About Us

Sunday, September 1, 2013

15 minggu dah ada baby bump???


Dua minggu ni padat dengan aktiviti makan-makan. Open house banyak kan. Dahlah time ni selera makan dah berganda. Mana boleh gi open house makan 1 atau 2 jenis makanan je. Hisy! xcukup ok! mestila nak try semua kan..hahaha. so, sekarang memang tak berani nak timbang berat badan.seyes  takut!!!
Ok..minggu ni last open house. lepas ni xmau dah makan macam xingat dunia. Kita makan sihat2 je ye baby. Mama takut karang jumpa nurse kena berleter sebab berat naik banyak sangat. kang awal2 lagi kena minum air gula. xmau! xmau!huhu...

Oh! Saya perasan perut saya dah membuncit ok! Even xlah ketara sangat sampai semua yang tengok tau yang saya dah preggy tapi kalau tengok betul2 memang dah buncit. Gi office pakai baju kurung memang la xnampak sangat kan. tapi kalau saya keluar pakai T-shirt memang terserlah kebuncitannya. Time ni dah fikir, eh..kalau nak masuk 15 minggu memang dah ada baby bump erk? (selasa ni baru cukup 15 minggu). ke lemak open house yang terlebih2 ni? hehe...terus google nak tengok baby bump mommy yang preggy 15 weeks. (punyalah takut kalau saya ni yang advanced sangat membuncit. hehe...)

so..saya jumpa ni..

(All pictures credit to google)










pregnant 15 weeks. ok..dalam gambar ni pun tujuk yang perut si ibu memang sedikit membuncit kan? hehe

Eh..baby bump diaorang kalau 15 weeks memang dah nampak kan???

Tapi saya ni bukan baka mat salleh..so, kalau perut membuncit kecik sikit jer dari diorang kira okla kan. hehe..
Buncit baby tu maybe sikit je kot..yang lebihnya lemak mamanye ni ha. hehe.. Tapi ada orang cakap, kalau perut jenis tebal ni memang cepat sikit nampak baby bump nyer.

baby bump saya? owh..malu la nak tunjuk sebab rasa diri begitu demuk! huhuhu...

Thursday, August 29, 2013

Takdir. Anak. Rezeki



Entri yang dah lama sangat saya nak tulis dekat blog ni. Sejak saya tak pregnant lagi memang saya ada simpan hasrat nak tulis pasal benda ni. Baru sekarang ada masa nak menulis.

Saya bukan kategori mom to be yang bunting pelamin. Means..lepas kawen terus pregnant. Mungkin sebab saya kawen dulu xde pelamin so saya tak rasa ayat “bunting pelamin” tu praktikal untuk saya. Tapi bukan maksudnya saya & suami tak nak anak cepat2.  Saya berserah pada rezeki. Kalau cepat, Alhamdulillah…kami terima dengan senang hati tapi kalau lambat kami fikir aje positif. Bukan rezeki lagi. Pasti ada sebab & hikmahnya kenapa rezeki “anak” tu belum sampai lagi.

Apa yang saya nampak dalam majority masyarakat melayu ni, ramai yang buat perkahwinan sesetengah pasangan  tu macam satu perlumbaan siapa yang paling cepat pregnant atau dapat dapat anak dulu. Macam satu kebanggaan tak terhingga kalau dapat pregnant awal then yang pregnant lewat ni di anggap tak suburlah..banyak masalah kesihatanlah.. lemahla, tak power. Hmm….Boleh pulak buat perbandingan yang si polan ni kawen lambat dah pregnant yang si polan ni kawen dulu tak jugak pregnant2 lagi. Bukan semua orang macam tu..tapi ada jugak yang lansung tak menjaga sensitiviti hati dan perasaan orang lain dengan mengeluarkan ayat-ayat yang bagi saya layak buang dalam tong sampah saja. Mereka ni lupa ke yang anak tu rezeki dari Allah? Mereka lupa ke yang manusia ni bukan tuhan. Allah tak janji yang setiap yang berkahwin tu akan dapat anak cepat, Allah tak janji pun setiap yang berkahwin tu akan dapat anak. Tapi kita tahu yang Perkahiwnan tu boleh bawa macam2 pahala untuk suami dan isteri. Perkahwinan tu menghalalkan hubungan dua makhluk Allah yang saling menyayangi. Allah janji yang isteri yang baik, yang patuh pada suami , menjaga aurat & solatnya bakal masuk syurga. Kenapa orang luar masih nak bising2 soal “anak” sedangkan pasangan tu sendiri redha & bahagia dengan apa yang mereka ada? Siapa yang kahwin taknak anak? tapi kalau dah macam2 usaha buat, berdoa, berikhtiar tapi masih belum dikurniakan anak, layakkah mereka dihentam? Ini TAKDIR. TAKDIR. Mereka sedang di uji.



