Weekend. Saturday. Masa untuk membawa Cik Kriss (motorsikal kesayangan saya) ke Bengkel. Lepas accident isnin lepas, belum sempat nak pergi baiki motor saya di bengkel. Busy dengan kerja yang asyik mengejar deadline, walaupun badan masih sakit-sakit tetapi gagahkan diri untuk bekerja semula. Alhamdulillah..keadaan makin baik walaupun lebam-lebam masih belum hilang =(
Selama 6 tahun saya memiliki lesen memandu, baru tahun lepas saya tahu membawa kereta. Sebelum ini, susah senang saya hendak ke mana-mana hanyalah public transport dan motorsikal kesayangan saya itulah kenderaannya. Takut? Siapa cakap saya tak takut bawa motorsikal tapi dalam keadaan terpaksa dan tiada pilihan, memang itu sahaja kenderaan yang saya miliki untuk ke kelas dan bekerja.Itulah kenderaan yang emak saya berikan pada saya. nak dapat kereta macam student lain tidaklah. Saya beli kereta sekarangpun hasil titik peluh sendiri. Itupun, saya dah cukup bersyukur sebab dalam waktu susah saya, saya masih ada kenderaan walaupun hanya sebiji motorsikal. Tak semua public transport boleh bawa saya ke tempat yang saya hendak pergi. tak semua public transport disediakan semua tempat. terhad. Saya cuma harap doa dan restu mak ayah saya sepanjang tempoh itu.
Berani. Ya! Saya memaksa diri untuk berani untuk kesenangan dan keselesaan saya. pesan dan amanah mak ayah saya saya ingat sampai bila, Siapa cakap mak ayah saya tak risau? Tetapi ayah saya selalu cakap " Kalau sudah ditakdirkan benda nak jadi, walau bagaimanpun kita hendak mengelak tetap jugak terjadi". Yang penting harus sedaya upaya berhati-hati dan berdoa supaya tiada perkara buruk yang berlaku. Bila tengok orang lain accident, mati, patah riuk, saya jugak takut, risau dan kadang-kadang fobia sendiri. Lebih-lebih lagi, sayapun pernah kena ragut dan accident semasa naik motor tapi macam saya cakap, banyak faktor yang membuatkan saya terus berani menunggang motorsikal ketika itu. Saya hanya mampu berdoa agar dalam tiap perbuatan dan perjalanan saya sentiasa dalam lindungan-Nya. Banyak kenangan manis dan pahit selama saya bersama Cik Kriss. Terlalu banyak sehingga saya sangat sayangkan motorsikal itu walaupun usianya sudah lama. Walaupun sekarang saya sudah ada kereta sendiri, tapi kenangan bersama motorsikal sampai bila-bilapun saya tetap ingat. Dan bila saya akan berhenti sepenuhnya dari menunggang motorsikal selepas berkahwin nanti, pasti saya akan rindukan cik Kriss saya tu! Huhuhu....
Menghadapi kehidupan memerlukan keberanian. Namun sebrani manapun kita, masih perlu berhati-hati dan berjaga-jaga. Jenayah sentiasa ada dimana-mana. Sekarang ni, bersepah-sepah tambahan dekat area bandar ni. Manusia juga semakin jahat dan kejam! Kadang-kadang otak saya berfikir, Allah dah kurniakan manusia itu akal, mengapa tidak mahu menggunakannya ke jalan yang betul? mengapa hidup hanya tahu hendak menganiaya orang? Macam tu juga di jalan raya, sikap pemandu yang paling saya kesalkan. Biadab dan kurang ajar sehingga membahayakan orang lain. Hari-hari menyelak surat khabar, hati saya pasti sedih dan pilu bila baca banyak berita kemalangan jalan raya. Setiap hari dan di merata tempat. Jalan raya dah jadi medan pertumpahan darah....sangat sadis dan sungguh menyayat hati.
Tetapi sebagai manusia, kita harus meneruskan hidup walaupun dihimpit ketakutan. Walaupun dikelilingi bahaya, takkan hanya hendak duduk berkurung dalam rumah, memencilkan diri kerana takut untuk menghadapi cabaran hidup kan? Rumahpun bukanlah tempat yang bentul2 selamat. Orang pecah masuk rumah hari2 boleh dengar. Huhuhu...Setiap yang berlaku ada hikamahnya. tak perlu menyalahkan takdir yang telah tertulis. Yang penting, sentiasa berdoa dan bertawakal. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya....
Take care!
Saturday, April 14, 2012
Thursday, April 12, 2012
Baju resepsi = Pending!
Dah balik kampung hari tu. Dah penat survey baju kahwin untuk majlis sebelah saya. 3 kedai sahaja yang saya pergi. Malas nak pergi banyak-banyak kedai. Just pergi terus ke butik yang saya berkenan design baju-bajunya. Itupun, saya tengok dalam Facebook jer. Zaman teknologi ni, semuanya di hujung jari kan? hehehe...Tapi, butik-butik pengantin yang saya pergi ni memang yang paling popular dekat Jitra la..Design baju dioarang, huh! cantik-cantik, up to date dan superb! boleh naik juling biji mata nak memilih. Dapat pulak mata saya ni pulak semuanya asyik berkenan yang mahal-mahal je. Yang murah, tak pulak nak menjeling. Selera mengalahkan poket sendiri! Tapi bila poket pulak cakap tak boleh, terpaksalah redha aje. So, terpaksalah cari yang betul2 bersesuaian dan mengikut budget.Huhuhu...
