Wednesday, December 24, 2014
Persaingan sesama Ibu? Prejudice? paranoid? Fanatic?
Fuh..lama tak update blog. Seminggu sekali je update sekarang ni. Alhamdulillah...Saya sihat. Fayyadh je yang tak berapa sihat. Hari ni demam. Pasal Fayyadh saya akan cerita next entri.
Hari ni saja nak share dengan korang pasal "pesaingan tanpa sedar" sesama ibu moden. Tak tahulah korang perasan tak trend ni. Maybe perasan. Maybe tak. Tapi ni pandangan peribadi saya. Takde niat nak burukkan sapa-sapa.
Jadi ibu. Apa yang kita nak pada anak kita? Yang terbaik kan. Kalau boleh nak buat yang paling terbaik. Nak perfect. Semua ibu-ibu ada impian yang sama. Nk tengok anak membesar tanpa kekurangan apa-apa. Nak anak membesar dengan sihat. Kita bagi yang terbaik tak kiralah dari segi makanan dia, pendidikan dia, perhatian..semua yang terbaik. In sha Allah...
Tapi, yang jadi isu bila kita fikir apa yang kita buat terbaik untuk anak kita tu satu kebanggaan sampai mengguris perasaan orang lain. Contoh, Kita berjaya fully breastfeeding. Kita berjaya bagi anak kita susu badan sepenuhnya. Alhamdulillah tu rezeki kita. Tapi, perlu ke nak kecam ibu-ibu yang bagi formula milk (FM) dekat anak? Perlu ke nak tuding jari ibu yang bagi FM ni pemalas, malas nak pump semua? Perlu ke nak kecam anak ibu yang bagi Fm ni kurang bijak dari yang Fully bf? Kadang dalam tak sedar kita dah guris perasaan ibu-ibu lain. Kita tak tahu apa situasi diorang. Ada ibu yang berusaha nak bf anak sepenuhnya. Usaha berubat, makan macam-macam nak bagi susu ada. Tapi gagal. Tolonglah jangan kecam diorang. Setiap ibu mahu yang terbaik. Tapi bila gagal, mungkin rezeki diorang takde dekat situ. Kita boleh bagi moral support, suggest diorang tapi bukan pandang serong atau kecam. Situasi kita tak sama. Jangan kata aku boleh, takkan dia tak boleh. Kita bukan berada di tempat yang sama (T_T). Kadang2 dekat group2 Fb saya tengok mudah sangat nak kecam ibu lain. Sampai kdang orang takut nak tanya apa-apa soalan. Senang je nak kena bahas. Huhu..Satu lagi, kita yakin ke kalau rezeki susu untuk anak first tu ada, yang seterusnya tentu2 ada. Rezeki tu bila2 Allah boleh tarik kalau kita riak sangat. Hari2 nak up gambar hasil pump. Kadang boleh bagi semangat tapi kadang boleh jatuh riak. Sebab susu ni rezeki. Ada orang makan macam2 pun tak jugak keluar susunya. Huhu...Paling teruk, sampai yang nampak bagi anak minum susu dalam botol pun cakap sampai hati bagi Fm padahal orang tu bagi susu badan. cuma pump masuk botol. Ni paling teruk kronik fanatiknya pada saya. Takleh tengok orang bagi anak susu dalam botol. sedap je nak hentam!
Kadang pasal bagi makan anak pun orang nak kecam. Tak masak sendiri. Bagi nestum. Bagi makan macam-macam tak ikut table. Ok....bab kena bagi anak makan lepas 6 bulan tu betul. Memang betul. Mana yang salah kita boleh tegur tapi cara baik. Tapi bukan prejudice. Bukan menghentam. Kalau kita tahu pasal ilmu tu, kita tak boleh nak anggap semua orang tahu. Jangan sesuka hati nak kecam. Kalau kita berjaya masak macam2 untuk anak kita, berjaya bagi homemade food dekat dia, tolong jangan kecam ibu2 yang tak sempat nak buat macam tu. Kita tak tahu situasi dia macam mana. Mungkin dia banyak kerja lebih masa. Tak sempat nak prepare apa2. Kerja shift sampai lewat malam. Kadang2 terpaksa bagi anak nestum. Boleh bagi semangat, bagi cadangan tapi bukan mengutuk. Jauh beza antara mengutuk dengan bagi nasihat. Kita bangga anak kita just makan hasil air tangan kita. No sugar. no salt sampai 2 tahun. Tapi ada ibu yang lepas setahun dah bagi anak sugar & salt. Pilihan masing2. Setiap ibu tahu mana yang terbaik untuk anak. Dan kalau consult dr pun, ada yang cakap tak perlupun tunggu sampai 2 tahun.
