Monday, September 16, 2019
7 years Wedding Anniversary
Sunday, March 24, 2019
Jauh Tapi Dekat
Tadi tengah syok melayan drama dekat Tv, pengambaran drama tu buat dekat tepi pantai. Masha Allah..cantik sangat. Resort dia kemain lawa lagi. Tenang je rasa. Rasa lamanya tak bercuti dekat Resort cantik tepi laut ni. Terus mood nak bercuti datang. Hahaha....Syok jugak kalau dapat lari sekejap dari rutin yang sama setiap hari, pergi bercuti tenangkan fikiran. Tak payah pergi jauh-jauh, dekat pun ok, asalkan dapat spend time sama-sama. Lagipun husband saya bukannya boleh cuti lama sangat. Setakat sehari dua tu In sha Allah bos dia bagi jer. Masa tu jugakla terus gatal tangan search dekat MR Google sana, try taip cheap hotel booking. Nampak tak, bila plan last minute memang kena cari yang harga murah-murah la. Maka, bermula la misi "holiday di tempat dekat". hehe..
Sambil2 dok usha tempat masyuk lagi best tu kan, tetiba dapat idea untuk jalan-jalan dekat Port Dickson. Yala, PD ni lokasi tepi pantai, banyak resort cantik, lepas tu paling penting dekat je dengan Shah Alam. Tak yah ambik masa berjam-jam nak travel. Senang nak travel dengan anak kecik. Sebab jarak perjalanan yang singkat. Yeah!!! lagipun Port Dickson ada semua benda yang saya cari. Ada laut, banyak tempat menarik, makanan sedap, eh..macam-macam la lagi. Sesuai sangatla untuk short vacation dengan family.Hihi...Maka terusla search dalam website tu resort yang best dekat PD.
![]() |
| Bilik dia..memang wow sangat! |
![]() |
| pandangan dari atas. Bentuk Bunga raya. cantik kan? |
![]() |
| private pool pun mengadap laut. memang view cantik sangat! |
Itula, kalau cakap pasal bercuti ni memang tak pernah habis. Antara benda best yang semua orang suka. Betul tak? Yela penat-penat kerja cari duit setiap bulan mestila nak reward diri sendiri dengan bercuti kan? Saya dari zaman bujang sampai anak dua ni memang wajib gi beecuti setahun 3-4 kali at least sebab reward diri sendiri lepas penat bekerja . Hihi....
Okla korang, nak sambung berangan semula. Hihi...Hingga jumpa lagi !
Friday, January 18, 2019
Happy New Year 2019!
Entri pertama untuk tahun 2019. Fuh..makin berusia dah blog ni. Tahun ni masuk tahun ke-9. Kalau budak, dah masuk darjah 3 dah pun! Hihi...rindunya dekat blog. Rindu nak menulis. Rindu nak blogwalking. Tapi zaman berubah, blogger-blogger yang dalam list pun kebanyakan dah tak aktif menulis di blog. Ada yang dah deactivate blog. Ada yang dah bertukar ke instagram.
Saya? Walaupun makin sendu menulis tapi adala beberapa bulan sekali datang menulis dekat sini. Ikutkan dalam kepala ni banyak je idea nak menulis tapi entahla. Mungkin malas dan busy dengan life sendiri. Tetapi tiap kali tengok statistik kemasukan readers dekat blog, senyumla juga. Yela..at least tahu masih ada orang yang baca entri-entri saya dekat blog walaupun dah lama. Mana entri yang bermanfaat untuk orang lain tu, Alhamdulillah. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu orang lain yang tengah dapatkan info berkaitan sesuatu perkara.
Tahun 2019 ni saya pun macam orang lain juga. Ada azam baru, ada wishlist, ada target. Ada macam-macam perkara yang dah plan. Happy New year everyone! Semoga perjalanan & impian kita tahun ni dipermudahkan-Nya. Amin...
Sunday, September 9, 2018
Setelah 2 Tahun jadi Suri rumah. Mudah ke?
Mudah ke jadi housewife?
Honestly tak mudah. Setiap pekerjaan di dunia ni tak ada yang mudah pun. Semua ada cabaran masing-masing. Tambah bila jadi housewife yang work from home ni, lagila. Mana nak uruskan rumahtangga, urus anak-anak, manage bisnes online. Rasa challenging sangat-sangat. Kadang saya rasa kerja dekat pejabat dulu lagi senang compare jadi housewife ni. Betul. Paling susah bab pengurusan masa. Kadang kita plan dah cantik je semua benda nak buat, tiba hari kejadian, semuanya tak menjadi. Mood anak memang penentu jadual kerja kita setiap hari. Hihi....so kena make sure mood & sikap anak dalam keadaan baik & terkawal.
Masa jadi housewife dengan anak sorang (last year) keadaan lebih terkawal. Sebab Fayyadh pun dah 3 tahun masa tu. Jenis yang behave & boleh bawak je ke mana-mana. Sayapun takdela bosan sangat asyik duduk dekat rumah jer. Selalu jugak keluar dengan Fayyadh. Bila masuk fasa mengandung second baby keadaan dah berubah sikit. Pregnancy sickness teruk sikit masa ni. Tapi masih ok. Bila lahirnya second baby keadaan jadi sangat-sangat mencabar. Saya alami postpartum depression lepas kelahiran anak kedua ni. Sungguh sangat memeritkan. Ambik masa 8 bulan juga untuk fully recover. Pasal ni In sha Allah saya akan kongsi di lain entri. Memang depression ni "sakit emosi" yang tak terluah dengan kata-kata. Hanya yang pernah alami je faham situasi saya masa tu.
"Kelam kabut" tu dah perkara biasa bila jadi housewife dengan 2 anak kecik ni. Haha....kadang macam tak perasan jer cepatnya waktu berjalan. Pukul 8-5 petang tu macam tak rasa apa. Bangun pagi, siapkan anak pergi Tadika. Hantar dia. Balik uruskan si adik nak menyusu, nak mengempeng, bagi dia tidur. kemas rumah, basuh kain baju. sidai. Lepas tu kalau ada masa buat kerja-kerja bisnes online, layan whatsapp customer semua. Anak bangun, menyusu, mandikan dia. Bagi makan. lepas tu masak untuk makan tengahri. Ambil anak balik tadika. Bagi dia makan. Spend time main dengan anak-anak. Layan diorang. Biasa petang adik akan tidur. Abang kalau penat sangat baru tidur. Selalu dia main, buat homework (kalau ada) atau tengok Tv. Petang buat kerja bisnes, layan whatsapp/ order customer. lepas tu bawa anak-anak keluar main/ jalan-jalan dekat taman. Sebenarnya, kalau tengok rutin nampak macam mudah je jadi housewife. kerja senang. Tapi percayalah, jadual dekat atas ni banyak berubah hari-hari. Ada hari, apa kerja pun tak dapat buat. Masak pun campak-campak asal kenyang perut. Anak kedua saya perangainya macam anak first jugak masa baby, jenis kuat menangis, tak boleh nak berengang. Mama jauh sikit nangis. melekap macam koala bear. Selalu sangat masak or mandi sambil dia menangis. Huhu...so memang selalulah tak dapat buat apa kerjapun. Jangankan nak makan, nak ke toilet or mandi pun tak sempat. Dengan kita rasa nak nangis sama. haha..struggle sangat-sangat ok!
![]() |
Ok, stop pasal "kelam kabut", cerita bab diri sendiri pula. Boring tak jadi housewife ni?
Mula-mula dulu memang ada jugak rasa "boring" or "lonely" sebab rasa takde kawan. Hari-hari kawan saya dekat rumah anak & husband jer. Jauh beza masa kerja dulu kita ada kawan kerja. Bolehla bersosial dalam dunia realiti. Tapi bila dah berhenti ni memang family jerla kawan kita. Memang mula-mula rasa sunyi jugak sebab saya ni dahlah jenis suka bercakap, ramah-tamah. Tapi Alhamdulillah..bila fikir sudut positifnya, bila kurang bercakap, kurangla sikit buat dosa bergossip. Hihi....Even teman dalam media social pun tak ramai. Saya tak banyak whatsapp group. selain group family, jiran tetangga ( lebih kepada hal kejiranan / order makanan), group tentang pengisian rohani , just ada group kawan baik saya saja ( ada 3 org jer ahli group. hihi..). Tapi mujurla saya ada jiran-jiran yang baik-baik, dan ada jugak yang jadi housewife. So, petang-petang kalau bawa anak pergi taman main, dapatla berborak hal mak-mak sikit. Hihi...
