebelah kanan. Kurus kan? 


kalau xdapat berat macam tahun 2007 tu dulu at least saya mahu berat badan saya sama macam tahun 2010 dulu..

Awal tahun 2010- Time ni muka masih "kurus". haha...Baju ni saya dah xmuat lansung nak pakai sekarang ni. huhu...



Tahun 2012..makin super duper chubby!!! Time kawen je yang berjaya kurus sikit. Tupun bukan sebab diet ke apa ke. Tapi maybe sebab asyik ke sana sini kelam kabut urus macam2 benda.  AKtif sgt tu yang cepat turun berat badan.

Then..lepas kawen... Disember 2012. Saya dah bam2 cam gini...





See..cam leh dapat anugerah penternak lemak paling berjaya kan?Hehe...Diet & exercise plz!!! Misi dah bermula. Hope berjaya.

* 4- Kerjaya


Saya dah tukar tempat kerja. Still pegang jawatan yang sama macam first company dulu tapi kerja je tempat lain. Disebabkan saya dah kawen, Dan tempat terbaik saya adalah di sisi suami, saya nekad berhijrah ke Kulim untuk stay dengan dia dan bina rumah tangga kami sama2. Susah senang sama2. Kerja tempat baru so far setakat ni ok cuma kerja banyak then deadline singkat. 2 minggu kerja saya dah handle 2 project. Then minggu depan satu lagi project baru. Huhu..hope so, saya leh hadapi semua masalah yang berlaku. Kerja dekat sini, saya kena kerja dengan mereka yang majoritinya chinese. Hope saya kuat semangat& mental. Takut nak berperang dekat meeting (perkara biasa bila bekerja dalam bidanag construction adalah "perang" time meeting). Huhu...

*5- Kewangan/ Personal Economy



Alhamdulillah..bersyukur sangat sebab tahun ni tahun yang banyak rezeki buat saya. Seperti janji Allah pada mereka yang ingin berkahwin, akan ada rezekinya. Walaupun tahun ni saya paling banyak sekali saving, paling kurang shopping untuk diri sendiri,, (tapi lepas kawen terus shopping jugak sikit..sesi balas dendam.hehe). Saya berjimat sakan tahun ni. Gi keja hari2 bawa bekal, hari2 naik motor sebab nak kumpul duit kawen. Takut sangat xcukup duit tapi rezekinya tetap ada walaupun mula2 dulu saya selalu rasa macam tak cukup je . Pendapatan saya pun dah bertambah berbanding tahun lalu.  Saya kira saya tahun ni saya dah CELIK sikit lah dalam urus kewangan. Dah pandai dah bab2 investment.  Dulu ni wat xheran pun. Huhu....Bila dah kawen ni lagilah kena pandai urus duit. Walaupun saya tak kaya, bukan jugak orang yang bergaji lumayan tapi cukuplah apa yang saya ada.bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi. Hope saya leh manage my financial flow dengan lebih baik jugak selepas ini. tambah2 sekarang ni makin rajin baca buku bab financial planning =)

*6- Melancong/ Aktiviti Luar

Aktiviti luar saya tahun ni Panjat gunung gap & Ulu semangkuk dekat fraser hill. best sangat sebab saya memang suka aktiviti lasak cuma masa & keadaan yang buat saya takleh nak selalu buat aktiviti cam gini. Lepas ni maybe leh ajak hubby hiking. tapi kena banyak geng, baru best kan? takkan gi berdua je..huhu.


then..ada jugak gi jalan2 dekat Kuala terengganu dan sekitar kelantan. Then gi honeymoon dekat cameron highland dengan hubby. lepas tu semua jalan2 dekat jer. macam dekat penang & selangor tu. tahun depan rancang nak ke pulau idaman hati pulak. since tahun lepas lagi merancang nak ke sana tapi tak jugak sampai2.huhu..sedih


 * 7- Kematangan/ Peribadi


Tahun yang saya rasa paling banyak saya belajar apa itu "independent". Independent sebagai anak, independent sebagai tunangan orang dan sekarang sebagai seorang isteri. Saya banyak cuba untuk berdikari dalam segala hal exspecially bab2 wedding sebab duduk jauh dari parent dan suami. Bila dah kawen saya try belajar untuk buat apa yang saya boleh buat tanpa tunggu dan terlalu bergnatung pada husband saya sepenuhnya. Sebab dia keja tak tentu masa termasuk time public holiday & weekend dan sebagi isteri saya cuba memahami walaupun kadang2 tak puas hati jugak. Ada gak rasa nak gaduh. haha..yolah, kdg2 ter"emosi" jugak bila husband asyik busy ngan keja je kan..hehehe..tapi nak jadi isteri yang baik kena lah memahami kan? Lama2 saya dah rasa biasa. Sikap sensitif saya sampai sekarang ni xleh nak buang2....Lepas kawen, banyak tanggungjawab, komitmen then banyak benda yang kena fikir dulu b4 buat. Lepas tu kena Saya paksakan diri untuk lebih"matang". Kena pandai handle keluarga, buat kerja rumah, sesuaikan diri dengan family in law, tahu bawa diri as a wife and so on sbb sekarang saya bukan hanya fikirkan tentang diri saya seorang je kan. So, untuk mereka yang nak berkahwin pastikan korang bersedia dari segi mental & fizikal jugak ye! hehe...