Kadang pasal taska, pasal nursery, pasal toys pun ada yang nak berbalah. Nak berlumba. Nak berjeles bagai. Kadang ada yang kecam ibu ni buat itu. Ibu ni buat ini. Ibu ni bagi anak duduk dalam walker. Dalam buai, bagi puting dekat anak. Ibu ni tido asing dengan anak dan macam-macam hal lagi. Samalah bab baby wearing. Pun banyak yang berbalah...Betul. Kita nak yang terbaik. Tapi bukan dengan cara fanatic, paranoid sampai nampak apa orang buat semua salah.Kita je betul. Sampai pergi mana dalam hati asyik nak kecam orang je. Bab kewangan, kemampuan kita tak sama. Kadang orang tu tak mampu, tak tahu, tak boleh nak judge semua orang berilmu macam kita. Berkemampuan macam kita. Boleh mengur tapi ada cara. Ni kadang tegur terang2 nak malukan orang tu dekat media sosial. Boleh je pm dia. Cakap sendiri..
"sis.. maaf ya. setahu saya cara sis ni tak digalakkan.....bla bla.."
Boleh je kan pm? Ni hentam beramai-ramai dekat Fb, dekat Ig dah macam memalukan ibu tu pulak. Kesian! Huhu...
Fikir macam nilah. Mungkin kita terbaik dalam sesuatu benda tapi belum tentu kita terbaik dalam sudut lain. sekarang, kita nampak kita je yang paling bagus. Tapi mana tahu, ibu2 yang sekarang ni kita duk hentam, yang kurangnya banyak dari kita, tapi mampu bagi pendidikan agama yang baik dekat anak diorang. Mampu jadikan anak dia anak yang baik akhlak. Mungkin anak tu tak merasa susu ibu, tapi rezeki anak tu dapat ibu yang bagi perhatian 24 jam dekat dia. Ibu yang bagi bimbingan agama yang cukup untuk dia even sekolah tak pandai mana.
So..tolong jangan jadikan anak tu satu persaingan sesama ibu. Nanti bila anak dah besar..ada pulak yang bersaing anak siapa paling pandai, anak siapa yang paling aktif..paling itu. paling ini..dunia ibu2. Fokus saja pada anak kita. Jangan kecam cara parent lain didik anak diorang. Sebab tu cara diorang. Yang penting kita usaha buat yang terbaik untuk anak kita.
Kan?
Ikhalas dari saya, ibu yang tak sempurna.
Monday, December 15, 2014
Tiba2 Sunyi. Rindu
Sepanjang seminggu diorang datang tolong jagakan Fayyadh sempatla bawak diorang jalan-jalan dekat sini. Sempat jugak request dekat ummi nk makan ketupat sotong. Buat macam balik rumah sendiri, request dekat mak masak makanan feveret. Bila dah kawen dengan orang kelantan, banyak makanan kelate yang dah jadi feveret saya. Mula2 dulu segan nk cakap teringin nak makan apa dekat mak mertua, bila dah lama kawen xde segan dah. Dulupun, saya segan nak masak sebab risau makanan tak sedap. Tak sehebat mertua, tapi lama2 dah yakin sendiri. Masak je macam biasa.
Alhamdulillah..rezeki saya dapat keluarga mertua yang baik. Yang boleh layan saya baik tanpa anggap saya orang luar. Hope lepas ni pun hubungan ni berterusan baik. Aminn..
Semalam, hantar dioarang balik suami saya mengalir jugak air mata. Sedih ummi & adik2 dah balik kampung. Sayapun rasa sebak sama. Kadang bila dah ada family sendiri memang jadi rindu nak luang masa dengan parent & adik beradik kan. Rindu zaman2 sekolah. duduk sebumbung dulu. bila dah masing2 sambung belajar, kerja & dah kawen masa tu automatic dah kurang. Dalam tak sedar kita dah kurang banyak masa untuk spend dengan parent & adik beradik kita. Rindu...
Kadang saya fikir, kalau panjang umur nak tengok Fayyadh membesar, macam nilah yang saya akan rasa. "Kehilangan" tanpa sedar. maybe bila dia umur 13 tahun dia dah menjauh sedikit dari saya. Start masuk sekolah asrama, lepas tu universiti, lepas tu start kerja, kawen...Dalam sedar tak sedar, masa 12 tahun tulah yang kena usaha spend masa betul2 dengan anak. Sebab time inilah masa dia sentiasa ada depan kita. Duduk sebumbung dengan kita. Lepas ni, bila dia dah tahu hala tuju hidup dia, ada kehidupan sendiri mesti akan rindu semua tu. Sekarang, bila fikir sikit pasal nipun dah sebak rasa.