Jangan pandang orang yang lambat dapat anak ni or orang yang tak ada anak ni tak bahagia, tak lengkap hidupnya. SALAH! Cuba bagitau saya..ada tak pasangan yang ada anak tu tak pernah ada masalah? Tak ada yang bercerai birai? Tak ada ke? Rasanya kalau baca ruangan masalah rumah tangga atau kes mahkamah ramai je yang ada anak tapi bercerai, suami buat hal….Anak bukan jaminan yang rumahtangga tu akan bahagia & berkekalan. Kalau selidik faktor penceraian pun, soal “anak” ni tak masuk pun dalam kategori antara punca2 utama pasangan bercerai. Memang anak tu pengikat kasih sayang tapi layakkah kita sebagai manusia, sebagai hamba nak mempertikaikan apa yang Allah takdirkan pada manusia lain? Siapa kita nak mencabar takdir Allah? Kita sebagai hamba boleh berusaha….dari segi perubatan moden or tradisional, boleh berdoa tapi hanya Allah sahaja yang boleh beri rezeki tu pada kita. So, jaga mulut. Jangan menghina golongan yang lambat dapat rezeki anak ni. Kita tak tahu yang sebenarnya banyak keistimewaan lain yang Allah bagi pada mereka. Banyak kelebihan lain yang mereka ada berbanding kita yang mungkin dikurniakan ramai anak. Anak tu rezeki. Anak tu anugerah tak ternilai untuk kita. Pada mereka yang punya anak, bersyukurlah dengan anugerah hebat ni. Kita tak tahu apa akan jadi masa depan. Mungkin kita di uji dengan anak kita sakit atau apa-apa lagi ujian. Sp, tolong jangan terlalu berbangga dan mendabik dada depan mereka yang belum dikurniakan anak sebab kitapun tak tahu apa akan jadi di masa depan. Ujian & dugaan Allah untuk manusia tu satu rahsia. Dan setiap manusia Allah dah tetapkan rezeki masing2. Jangan banding2kan. Kita ada kelebihan & kekurangan masing2. Terlebih di sini, pasti ada terkurang ditempat lain. Tak ada yang sempurna pun…



Bercerita pengalaman sendiri. 10 bulan saya kahwin baru saya tahu saya pregnant 6 minggu. Means, Rahim saya ni kosong sehinggalah bulan ke-9 perkahwinan kami. Setakat sindiran orang tu saya dah rasa lali. Saya tak pernah ambik hati atau rasa sensitive kalau orang tanya saya, “dah berisi ke belum”. Soalan yang bagi saya setakat bertanya khabar. Saya tak kisah..tanyalah dan saya mesti jawab dengan senang hati & minta mereka doakan yang saya jugak cepat dapat anak. Tapi yang selalu buat saya terasa @ terkilan bila orang mempertikaikan & buat macam benda pelik bila saya masih tak pregnant2 lagi.Lepas 4 bulan kawen, boleh pulak orang tanya saya kenapa lambat sangat dapat anak? Hey..hallo! baru 4 bulan kawen ok. Lama sangat ke? Ada yang tunggu sampai 14 tahun baru dpt anak.