Ingat ke kerja memilih baju pengantin ni mudah. Rupanya tidak! Walau banyak manapun baju yang tergantung di kedai dan nampak cantik-cantik belaka tak bermakna ianya cantik dan sesuai dengan saya dan Encik Tunang. Mula-mula memang dah jumpa yang berkenan di hati. Warna pun ok. Soft dan sesuai untuk kulit saya dan Encik Tunang, sesuai dengan ketinggian kami berdua.Kainpun tak adalah meleret sangat ( baju pengantin semuanya kain nak design meleret-leret panjang. Saya tak sukalah yang terlalu meleret, rasa susah bebenor nak jalan), ..pendek kata, saya sangatlah suka baju tu. Macam tu jugak dengan Encik Tunang.
TAPI, baju resepsi yang kami berdua berkenan tu sangatlah HAMPIR sama warna dan designnya dengan baju bertandnag yang saya DIY sendiri. Warna biru muda dengan hijau Turquoise memang hampir sama..udahlah corak bunga fabrik dan design bajupun sama. Mula2 kiteorang macam tak kisah je. Siap bayar full lagi untuk sewa baju tu. Dalam hati fikir, tak samalah....mana sama tapi bila balik rumah tengok balik baju yang dah 80% siap di DIY saya rasa macam tak sedap hati pulak. Takkanlah nanti belek-belek gambar kawen, baju macam sama je? corakpun lebih kurang???
Saya tanya pendapat keluarga dan sedara saya yang lain. Diaorang terus cakap., "TUKAR!". baju dah dekat sebijik sama. Eh, sama ye warna biru muda dan hijau Turqoise tu? lepas tu diaorang tambah lagi, "Bunga dekat bajupun sebijik sama!". Adeh...nampaknya memang saya kena tukarlah kan. Encik Tunang pun cakap benda yang sama. Mula2 rasa macam tak sama, tapi lama2 tengok, rasa samalah pulak. Terus call owner butik tu cakap nak tukar baju. Dia cakap ok sebab lagipun masa kiteorang pilih baju dia ada cakap yang bulan 5 & 6 ni ada lebih 20 pasang baju baru akan masuk. Boleh pilih lagi lepas ni...kira kiteorang booking je dulu. Lagipun, saya dah malas nak cari tempat lain sebab bagi saya harga yang diaorng bagi sangat berpatutan lepas tu servicepun bagus.
Ok. Baju resepsi saya masih pending. Ada lagi 4 bulan 1 minggu nak kenduri baju resepsi pun tak jumpa lagi. Warna tema pun tak tahu lagi.....Hope so, bulan 6 masa saya balik kampung nanti jumpa baju yang saya berkenan. Risau jugak ni......

![]() |
| Light Blue |
![]() |
| Green Turquoise |
Same ke? macam same kan???

Monday, April 9, 2012
Alhamdulillah...Saya selamat
Baru lepas accident pagi tadi masa nak pergi kerja. Saya pergi kerja ada masa naik kereta, ada masa naik motor tapi pagi tadi saya naik motor. Motor saya dilanggar dengan dua buah motor lain dekat belakang sebab saya nak elak accident yang jadi dekat depan saya. Terus saya tercampak ke tepi. Penunggang motosikal yang lagi dua orang tu lagi teruk, melambung atas jalan. Tapi, Alhamdulillah...kami selamat. Tak ada kecederaan serius di luar. Dalaman? Wallhaualam...mintak2 oklah. motor saja yang rosak sikit. Saya just lebam2 dan sakit seluruh badan. Dah jumpa doktor, dah check. Semua ok. kalau sakit masih berlarutan, akan pergi check semula.
Tak tahu nak cakap salah siapa. Sebab benda nak jadi. berhati-hati macam manapun, benda nak jadi tetap jadi. Syukur saya tak apa2. Orang lain yang accident dekat depan, saya pun accident jugak. Alhamdulillah..masih selamat. Doktor bagi cuti sakit sampai rabu ni. Sampai sekarang, bahagian kanan badan sakit. tak boleh bergerak banyak. Saya hanya mahu rehat sampai badan dah ok untuk bekerja semula. Doakan saya cepat sembuh!
* Selalu dengar orang tua2 pesan, time bertunang ni kena selalu jaga diri. Katanya, darah tengah manis. Bila difikir2 dugaan yang terjadi sepanjang tempoh bertunang ni, betullah juga nasihat diaorang tu...huhuhuhu...Sebab tu tak elok bertunang lama2. Banyak dugaannya.

Friday, April 6, 2012
Dah Berjaya Booked Homestay Untuk Family Si Dia
Alhamdulillah..pencarian homestay untuk family encik Tunang sudah berakhir. Fuh! lega benar rasanya. Zaman IT ni semua benda boleh cari dalam internet je. Senang. Tak perlu saya nak berulang alik dari Shah Alam -Kodiang, kedah setiap bulan untuk settle kan hal kawen saya. Lagipun, saya ni namanya saja orang kedah, tapi bukan semua benda saya tahu sebab sayapun bukan selalu ada di rumah kan..So, memang bantuan Internet dan saudara mara yang ada di kampung memang sangat diperlukan untuk uruskan banyak benda.