Paling best, setiap hari saya & anak memang tertunggu-tunggu bila la husband nak balik kerja. Ha..dia punya excited tunggu suami balik tu semacam jer tau. Masa time kerja dulu takdela excited tunggu macam tu, Maybe sebab rasa "yeay! kawan borak dah balik!". Haha...Lama kelamaan saya dah boleh adapt situasi baru. Dah ok dah. Hihi.. selalu weekend memang family time la. Kiteorang akan keluar jalan. Kalau tak boleh tepu jugak kepala kalau asyik duk dalam rumah je. Hihi..
Housework / kerja Rumah
Pandangan orang luar, rumah yang si isterinya jadi housewife ni mestilah teratur, kemas, cantik & bersih. Memang mentality orang tak boleh ubah. Namapun housewife kan, so expectation orang memang tinggi. Duduk rumah hari-hari haruslah tahap kekemasan & kebersihan rumah gred A ++ kan? lepas tu dapat masak yang best-best dan sedap hari-hari.
Hakikatnya, tak macam tu pun. Housewife yang belum ada anak atau anak dah besar maybe la. Tapi kalau ada anak kecil yang sedang membesar untuk diberi perhatian ni, percayala kadang nak buat apa pun tak sempat. Alhamdulillah...anak saya yang first bukan jenis suka menyemak rumah. Dia main pun dekat kawasan dia je. Tahan mata la kalau dia tengah main barang tak berkemas. memang ruang dia main dekat living room pun. Tapi, lepas main dia akan simpan balik mainan. Makan pun takdela merata-rata dia sepahkan. Dan bukan suka sepah-sepah kain atau barang rumah. Yang si adik belum tahu. Tapi hopefully samala macam si abang.
Bab kerja rumah, basuh kain baju, menyapu, vacuum, mop lantai semua memang terkawal before saya bersalin anak kedua dulu. Sayapun bukan jenis suka tengok rumah sepah-sepah dan tak berkemas. Tak pandai deco takpe, janji rumah kemas dan bersih. Sebab hari-hari duk rumah so memang nak suasana rumah yang sedap mata memandang. Tapi lepas bersalin keadaan berubah 360 darjah. Huhu...so ada kerja yang saya terpaksa pejam mata je hold dulu buat macam lipat kain baju semua. Sedangkan nak cari masa untuk diri sendiri rehat dan makan pun susah, apatah lagi nak settlekan kerja-kerja rumah yang tergendala. Mujurlah husband jenis faham dan banyak tolong buat kerja rumah. Tahu macam mana struggle nya saya nak handle anak kategori "high needs baby" ni masa dia tak ada. So bagi saya, even jadi housewife pun tak semestinya semua benda kita kena handle sorang-sorang. peranan suami sangat penting. Suami kena ringan tulang bantu isteri juga. Jangan fikir duduk rumah ni takde kerja nak buat. kerja tak pernah habis. Saya pulak tak suka stress kan kepala dengan kerja rumah, take it easy. Kalau sempat buat masa tu. Tak sempat hold dulu. Fokus pada apa yang patut jadi priority kita masa tu. Contohnya, anak dulu.
Kewangan / Family Financial
Saya berhenti kerja dulu dengan ada komitmen yang belum habis dibayar. Macam kereta & ptptn. Nak suruh husband bayar dia sendiri pun dah tanggung semua kewangan family. Kereta dia pn tak habis bayar lagi. So, nak tak nak memang saya kena usaha untuk bayar sendiri komitmen saya. Ada orang cakap ptptn tak yah bayar pun takpe. Tapi bagi saya hutang tetap hutang. Kena jugak bayar. So, saya buatla bisnes online dari rumah sebab nak cari duit sendiri. Memang fokus bisnes online je. Alhamdulillah..dengan rezeki dalam bisnes kecik-kecik ni dapatla saya bayar semua komitmen bulanan, berbelanja dan buat simpanan sikit untuk saya dan anak-anak. Life kami lepas saya berhenti ni cukup makan pakai. Kaya dan mewah tu tak la. Tapi Alhamdulillah cukup semuanya. Kami dapat manage kewangan keluarga dengan baik. Kalau dulu sebelum berhenti kerja risau jugak. Cukup ke nak belanja semua. Nak bayar hutang apa. Dah biasa 2 orang kerja tetap kan. Sekarang dah lalui sendiri dah hilang dah rasa risau tu. Kena Yakin rezeki Allah bagi. Tawakal sepenuhnya pada Allah. Selain tu, kena pandai manage kewangan jugak. Tambah bila buat bisnes ni pendapatan bulanan kita tak tetap. Time untung banyak tu kena beringat sama untuk saving lebih. Tak boleh asyik nak joli jer...hihi..
Last year saya dapat manage hal bisnes dengan baik. Lepas bersalin struggle sikitla nak handle sebab kena fokus lebih dekat baby. Tapi still ok. In sha Allah next year baby dah besar sikit so harap dapat back to the track. Dapat lebih fokus untuk semua perancangan bisnes saya yang tertangguh.
Pernah tak plan nak kerja balik?
Tipula tak pernah. Masa tengah alami "postpartum depression" dulu memang rasa nak sangat kerja balik. Bukan sebab tak cukup duit. Cukup. Cuma rasa masa kerja dulu takla stress sangat. Lagipun saya berhenti bukan sebab tak suka kerja. Resign sebab nak jaga Fayyadh yang selalu tak sihat dulu. Konflik dalaman kan. Tapi mulut je cakap nak kerja balik tapi tak pernah pun apply kerja, hantar resume semua. Walaupun dulu saya cakap saya nak berhenti kerja sementara je, tapi jujur saya tak ready lagi nak kerja balik lepas 2 tahun berhenti ni. Still tak yakin nak bagi orang jaga anak sepenuhnya bila saya kena keluar kerja. Rasa fobia, risau tu still ada. Tapi lepas saya fully recover dengan postpartum depression memang rasa taknak kerja dah. Ada dapat tawaran kerja, tapi saya terpaksa tolak. Sebab hati saya lebih happy & bahagia duduk rumah jaga anak-anak & fokus pada rumahtangga. Enjoy buat bisnes kecik-kecik. Saya rasa "time freedom" sangat bila kerja dari rumah ni. Kita boleh manage kerja ikut masa kita. Nak cuti ke nak balik kampung atau nak pergi mana anytime je boleh. Husband outstation pun boleh ikut je. Dia pun lagi happy saya duduk rumah compare masa kerja dulu. Hihi ....
Sebenarnya, bahagia tu datang kalau kita redha dengan apa kita pilih dan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Jadi housewife pun banyak cabaran yang datang. Bukan sikit. Tapi bila redha dengan kehidupan sekarang, saya bahagia. Tak pernah pun rasa down sebab dah takde kerjaya, belajar tinggi tapi last duduk rumah. Hihi...at least saya dah menyumbang bakti pada masyarakat selama 6 tahun. So no regrets. Ada jugakla jasa saya dalam mereka struktur bangunan yang disumbangkan pada bangunan -bangunan yang telah siap di bina. Saya dah happy dah tengok hasil kerja saya dulu.
Sekarang, masa saya fokus lebih pada keperluan anak-anak dan suami. Saya tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Maybe saya akan kerja makan gaji semula bila keadaan mendesak. Susah nak cakap. Kita tak tahu apa akan jadi in future kan? Cuma perancangan sekarang ni memang nak fokus jadi suri rumah yang work from home (WAHM) saja dulu 😊.
Wednesday, August 22, 2018
Pengalaman bersalin Anak Kedua
Syukur Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan anak ke-2 pada 30 November 2017. Tepat2 masa 39 weeks baby keluar. Hihi...So dekat sini saya nak share pengalaman saya. Mana tau boleh jadi panduan bakal-bakal ibu di luar sana. Lagipun saya suka menulis dekat blog pengalaman bersalin ni, nanti bila rindu moment melahirkan anak, boleh baca balik 😊.
Masuk je 37 weeks sayapun macam orang lain, berdebar-debar tunggu bila la baby nak keluar. Sepanjang masa duk menunggu. Excited macam nak bersalin anak first. Hihi..Sebab gap 3 tahun++ dengan anak first, so memang kelahiran anak kedua ni sangatlah di tunggu-tungu kami. Satu lagi sebab rasa letih dan penat sangat bawak perut kali ni. Jalan pun kalah penguin dah. Hihi...sebab tu tak sabar nak tunggu baby keluar.