 BIla cakap belum..takde rezeki lagi, cakap pulak kita ni merancang. Padahal takpun. Tapi bagi saya kalau merancang pun kalau Allah nak bagi anak, akan mengandung jugak walau merancang cam mana pun. Kuasa Allah tak ada siapa dapat tandingi.  Paling sedih bila ada pulak yang terang2 bangga diri depan saya yang dia kawen lambat wife dia pregnant dulu. Cakap husband saya tak power la..kami xpandai buat anak la. (Maaf..bukan 18sx ya).. Bagi saya ni satu gurauan yang keterlaluan dan tahap melampau. Saya tak kawen dgn husband saya semata-mata nak berlumba dengan kawan2 saya siapa dapat anak dulu or siapa bunting pelamin dulu. Ini soal rezeki bukan pertandingan. Rahim perempuan ni bukan mesin. Yang bila telan je apa2 sample terus jadi anak dalam tu. Bercakap macam kita ni tak ada perasaan. Saya selalu rasa yang saya dah bersedia jadi ibu, husband saya pun selalu cakap dia dah sedia nak jadi bapa. Kita cakap dah sedia tapi Allah tahu waktu bila yang kita ni “bersedia”, waktu bila yang terbaik untuk kita terima rezeki dari DIA. Perancangan Allah tu yang peling terbaik. Kalau lambat mesti ada hikmahnya. Kita je yang tak tahu. Tapi kalau dapat anak awal, jangan kata kita tak ready, xlayak lagi jadi ibubapa lagi sebab Allah lebih tahu samaada kita ni layak ke tak. Mungkin hati & mulut kata tak sedia tapi Allah tahu waktu tu waktu paling tepat untuk dia bagi rezeki anak dekat kita walaupun baru sangat je kawen. Dia tahu kita dah layak..dah sedia. Kita boleh jaga anak sendiri dah. Bersyukurlah kerana korang anatara orang-orang terpilih untuk dapat zuriat awal.

Masa saya masih berdua dengan husband, belum ada rezeki anak, kami just enjoy every single moments yang ada. Tak perlu nak stress sangat fikir pasal rezeki yang belum dapat. Nikmati apa yang ada depan mata sebahagia mungkin. Saya ada juga usaha dari segi pemakanan tapi xdelah sampai tahap stress melampau nak anak cepat2. Takdelah hari-hari fikir pasal nak anak. Saya tak rasapun saya & husband ada kurang apa2..enjoy hidup berdua sebab time bercouple dulu mana ada masa nak bercinta sakan. Lagipun kami fikir positif. Bagi saya, mungkin Allah nak bagi saya masa yang lebih untuk layan suami, untuk berbakti pada dia. Kumpul amal banyak2 sebagai isteri. Gi berjalan sana sini dengan husband, masih lagi keluar jumpa kawan2 dekat luar sama2. Kami penuhkan rumah kami dengan semua keperluan. Kira awal2 kawen tu kami Berjaya la lengkapkan rumah kami. Then, stabilkan kewangan kami. Dah prepare dah siap2 belanjawan bila ada baby nanti. So..kami tak stress atau rasa rendah diripun dengan kekurangan kami ni. Tak dapat baby awal, buat dulu apa benda yang kami nak buat especially dr segi duit. Kalau nak rasa nak belanja itu ini, sekarang la masanya.

 Rezeki nak anak awal  tak dapat, tapi saya tahu ada lagi rezeki lain yang Allah bagi tanpa kami minta. Lagipun, kami bersyukur sebab dapat family yang sangat memahami. Family saya & family in law tak pernah sekalipun tanya kami pasal anak sampailah saya bagitau mereka sendiri yg saya dah pregnant. So, kami tak tertekan. Satu lagi saya positif je bila tahu kawan2 saya dah pregnant, positif je baca entri2 pregnancy kawan2 dekat blog. Happy buat macam tu. Tak nak terasa hati or rasa rendah diri sebab saya tak pregnant lagi. Bagi saya tak salah baca pasal ilmu2 kehamilan ni sebab at least saya dah bersedia dari segi tu kalau ada rezeki nanti. Lagipun, doktor pun pesan dekat saya jangan stress pikir pasal period saya yang tak teratur, hormone yang tak stabil lepas kawen..sampai rezeki adalah. Dan doctor selalu cakap saya muda lagi..walaupun saya rasa saya dah tua! Hehe…Jangn stress fikir hal anak sebab stress pun salah satu sebab sukar hamil dari segi perubatan. Dan saya buat apa yang dr cakap, makan vitamin yang dia bagi tanpa stess. Tak nak berharap setinggi langit dan Alhamdulillah..rezeki nak pregnant  tu dah  sampai. Rezeki untuk melihat anak ini lahir dengan sihat dan selamat ke dunia itu saya  berdoa pada Allah  setiap hari. Mudah-mudahan dia lahir dengan sihat, sempurna dan bakal menjadi hamba Allah yang mulia akhlaknya. Moga ada rezeki buat saya & suami membesarkan dia. Setiap yang berkahwin tu nak anak. Pada yang belum samapai rezeki tu, bersabarlah. Kita sedang di uji. Ujian Allah tu tanda dia sayangkan kita. Jangan rasa diri terkurang apa-apa. Cari kelebihan yang Allah dah bagi pada kita. Jangan stress, nikmati hidup dengan suami @ isteri sebahagia mungkin. Kumpul amal & pahala banyak2 sebab berbakti pada suami. Usaha untuk ambil apa2 supplement tapi jangan samapi stress gila kalau tak mendatangkan hasil. Jangan give up ok! Berbahagia dengan apa pun yang kita ada dengan cara kita sendiri. Pekakkan telinga je dengan cakap-cakap orang. Anggap semua tu ujian. Mereka mengata kita yang dapat pahala.