Saya selalu dengar kawan2 saya mengeluh bila homestay yang diberi oleh keluarga tuan rumah kenduri tak memuskan hati. Rumah panaslah, kotorlah, ada lipaslah..macam-macam complain. So, saya memang risau kalau keluarga tunang saya nanti tak puas hati dengan homestay yang saya pilih. Tak bestlah kalau kena complain tapi kita tak tahu apa2 kan? So, saya fikir baik suruh Encik Tunang sahaja yang tengok dan pilih sendiri then saya yang bayarkan.
Saya buat appoinment dengan pemilik homestay melalui telefon je. Tupun bila saya check secara online memang tak ada lagi orang yang booking homestay tu time kenduri saya nanti. Kena cepat-cepat booking sebab takut nanti homestay semua penuh. Maklumlah, saya kahwin kan time raya, time orang banayk jugak wat kenduri. Ada baiknya booking awal2.
Masa booking homestay, saya memang tak tahu berapa total ahli rombongan Encik Tunang yang nak datang masa kenduri nanti. So, saya decide nak pilih rumah teres dua tingkat yang luas dan selesa. Manalah tahu kalau tiba-tiba ahli rombongan datang ramai, xnakla diaorang rasa tak selesa kan....kena cari betul2.So, ini homestay pilihan saya dan Encik Tunang. Snar Homestay yang terletak dekat Jitra kedah. Kira-kira 20 minit jugak jarak nak ke rumah saya. Ikutkan, dekat je sebenarnya, tapi sebab jalan utama ke rumah saya tu banyak sangat traffic light, itu yang lama sikit. tapi, xpelah..tengah bandar, boleh jugak family Encik Tunang jalan-jalan dekat pekan Jitra nanti.hehehe...
Lepas dah booking semua barulah ayah Encik Tunang beritahu ayah saya yang rombongan mereka maybe datang satu bas! hah? Terkejut saya. Katanya, mereka akan stay semalam je dekat homestay ni. Lepas kenduri, dalam pukul 3 dah nak bertolak balik. Tuan homestay ada sediakan extra bantal, hope so cukuplah sebab pihak saya pun akan sediakan extra beds & pillows untuk mereka nanti. Lagipun rumah ni besar, ada dua living hall, bilik ada 4. semuanya luas-luas. Bathroom pun ada 3. So, saya rasa Insya-Allah cukup sebab Encik Tunang cakap, yang ramainya datang nanti kanak-kanak je. lagipun dia yang kata cukup kan? Bila saya kata nak cari bungalow, dia kata tak payah sebab family dia datang kejap sangat. So, apa2 complain nati, nak suruh dia yang jawab boleh tak?hahaha...
Mintak-mintak mereka selesalah nanti...Insya-Allah..
P/s: kredit gambar untuk SNAR homestay fanpage. Bagi orang kedah yang nak cari homestay bolehlah ke sini sebab rumahnya memang cantik, harga berpatutan dan owner diapun mesra dan baik layan pelanggan.

Thursday, April 5, 2012
4 bulan lebih je lagi? Cepatnya masa berlalu..
Bila ditelek wedding ticker dekat bawah blog saya ni, cuma tinggal 4 bulan 2 minggu dan 6 hari sahaja lagi untuk saya melangkah ke alam baru. Rasa macam lambat je lagi nak kawen rupa-rupanya dah tak lama dah lah! Cepatnya masa berlalu... pejam celik, sibuk ke sana sini, ..saya rasa macam tak percaya je yang majlis saya dah makin hampir.
Banyak benda lagi yang tak setlle.Tapi banyak juga yang dah settle =) . Ada juga yang tak prepare pun lagi.hehehe...rasa macam kena minta bantuan orang je nih. Honestly, saya dah mula rasa berdebar-debar + risau takut tak sempat nak siapkan semua benda. DIY projectpun masih banyak yang belum disiapkan. Huhu...kena manage time betul2 supaya tak kelam kabut di kemudian hari. Saya baru pulang dari kampung isnin lepas. Lega sebab dah dapat settle beberapa perkara. Nanti, bila ada masa, saya akan sambung tulis lagi.
sekarang, mahu sambung buat kerja yang tergendala. Tak sabar nak tunggu weekend!

Wednesday, April 4, 2012
Bila Masa Pulak Saya mintak potong gaji Untuk Bayar PTPTN?
Tengah ralit buat kerja dekat office tadi tetiba dapat call dari HR. Ada surat dari LHDN untuk saya. Surat minta company saya buat potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Surat tu ada nyatakan jumlah baru pinjaman yang perlu saya lunaskan selepas buat sistem Ujrah atau "upah". Ok..saya baru dapat tahu permohonan ujrah saya berjaya hujung tahun lepas tapi before sistem ujrah tu dibuat, saya memang dah start buat bayaran PTPTN saya. Walaupun tak ikut amount yang diberi, at least saya bayar jugak mengikut kemampuan saya.