Ikutkan masa saya masuk 38 weeks saya dah kerap sakit. Ada jugak rasa macam mild contraction tapi rupanya "braxton Hicks" jer. Lepas tu dari 36 weeeks kerap sangatla nak buang air kecil & cirit birit. Sampai cakap dekat husband macam nak duduk tepi toilet je. Huhu...Tak larat sangat dah nak ulang alik. Malam pun sampai berapa kali bangun asyik nak ke toilet. Orang cakap dah nak dekat hari memang macam tu. Beza sangat compare masa mengandung anak first. Hujung -hujung pregnancy masih bertenaga & aktif. Yang kedua ni, badan letih dan lemau memanjang. Mujurla dah tak kerja. So dapatla rehat dekat rumah.
28. 11.2017 (Selasa)
Baby kerap mengeras. Macam contraction tapi bukan. Sebab tak tetap. Lepas tu baby kurang gerak. Kiraan cukup 10 kali pun bila dah dekat malam. Tak macam selalu. Selalu jam 5.30 petang dah cukup 10 kali gerak. Risau sangat, malam tu terus ajak husband gi hospital. Saya pergi Hospital Salam shah alam sebab memang dah booking bersalin situ. Sampai hospital, nurse buat ctg tengok contraction ada sikit je. Sekali tapi slow. Lepas tu awal2 jantung baby slow sikit (maybe tidur), lepas ubah2 posisi tengok ok dah jantung baby. Nurse check bukaan jugak masa ni sebab dah dekat2 hari kan. Takut kalau dah ada bukaan. Masa ni check dah buka 3 cm! Memang terkejut sebab tak rasa pun sakit atau ada contraction. Buat ctg pun sama. Takde contraction jugak. Cuma maybe kurang gerak saja.
Kepala baby pun dah engaged. Sebelum ni, sampai la minggu ke-38 checkup, kepala baby tak masuk laluan pun. Tu satu hal yang merisaukan saya. Tapi sebab doktor cakap kadang memang ada baby yang dekat nak bersalin baru kepala masuk laluan so saya pun cubala sedapkan hati. Tapi hari ni Alhamdulillah..kepala dah masuk laluan.
Disebabkan saya tak sakit & contraction pun takde sangat saya minta balik. Rumah tak jauh dari hospital memang diorang lepas bagi balik. Kalau rumah jauh dan dah ada contraction memang tak dapat la balik. Huhu...
29. 11.2017 (Rabu)
Hari ni memang otak fikir nak bagi mudah bersalin. Tak nak sakit lama-lama. Tak nak duduk dalam labor room lama-lama. Tak nak berjahit banyak. Nak baby keluar smooth je dan selamat semuanya. Servik pun dah buka 3 cm so memang aktifkan diri je hari tu supaya lebih banyak bukaan & mudah bersalin. Nampak tak betapa tak sabarnya saya nak bersalin walaupun nervous kemain lagi? Hihi....
Masa ni gigihla cuci dua-dua toilet dekat rumah. Rasa seminggu ni dah 3x cuci toilet sampai berkilat kemain lagi. Mengemas rumah pun rajin kemain. Lepas tu menari labor dance pulak. Sebab servik dah buka, so bolehla try. Boleh search dekat youtube ada banyak exercise / dance untuk cepatkan bukaan ( Make sure nak try dapatkan nasihat doktor dulu). Kemain lagi menari dengan Fayyadh. Masa nila nak spend time lebih sikit dengan Fayyadh sebab lepas ni mama kena berpantang & banyak kena bagi perhatian dekat adik.
Lepas tu saya minum raspberry tea 3x hari tu. Selalu 2x sehari je untuk lembutkan servik. Boleh google kebaikan teh ni untuk ibu mengandung. Saya start minum bila dah masuk 36 weeks.
Tapi, sampai malam tak pulak rasa sakit ke apa. Contraction pun takde. Hihi..memang baby taknak keluar lagi.
30. 11.2017 (Khamis)
Bangun pagi pergi toilet, nak kencing perasan ada darah coklat sikit. Ok..dah ada tanda. Rasa mesti tak lama baby nak keluar. Pukul 9 pagi baby dah mula asyik mengeras aje. Tapi tak sakit. Kira jugak selang masa sebab takut contraction. Tapi bukan. Cuma asyik mengeras je sampai rasa tak selesa nak buat apapun. Duduk pun tak ok. bangun pun tak ok. memang tak selesa sangat-sangat.Huhu.. pukul 11 pagi terus call husband cakap dah rasa macam nak dekat je bersalin. Baby asyik mengeras macam time Fayyadh dulu jer. Beg baju memang dah lama letak dalam kereta. Senang kalau apa2 tak yah nak kelam kabut dah.
Dalam pukul 12 tengahri tu husband sampai rumah. Masa ni tak rasa sakit. Just tak selesa je. Husband mandi bersiap apa dulu baru keluar. Ajak husband keluar gi makan dulu sebab lapar. Masa Fayyadh dulu tak sempat nak makan, so memang lapar sangat masa nak bersalin. Takde tenaga nak meneran. Dapat makan kurma je masa tu. So kali ni memang nak menikmati makanan puas-puas dulu sebelum bersalin. Kumpul tenaga untuk push nanti.
Lepas makan tengahari singgah solat apa dulu baru pergi hospital. Sebenarnya, nak pergi hospital pun tak tahu nak cakap apa dekat doktor. Sebab tak sakit. Contraction pun main2 macam braxton hicks je. Kejap ada kejap hilang lama. Cuma perut mengeras lain macam. Bila start perut mengeras lain macam ni memang risau. Sebab anak first dulu macam ni la. Mengeras je. Sekali check dah buka 4cm. Mana tak risau sebab dah ada pengalaman kan.
Sampai hospital. Procedure biasa. Kena buat ctg & check bukaan. Ctg tengok contraction memang sikit sangat. Banyak Mendatar je. Tapi bila check bukaan dah 3.5 cm. Nak ke 4 cm. So kenala tahan untuk bersalin hari tu. Paling tak best bila takde contraction tapi bukaan dah almost 4cm ni kena drip ubat untuk cepatkan bukaan & bagi ada contraction. Huhu...sedih. sebab tau kalau kena drip mesti sakit sangat. Dah rasa masa ank first dulu. Sedih jugak sebab nak bersalin Dr siti mariam takde masa ni. Tengah cuti. So, dr lain yang kena ganti. Dr Azwa. So far dr Azwa pun ok. Baik sangat.
Satu lagi yang sedih bersalin kali ni husband tak dapat nak teman sebab kena jaga Fayyadh. So, saya kena berjuang sorang2 dalam labor room tu. Tapi bab ni saya awal2 lagi dah redha dan positive. Selagi diorang ada dekat dengan saya, walaupun dekat luar bilik In sha Allah saya kuat. Masuk dalam LR dalam pukul 3.30 petang. Bosan ya amat sebab tak rasa sakit pun. Dalam hati fikir bila la nak bersalin kalau macam ni. Rasa maybe tengah malam nanti😅. Masa ni diorang pasang ctg dekat perut. Tangan pun dah kena drip. Sempatla dalam labor room baca surah yassin.
Pukul 4 petang doktor masuk. Disebabkan doktor ni doktor ganti dan saya tak pernah checkup dengan dia so dia sempatla review balik checkup saya dengan Dr Siti. Review jugak report masa bersalin anak first dulu. Dulu kena vacuum sebab outlet peranakan kecik, baby besar. Memang koyak sampai ke pangkal rahim. Huhu... Memang dr cakap kalau push naturally pun baby tak kan keluar. Kena jugak vacuum. So kali ni still rasa takut. Trauma 3 tahun lepas still ada. Tapi dr ni positive sangat dan bagi semangat. In sha Allah boleh bersalin normal. Kena yakin dan banyak berdoa. Dr keluar lepas tu so tinggal la saya dengan midwife.
Dalam pukul 4 lebih still tak rasa sakit. Boleh lagi sembang-sembang dengan husband & bff dekat whatsapp. Sembang dengan midwife jugak. Yang kelakarnya, sepanjang dekat labor room, 3x tau nak terkucil. Hahaha...maybe sebab aircond sejuk. Lepas tu baby pun dah menolak ke bawah. Before ni pun memang selalu ulang alik gi toilet masa dekat rumah. Ni dalam LR pun keja nak terkucil. Kihkih....nurse bagi bekas je so kencing la dalam tu. Hahaha..sebab memang dah tak boleh gi toilet masa ni.