Bila rezeki tu belum sampai, fokuskan dengan apa yang kita dah ada. Nikmati kehidupan kita sebahagia mungkin. Jangan rasa rendah diri atau terkurang apa2. Sebab disebalik kekurangan yang satu tu, banyak lagi kelebihan lain yang kita ada. Jangan mengejar & mengharap sangat2 pada benda yang belum ada sampai kita terlupa untuk menikmati rasa bahagia yang sememangnya kita dah ada. Berhenti dari terus memikirkan perasaan orang lain sebab hati kita sendiri yang akan sedih. Saya faham, susah nak built up semangat diri, nak jadi kental dengan kata2 orang. Sebab banyak "mulut-mulut" yang takde filter. Dan sekental manapun hati, bila ditujah kata2 pedas, pasti terluka jugak. Kalau saya, bila tengah sedih, rasa terluka saya akan baca ayat2 motivasi, akan baca buku2 atau artikel tentang ujian Allah, tentang nikmatnya bersyukur..atau apa2 saja ayat yang boleh naikkan semangat saya. Yang boleh hentikan air mata saya. Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah-Nya. Ada ganjaran besar untuk mereka yang sabar.

In sha Allah..akan sampai jugak rezeki anak tu nanti. Cepat atau lambat tak penting, yang penting rezeki tu datang dari Allah swt. Mana tahu lambat-lambat dapat kembar terus ke? Lagi best kan!


p/s: sorry kalau apa yang saya tulis menyentuh sensitiviti mana2 pihak. Saya bercerita secara general tidak bertujuan meburukkan sesiapa.

Friday, August 23, 2013

Baru nak Update Pasal Raya

Fuh...dah 3 minggu tak update blog. Kalau tunggu seminggu lagi genaplah sebulan. Boleh pecah rekod ni sebab before ni tak pernah-pernah lagi selama ni blog kesayangan hamba ni tak berupdate. Berdebu sudah blog ni. Mujur belum bersawang lagi. hehe..

Baru nak cerita pasal raya kami berdua. Raya pertama sebagai suami isteri haruslah happy + excited kan? Puasa terakhir & raya pertama dekat rumah mertua dekat kelantan. Pengalaman berbeza tapi seronok. Dekat rumah FIL hari pertama raya kiteorang ramai-ramai bakar satay. satay tu kiteorg wat sendiri. so, merasalah saya cucuk satay beratus-ratus masa malam raya tu. Makanan pun ada yang tak sama. Tapi time tu saya memang keja bedal je semua makanan. sesi balas dendam sebab 2 minggu before raya saya hilang selera makan kan. Nasi pun xmampu nak telan. Tapi, Alhamdulillah..cuma 2 minggu je. lepas tu selera kembali normal sampaila sekarang (^_^).


Raya ke-2, after open house dekat rumah mertua, kami terus bertolak balik ke kedah. disebabkan perjalanan balik yang berpusing-pusing saya memang asyik nak termuntah je. so..sepanjang perjalanan..hanya baring dan tidur sebab kalau duduk saya akan pening kepala sangat-sangat. time ni minyak cap kapak memang setia menemani.

Raya dekat kedah pun mestilah best kan. mak saya melayan je kerenah saya nak makan itu ini. Pantang cakap teringin nak makan ikan talapia merah la, mesti kejap je mak masakkan. Then bila cakap dah lama xmakan nasi lemakpun, pagi2 tu jugak saya dapat makan. Laksapun, awal2 balik dah dapat melantak. hehe...Satu lagi, setiap kali balik kedah, saya mesti nak makan rebung. Tapi, sebab pregnant, tak berani makan banyak-banyak. setakat merasa je.