Sisitem ujrah memang ada borang yang minta saya isi sebagai kebenaran untuk potongan gaji tapi saya tak isipun borang tu. Saya cuma letak alamat majikan seperti yang diminta tetapi tak ada tandatangan dari saya atau pihak majikan untuk kebenaran potongan gaji. peliklah..nak kata saya tak pernah bayar ptptn, saya bayar kot!
Bila saya call pihak ptptn, diaoarng cakap kalau tak benarkan potong gaji, abaikan saja surat tu. Saya bayar saja macam biasa. Macam tu aje? tak ada pula nak cakap kesilapan teknikal ke apa ke...ke sisitem ujrah tu satu perangkap? konon2 nak reduce interest pinjaman tapi sebenarnya nak potong gaji peminjam. Hmmm...entahlah.
Saya baru lagi bekerja. Kalau nak potongpun, saya ni kerja swasta. Kalau saya pindah company lain, kena isi balik borang potong gaji. Hmm..pening2. tadi call pihak LHDN, tak berjawab pun call nye. tension saya. PTPTN kata abaikan, HR pulak kata mintak surat dari LHDN kata abaikan aje surat yang sampai ni. pening!
Dahlah banyak kerja. Nak uruskan benda nipun satu hal. Kan lagi senang kalau bayar sendiri je macam biasa dekat maybank2u tu. Lainlah kalau orang yang tak pernah bayar PTPTN lansung! yang tu barulah bagi surat arahan potong gaji.Adoiii...
UPDATE: If dapat surat pemotongan gaji dari PTPTN & company memang tak buat sistem potongan gaji, mintak HR reply surat LHDN tu cakap yang company tak buat potongan gaji. HR saya buat macam tu je. Lagipun saya tak setuju untuk potongan gaji. Boleh bayar sendiri melalui online banking.

Tuesday, April 3, 2012
Sangat Sibuk Sebenarnya...
Rasa macam dah lama tak jenguk ke sini.
Dah lama tak update blog
Dah lama tak update Facebook.
Dah lama tak blogwalking,
Dah lama tak buat DIY project.
Dah lama tak menulis novel..
Dah lama tak...
semuanya rasa dah lama saya tinggalkan. Huhuhu....
Kenapa?
Sibuk! Saya sangat sibuk sekarang.
Kesibukan yang kadang-kadang buat saya tension sendiri
Stress bila kerja banyak yang sia-sia..
Tak cukup masa..
tak cukup tenaga..
Semuanya...
Huhuhu.....
Mahu masa untuk diri sendiri....
Semoga semuanya dipermudahkan..
Dan cuba membahagi masa sebaik-baiknya..
Penat!

Sunday, March 25, 2012
Green Turquoise With Blue untuk Majlis Bertandang
Kenapa saya pilih warna Turquoise?
kebetulan sebenarnya. Saya tak pernah menetapkan tema warna untuk majlis perkahwinan saya. Mana baju yang saya rasa cantik dan sesuai dengan saya dan encik Tunang, saya grab je. tak kisahpun warna apa.Masa bertandang memang saya nak pakai dress yang simple je. Warna turqoise tupun saya pilih sebab tertarik dengan warna pada dress ready made yang saya beli. Tapi warnanya agak gelap dan nampak macam hijau.
Untuk baju bertandang memang saya DIY sendiri dari dress yang saya beli tu. Selain dari jimat, saya boleh pakai balik baju tu lepas selesai majlis bertandang nanti. Dress tupun plain je. tak ada apa-apa hiasan. Saya yang akan deco sendiri dengan jahit bunga fabrik, lace (warna biru) dan pearl. Dress nipun dah 50% siap dijahit. Masih lagi in progress. Saya buat sikit2 sebab busy sama sekarang ni. Huhu..
Baju Encik Tunang Next week baru nak cari. Maybe beli kain je then pergi upah buat baju melayu. Kalau jumpa yang ready made dan sesuai untuk badan dia, beli terus je kot. Tapi warna baju dia harus lebih soft sikit dari warna dress saya.
P/s: Sebenarnya, banyak benda lagi yang tak settle. Baju kahwin untuk majlis di sebelah saya nanti pun saya belum cari lagi. Warna tema memang tak ada lagi sebab bergantung pada baju yang kami pilih nanti. Ingat nak sewa je. Tak tahu masih ada ke lagi baju yang sesuai untuk kami sebab selalunya orang booking awal2. tengoklah macam mana. kalau tak ada yang sesuai, kami decide nak pakai songket je nanti. Baju songketpun cantik apa? Next week baru nak balik kampung nak cari baju untuk di sewa, ambil borang nikah dan cari homestay untuk keluarga Encik Tunang. Mintak segala urusan dipermudahkan.

Friday, March 23, 2012
Tetang Cita-Cita Asal Saya
Bila tengok TV kadang-kadang buat saya teringat tentang cita-cita asal saya sejak di bangku sekolah. Dulu, dekat sekolah cikgu suka tanya, "Bila dah besar nanti awak semua nak jadi apa?" macam-macam jawapan yang saya dan kawan-kawan bagi. nak jadi Cikgulah, doktorlah, polis la..semua ada. Semuanya perkerjaan yang kami nampak dekat mata kami. Luar dari tu, memang tak tahulah..hehehe. Dulu, bila orang suruh tulis cita-cita, saya tulis macam-macam jenis pekerjaan sebab saya sendiri tak tahu apa cita-cita saya.