Pukul 5.00 petang doktor masuk. Doktor check ctg memang contraction sikit sangat. Check bukaan pun baru 4cm. So doktor pecahkan air ketuban. Lepas pecah je air ketuban rasa sikit-sikit dah contraction. Tapi tak kuat sangat. So saya baring mengiring. Masa ni memang apply la teknik pernafasan tiap kali contraction datang sambil Zikir. Bersalin kali ni saya lebih rileks dan bertenang masa layan contraction.
Makin lama makin kuat rasa contraction. Bila dah sampai tahap gigil- gigil badan, memang teknik penafasan dah mula tak teratur. Sakit sangat sebab contraction dah rasa sangat cepat & makin kuat.
Allahu...mengigil tahan sakit. Bila nampak ctg makin tinggi terus nurse check bukaan, dah 8cm!! Kelam kabut nurse jerit suruh call doktor & prepare alat untuk bersalin. Nurse cakap cepat sangat bukaan dalam masa beberapa minit memang diorang pun tak jangka. Sebab awal tadi contraction takde lansung. Huhu... Bila bukaan dah 10 cm midwife suruh teran bila sakit datang. Dia dah standby sementara doktor sampai. Tapi mujurla doktor sampai tepat pada masanya. Doktor dah siap on the way balik rumah kot. Sebab ingat malam nanti baru bersalin. Mujur rumah dekat je so sempatla dia patah balik.
Masa time bukaan 10cm ni memang tak ingat apa dah nak teran sebab sakit sangat. 2-3 kali try still tak boleh. Baby first dulu kena vacuum sebab outlet peranakan kecik, yang kedua ni pun macam sama jugak even laluan dah ada. Tapi doktor suspect baby besar jugak. Ikut kata doktor masa scan, anak saya ni jenis kepala besar. Bab besar dkt kepala la yang seram. Jenuh nak push. Huhu...
Saya push pun still baby taknak keluar. Jantung baby pun dah drop sikit. So, doktor vacuum. Alhamdulillah...lepas vacuum + saya push sekuat tenaga, tepat jam 5.50 petang, lahirlah puteri tercinta ke dunia. Berat baby 3.3kg.
Satu je perasaan masa ni, lega!
Alhamdulillah....walaupun rasa sakit tu taktau nak describe macam mana, tapi bila selamat je baby keluar terus rasa lega sangat-sangat. Koyakan pun tak teruk macam anak first dulu. Sikit la jahit dari dulu. But, honestly anak kedua ni terasa jugak "sakit" masa kena jahit. Cuma takdela sakit yang jerit-jerit tu. Still boleh tahan. Bagi saya, contraction lagi berganda sakit kot. Huhu... Yang first dulu luka banyak pun tak rasa apa masa jahit. Hihi..entahla, lain anak lain la pengalaman. Cuma kali Alhamdulillah, rezeki saya, sakit sekejap masa bersalin. Anak first dulu 2 jam lebih juga menahan sakit. Kali ni tak sampai sejam sakit, baby dah keluar. Alhamdulillah..termakbul doa saya.
Disebabkan saya bersalin cepat sangat, tempoh contraction yang pendek so rahim lambat mengecut lepas bersalin. Midwife cakap rahim tu macam "terkejut". Saya bleeding jugak cuma takla sampai tahap tumpah darah. Banyak la jugak darah keluar. Lama kena stay dalam LR sebab nk make sure darah kering dan rahim mengecut.
Lepas bersalin memang terus call husband suruh masuk azankan baby. Terkejut dia bila saya call cakap dah bersalin. Sebab baru je kami duk berbalas whatsapp saya cakap nak tido kejap. Setengah jam lepas tu call kata dah bersalin. Mau tak terkejut dia 😅. Alhamdulillah selamat semuanya. Allah permudahkan. Satu pengalaman yang tak boleh lupa sampai bila-bila. Dua anak, dua pengalaman yang berbeza.
Ok share sikit gambar anak kedua saya, Nik Ajdaa Faqeeha. Sekarang dah 9 bulan pun dia.
| first day |
| |
| 9 months |
Wednesday, February 21, 2018
Our Second Baby =)
Assalammualaikum!
Entri pertama untuk tahun 2018. Alhamdulillah...saya dah selamat bersalin anak ke-2 kami pada 30 November 2017. Baby girl. 3.3 kg. Sekarang baby dah 2 bulan lebih. Nama diberi Nik Ajdaa Faqeeha. Alhamdulillah mama & baby sihat.
Banyak benda nak tulis dekat blog ni tapi tak tertulis. Hihi...kekangan masa & malas sama. Tapi rindu jugak dekat blog walaupun tak tahu ada lagi ke yang baca. Sekarang ramai blogger yang dah beralih ke Instagram kan. Tapi kalau nak tulis panjang2, saya masih prefer menulis di blog. Facebook pun ikut mood.
Ada masa, ada rezeki In sha Allah saya akan sambung lagi menulis pasal pengalaman bersalin anak kedua kami.
Wednesday, November 15, 2017
(Second Pregnancy)- Pengalaman Trimester Ketiga
Ok, hari ni nak bercerita tentang pengalaman semasa trimester ketiga. Ramai cakap trimester ketiga yang selalu ibu mengandung akan double triple penat membawa perut. Pada saya, balance kot. Ada masa letih ada masa cergas bertenaga. Hihi..masih aktif ke sana sini dengan perut besar. Mengandung 2x perut tak pernah tak besar. Hihi..Kalau masa second trimester perut tak besar mana. Sampai gi check up pun ada orang kata perut saya tak besar sangat padahal dah 6 bulan pun masa tu. Tapi bila masuk je 3rd trimester, phew! besar sangat. hahaha....Tengok perut sendiri pun jadi takut.
Third trimester ni antara masalah yang saya alami adalah air ketuban banyak. Selalu hujung2 pregnancy ramai yang air ketuban kurang tapi saya terbalik pula. Air ketuban terlebih. Dari awal pregnancy sampaila sekarang, bacaan index air ketuban (AFI) tak pernah bawah 17.5. Normal dr kata 23 ke bawah. Tapi Doktor pakar sarankan seeloknya bawah 20. so saya kira kategori normal lagi. Tapi pernah je satu tahap bacaan AFI sampai 25. Dah lebih border line. Memang risau sangat-sangat. Tapi bacaan air ketuban ni kita tak boleh nak control. Baby yang control. Kalau ibu2 yang ada GDM (kencing manis), memang ada risiko air ketuban banyak. Tapi macam saya takde gdm. Bila dah bacan AFI 25, terus kena refer hospital. Last 2 weeks bacaan AFI 19. Semalam check up naik jadi 20. Still bawah border line tapi masih dalam kategori banyak dan kena berjaga-jaga. Risiko air ketuban banyak ni, baby boleh lemas, terbelit tali pusat & baby akan berpusing-pusing. Sebab ruang besar kan. Air banyak. So, dia tak tetap nak duduk satu position je. Baby pun susah nak engage kalau air banyak. Buat masa ni, Alhamdulillah position kepala baby dah ke bawah. Cuma, masih belum engage. Mintak2 by next week dia dah engage la. Saya pun kurang rasa pergerakan baby bila air ketuban banyak ni. Memang sentiasa kena alert & monitor pergerakan. Risau tapi selalu berdoa semoga baby sihat je dekat dalam ni dan keluar sebelum EDD. Perut pun rasa berat sebab air banyak & kerap sakit belakang dan pinggang.
Sayapun kerap kena kencing kotor masa last trimester ni. Mula2 maybe sebab kurang minum air. Tapi bila minum air banyak pun still juga kencing kotor & tak lawas, Dr bagi antibiotic dengan ubat lawas kencing. Siksa sangat sakit kencing kotor ni. Sakit. Huhu..lepas tu asyik berulang ke toilet sampai nak nangis je rasa. Huhu...kadang nak pergi jalan pun rasa malas sebab baru keluar kejap mesti dah suruh husband berhenti cari toilet sebab nak buang air kecil. Malam pun tak lena tidur. Asyik bangun berulang ke toilet. Ada satu tu, 2 minggu jugak rasa sakit sangat-sangat. rasa tak selesa nak buat apapun. macam2 petua orang bagi saya amalkan. Minum air kelapa, air barli, air tembikai & minum air mineral saja. Dr pun ada tukar antibiotic. Alhamdulillah..sekarang ni urine dah betul2 clear. Syukur sangat. Mintak2 tak jadi dah la sebab azab sangat nak lalui semua ni. Huhu....