Cerita yang tak best raya kali ni, saya alami keracunan makanan. tak tahu mana silap..sebab orang lain ok je. saya sorang je yang kena. maybe dah memang perut jenis tak tahan, bila mengandung jadi lagi sensitif. lepas tu semua benda saya nak makan kan.... Rasa menderita jugakla sampai naik lembik badan. Hilang segala tenaga. Gi klinik tak ok, then kena tahan kejap dekat hospital untuk masuk air. Alhamdulillah..lepas seminggu jugak barulah saya sembuh sepenuhnya. Mujur baby tak de apa2. Alhamdulillah.....

Sekarang, kembali busy dengan kerja. kesihatan pun Alhamdulillah dah ok. Harap tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya untuk semua kawan2  & pembaca blog saya. saya mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang kita berhubung di alam maya ni. Untuk ex b2b yang dah jadi mommy tu saya ucapkan tahniah. Macam tu jugak yang dah preggy, tahniah ya!



Friday, August 2, 2013

Mood Balik Kampung sudah Mari..


Yeay..esok dah nak balik kampung. walaupun balik rumah family in law dekat Kelantan dulu saya tetap rasa happy. Asalkan balik kampung tak pernah pun rasa xbest. Mestila best! Huh..xsabar nk tngalkan kota yg penuh sesak & traffic jammed ni. Hai....macam la balik raya ni x de jammed. Lagi teruk jammed nye. Huhu..tak sanggup nak imagine rupa traffic jammed tu sbb ni first time nak balik kelate time raya. Tapi kan, kalau xde jammed bukan namanya raya kan? Walaupun jammed tu bosan, penat, ngantuk..tapi jammed tu jugaklah salah satu kemeriahan raya. Hehe…Kan?kan?

Hari ni kerja dalam mood nak balik kampung. Keja rushing kejar deadline. Hari ni la pulak deadline nya. Mujur sempat siap. Sambil dengar lagu raya buat kerja, memang la mood balik kampung tu berduyun-duyun je mari. Oh! Tak sabarnya nak tunggu esok. Hehe….balik kampung lehla release tension sikit. Time happy2 dengan family kan. Then..raya ke-2 balik kedah pulak. Itu lagila tak sabar sebab dah lama xjumpa family saya. Rindu memang dah tahap super duper! Rindu sangat masakan mak. Rindu bilik saya dekat kampung. (Eh..eh? )Rindu semuala termasukla anak sedara yang dua orang tu. Tiap kali call sibuk je Tanya bila mak ngah nak balik? Rindu ler tu….hehe…xlama dah mak nagah nak balik sayang!

Tapi dalam masa yang sama, risau jugak nak travel jauh-jauh ni. Doa saya semoga semuanya selamat dan baik-baik. Minta dijauhakn dari perkara yang tak diingini. Semoga selamat pergi & pulang. Amin….

Korang pulak bila balik kampung?

Hati-hati & jaga diri tau.

Safety first!


Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT

Wednesday, July 31, 2013

Dah Rasa Lega Sikit . Perihal Buku Merah


Alhamdulillah…selamat dh appointment dengan doctor dekat Hospital Klang semalam. Kenapa Hospital Klang? Sebab time saya bleeding  hari tu dah tak tahu nak refer hospital mana dekat shah alam. Dah blurr campur risau dengan husband pulak yang drive. Dia just  tahu hospital Klang je. Dia baru 4 bulan dkt sini, banyak lagi tempat & jalan yg dia xtahu. Klang tu dia tahupun sbb site dia dkt sana.  Lagipun dari shah alam ni nak ke sana xjauh.  Saya takleh fikir apa-apa.  Lagipun banyak yang cakap untuk kes-kes emergency better refer hospital goverment. Alhamdulillah…time dekat emergency room hari tu dengan time saya check-up dekat O& G semalam service ok & cepat .Nasib saya jugak kot tak perlu tunggu lama2 dan xjumpa lagi nurse yang garang. Hehe.. Xsampai sejam semua settle. Kalau tahu, xyah ambik cuti semalam. Ambik half day je. Tapi xpela….cuti rehat saja dekat rumah.Rasa rugi pulak ambik half day time bulan puasa sbb balik awal. Hehe..