Bila dah masuk sekolah menengah, baru saya tahu apa cita-cita saya sebenarnya. Saya nak jadi WARTAWAN. yup! kecenderungan minat saya adalah bercakap dan saya nak sangat jadi wartawan. Saya suka tengok wartawan yang buat liputan bermacam berita, boleh pergi ke segenap pelusuk dunia sebab nak dapatkan berita. Saya nampak macm best je kerja wartawan tu. Plus++ saya suka menulis. Tapi, saya taknak jadi wartawan surat khabar. saya nak jadi wartawan yang selalu buat liputan pasal orang asli ke, tempat-tempat menarik seluruh dunia ke....pasal environment ke, kerja-kerja yang memerlukan saya travel dan ke sana sini. Adventure....itu minat saya sebenarnya.
Tapi, bila saya cakap dekat mak saya masa saya form 3 dulu yang saya teringin nak jadi wartawan dan ambil course sastera terus mak saya cakap "Kalau jadi wartawan nanti susah nak jaga keluarga. Takut anak ke mana, suami ke mana". Dalam umur 15 tahun saya tak fikir apa-apa pasal rumahtangga. Yang saya tahu, saya nak kejar cita-cita saya. Tapi, bila mak macam tak suka saya jadi wartawan, saya terpaksa lupakan cita-cita saya. Dulu, guru kelas saya pernah cakap dekat saya, hidup saya akan berjaya kalau saya ambil aliran sastera (sebab time tu saya ambil bidang sains). Entah ar....itu cakap dia berdasarkan kecenderungan saya time sekolah. tapi berjaya atau tidak saya dalm hidup, bukan dia penentunya.
Saya lupakan cita-cita asal saya tu sebaiksaja saya masuk sekolah teknik masa form 4. Tak apalah..mungkin bukan rezeki saya untuk jadi wartawan. Lepas tu, saya hanya fokus dengan bidang yang saya ambil sekarang walaupun saya tahu, minat saya tak sepenuhnya di situ. Tapi, saya cuba untuk minat apa yang saya belajar.
Bila saya dah meningkat dewasa, saya tahu. Kalaupun bukan kerana mak saya tak kasi saya jadi wartawanpun, saya tetap tak jadi wartawan. Kenapa? Sebab Allah dah tentukan rezeki saya bukan dalam bidang tu. Saya tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Sudah ditetapkan takdir saya begini dan semuanya pasti ada hikmahnya. Syukur..walaupun saya gagal menjadi seorang wartawan..saya masih ada peluang untuk berjaya dalam kehidupan saya sekarang. Dan saya redha dan bersyukur dengan apa yang saya kecapi hari ini.
Apa yang berlaku pada masa hadapan saya tak tahu. Mungkin saya akan bertukar bidang kerja siapa tahu kan? Apapun....yang penting, jangan menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidup.

Wednesday, March 21, 2012
Rindu...
Tuesday, March 20, 2012
Komen Orang Ramai Bila Belanja kahwin Cuma RM 5522.50
Masa tengah layari FB time lunch hour tadi ada kawan saya yang share pasal perkahwinan cara islam yang kosnya cuma RM 5522.50. Seronok je bila tengok jumlah belanja tu yang tak membebankan.
Tapi rasanya, ini kenduri yang dicadangkan untuk sebelah pihak je dan majlis makannya dimasak sendiri secara bergotong royong. Mungkin sebelah lelaki tak buat kenduri kot.Saya taknak komen banyak sebab sayapun ada pendapat sendiri. Saya tertarik dengan komen2 orang tentang isu ni. Jom tengok respon diaorang yang mana sempat saya print screen.
Macam-macam respon kan? Ada yang setuju ada yang tidak. Tapi majoriti lelaki yang bagi komen semuanya nak majlis yang nilainya tidak mebebankan mereka. Bagi saya, cukuplah sebuah majlis yang sederhana, mudah , tidak memmbazir dan tidak membebankan saya, pasangan dan keluarga kedua-dua pihak. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Kehidupan selepas kahwin jauh lebih penting sebenarnya.
P/s : Hakikatnya walau bagaimanapun bentuk majlis perkahwinan zaman sekarang, yang kecil, yang sederhana, besar atau yang mewah, orang tetap juga akan mengata. So, bersabarlah sebab dunia ni takkan lepas dari orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain.
Tapi rasanya, ini kenduri yang dicadangkan untuk sebelah pihak je dan majlis makannya dimasak sendiri secara bergotong royong. Mungkin sebelah lelaki tak buat kenduri kot.Saya taknak komen banyak sebab sayapun ada pendapat sendiri. Saya tertarik dengan komen2 orang tentang isu ni. Jom tengok respon diaorang yang mana sempat saya print screen.
P/s : Hakikatnya walau bagaimanapun bentuk majlis perkahwinan zaman sekarang, yang kecil, yang sederhana, besar atau yang mewah, orang tetap juga akan mengata. So, bersabarlah sebab dunia ni takkan lepas dari orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain.