Hujung2 pregnancy pun keputihan teruk juga. Huhu....baru je buat gbs test & pap smear last week. Alhamdulillah result negative. Rahim saya normal dan ok. Untuk pap smear pun takde sel kanser. dr cakap lepas setahun nanti boleh repaet lagi buat pap smear. Gbs pun takde. Cuma jangkitan biasa. takde yang serious. Dugaan mengandung. Apapun saya harap semuanya dipermudahkan.
Even saya masih lagi aktif buat kerja masa hujung2 pregnancy ni, tapi saya try untuk tak bagi banyak tekanan pada perasaan. Buat bisnes ni kadang ada masa pressure jugak kepala otak melayan ragam customer & supplier tau. Hihi..nak rileks2 & tenangkan fikiran je masa tengah tunggu masa nak bersalin ni. Banyak fokus masa berkualiti dengan family terutamanya Fayyadh. bisnes still on macam biasa tapi hujung2 ni saya dah tak ambik tempahan sewaan veil & pre order untuk barangan packaging. Takut nanti kalau terbesalin awal pending pulak semua order2 customer. so, jual mana yang ready stock je.
Makan pun makin berselera. hahaha..saya dah naik 12kg dah setakat ni. Masa fayyadh dulu naik 15 kg. yang ni pun ada gaya nak naik 15 kg jugak. Hahaha...masih berbaki 3 minggu sebelum sampai Edd. Tupun kalau saya bersalin ikut due la. kalau awal, tak naik banyak sangat kot. Tapi berat sekarang kurang banyakla dari masa first pregnancy. sebab dulu masa awal2 mengandung pun memang dah overweight. kali ni mengandung, masa tengah dalam usaha kuruskan badan. Dapatla merasa 3 bulan kurus kejap sebelum pregnant. Hihi...Lepas bersalin nanti la sambung balik misi kuruskan badan. Rasa banyak betul lelemak dekat badan ni. Yang penting sekarang ni fokus pada anak dalam kandungan ni dan diri sendiri.
Sayapun kena ready mental fizikal sebab kali ni akan berpantang sendiri. Semoga Allah permudahkan semuanya...Amin
Friday, November 10, 2017
(Second Pregnancy) - Pengalaman Trimester Kedua
Awal-awal second trimester perut saya tak nampak sangat. Anak first dulu, mengandung masa 15 minggu pun perut dah ketara nampak. Yang kali ni 20 minggu baru nampak. Tupun ada yang tak perasan lagi. Hihi...maybe masa mengandungkan Fayyadh dulu berat saya pun dah overweight, so lagila mudah nampak. Yang kali ni, berat saya kurang dari masa Fayyadh dulu. BMI Normal. Bukan overweight. hihi..
Ni gambar masa 4 bulan lebih ( 18 minggu tak silap). Seronok time ni sebab baru dapat drive sendiri keluar rumah lepas hilang alahan tak boleh drive kereta. Jadi working at home mom (WAHM) masa mengandungkan anak kedua. So, memang banyak masa untuk diri sendiri & family. Rasa bosan je keluarla ajak Fayyadh berjalan. Pergi Ikea berdua pun takde hal. Hihi..Masa ni dah rasa bertenaga sikit walaupun kadang2 ada masa selalu juga rasa mual dan pening.
Time raya memang kemain kaw2 saya melantak makan. Masa ni memang selera makan macam apa lagi. Asyik lapar je memanjang. Raya dahla semua makanan best2. Mana tak tergugat iman. Tapi masa perjalanan nak balik raya dekat kampung dengan Balik semula ke Shah Alam memang muntah saja sepanjang jalan. Kepala pun pening dan sakit. Siksa juga masa ni. Huhu..
![]() |
| gambar raya 2017. masa ni baru 16 weeks pregnant |
Masa second trimester pun 2x kena repeat minum air gula sebab berat naik lebih dari yang dibenarkan. Tapi Alhamdulillah, dua2 test takde GDM. Ada yang naik 2kg dalam masa sebulan. Paling teruk, ada 1 masa tu naik 5kg dalam sebulan. Bahana suka makan lewat malam & suka makan benda-benda manis. Tengah malam tu dah selalu sangat jadi cepat lapar. Kadang ajak husband keluar makan roti canai, mee bandung la, nasi lemakla..hahaha. Husband tukang melayan je padahal dia selalu jugak cakap suruh control sebab takut baby besar kan. Tapi sebab isteri kelaparan, diturutkan juga kehendak tekak isteri. Benda manis pun saya craving teruk. Padahal saya bukanlah jenis yang suka makan manis-manis sebelum ni. Kek & coklat apatah lagi. Tapi kali ni, sangat suka makan benda manis. Aiskrim pun suka. kuih muih yang manis semua saya nak. Bubur pun. Sampai bila dah naik berat 5kg dalam sebulan tu, doktor siap bagi plan diet lagi dekat saya. Hihi..dan masa tu baby pun nampak besar 2 minggu dari EDD. Sebabkan risau, terpaksala control diet masa ni walaupun ada masa susah jugak nak control kehendak tekak ni. Biasa weekdays saya diet sikit, weekend akan makan juga apa yang saya teringin nak makan cuma terkawal. Alhamdulillah..lepas tu berat naik ok ikut bulan. Berat baby pun dah ok ikut weeks.
Masa second trimester pun dua kali saya demam, batuk dan selsema. Terpaksa tahan tanpa ambik ubat. Guna kaedah tradisional je nak redakan sakit. Kepala pun selalu sakit tambah2 kalau cuaca panas. Tapi Alhamdulillah bila masuk 6 bulan semua dah ok. Satu lagi, kerap sakit bahagian pelvik. Doktor cakap kurang kalsium, so lepas tu selain dari minum fresh milk, saya ambik juga pil kalsium. Barula rasa ok sikit. kalau tak, nak berjalan pun kadang rasa sakit sangat padahal perut bukanla besar mana lagi. Masa Fayyadh dulu saya tak pernah kena pedih ulu hati, tapi kali ni ada bebrapa kali jugakla kena masa second trimester. Ada sekali tu siap pedih berdengung sampai ke telinga bila makan benda pedas. Dada selalu rasa sakit macam terbakar. Dr suruh ambik gaviscon dan kurangkan makan yang pedas-pedas. Tapi mujurla tak kerap sangat jadi. Huhu..
Apapun, second trimester ni walaupun ada juga masalah tapi still ok compare dengan first trimester. Mengandung kali ni awal2 rasa malas ya amat dan kuat tidur. hahaha..entahla. Jauh beza masa mengandungkan fayyadh dulu rasa aktif je gerak sana sini. kali ni macam lemau, cepat penat dan malas. Bila dah duduk rumah tak kerja lagi la. Petang je mesti nak tidur. Sebab kadang-kadang malam susah nak tidur sebab baby paling aktif bergerak masa malam. Apapun, semuanya adalah pengalaman yang berharga untuk dikenang. Lain anak,lain pengalaman mengandung. Tapi semua tu adalah kenangan yang berharga untuk kita sebagi ibu. Sebab tu, saya still buat pregnancy diary untuk anak kedua ni. Dapat Update progress setiap minggu.
Ok, itu je nak tulis pasal pengalaman second pregnancy ni. In sha Allah, nanti saya update pengalaman 3rd trimester pula. Mujurla ada pregnancy diary, so senang nak recall balik apa yang dah lalui. Hihi..Kena tulis juga dalam blog ni sebab masa Fayyadh dulu saya rajin update dekat blog. Untuk si adik, kenala update juga. Bagi sama adil.
Wednesday, November 8, 2017
(second pregnancy)-Pengalaman bleeding masa First Trimester
Pengalaman mengandung kali ni memang banyak beza dari masa first preganancy dulu. First pregnancy dulu macam bersih je rekod kesihatan. Takde masalah sangat melainkan berat badan naik terlebih masa awal2 pregnancy je. hihi..Yang kali ni macam-macam la jugak yang kena hadapi. Tapi apapun, sentiasa berdoa semoga semuanya selamat sehingga melahirkan.