*8-Kemahiran Diri

Tahun tangan kembali berseni!!! yeay!!! dah lama tangan kaku ni tak reti buat benda2 kreatif & seni ni tau. tapi nak kawen then nak berjimat sakan terpaksalah paksakan diri rajin men DIY jugak. Dari tak tau menjahit manik, tahulah jugak sikit2. Buat bunga tisu, bunga tisu, bunga crepe, jahit baju dna veil wedding  sendiri. Otak pun dikerah cari idea2 kreatif. Haha...memang bila difikir2 balik, saya mesti akan ingat balik time2 jadi bride to be dulu. Dari tangan keras pun leh lembut buat benda2 kawen ni.




Tapi, dalam saya seronok dengan "benda" baru tu, ada jugak kemahiran diri yang saya dah tinggal & kekadang wat tak tahu je. Teruk betul. Sibuk nak kawen sampai lupa cita2 lama saya. Saya dah jadi kaku tahap batu sebab lansung tak leh nak tulis novel semula sekarang. Lama sangat tinggal kan. Padan muka saya! Novel berkurun terperap dalam lappy tak ber"update". sekali nak try nak menulis balik terus tangan jadi kaku. taktau nak tulis apa. Satu ayat pun xlepas. Huhu..take time gak nak cari mood balik.


9- BLOG

Dah bertambah followers. Dah makin meningkat pageview nyer. Ramai visitor berbanding tahun lepas.  Selalu pageview lebih dari 1000++ sehari walau saya tak update blog.  Pencapaian yang agak memberansangkan buat blog kecik macam saya ni. hehe...Orang banyak datang sini cari pasal2 bab wedding. Kalau tahun lepas banyak datang baca e-novel tahun ni bab2 kawen pulak. hehe..mungkin sebab tu jugak traffic blog saya ni bertambah kot. Then ramai gak yang rajin menegur saya dekat email =). BE (CPUV) pun masih jugak dapat dari Nuffnang. Kira cam "bonus" dalam dunia blog la jugak income dari nuffnang ni.  Tq semua. Terfikir macam nak tukar domain lain lepas ni sebab sayang sgt dengan blog ni. Takut kalau blogspot dah xad, blog ni pun hilang. Tak nak! tak nak! Ni dah kira macam diari hidup saya. Orang tak nak baca takpa tapi saya suka baca balik apa saya tulis. haha....


*10- Tempat Tinggal

The last things yang saya akan ingat pasal tahun 2012 ialah penghijrahan saya dari Shah Alam ke Kulim. Jauh pergi..kembali semula ke negeri asal usul. hehe...Dah pindah duduk rumah sama2 dengan suami setelah 3 bulan lebih ber PJJ. Tempat baru, susana baru, life baru dan saya memang suka sangat dgn tempat baru ni. Hidup dalam susana yang masih "kampung", luar dari bandar. Rasa nyaman & tenang Makanan pun  murah compare dgn duk shah alam dulu. satu lagi dekat dgn family. Nak balik umah family in law xsejauh jarak mcm duduk dkt shah alam. Kira banyak yang positif dari negatif ar. Tapi shah alam tetap saya akan rindu!!! Banyak kenangan yang tercipta dekat sana.

Negeri kedah- negeri Jelapang Padi =)



Azam 2013? Nak realisasikan apa yang tak tercapai masa tahun 2012 then ada lagi beberapa benda yang saya nak buat. Apa2 mana leh cakap dulu. Bila dah tercapai nanti saya gitau k. hehe...

Selamat menyambut tahun baru 2013 buat semua pembaca blog saya! sayang korang semua walaupun xpernah berjumpa.


Saturday, December 29, 2012

Untuk bela kucing, kena kuat daya tahan emosi (T_T)


entah kenapa, hari ni saya teringat pada kucing-kucing peliharaaan saya & family dulu. Yang dah mati, yang hilang...dari berbelas ekor yang ada dekat rumah dulu, sekarang ni seekor pun dah tak ada. Yang hilang, entah ke mana perginya....rindu sangat pada kucing2 kami tu..huhu...