Tuesday, December 9, 2014
Anak. Kerja
Tuesday, December 2, 2014
Doorgift Comel2 untuk pelbagai majlis
Sapa yang tengah cari doorgift kucing comel2 dengan harga yang murah bolehla beli doorgift dari Qaseh Mastura ni
Boleh isi gula2 dalam ni tau. Comel kan?
Harga
Rm 1.20 satu termasuk isi gula2 untuk order 500 ke bawah.
Rm 1.00 satu termasuk isi gula2 untuk order 500 ke atas
untuk order boleh whatsapp 013-3805630 atau ke link Fb Qaseh Mastura
Wednesday, November 26, 2014
Perkembangan Fayyadh 9 Bulan
Friday, November 21, 2014
Holiday Di Cherathing
Masa ni pergi main terjah je. Takde booking2 hotel melalui internet. Tapi kebetulan, suria cherating ada buat walk in promotion Bilik deluxe mengadap laut RM 180 semalam. So, apalagi grab je, Murah .
Masa mula2 sampai cherating saya pelik sebab tak nampak pun pantai dari jalan besar. haha..rupanya pantai cherating ke dalam sikit dari jalan raya. Kawasan sunyi sikit la bagi saya. Cuma yang kita boleh perasan tu kawasan pelancongan sebab banyak gerai2 dekat luar yang jual cenderamata.
Jalan nak masuk suria cherating lagila. Horror je rasa. kiri kanan hutan. Tapi bila sampai, nampak laut dekat depan, masya Allah cantiknya. Mula2 aim nak stay dekat impiana or holiday villa tapi dua2 resort dah fully booked. So, kami check in dekat suria cherating je la. So far, ok. Bila stay hotel yang ada private beach memang keja mengadap laut je la. Hihi..
![]() |
Cantikkan? biru jer laut... |
![]() |
View dari tingkap bilik hotel kami =) |
![]() |
Kemain lagi Fayyadh bersantai dengan abah dia tepi pool. Nak mandi abah dia tak kasi. Tengok jela.. |
Banyak aktiviti menenangkan jiwa & relax2 je dekat sini. Kami tak gi pun melawat penyu semua tu. Tak sempat sebab stay semalam je. Tapi malam memang gi makan seafood dekat sini. Rasapun not bad. sedap jugak. sotong celup tepung dia best! fresh. Memang kalau nak rasa tenang2kan jiwa sambil tengok pemendangan indah memang best stay dekat cherating sini. Tak perlu nak keluar jalan jauh2. Dalam resort pun dah sesuai untuk bersantai.
Tapi kami ada jalan2 dekat kemaman jugak. Dekat je dengan cherathing. Sini kan banyak makanan yang best. Asal bab mkan2 memang saya on aje. Hihi..keropok lekor, satar dekat kemaman ni sedap!! kalau datang sini mesti try!
Ok..layan jela gambar.
Wednesday, November 19, 2014
Excited seorang ibu!
Saya pernah bgtau kan yang fayyadh tak pandai menyusur ke depan & merangkak statik lansung tak gerak? Dia tau gostan je dgn bepusing & bergolek.Hihihihi...
Pagi ni bangun tido tetiba nampak dia menyusur ke depan dengan laju!!! Pejam celik je kita ni tengok. Eh, betul ke dah boleh menyusur ke depan?tekejut ok!!! Sebab dah pikir dia takkan menyusur dah. Maybe duduk dan berjalan terus. Huhu..
Alhamdulillah..pagi ni dah boleh menyusur ke depan. Lajuuuu!!! Excited sgt kita ni tengok. Yeay!!! Dia bukan setakat menyusur. Siap buat pakej merangkak ckit..lps tu menyusur. Hahaha...lawak tengok!!
Perkembangan setiap budak lain2. Ada yang cepat ada yang lambat. Kalau lmbt, jgnlah dikata anak tu tak bijak. Kecik hati mak nya tau. Yang penting anak kita sihat & perkembangan semuanya baik2. Sayapun tak suka bandingkan anak2 orang. Lambat atau cepat selagi baik kata doktor tak perlu nak risau & stress sangat. Nikmati je saat2 manis tengok perkembangan dia dari hari ke hari.