Ok, balik pada tajuk, nak bercerita sikit pasal pengalaman mengandung masa first timester. Sama macam Fayyadh, masuk je minggu ke-6, terus ada spotting darah. Cuma masa fayyadh dulu saya tak tahu saya pregnant so saya ingat period. Tapi kali ni, dari 4 minggu lagi saya dah tau saya mengandung, so memang debarla jugak bila dah start ada spotting. Tapi sebab sekali je saya takla panik sangat sebab dah pernah ada pengalaman sebelum ni kan. Hopefully tak ada spotting lagi lepas tu.
Masa minggu ke-6 pun pregnancy sickness dah mula datang. rasa mual, nak muntah, loya, pening kepala dan rasa lemah je badan. Boleh kata sepanjang hari saya rasa lembek dan tak sedap badan. Makan pun muntah balik. Naik kereta pun rasa pening dan selalu muntah. Memang beg plastik sentiasa ada dalam beg setiap kali keluar. Saya tak boleh drive kereta masa ni. Sebab bila bawak kereta sekejap je mesti kena stop tepi jalan sebab nak muntah dan pening. Last, memang urusan pos barang semua husband yang buat. Cod barang dekat customer pun tunggu hujung minggu. Agak teruk alah kali ni sebab ikan pun saya tak boleh nak bau. Rasa kembang je tekak nak muntah. Nak siang basuh apatah lagi. So memang dapur banyak tak berasap dari berasap. Tapi gagahkan diri jugak untuk masak bila tenghari sebab fikir nanti fayyadh nak makan apa. Selalu masak simple2 jer la nak makan berdua dengan anak. Malam kadang husband beli. Ada masa dia masak. Kalau saya ok sikit, saya masak. Bergantung pada kesihatan juga. Sebab kadang berdiri lama pun rasa nak pitam. Huhu..
Ok, berbalik cerita pasal bleeding ni. Mula2, keluar sikit saja. spotting masa minggu ke-6. So saya abaikan sebab selalu spotting awal pregnancy ni normal. Proses penempelan janin dekat dinding rahim. So, memang kadang2 akan ada spotting sikit (tompok darah). Saya tak banyak gerak sangatla masa tu sebab risau jugak. Lepas tu takde dah darah keluar. Tapi, lepas seminggu kemudian ( 7 weeks), ada lagi spotting keluar. Saya dah rasa tak sedap hati tapi try bertenang sebab sikit saja yang keluar. Esok pagi tu, bila pergi toilet tengok darah banyak keluar dari semalam. Tapi bukan heavy flow la. Masa ni dah panik sebab bukan spotting dah. Macam darah awal2 period. Pakai panty liner pun tak boleh sebab darah tu banyak pula keluar so tukar pakai pad. Masa ni dah panik terus ajak husband pergi klinik. dalam kereta dah menangis sebab takut dah gugur. Huhu...sebab masa Fayyadh dulu walaupun ada turun darah tapi tak banyak macam sekarang. Yang ni darah fresh lagila bertambah takut. husband cakap jangan panik. Apa-apa jumpa Doktor dulu.
Sampai je klinik Ajwa seksyen 15 mujur orang tak ramai. Terus masuk jumpa doktor. Doktor scan Alhamdulillah, nampak janin masih ada. heart beat pun ada lagi. Tapi sebab bleeding, doktor bagi surat untuk refer hospital.
Dapat je surat terus pergi KPJ Klang. Sampai sana pergi bahagian emergency. Diorang bagi ubat stopkan pendarahan. Tapi masa dekat emergency tu masuk toilet check darah still lagi keluar. Memang risau. Terpaksa warded hari tu sebab doktor nak pantau. Even dah bagi ubat untuk stopkan pendarahan, darah still keluar cuma tak banyak. doktor bagi ubat duphaston jugak untuk kuatkan rahim. Nurse tak bagi bergerak. Just bed rest. Nak gerakpun dibenarkan kalau pergi toilet & solat. Nak ambil air ke apa semua kena minta tolong husband atau panggil nurse saja. Memang duduk atas katil saja. Tapi demi anak, kena juga ikut apa arahan doktor walaupun rasa serba tak kena sebab kena baring je. Huhu..
Esoknya, doktor repeat buat scan sekali lagi. Alhamdulillah, baby still survive. heart beat pun ada. progress baby pun mengikut minggu. Tapi masih ada nampak bleeding dekat dinding rahim. Doktor cakap akan keluar lagi darah nanti. So, Doktor suruh bed rest je bila balik rumah. Tak boleh naik tangga atau buat kerja berat. Tak boleh banyak gerak awal2 pregnancy ni sampaila masuk second trimester. Lepas tu kena continue ambik duphaston sampaila minggu ke-12. Duphaston ni ubat kuatkan rahum. Dia macam ubat hormon. Tapi slaah satu effect ambik duphaston ni pada setengah orang kita akan rasa pening kepala. Saya memang rasa la dan agak siksa juga la nak kena tahan. huhu..
Alhamdulillah, saya boleh balik rumah masa hari ke-2. Cuma kena follow up dengan hospital je lepas tu. balik rumh memang banyak rehat je.Saya tak buat apa kerja sangatpun. Banyak husband yang buat semua. Darah still turun sikit-sikit sampaila minggu ke 10 baru betul2 stop. Cuma dia tak keluar setiap hari. berselang hari tapi sikit2. Kadang bergerak ke dapur macam tu je pun turun darah. Sudahnya, saya banyak baring atas katil atau sofa je. Mujurla walaupun masa ni kena jaga Fayyadh dia dah pandai urus diri dia sendiri. Tak banyak ragam dan senang jaga. Dia pun tahu mama sakit.
Masuk je minggu ke-12 Alhamdulillah semua dah ok. Sickness pun dah berkurang. Dah boleh drive kereta tapi kadang2 akan muntah juga. Cuma dah ok banyak dari dulu. Pengalaman ni saya takkan lupa sampai bila-bila. Dua2 anak alami benda yang sama cuma anak second ni bleeding dia banyak sikit sampai kena bed rest 3 bulan pertama tu. Merasala kena berkurung je dalam rumah. Bosan pun nak buat macam mana. Kena utamakan kesihatan dan keselamatan anak.
Kalau ada yang pernah mengalami masalah macam saya awal-awal pregnancy, nasihat saya jangan cepat panik. refer doktor dulu. In sha Allah, banyak juga kes yang baby boleh survive. Doktor cakap ubat Dhupaston tu kalau janin kita tak menjadi, dia akan gugur dengan sendiri. Kalau janin tu elok, dia akan bantu untuk kuatkan rahim untuk janin survive. Banyakkan berdoa dan jangan banyak bergerak. Follow je apa cakap doktor. Mujurla benda ni jadi time saya dah berhenti kerja. kalau masih bekerja maybe kena ambik Mc atau cuti tanpa gaji sampai kandungan betul2 ok. Apapun saya bersyukur kerana semuanya selamat. Minta-minat semuanya baik-baik saja sampai melahirkan.
Tuesday, August 29, 2017
Macam mana boleh tau dah pregnant ? (update kisah second pregnancy)
Alhamdulillah..berkesempatan jugak nak update dekat blog ni kisah second pregnancy saya. Walaupun next week nak masuk 3rd trimester dah. Tapi demi keadilan pada si kecil, sebab time si abang dulu saya rajin update, so kena la jugak tulis entri dekat blog ni untuk kenangan bersama. Maybe boleh jadi panduan orang lain jugak =).
Ikutkan lepas bersalin, cycle period saya dah ok sikit. Walaupun takdela regular cycle, tapi at least tiap bulan datang jugak period. cuma cycle kadang-kadang 28 hari, kadang 30 hari dan ada jugak 35 hari. tak tetap tapi datang setiap bulan. Time sebelum mengandungkan fayyadh dulu memang ting tong period. pernah 3 bulan sekali baru datang. Tapi alhamdulillah, tak lama sangat tunggu nak pregnant masa tu. lepas 9 bulan kawen adala fayyadh dalam rahim ni.
Tapi, untuk yang second ni, saya rasa lama jugakla kami menunggu & ikhtiar. tapi takdela stress sangat sebab kami percaya pada rezeki. Lagipun Fayyadh pun kecik lagi so masa pun banyak fokus dekat dia. Cuma lepas Fayyadh 1 tahun 9 bulan memang kami dah tak merancang. Berserah pada rezeki. Memang nak anak lagi masa tu. Tapi, itula kita hanya merancang, soal rezeki ni Allah yang tentukan. cepat atau lambat hanya Allah saja yang tahu. Alhamdulillah....rezeki mengandungkan anak ke-2 ni datang lepas Fayyadh umur 3 tahun.