Time menunggu tu sempat jugaklah sembang2 dengan dua akak ni. Sorang tu baru lepas gugur tapi lepas 2 minggu lebih darah still xberhenti turun. Dengar pengalaman dia gugur tu mg rasa kesian sangat & ngeri pun ada. Dapat pulak dia cakap darah turun laju mcm air je..huhu. Takut! Dia dah 2 kali gugur, tapi dah ada anak 4 orang dah. Dia bagtau tiap kali dia pregnant, mmg dia kerap bleeding tapi Alhamdulillah…anak dia 4 orang tu lahir dengan selamat. Rezeki dia kan….walaupun selalu bleeding time pregnant, dan doktor selalu cakap rahim dia xkuat, selalu ada komplikasi,  4 orang jugak anak yg lahir dari rahim dia. Kuasa Allah SWT….

Yang sorang lagi akak nipun dah 2 kali jugak gugur. Dah ada anak sorang. Tengah mengandung anak yang ke-2 skrg (patutnya dah yg ke-4). Sama jugak..dia selalu bleeding time pregnant. Tapi bukan brownish spotting la, fresh blood.  Usia kandungan dia skrg ni pun lebih kurang saya. 2 bulan lebih. Harap2 kandungan dia kali ni baik2 dan sihatlah. Dengar pengalaman dia kena D&C masa dia gugur first time dulu mmg kesian sbb lepas dari D&C tu dia mcm kena infection. Habis jadi gatal2 & allergic. Jadi xselesa sbb tu masa dia bleeding  time dia pregnant kali ke-3 tu dia harap kalau janin tu nak gugurpun, biar turun sendiri..dia xnak kena D&C lagi. Alhamdulillah…kali ke-2 dia gugur tu,semua  turun naturally. Kali ni mmg dia berharap yang benda lama xjadi lg. Time scan semalam pun semua ok.

Oh..cerita pasal orang, saya mcm mana pulak kan? Alhamdulillah….check semalam semua ok. Tiap kali dapat tengok si kecil time scan selalu saya rasa xpuas.   Hehe…..Kali ni dah nampak dah mana part badan dia, mana kepala dia walaupun masih kecik. Before ni scan xnampak sangat. dapat  tengok heart beat dia pun rasa sgt terharu. Besarnya ciptaan mu Ya Alllah. Cuma EDD dah berganjak lagi ke depan. Kalau ikut LMP dah 10 minggu 1 hari. Tapi LMP xleh diguna pakai untuk saya sbb saya irregular period kn. So, doktor kira usia kandungan based pada scan. Ikutkan time scan 2 minggu before ni patutnya dah 9 minggu 1 hari tapi smlm dr scan baru 8 minggu 5 hari. Xpela…..lari 3 hari. Asalkan semuanya baik2 saya dah sangat2 bersyukur. doa saya semoga dia sihat. sempurna dan selamat lahir ke dunia ni. 


Hasil scan semalam.


Nurse dah suruh buka buku merah dah dekat Klinik kesihatan terdekat.  bukan buku merah buat masa dah 12 minggu ke? Tapi nurse tu suruh buat awal plk.saya sebolehnya nak check-up dkt private. Senang tak yah ambik banyak cuti. Boleh gi time weekend, time luar office hour. Saya ni keja swasta manala banyak cuti. 18 hari je setahun. Tapi tolak  masuk keja start bulan 3 hari tu dh tinggal berapa hari je. Kalau time off pun boleh 2 jam je. Selalu org cakap KK tu kekadang menunggu dr pagi sampai tengahari barulah settle semua. Confirmla kena ambk cuti xleh time off kn.