Ok. Tu je nk cerita. Rasa happy sangat2 masuk kerja pagi ni =)
Posted via Blogaway
Tuesday, November 18, 2014
Sering Terlupa Nikmat Rezeki Yang Bukan Dalam Bentuk Harta & Wang Ringgit
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah…syukur Ya Allah..
Rasa nak menitis air mata , nak menangis sangat2 masa type entri ni. Tak tahu Kenapa lately ni hati, jiwa ni rasa kosong. Yang ada, rasa sebak & sedih. Allah jer yang tahu. Sebab tu saya ambik masa diamkan diri. Cari ruang untuk muhasabah diri sendiri. Buang jauh2 rasa tak sedap dalam hati ni. Allah…..
Ada ‘sesuatu” yang terjadi dalam kehidupan saya. Benda yang asyik saya persoalkan berkali-kali. Rasa tak puas hati, rasa teraniaya, rasa sedih, rasa nak nangis. Saya cuba bersihkan hati saya sebersihnya tapi saya gagal. Rasa “tak best” tu tetap jugak datang. Saya tahu, saya dah masuk dalam golongan yang tak bersyukur waktu tu. Huhu…Apa saya buat, saya banyk membaca.Saya banyak muhasabah diri saya. Saya banyak dengar ceramah2 yang bagi semangat pada saya. Suami jugak banyak bantu bagi kata semangat. Alhamdulillah..selepas beberapa hari ni saya dah rasa redha dengan apa yang Allah tetapkan untuk saya. Redha & positive dengan apa yang berlaku.
Nikmat hidup ni banyak. Bukan terhad pada wang ringgit & harta. Rezeki tu datangnya bukan semua dalam bentuk duit. Bukan dalam bentuk harta.
Saya patut bersyukur sehingga saat ini saya masih punya keluarga, mak ayah, adik kakak, saya masih punya suami, punya anak. Rezeki kasih sayang dari mereka masih ada. Alhamdulillah..
Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni saya masih ada rumah untuk berlindung. Rumah yang selesa buat kami biarpun hanya rumah sewa. Rezeki untuk berteduh dari hujan panas & gelap malam.
Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni saya masih ada rezeki untuk makan & minum dengan selesa tanpa perlu mengikat perut. Rezeki untuk menghilangkan lapar & dahaga sedangkan orang lain ada yang terpaksa mencatu makanan kerana kekurangan wang (T_T)
Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni saya masih dilimpahi bahagia dan kasih sayang dari insan2 sekeliling saya. Saya tak sendiri. Suami saya di sisi saya. Anak saya bersama saya. Mak ayah, mertua, family walaupun jauh tapi hubungan kekeluagaan masih erat. Tak ada selisih faham apa2. Masih ada yang ambil berat & sayangkan saya.
Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni, saya masih sihat. Saya masih berkudrat untuk jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri & ibu. Saya masih sihat untuk bekerja membantu suami. Saya masih diberi peluang untuk meraih pahala dengan setiap penat lelah saya dalam menjaga anak & suami. Alhamdulillah…
Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni, saya masih diberi kelapangan masa. Saya masih menjadi manusia yang normal rutin hidupnya. Saya banyak masa bersama suami & anak. Saya masih ada masa untuk diri sendiri, untuk beristirehat. Masih diberi kelapangan masa untuk beribadat & menjenguk ibu & ayah.
Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni, saya masih diberi kelapangan hati dan fikiran dari dihujani bebanan kerja, bebanan hidup, masalah kewangan, masalah keluarga. Alhamdulillah…hati & jiwa dan otak saya masih tenteram. Saya diberi nikmat anak & suami yg baik. Yg tak banyak ragam. Yang mudah dijaga. Ni satu nikmat. Satu rezeki..
Kadang saya rasa saya tamak. Saya dah mintak macam2. Saya dah dapat macam2. Tapi saya nak mintak lebih, lebih, lebih lagi. Tapi apa yang saya buat? Yg saya usaha untuk hidup saya kepada Allah?
Allah....sedih bila fikir. Memang saya bukan yang terpilih untuk rezeki wang ringgit melimpah ruah tapi apa yang ada sangat mencukupi. Sudah cukup selesa walau tak mewah. Alhamdulillah...saya bersyukur sangat.
Kadang saya fikir, kalau saya tak diberi 'ujian' ini mungkin saya terus leka. Rasa tak puas hati tu selalu ada.ujian ni tanda Allah sayang kita. Allah sedarkan saya dr terus lara. Alhamdulillah...
Rezeki tu pelbagai bentuk. Redha. Qanaah. Dan sentiasa bersyukur. Alhamdulillah...