Macam mana saya boleh tau saya pregnant anak ke-2 ni?
Kali ni, Alhamdulillah saya dapat tau awal. Masa 4 weeks dah tahu. Takde perubahan apa pun dekat badan. Tanda-tanda dia lebih kurang macam nak datang period. Cuma masa tu saya jadi over sensitive sikit. Masa tu tengah borak-borak dengan husband dekat whatsapp. Dia balik kampung masa ni sebab nak settlekan beberapa urusan claim & pusaka arwah bapa mertua. Masa tengah borak-borak dekat whatsapp tu dia cakap dia rasa macam saya mengandung. Hihi...pelik kan. Tetiba je cakap macam tu. Sebab dia kata tetiba je hati dia rasa macam saya mengandung sebab dia perasan ada beberapa sikap saya yang pelik sikit. Dan sikap tu ada masa mengandungkan Fayyadh dulu. So, sayapun kira-kiralah due patut saya datang period. Ikutkan lagi 2 hari. Tapi sebab excited dengan kata-kata husband terus ambik UPT buat test.
Dan hasilnya..
![]() |
| 1 Line clear dan satu lagi sangat pudar |
Masa ni hati kuat kata pregnant walaupun line satu lagi samar-samar. Sebab biasa ramai jugak yang bila test 1 line terang, 1 line pudar tapi kira positive pregnant. Terus rasa berdebar-debar. Kalau dalam gambar macam nampak tak nampak jer kan line lagi satu tu. Samar sangat. Lagipun UPT ni yang murah je saya beli. Maybe tak boleh detect awal selagi sebelum sampai date patutnya period. Masa hantar gambar ni dekat husband. dia happy sesangat. Sayapun rasa nak nagis je rasa. Sama je perasaan masa tau mengandungkan Fayyadh dulu. Hihi..Yala, kiteorang memang dah lama berharap untuk second baby ni, so mestila rasa terkejut dan happy. Tapi kiteorang taknakla over excited sangat selagi tak confirm dengan Doktor. So, saya decide untuk repeat lagi buat UPT selepas 2 hari.
Selepas 2 hari saya repeat buat UPT guna brand Dip & Tell. Dan hasilnya..
![]() |
| Alhamdulillah. dapat result double line yang terang! |
Memang happy sangat-sangat masa ni bila dapat tengok double line yang terang. Tak sabar tunggu husband balik dari kampung dia. Kami masing-masing ambik keputusan diam2 je masa ni. Takde bagitau dekat parent atau family terdekat lagi. Sebab masih awal kan. Jumpa doktor pun tak jugak Sebab dah tau kalau pergi klinik pun masih awal. Biasa kalau nak scan, nampak kantung pun masa 6 weeks ke atas. So, saya decide masa 6 weeks nanti baru pergi klinik untuk confirmkan.
Jujur cakap masa tau pregnant ni barula saya sibuk nak cari acid folic. Haha..patutnya kalau dah plan nak mengandung, awal-awal lagi patut dah ambik. So masa ni saya tawakal je la. Harap kandungan saya dapat sumber acid folic dari makanan yang saya makan. So, kalau korang dalam usaha TTC tu ( try to conceive), elok ambik acid folic ni awal-awal tau.
Awal-awal tau pregnant memang saya ambik langkah berjaga-jaga. Dalam pergerakan mahupun makanan. Sebab saya pernah ada history bleeding masa first pregnancy dulu. So, yang kedua ni still kena hati-hati jugak. Tapi bila masuk je 6 weeks je kandungan, bermulala episod yang sangat mencabar bagi saya. Dengan bab bleedingnya, dengan alahan yang agak teruk. Allah je tahu rasa macam mana. In sha Allah next entri saya kan update pengalaman first trimester second pregnancy ni.
Monday, July 10, 2017
Relevan ke lagi update blog?
Ikutkan syaa pun dah masuk dalam kategori kurang aktif. Tapi bukan bermakna taknak update lansung. At least try jugakla sebulan sekali update blog. Sebab saya masih percaya pada kuasa "google search". Sampai sekarang pun entry2 saya yang lama yang mana ada bagi manfaat & info pada orang lain masih lagi dijadikan rujukan. Masih ada readers yang komen dekat entri lama-lama. Masih ada yang Pm dekat Ig atau email tanya pasal entry dekat blog. Saya happy bila dapat mudahkan orang lain dapat info atau maklumat. Sebab itu jugak salah satu nawaitu saya ada blog ni. Sebab nak share info atau maklumat dengan orang lain selain dari kongsi hal personal life. mana tahu dengan perkongsian kecil ni boleh jadi saham akhirat yang berterusan untuk saya bila saya tiada nanti.
So, bagi saya masih relevan lagi untuk update blog dan kongsi maklumat dekat blogspot ni. Sebab orang masih lagi "menGOOGLE" if nak dapatkan apa-apa info dan perkongsian. Even dalam bisnes pun, boleh dikatakan hampir 90% dari customer saya yang sewa veil nikah memang datang dari hasil carian blog. Tapi kuasa FB & instagram dalam bisnes memang tak boleh dinafikan. tapi kalau kita ada medium lain jugak yang boleh digunapaki untuk berbisnes, tak salah pun nak cuba kan?
Kalau nk cerita panjang-panjang pun saya masih suka update dekat blog. Sebab banyak sikit benda boleh tulis. kalau IG terhad sikit sebab tak banyak yang boleh tulis. Cuma Ig lebih mudah nak update. seminit je dah settle. hihi...Kalau blog kena tunggu ada masa free, rajin & idea menulis banyak datang, barula seronok nak update entri.
Monday, June 19, 2017
cerita 3 Bulan (march -June 2017)
Fayyadh pun Alhamdulillah sihat sepanjang mama dekat rumah ni. Demam pun baru sekali awal puasa hari tu. Satu family demam. Alhamdulillah...semua dah fully recover.
Bisnes pun Alhamdulillah bertambah baik lepas berhenti ni. Rezeki Allah. Saya masih mampu survive dengan hasil bisnes je untuk berbelanja, bayar hutang & saving tanpa usik duit simpanan saya. Tak ada apa yang berubah lepas berhenti ni. Alhamdulillah...masih boleh berbelanja & menyimpan sama macam time kerja dulu. Tapi extra lebih jimat sebab duduk rumah memang kurang keluar duit pun.
Kalau orang tanya boring ke tak duduk rumah, bagi saya tak sempat lagi nak boring sebab saya ada kerja yang kena buat hari-hari. Layan anak, uruskan bisnes, buat kerja rumah. Teman bersosial tu memang la kurang, tapi still ada jiran-jiran yang baik hati untuk berkawan & bertegur sapa. Hihi...
Alhamdulillah, hujung tahun ni In sha Allah bertambah lagi seorang ahli keluarga kami. Rezeki lepas 3 bulan berhenti kerja, terus dapat berita gembira ni. Lagila saya tak sempat nak boring duduk rumah sebab asyik melayan pregnancy sickness yang agak teruk kali ni compare masa mengandungkan Fayyadh dulu. Dah masuk second trimester ni baru ok sikit. Sekarang baru masuk 16 minggu. Ada lagi 24 minggu nak kena tempuh. Hihi...Bab second pregnancy ni In sha Allah next time saya cerita. Doakan semuanya dipermudahkan.
![]() |
| Baru di awal second trimester tapi berat dah bertambah 5kg! hihi... |
Okla tu je kot update yang ada. Saya nak ucapkan selamat berpuasa & menyambut hari raya buat semua pembaca blog saya. Mohon maaf kalau ada salah & silap sepanjang penulisan saya dekat blog ni. Hati2 di jalan raya. Semoga selamat sampai ke kampung masing-masing.
Thursday, March 23, 2017
Rancang Percutian Dengan Mudah Dan Menjimatkan? – Jom Grab The Traveloka Sale- Abration!
Wednesday, March 15, 2017
Apa Wishlist tahun ni?