First kucing yang kami bela, namanya "awang". Kiteorang leh bela Awang ni sebab dia asyik nangis2 belakang rumah kami. Dah bagi makan pun, dia taknak jugak pergi. still duduk belakang rumah. Saya, adik & kakak yang time tu semuanya masih sekolah rendah, suka main2 dengan Awang. Mula2 mak saya marah sebab adik bongsu kiteorang baru umur 2 tahun lebih. Takut nanti dia lelah sbb kena bulu kucing. Tapi kiteorang main2 jugak dgn Awang tu. Lepas tu kiteorang decide nak sama2 jaga Awang tu. dia comel sangat. Ayah tak kisah sebab diapun suka kucing tapi mak macam tak berapa nak setuju time tu tapi lama2 dia pun suka dengan Awang. Semua orang sayangkan Awang. Kalau kiteorang balik sekolah, memang cari Awang dulu. Ayahpun bila balik kerjapun mesti tanya"mana awang? ".  Suka tengok telatah dia, gaya manja2 dia yang suka datang bergesel dengan kita. hari2 bagi dia makan ikan rebus. Mak & ayah siap beli ikan segar dekat pasar yang hanya untuk awang je. Awang membesar dengan sihat, sama macam kiteorang yang dah besar panjang dan sayapun dah masuk UiTM Arau time tu. lama sangat Awang jadi family kami sejak saya kecik sampailah saya dah jadi student dekat U. Waktu tu, saya tak pernah fikir akan kehilangan Awang, tak pernah fikir yang hayat kucing ni pendek, tak pernah fikir semua tu sampailah satu pagi tu akak sms bagitau saya yang Awang dah mati!!! Perasaan saya time tu Allah je tahu.  sedih sangat...saya menangis tersesak-esak. Bila orang tanyapun saya tak boleh nak jawab sebab air mata keluar tak henti2. saya sedih teramat sangat. Awang tu saya dah anggap macam family sendiri jugak walaupun dia cuma seekor kucing. Time tu kawan2 semua fikir yang saya nangis sebab orang mati tapi rupanya kucing. Ada yang ketawakan saya. Diaorang tak pernah rasa apa yang saya rasa! hanya orang yang bela kucing je tahu perasaan mereka bila kucing mereka mati.



Bila Awang mati, adik saya yang tengah bersiap nak pergi sekolah terus tak pergi sebab nangis dan sedih sangat. hampir seminggu satu family tak lalu makan. sedih...semuanya teringatkan awang. 10 tahun kami bela dia dan sekarang dia dah tak ada......


Lepastu....ada pulak jumpa kucing comel yang bulu dia sebiji sama macam Awang. Datang nangis2 belakang rumah kiteorang. Comel..tapi kucing betina. hehe..kiteorang ambik bela dia dan namakan dia "Ara". Ara bukan penganti Awang tapi dia banyak buat hidup kami happy semual lepas Awang mati.  Lepas tu ada pulak kucing lain datang beranak dekat belakang umah kiteorang. Tapi anak2 dia tak ada warna macam awang & Ara yang kelabu hitam tu. semuanya warna hitam putih dan hitam semua. Tapi muka dioarang cute2..sebab kesian, kiteornag jaga kucing2 tu semua. Bagi diorang makan sampai ada yang beranak pinak. Tapi antara semua kucing2 yang ada, selain Awang & Ara, kami paling suka dengan kucing yang namanya " Lanun". hehe..kelakar kan nama dia? lanun sebab dekat bahagian mata dia ada tompok hitam mcm lanun. hehe...Lanun ni manja sangat lepas tu sebab dia kucing jantan, dia besar & comel. geram tau tengok dia. Samela dgn Ara dll.


Ara & lanun adalah dalam 4 tahun dengan kami. Lepas tu Ara mati sebab terkena racun. Tak tahu dekat mana dia kena racun tu..huhu..tapi bukan dekat rumah kiteorang. dekat tempat lain. Cuma dia mati dekat rumah kiteorang. Dalam sakit tu, dia balik jugak ke rumah, sampai terjelepok depan pintu dalam keadaan yang tak bermaya. Kiteorang semua sedih gila...sebab lepas tu dia mati. Huhu....Awang pulak hilang masa kiteornag bawak diaornag semua pindah duduk dekat kedah. Time nilah dia hilang..tak tahulah pergi mana sebab mungkin dia tak biasa dengan kawasan kampung.


Macam tu jugak dengan kucing2 yang lain...ada yang mati kena langgar dengan kereta, yang hilang...Memang sedih sangat2...Tuhan jer tahu perasan kami. Dah tak terkira berapa banyak air mata saya turun sebab nagis bila diorang mati mati & hilang. Ayah tak bagi kami kurung kucing2 dalam sangkar. Biarkan diorang lepas bebas dekat luar rumah. Memang kadang2 takut diaorang hilang tapi biarlah dia ada kebebasan.

Sampai sekarang, saya masih ingatkan diorang semua. Banyak kenangan yang di simpan. Dari tak pernah gi klinik haiwan kiteorang selalu pergi bila kucing kiteorang sakit. Kenangan main dengan dia, mandikan dia, bagi dia makan, manjakan diorang dan macam2 lagi yang saya akan ingat sampai bila2.


Tapi, bila last kucing kami mati yang nama dia "ketot". Ayah jadi sedih sangat2 then dia cakap dia tak sanggup nak rasa sedih lagi bila kucing yang dia bela mati. Since lepas tu, ayah taknak bela kucing lagi. Tapi kalau ada yang datang, kiteorang bagi je makan, cuma taknak bela dah. sebb sedih yang yang kita tanggung tu memang banyak..bukan sikit. Sebab tu, bila nak bela kucing kena kuat daya tahan emosi. huhu...