Posted via Blogaway
Iklan : Veil & Dress Nikah untuk disewa
Baju bertunang, nikah dan sanding (termasuk veil untuk disewa!!!!
korang ada nak sewa baju yang lengkap dengan veil untuk hari bahagia korang? boleh terjah blog kawan saya ni sebab dia ada sewakan baju dan veil untuk majlis pertunangan & pernikahan. Sila ke SINI atau contact as dekat nombor ni 0122421745
2) Veil & dress Rental By Nurin:
3) Halfmoon@ veil Rental By Fika:
Tudung Nikah 2 in 1 (tudung + veil) include inner neck awning
cream colour/light champange
material soft chiffon + heavy beaded
wassap 0196348003 for price
Friday, November 14, 2014
Clearance Sale Barut Baby!!!!
Free postage!!!
Free postage!!!
-PROMOSI DAH TAMAT- Tapi ada banyak pilihan untuk barut design baru
Posted via Blogaway
Serum Muka Yang Murah Tapi Berkesan!!
Masalah saya masa preggy dulu adalah kulit muka yang sangat kering & kusam. Siap pakej bintik2 jerawat pasir dekat dahi lagi. Lepas bersalin, jerawat pasir tu hilang. Tinggal parut pudar sikit2 je. Tapi yang tak best, masalah kulit kering dan kusam tak hilang!
Sampaikan nak apply bedak dekat muka pun buruk rasa. Bedak tak nak lekat smooth sebab kulit kering. Dah minum banyak air, tukar pencuci muka, makan banyak buah still sama. Kusam & kering. Huhu..
Saya bukan jenis suka try macam2 produk muka sebab muka jenis sensitif. Kalau tak serasi lagi parah jadinya. Memang takut nak mencuba. Lagipun, bukan ada masalah kulit yang serius sangat. Fikir punya fikir..google sana sini saya rasa nak try cari natural sources je untuk rawat masalah saya.
Olive oil & Honey!!!
Disebabkan dua benda ni memang since preggy dulupun memang ada dekat rumah, so saya guna mana yang ada. Saya try sapu olive oil + Honey setiap malam. Kadang saya pakai sekejap lepas tu basuh bersih2. Kadang saya pakai semalaman. Effect paling cepat nampak, bangun pagi, muka rasa lebih lembut & lembab. Olive oil kurang sikit rasa melekit kalau pakai dekat muka. Tapi honey memang melekit sikit, So kena sapu sikit2 je ala serum gitu. Hihi...
Boleh jugak buat mask. Saya siap simpan olive oil & honey dalam botol yang senang nak picit. Bila nak guna, just picit dia. Tapi honey better beli botol yang jenis pump body shower tu lagi senang pump. Ni sebab saya beli dekat DAISO 2 botol RM 5 tu yang letak dalam ni je.
lepas 2 minggu pakai memang muka dah jadi lembut, tak kering dah. Lembab dan paling penting tak pakai makeup pun tak nampak kusam dah, Lepas 2 minggu, saya just pakai seminggu dalam 3 kali je. Kalau weekend rajin saya akan buat masker olive oil + lemon. bagus untuk kulit jugak. Senang je kan?
Paling penting murah, selamat, halal dan berkesan!!!
Yeay!! double jimat duit =). Guna apa yang ada dekat rumah je.
So ni hasil lepas 3 minggu saya amalkan olive oil & honey sebagai serum muka. Hihi..
No filter!!! No camera 360!!
Wednesday, November 12, 2014
Tips Terbaik Untuk bakal Pengantin Kumpul Duit kawen & Beli Rumah
Thursday, November 6, 2014
Semua Nak Buat. Semua Nak jadi
Semalam saya rasa penat ya amat. Entahla....nak kata penat tenaga tak jugak. penat otak mungkin.... Sambil duduk depsn TV ckp dekat husband "syg penat la..penat..". Tapi bila tanya penat apa xtau nak jawab. Huhu...