Saturday, March 17, 2012
Theme Colour Untuk Nikah
Untuk nikah, selalunya warna putih jadi pilihan kebanyakan pasangan sebab nampak suci dan segar. Sayapun suka tengok orang nikah pakai warna putih tapi tak pernah terfikirpun nak pakai baju warna putih time saya nikah nanti. Saya tak berapa suka pakai baju atau tudung warna putih. Entahlah..rasa macam tak kena je dengan saya bila pakai warna tu.
Tapi bila Encik Tunang beria-ria nak jugak pakai warna putih masa nikah, saya jadi serba salah. Dah cakap taknak pun, dia tetap nak jugak. Tapi, untuk baju nikah mestilah dapat persetujuan bersama kan? Saya taknak kecewakan Encik Tunang tapi dalam masa yang sama saya nak pakai baju yang saya suka. So, saya request dekat Encik Tunang untuk pakai baju warna light cream masa nikah nanti. Warna yang tak adalah nampak putih sangat dan tak juga nampak cream sangat. Alhamdulillah...Encik Tunang setuju. Hehehe..suka benar saya bila Encik Tunang setuju dengan cadangan saya.
So, inilah colour theme pilihan kami masa nikah nanti

Friday, March 16, 2012
Dilema. Penang atau selangor??
Hari-hari kepala otak saya memikirkan benda yang sama. Dalam kesibukan dan kepenatan melayan kerja otak saya tak berhenti berfikir. Bukan soal preparation majlis kahwin saya tapi kehidupan lepas berkahwin nanti. Sekarang, saya bekerja di kelana Jaya dan Encik Tunang di Pulau Pinang. Saya tinggal di Shah Alam dan Encik Tunang di Kulim. Bila dah kahwin isteri kenalah ikut suami kan? So, sepatutnya sayalah yang berhijrah ke Pulau Pinang. Rumah yang Encik Tunang sewa sekarang dekat kulim, kedah. Tapi dia kerja dekat penang sebab rumah sewa dekat penang harga mahal sikit lepas tu crowded. Hmm.....tapi Encik Tunang pulak cakap, biar dia yang datang Shah Alam, cari keja dekat sini. Sebab dia memang bercadang nak tukar kerja lepas kahwin. Mahu cari kerja yang lebih sesuai untuk orang berkeluarga. Kerja sekarang, tak kira masa, weekend, public holiday, tengah malam..dia akan dipanggil bekerja.Huhuhu...
Kalau ikutkan living cost dekat Shah alam ni jauh lebih tinggi berbanding duduk dekat Kulim. Harga makanan dan rumah sewa semunya mahal. Kalau sekarang Encik Tunang boleh selesa tinggal di kawasan perumahan rumah teres 3 bilik dengan bayaran sewa 300 ringgit sebulan, bila kiteorang duduk shah alam nanti, Kiteorang kena duduk rumah aprtment sbb harga rumah teres semuanya 1k ke atas. Untuk orang yang baru bekerja dan baru berkahwin macam kami ni, duduk apartment lebih baik. Itupun maybe di luar kawasan shah alam. Sebab dekat shah alam, apartment 3 bilik di tingkat 5 pun dah dekat 600 harganya. Yang tingkat bawah lagilah mahal kan? hmm...
Bukan saya taknak berhijrah ke penang. Nak sangat....sebab lagi dekat dengan kampung halaman saya. Boleh jenguk mak ayah saya selalu. Tapi sampai sekarang saya tak jumpa kerja yang sesuai dengan bidang kerja saya. Saya pulak tak tahu company tu macam mana. kalau company saya sekarang, macam 'family' care company. Apa2 benda berkaitan family kita nak cuti atau nak El senang. Kebajikan pekerja dijaga. dan paling penting, saya mahu kerja yang saya boleh balik awal macam isteri2 lain, mahu ada masa untuk keluarga sendiri..huhuhu. Bagi saya, Keluarga yang paling penting dari segalanya....
Kerja dekat KL-selangor ni memang banyak tapi nak cari yang bersesuaian bukan mudah. Macam tu jugak dekat penang. Memangla orang cakap jangan memilih kerja. Tapi, kalau tak pilih, takut nanti rasa sedih dan kecewa je datang kerja. Produktiviti kerja lansung tak ada. last2 berhenti juga. Saya taknak macam tu. Huhu..pening2. Sebolehnya, lepas kahwin, saya mahu tinggal bersama suami saya. Cukuplah selama tempoh bercinta dan bertunang kami berjauhan. hampir 5 tahun berhubungan, tak pernah sekalipun kami tinggal dekat. Jumpapun jarang. Setelah halal di sisi agama, saya mahu berada di samping suami saya. Saya rela tukar profesion kerja saya sekarang kalau saya tak dapat kerja yang sama bidang saya dekat sana dan Encik Tunang pun tak dapat kerja dekat sini..huhu..