Kekonon nak selalu update tapi ni dah macam sebulan sekali jer baru nak update. Hihi..nak blog- walking pun tak sempat. Kalau dulu dekat office masih lagi sempat tengahari nak blog-walking blog orang, baca itu ini, nak update blog. Tapi sejak duduk rumah ni non hadoo.. nak baca buku bagi habis sebuah pun ambik masa berhari-hari. Masih sesuaikan diri. masuk bulan ke-3 jadi Working at Home Mom ni rasa dah makin ok sikit manage masa. kalau tak, memanjang kelautt..
Sekarang ni, dah mula terfikir semua wishlist untuk tahun ni....ada masa 9 bulan lagi tak tahulah tercapai ke tidak. Hihi..
Untuk permulaan, kena pandang wishlist kecik-kecik dulu. Yang besar-besar kalau melibatkan duit, modalnyapun besar. Yang tu taruk dalam mimpi dulu. Dah settle yang kecik-kecik baru bawak keluar yang besar-besar pulak. Hihi..So, semuanya kena buat step by step. Tapi harapan saya yang terbesar tahun ni mestila nak tengok Fayyadh sihat selalu. Berharap yang saya boleh jadi ibu yang baik. Ibu yang boleh bahagi masa betul2 untuk family & kerja. Sebenarnya, kalau kita bekerja dari rumah pun kita boleh "jauh" dari family kalau tak betul2 bahagi masa & sibuk sangat dengan hal bisnes. Saya cuba untuk utamakan apa yang penting dulu dalam hidup saya, lepas tu barula benda-benda lain. Taknak family terabai (yang ni paling takut). lepas tu dapat improve diri dari bermacam sudut. haish...umur dah 30 tahun banyak lagi yang kena perbaiki. Bab kerohanian terutamanya. Semoga masa2 lapang yang ada ni (sebab dah kerja sendiri) boleh saya manfaatkan betul-betul.
Banyak lagi wishlist yang tak boleh nak tulis...berangan tu banyak sungguh. ish..ish...sebab berangan tu free kan? hihi. Dapat tak dapat belakang kira. Berangan dulu, lepas tu set target. In sha Allah ada rezeki tercapaila nanti.
Dah nak masuk bulan 4. Azam-azam tahun baru semua kena bukak balik. kena kaji dan buat review balik macam mana nak bagi tercapai. Taknakla asyik hangat-hangat tahi ayam je buat wishlist kan? hihi...tak tercapai semua tapi at least dah tercapai lebih 50% pun dah Alhamdulillah sangat.
Semoga wishlist kita semua untuk tahun ni tercapai. Amin...
Monday, February 20, 2017
Dah dekat 2 bulan jadi Fulltime housewife. Best ke?
best ke?
honest cakap best!! hihi...mana tak best dah boleh duduk rumah. Jaga ank 24 jam. Husband pun sekarang balik kerja boleh sampai awal dari dulu. Kalau dulu kelam kelibut nak ambik anak lagi. Sekarang balik rumah semua benda isteri dah siapkan. Dulu, Sampai rumah pun dah pukul berapa. Lepas tu saya nak bersiap, solat, masak untuk dinner. Dinner pun dah pukul 9 malam. Alhamdulillah...sekarang ni dah teratur semua benda.
Tak sempat lagi nak rasa boring selama 2 bulan ni sebab jadual saya pun sibuk. Nak uruskan rumah, uruskan anak, nak uruskan online bisnes. Bila kita berniaga online, memang banyak masa dengan media social sebab situla tempat nak buat marketing, situla jugak kita kena fokus melayan customer yang nak beli barang. Lepas tu nak ambik stock barang, nak packing, nak pos. So, jujur cakap memang tak sempat nak rasa boring sebab masa semua terisi. Namapun bekerja dari rumah. So, still bekerja cuma tak pergi office saja =).
Alhamdulillah..lepas berhenti ni, income dari bisnes pun bertambah berbanding masa buat part time dulu. Sebab dah fokus 100% & fulltime. So, nak taknak memang dari situ je income yang ada sekarang. Kena rajin & fokus. Alhamdulillah, cukupla untuk bayar hutang, perbelanjaan & buat simpanan.
Masa dengan anak pun rezeki tak terhingga dah untuk saya. Memang feel tu rasa lain sangat bila boleh bersama dengan dia 24 jam. fayyadh pun makin manja sekarang ni. nak mama saja 24 jam. hihi..Macam tu jugak dengan rezeki masa. banyak benda yang saya tak sempat nak buat masa kerja makan gaji dulu dah banyak boleh buat sekarang ni. Bila kita kerja sendiri ni, rasa kebergantungan kita pada Allah swt tu makin kuat.
Fayyadh pun Alhamdulillah makin sihat sekarang. Cuma, sakit tonsil dia tu masih ada. Cuma dah tak kerap sakit macam dulu. Happy & syukur sangat saya dan husband.
![]() |
| Fayyadh dah start gain weight balik dah. |
Ikutkan perancangan berhenti kerja ni sementara je. Sampai fayyadh betul2 sihat. Tapi tak tahulah macam mana nanti. Bukan sebab duit ke apa, tapi soal hati dan harapan keluarga pun nak kena jaga dan fikirkan jugak. Sekarang ni fokus apa yang ada depan mata. Apa yang jadi future saya tawakal. Ikut je flow sekarang ni. At least saya dah cuba yang terbaik kan?
Tapi, awal2 duduk rumah ni memang pengurusan masa saya semua kelaut, hahaha...tak teratur bab nak manage time. mana nak kena buat dulu hari tu. kadang boleh tertangguh masa bila kita sibuk buat benda lain yang takde dalam jadual. Contoh kalau tengah layan customer kan, Ambil masa panjang jugak. tapi dah namapun peniaga fulltime, so kita kena bagi layanan yang baik tak kiralah dia jadi beli atau tak. yang penting, service kena jaga =). So, next month, hope semua dah teratur. sekarang pun dah boleh bajet masa sikit2. bila hari2 duduk rumah kita dah boleh agak. waktu bila paling baik buat kerja itu dan ini.
Sekarang ni, salah satu terapi saya bila duduk rumah, tanam pokok. Setiap hari akan luangkan masa untuk siram & jaga pokok-pokok yang saya & husband tanam. Adala tanam pokok sayur sikit2 dalam pasu macam sawi & kangkung. lepas tu tanam pokok yang selalu guna dekat dapur macam pandan, serai, daun kari, daun limau purut, kesum, kunyit dan lain-lain. Senang bila nak guna masak, petik je dekat luar. Boleh jimat belanja dapur jugak
![]() |
| Pokok kangkung |
Monday, February 6, 2017
Throwback 2016
1. SLOW DOWN DALAM MEDIA SOCIAL
Tahun 2016 ni dikira tahun paling saya slow down dalam media social. Tak kirala dekat Fb ke, dekat Instagram ke atau dekat blog. Memang kurang sikit aktif. Banyak benda lain yang saya perlu fokus termasukla hal kerja & family. Kira Tercapaila azam tahun 2016 nak kurang aktif dalam media social. Huhu..tapi start hujung tahun 2016 saya dah mula aktif balik. Sebab saya mula terfikir, if saya menulis atau share benda-benda yang saya rasa bermanfaat untuk orang lain, why not saya terus berkongsi kan? lagipun saya dapat banyak jugak email dari pembaca blog yang tanya pasal hal renovate rumah, pasal persiapan kahwin, pasal anak yang kena sawan tangis, pasal berastfeeding, pasal tempat bersalin dan ada jugak yang tanya bila saya nak update blog? hihi...saya ada jer ni. Cuma kekangan masa sikit nak meng "update" cerita. Disebabkan permulaan tahun 2017 ni dah pegang title "fulltime housewife" dan "working at home mom" , so rasa malu dan segan tu saya kenala buang jauh-jauh. Nak tak nak memang kena banyak mengadap media social hari-hari sebab situla tempat saya mencari rezeki. Sekarang ni saya dah buat instagram baru. So, kalau apa-apa yang saya lambat nak update dekat blog saya akan share secara ringkas dekat Instagram. Sebab senang & cepat sikit boleh update. So, pada yang sudi bolehla follow Instagram baru saya. Hihi..in sha Allah kalau tak sempat update cerita dekat sini, saya akan update dekat sana. Ig saya atas nama:
![]() |
| Alhamdulillah..lepas sebulan mama jaga sepenuhnya, Fayyadh dah bam-bam semula, Hihi.. |
![]() |
| ulang tayang masa tengah renovate dulu |
4. JALAN_JALAN
![]() |
| Last day dekat office =) |


