Saya masih lagi full time bekerja. Before ni tak busy sangat. So rasa ok. Tapi petang semalam dah start busy. Ada 2 dateline nak kena kejar. Hmm..mintak2 cepatla siap. Balik rumah sekarang, tak masak sangat dah. Kalau masakpun, simple2 je. Semuanya menu yang dalam 15 minit dah siap. Husband yang suruh macam tu sebab maybe nampak saya penat kot. Kalau spend time banyak sangat masa dekat dapur, masak nasi berlauk, Lepas tu masa nak spend time dengan Fayyadh pun jadi sikit. Fayyadh dah ar style pukul 8-9 dah tido. Tak boleh tahan2..memang pkul 8 lebih dah tonyoh2 mata. Saya balik kerja pun dah pukul 7 sampai rumah. Ada 2 jam je nak mengempeng dengan diapun. 1 hari gi kerja berapa sangatlah masa dapat mengempeng dengan anak kan? Huhu....tambah sekarang ni dia dah jadi manja sangat2 . Kalau balik dari rumah babysitter tak nak kita jauh2 dari dia. Nak bekepit je. Kesian rasa....rindu sangat dengan parent dia. Kalau ambik dia dari kereta mesti tangan dia dua2 belah pegang muka kita. Macam rindu yang sangat2. Dengan senyum kemain lebar. Huhu.....sedih mamanya ni (T_T)
Online shop saya, By Adeenda pun dah sebulan beroperasi. Sambutan pun alhamdulillah baik. Dah 3 kali restock. Nanti kalau nak beli barut baby, meh beli dengan saya ye. Bisnes sewaan veil pun dah masuk 2 tahun beroperasi. In sha Allah..lepas ni nak masukkan dalam page by Adeenda jugak. Selalu sewa dari blog je, Tak pernah promote tempat lain. Ni pun dalam proses siapkan 2 lagi veil. Semoga dipermudahkan semuanya.
Novel. Ramai yang komen. Ramai yang email tanya bila saya nak sambung cerita? bila ramai-ramai tanya saya rasa nak cepat2 je menulis balik. Huhu...Tapi seyes, saya tak sempat lagi nak curi masa untuk minat yang satu ni! Maaf sangat2 pada yang menunggu tu..Huhu.....
Penat mungkin macam-macam nak fikir. Macam-macam nak buat. Engineer saya nak jadi, businesswoman pun saya nak jadi. Novel writer pun saya nak jadi. Tamak kan? semua nak buat. semua nak jadi. Macam mampu je nak jadi semua. Tapi, honest tak semua saya dapat buat serentak. Huhuhu... Mujurlah husband pun banyak jugak tolong terutama hal2 keja rumah & bisnes.
Sekarang pun, saya fokus buat bisnes secara santai je. Sebab saya masih bekerja full time kan. Tak terniat lagi nak berhenti. In sha Allah boleh handle lagi. Saya tak boleh jadi macam impian saya. Saya buat apa yang mampu.
Apapun benda saya buat paling penting pada saya masa untuk diri sendiri dengan family. Saya tak nak life yang super busy. Sebab saya tahu saya tak mampu nak handlesemuanya. Cukuplah secara santai macam ni. rezeki tu ada di mana-mana. In sha Allah. Asalkan niat kita baik.
Posted via Blogaway
Tuesday, November 4, 2014
Macam Mana Nak Kurus Lepas Bersalin? Ini Pengalaman Saya !
Dulukan before bersalin memang rajin google sana sini cari tips macam mana nak kurus lepas bersalin. Risau kemain sebab masa pregnant memang badan naik bagi di pam-pam. Hehe..perut besar. Dengan badan serupa dinasour dah. Ada kawan gurau2 panggil saya dinasour! hahaha...Saya tak pernah share gambar pregnant dekat Fb, Ig semua. dekat blog pun takde yang nampak perut sangat. Sebab husband tak bagi expose gambar mengandung. Satu lagi sebab rasa diri buruk sangat rupa masa pregnant. Orang cakap mengandung anak lelaki muka berseri...tapi saya terbalik! muka sememah..kusam. Jerawat kecil penuh dekat dahi. Hihi..bab gemuk jangan cakap, memang juara!
Tapi, before pregnant, lepas kawen pun memang berat badan saya bertambah 12 kg! masa mengandung naik lagi 15 kg! Memang muka dah serupa pau! boolat...hihi..
before pregnant, berat saya 69 kg tau! bocor rahsia dekat sini sebab nak share experience. memang gemuk time tu. Makan tak ingat dunia. Masalah hormon sama. Huhu...Masa pregnant, 2 hari before deliver berat saya 84kg!!!! Besar kemain. Tak caye? Meh tengok gambar bawah ni.
![]() |
Kiri- gambar masa pregnant. Kanan- Gambar sekarang. Pakai baju yg sama! |
Tak boleh nak feeling2 macam scha dengan liyana jasmay time preggy. Berseri je. saya kusam! badan gedabak. Tapi mujur sihat2 je dan still aktif sampaila hari deliver. Alhamdulillah..
Alhamdulillah..lepas 2 bulan bersalin berat badan saya turun 20 kg! Jadi 64 kg je. kurang extra 5kg dari berat before bersalin. Lepas tu turun lagi 3 kg. so sekarang dah 61-62kg kg. kurus sikit dari before mengandung. Ada lagi 4-5kg kena buang nak balik ke berat before kawen. Huhu..Banyak tuh 5 kg nak buang!