Berhenti kerja? Tak boleh. Nanti siapa nak bayar kereta saya? Siapa yang nak bantu family saya waktu mereka susah? Susah...saya kena terus bekerja. Encik Tunangpun tak galakkan saya berhenti kerja. Dia nak saya bekerja macam sekarang. Yalah, takkanlah dia pulak yang nak bayar ansuran kereta saya, hutang PTPTN saya, bagi duit untuk family saya? Diapun ada tanggungjawab dekat family dia jugakkan? Dan sebolehnya saya taknak membebankan bakal suami saya kelak melainkan kalau dia memang berkemampuan.
penang tau selangor? Saya tak kisah mana-mana. Saya ikutkan saja keputusan Encik Tunang nanti. Mungkin akan duduk jauh sekejap sehingga saya atau dia dapat kerja lain. Tapi ikutkan hati saya ni, dah tak kisah dah kerja apa2 pun asalkan dekat dengan dia.
Entahlah...saya berserah pada Allah. Dimana ada rezeki untuk kami, kami akan pergi..
Ya Allah...mudah-mudahan ada peluang untuk kami tinggal bersama selepas berkahwin kelak..
Doakan kami ya!

Tuesday, March 13, 2012
Boleh follow e-novel saya Di Blog Baru ni
Wah! pantas dan tuntas! setelah mendapat komen dari kawan sendiri dan juga kawan blog, dengan pantasnya saya dah berjaya create blog untuk karya-karya saya. So, pada pengikut e-novel saya, korang boleh follow saya di blog baru ni. Tapi, buat masa ni saya belum kemas kini lagi blog tu. Tak sempat lagi nak organize dan pindah semua e-novel saya dekat situ. Bagi pembaca e-novel yang tak kisah membaca personal blog saya, boleh je nak follow blog ni lagi kalau korang suka. Saya pun lagi suka sebab saya tahu beberapa pembaca setia e-novel saya rajin jugak baca cerita2 personal yang lain dan komen. terima kasih banyak2 . hargai sangat setiap kunjungan dan komen. Cuma, kesian dekat yang datang sini just baca e-novel jelah sebab diaorang nak baca novel, bukan nak baca cerita peribadi si pembuat novel yang tak siap-siap ni! hahaha....teruknya saya sebab buat korang tertunggu-tunggu.Huhu..minta maaf sangat-sangat saya busy sangat sekarang. tak sempat nak berangan untuk novel CSb tu. tapi novel KCI progressnya mcam biasa. Buat masa ni, novel KCI tu keutamaan saya. Bila dah asingkan dekat blog lagi satu untuk karya saya, saya rasa ianya lebih kemas, tersusun dan tak adalah berserabut sangat blog personal saya ni.
Ok..boleh follow blog ni kalau nak baca karya saya tetapi weekend ni baru saya akan update pasal e-novel!
Ini blog baru saya http://fatinfarehah.blogspot.com/

Cukuplah Satu je Kot? Entahlah..
Masih berfikir samaada nak buka satu lagi blog baru atau tak. Blog yang khusus untuk e-novel saya je tanpa perlu campur aduk dengan personal blog. Awalnya saya buat blog Menjaring Impian nipun memang untuk personal blog. Bukan untuk e-novel. Tapi bila saja2 tulis, tak tahu pulak ramai gak orang yang nak baca e-novel saya. Ramai jugak yang rajin melawat ke sini. Terima kasih ya!
Saya rasa malu jugak sebenarnya bila pembaca e-novel saya tahu personal life saya. Segan..sebab saya tahu mereka ke sini bukan untuk membaca kisah2 peribadi saya tetapi e-novel saya yang jarang update tu.Huhu…Macam mana ye? Patut ke saya asingkan?
Kalau asingkan, saya tak tahu saya boleh manage atau tak. Saya dah buka FB lain yg khusus untuk penulisan je. Itupun saya tak aktif sangat. Bukapun jarang-jarang. Susah nak manage banyak email dan FB. Saya suka ada satu je….Nanti kalau buka blog baru, mesti saya akan jarang buka juga…huhuhu….tapi dalam masa yang sama saya nak rasa bebas menulis apa saja yang saya suka sebab memang hobi saya dari kecik2 suka menzahirkan perasaan saya melalui penulisan. Tidak terhad pada novel je.
Kawan-kawan sendiripun saya try sorokkan blog ni. Mana yang tahu, tahulah..saya malu bila diaorang tahu minat saya yang suka tulis novel. Segan. Walaupun saya jenis banyak cakap, ramah tak bertempat tapi ada benda yang saya tak nak orang tahu. Macam minat menulis novel saya ni. Tambah2 kawan sendiri. Rasa malu je. Tapi dengan orang yang saya tak kenal, tak pernah berjumpa, saya tak segan pulak nak menulis. Aisey..kenapa saya ada perasaan macam ni ye?
Blog personal saya ni memang layak dipanggil “rojak”. Semua benda saya nak kumpul dekat sini. Macam semak je kan?hehehe..entahlah..masih berfikir nak asingkan atau tak. Patutke saya buka blog baru?