Macam mana nak kurus lepas bersalin?
Saya takde makan product apapun. Just berpantang betul2 masa 44 hari tu. Lepas tu ikut pantang 100 hari untuk setengah sayur dan buah yang berangin. Saya tak strict sangat2. try and error jugak. Cuma saya rasa maybe jaga anak & breastfeeding yang bantu saya cepat turunkan berat badan. Tapi masih bukan kategori kurusla...huhu. tengah usaha nak capai berat before kawen.
Sekarang berat saya BMI dah ok cuma chubby je lagi. hihi..
Sebenarnya, berat kita boleh turun lepas bersalin. Memang tak yah risau!!! dalam tempoh berpantang tu mesti turun.Yang kena risau lepas 3 bulan bersalin. Macam mana nak maintain berat badan balik. Sebab banyak yg naik balik berat lepas 100 hari tu. hihihi...sbb dah leh makan macam2.hihi..
Doakan saya kurus tau! hihi..
Sunday, November 2, 2014
Teaser: New veil untuk disewa
Thursday, October 30, 2014
Perkembangan Fayyadh 7 & 8 Bulan
Ya Ampun Fayyadh..mama selalu lambat update perkembangan kamu dekat sini. Hihi...so, kalai ni kita combine jela perkembangan Fayyadh masa 7 & 8 bulan. Hihi..
Posted via Blogaway
Wednesday, October 29, 2014
Mana kedai Kain Murah area KL-Selangor?
Nak mintak tolong sikit. Korang tahu tak mana kedai kain yang murah dan banyak pilihan kain area Kl-selangor selain Nagoya, kamdar & jakel?
Saya nak cari kain untuk buat barut & bedung baby untuk online shop saya. Kalau tahu, komen dekat bawah k..
Tq!
Tuesday, October 28, 2014
Ulang Tahun ke-4 blog saya!
![]() |
Entri pertama blog ni. |
Friday, October 17, 2014
Barut Baby Yang Cantik & Murah di By Adeenda!!! (Sticky Post)- utk entri terbaru sila scroll ke bawah
Thursday, October 16, 2014
Emo pulak bila layan Drama Kasih Berbisik!
"Kalau cinta nape kawen lain?"
"Kalau sayang nape tengok perempuan lain?"
'kalau kesianpun perlu ke kawen lain?"
"Ni la lelaki..bini percaya gi outstation rupanya gi bukak cawangan baru. menipu satu hal"
Monday, October 13, 2014
Alhamdulillah. Pemberian BE paling banyak pernah dapat. Thank You Nuffnang!
Tq so much Nuffnang !!!
Friday, October 10, 2014
Mengemas Rumah. Macam manala nak mudahkan kerja mengemas rumah ni?
2 hari lepas balik kerja, borak2 dengan husband pasal rumah. Balik dari kampung hari isnin hari tu tak menyempat lagi nak kemas rumah. Bukan maksud rumah tu bersepah. Tapi kain baju balik dari kampung dah basuh tak sempat berlipat. Balik kampung musim hujan hari tu tak basuh pun baju kat sana. Kumpul bawak balik rumah memang bertimbunla kena basuh dan sidai. Dah kering, ada yang sangkut ada yang kena lipat. Hari tu ada kawan share pasal jadual kemas rumah. Elok buat time weekdays. Weekend masa untuk rehat. Tapi saya weekend tu biasa kalau nak mop lantai nak cuci toilet memang weekend jela buat. Weekdays normal rutin..masak, basuh baju..lipat kain. Dulu baju pun iron siap2 stock seminggu time weekend sekarang dah tak sempat. Iron hari2 (T_T)...sebab busy lepas tu banyak jugakla jadual harian yang dah berubah.Huhu..
Rasa kena manage balik time untuk kemas rumah. Taknak tumpu pada weekend. Lepas ni weekend masa untuk rehat & jalan2 dengan family je. So, kerja mencuci kena buat hari2. Ada merungut jugak cakap takut penat kalau kena kemas hari2 sebab sayapun working mom. Tapi husband cakap..try maintain je keadaan rumah tu. Tak payah tunggu weekend baru nak mop. Kalau rasa nak mop lantai, buat je. Dia cakap kiteorang kena tiru style ayah saya yang sapu sampah dan mop lantai hari2. Hihi..Ya..ayah saya memang rajin sangat. Takleh tengok lantai berhabuk. Hari2 dia sapu dan mop lantai. Tak kirala bahagian dalam atau luar rumah. Tapi saya belum tahap serajin tu. Huhu..