Monday, March 12, 2012
Manusia Semakin kejam! Al-Fatihah Untuk Arwah Adik Nurul Nadirah
Sedih....menitis air mata saya bila baca berita petang tadi yang Polis sahkan rangka yang ditemui dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit adalah milik adik Nurul nadirah yang dilaporkan hilang sejak 1 march lalu. berhari-hari saya mengikuti perkembangan kes adik kecil ini, berharap dia dapat ditemui dalam keadaan selamat. Namun, hanya rangka yang ditemui. Astagfirullahhalazim...betapa kejam dan zalimnya manusia akhir zaman ini. tergamak membunuh kanak-kanak kecil yang tidak berdosa dengan kejam. Apa salah dia? Apa dosa dia? Dia hanya anak kecil berusia 5 tahun yang tak tahu apa-apa! sampai hati orang buat dia macam ni. Tergamak dia diseksa sekejam ini! Memang manusia berhati iblis! Hukuman dunia mungkin si pembunuh ni boleh terlepas, tapi di akhirat nanti, dia takkan terlepas! al-fatihah untuk Arwah adik Nurul Nadirah. Syurga tempatmu adik...Semoga keluarganya diberi ketabahan untuk menempuhi ujian ini.....Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua. penjenayah dan penculik ada dimana-mana. Manusia sekarang makin kejam. Bunuh orang dah jadi perkara biasa. Nauzubillah! Minta kita semua dijauhkan dari mereka2 yang zalim
Thursday, March 8, 2012
Terowong2 Indah Di seluruh Dunia
Tuesday, March 6, 2012
Kasut Idaman on My Wedding Day
Dalam banyak-banyak part dalam berpakaian, kasutlah yang paling saya kurang concern sangat. Selagi tak tercabut, tertanggal atau erti kata lain rosak, saya akan pakai je kasut tu. Bila dah rosak baru beli lain. Hehehe..Selalunya saya cuma ada sepasang je sandal untuk dipakai pergi kelas. Bila keja ni je barulah ada 2 pasang. Tupun bila mak bising2 saya asyik pakai kasut yang sama. Kesian dekat kasut katanya. Huhuhu…Kalau nak pergi jalanpun, saya cuma ada satu sandal. Paling selesa sandal yang buat dari getah tu. Yang itu seronok guna gi jalan2 atau shopping moping. Sudahlah murah, tahan lama pulak tu. Kalau gi keja, suka yang lembut yang designnya banyak jenis orang tua2..hahaha..sebab itu je yang saya rasa selesa dekat kaki. macam yang kasut bata comfit tu memang feveret sayalah. Dia taklah cantik mana, simple tapi sangat selesa ok! Rasa soft dan ringan je bila jalan. Sesuai sangat untuk saya yang jenis berjalan tak ada sopan santun, laju sampai tak tengok kiri kanan. Siapa yang pernah berjalan dengan saya pasti tahu kehebatan saya ni (hebatlah sangat!) hehehehe..
| Yang comfort begini memang selesa walau look like old fashion..huhuhu.. |
On My wedding day nanti, citarasa saya pada kasut masih sama macam kasut yang saya pakai sekarang. nak yang SELESA, rasa stable, mudah dipakai, tak buat lutut atau kaki saya sakit, yang buat langkah saya lancar tanpa perlu control2, yang buat saya mudah bergerak ke sana-sini, dan yang buat saya senang nak berjalan, berlari, melompat......(aik?) hehehe..agak-agak dekat manalah ada jual kasut yang macam tu? Kalau boleh, nakla cantik sikit dari kasut yang saya pakai di hari biasa. Namapun wedding day kan? Ikutkan hati, mahu saja belasah pakai selipar ja sbb itu dah tentu sekali selesa. Tak adalah nak terpelecok bagai kan? Kan?
| Untuk wedding, Seliparnya harus comel begini..hehehe. Boleh kan?? |
Honestly, saya tak nak pakai high heel time wedding saya nanti. Saya tak suka pakai kasut macam tu untuk jangka masa yang lama. Saya akan rasa kaki saya sakit, kebas dan tak selesa untuk berjalan. High heel jugak buat saya rasa tak stabil bila berdiri dan rasa mahu jatuh dan terpelecok.Huhu.. Satu lagi yang jenis kasut muncung sgt dekat depan macam style sekarang ni. Tupun xsuka jugak sebab jari kaki saya jenis yang kembang. Bila pakai yang jenis muncung tu jadi sakit. Rasa jari jemari dicekik2..hahaha.. saya lebih suka memilih kasut style wedges yang bagi saya lebih stabil dan selesa. Hehehe….Takpun, short heel je. Tapi nak yang comfort jugak. Selesa tu penting. Kalau tak cantik macam kasut wedding orang lain xpe. Janji saya selesa. Hehehe..ye tak? Okeh..kalau boleh saya nak cari kasut kawen macam dekat bawah ni
![]() |
| Cantik! |
![]() |
| Simple sangat tapi nampak macam selesa. Tak berapa sesuai untuk wedding kot |
![]() |
| Nampak elegance sikit. |
![]() |
| Suka jugak yang macam ni. Cuma kalau boleh heel dia rendah sedikit supaya boleh sama tinggi dengan Encik Tunang.hehehe.. |
![]() |
| Lebih cantik kalau wedges diapun sama warna macam kasut |
Kalau boleh, wedges tu xnaklah tingggi sangat sebab Encik Tunang dah pesan, nanti jangan bagi nampak tinggi dari dia. Tinggi sayapun dah 160 cm. Dia tinggi sikit je dari saya. Masih mencari..Tak jumpa lagi kasut yang berkenan di hati dan selesa dipakai. Huhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)