So, sebenarnya apa yang penting rajin dan disiplin. Nak maintain rumah kemas kena sentiasa rajin & disiplin.
Contoh, kalau angkat baju terus lipat. Tak payah tangguh2. Kalau rasa terbeban, try buat sambil main dengan anak atau tengok Tv. sekejap je habis. Bajupun basuh selang 2 hari. Jangan tunggu weekend baru nak basuh semua. Nanti super penat. Kalau saya weekend biasa basuh yang besar2 macam cadar, sarung tilam, sarung bantal senang nak ampai dekat luar. kita ada dalam rumah nak jenguk2 ampaian.
Nak maintain dapur bersih, kena make sure lepas masak je lap dapur. Kena basuh pinggan mangkuk sambil2 tengah masak. Jangan tunggu habis masak baru basuh semua benda. Nanti lagi letih. kena buat sambil2. Kalau capai barang nak masak, letak dekat tempat yang betul semula. Nanti takdela nak cari2 mana letak barang tak jumpa. Dekat dapur memang kena banyak apply kerja2 susun atur.
Nak maintain living hall dengan ruang makan kemas pun sama. Kalau golek2 depan Tv dengan bantal semua dah bangun nanti letak balik bantal tempat betul. Kalau minum2 or makan sambil tengok Tv kena basuh pinggan dan gelas tu. Jangan tinggal merata. Sama jugak dengan mainan anak. Kena simpan balik lepas anak main supaya tak sepah.
Bilik tidur kena buat rutin biasa. Bangun mesti kena kemas tempat tidur. wajib. Kalau dah mandi, tuala kena sangkut tempt dia kemas2. Sama dengan sejadah dan telekung solat pun jangan letak suka hati. sangkut tempat yang betul supaya tak nampak semak. Huhu..
Sekarang ni tengah plan jadual kemas rumah macam yang saya jumpa dari google. Lepas ni nak try kemas rumah sikit2 hari2. Tak yah tunggu weekend nak menyapu, mengelap, mop bagai. Buat sikit2 dengan masa yang minimum. So, nanti weekend boleh rehat & spend time dengan family je. Takde buat keja rumah yang banyak.
Apa pendapat korang? Cara korang kemas rumah?
Wednesday, October 8, 2014
Cendol Sungkai Yang Super Yummy!!!
Tetiba je tau dah jadi suka sangat dengan cendol Sungkai ni. Memula kenal cendol ni masa tengah sarat pregnant dulu. Ada sekali tu balik kampung dekat kedah, husband berhenti nak gi toilet dekat hentian Rehat Ladang Bikam, Perak. Ibu mengandung memang sentiasa lapar kan..haha. Pantang berhenti je saya sibuk nak cari kuih pau la..jagung la, buah la. Duduk dalam kereta keja makan je. Makan, makan, makan sampai tak sedar badan dah besar serupa gergasi. Hihi..
Ok..Dekat hentian rehat Ladang Bikam ni ada 3 deret Gerai je dengan satu Baskin robbins. Gerai cendol sungkai ni letak betul2 tepi baskin robbins. So..memang senang nak cari. Sorry lupa nak snap gambar. Kalau tak, boleh tunjuk gerai tu dekat sini.
Saya memang hantu cendol. Tiap2 minggu nak makan cendol. Tapi tak taula nape masa mengandung memang mula2 rasa cendol sungkai ni memang sedap gilerr...masa tu menyesal beli satu je. Haha..sedap! lemak berkrim! saya beli cendol yang letak kacang merah. Rasa dia memang umpph!!
Lepas balik dari kampung, menghala ke KL pun saya suruh husband berhenti lagi dekat hentian rehat ladang bikam sebab teringin nak makan cendol dia lagi tapi kecewa ( T_T)....kalau hentian Ladang bikam menghala ke KL takdepun jual cendol sungkai. huhu..so cendol tu hanya ada dekat hentian ladang bikam menghala ke utara saja!
Satart dari tu bila balik kampung tolak time berpantang ais, memang keja suruh husband berhenti dekat hentian ladang bikam sebab nak makan cendol sungkai. Hihi...Eh, korang kalau balik utara dari Kl tu singgahla beli. Sedap tau!
Nila rupanya cendol sungkai tu!
Kalau cendol biasa harga RM 2. Kalau cendol yang letak kacang merah harga 2.50. saya suka yang letak kacang merah sebab suka kacang merah jugak. Rasa lebih yummy! hhi...