Camne erk?
 Takpe ke xde buku merah kalau kita planning nak bersalin pun dkt private or semi government?
 Kalau tetiba nak gi bersalin kat government xleh erk kalau takde buku merah tu?  
Ada org  cakap kalau ada kes emergency or kes  tertentu hospital private pun akan tolak pada  hospital government. so..kalau xde buku merah xleh g la erk?
Saya plan nak buat jugak buku merah tu , check-up  beberapa kali dekat KK then lepas tu check-up dkt private. xpe kan macam tu? If apa2 kes leh refer government nye klinik/ hosital balik sbb dah ada buku merah. Ada yg bagitau kalau first pregnancy lagi2 la kena ada buku merah sbb senang dr nak pantau if ada apa2 kes.

p/s: cerita ni saya tulis dkt blog. Tidak di FB yg boleh dibaca oleh semua kenalan. Bagi saya, awal2 ni diam je dulu. Tapi ad jugak kawan2 yg dah tahu. cuma saya mintak diorg jgn hebohkan. sedara mara & officemate pun amai yg xtahu. Belum bersedia nak share dgn semua org. Blog ni tempat saya menulis segala catatan hidup. Satu terapi jiwa bagi saya. hobi jugak.

Monday, July 29, 2013

Persiapan Raya kami



Tahun ni, In sha Allah tahun pertama kami beraya as husband & wife. Perasaan? Haruslah excited kan. Dapat pulak tahun lepas tak beraya sangat sebab sibuk dengan persiapan kawen, baju raya pun xde tau tahun lepas. Hehe..Tahun ni, perasaan tu memang teruja tapi persiapan, sambutan tetap sederhana. Ya….saya bukan kategori yang suka berhabis-habisan shopping untuk raya. Walaupun mata ni kekadang geram tengok sales sana sini tapi sabarkan aje hati. Raya memang setahun sekali tapi takkanla nak berhabis sakan. Ye tak? Baik bersedekah pada yang lebih memerlukan.

Baju melayu husband tak beli baru. Guna balik baju melayu time majlis bertandang dulu sebab baru pakai sekali dua je. Cuma saya je yang cari baju nak bagi matching dengan warna baju dia. Tupun bukannya baju kurung sangat. Blouse labuh yg nampak cam ala2 baju kurung. Kain pakai kain yang dah sedia ada. Bolehlah nak pakai raya. Lagipun saya ada baju kurung lain yang saya dah lama tempah tapi xsiap-siap lagi. Raya ni baru siap. Baju dari kain yg orang hadiahkan time wedding saya dulu. So, pakai je baju tu buat baju raya padahal asalnya nak buat pakai gi office sebab baju sekarang banyak tak muat. Lepas kawen berat naik mendadak, baju-baju lama pun banyak tak boleh pakai. Hehe..

Biskut raya memang saya tak beli banyak sangat. Bukan kedekut ke apa sebab saya rasa membazir beli banyak-banyak last2 tak makan. Seyes..family saya dekat kampung kalau biskut raya memang kurang makan. Kalau belipun berkurun nak habiskan. So, dari biar expired, buang dalam tong sampah,  membazir macam tu je baik jangan beli banyak-banyak. Pilih biskut yg memang confirm akan habis je & setakat perlu. Hehe.. Kalau raya, saya paling banyak beli makanan selain biskut macam kerepek, kacang, tempeyek, popia simpul,meruku,  tu je. Keropok bantal pun saya beli. Hehe..kira kerepek & kacang tu satu kemestian time raya & confirm akan licin dulu berbanding biskut raya. Tapi sebelah family in law nanti tak tahu macam mana sambutan rayanya. Tapi husband saya cakap sama je. So, memang saya beli jugak biskut raya, kerepek & kacang untuk bawa balik dua kampung. Cuma kek je yang saya tak cari lagi. Hmm..kek pun wajib ada jugak dekat rumah time raya nanti. Adik dengan anak sedara saya yang dua orang tu suka makan kek.
Yang lain-lain biasalah. Sediakan duit raya untuk kasi dekat sanak saudara & budak-budak yang datang ke rumah. Duit raya pun dah tukar dah dekat bank. Cuma belum isi dalam sampul je.  Barang rumah takde beli baru sebab semua pun baru2 lagi. Langsir semua tu still pakai yang lama. Ala..xsampai setahun pun lagi beli. Takkan nak beli baru lagi kan? Hehe….

Perasaan teruja tu sebab first time nak sambut raya dengan husband, first time jugak nak beraya dengan family in law. Nak merasa suasana puasa & raya dekat Kelantan. Mesti lain sikit kan dari dekat kampung saya di kedah? Paling tak sabar nak try kuih muih & masakan Kelantan. Harap time tu tekak ni dah lalu nak telan macam-macam makanan. Excited jugak first time nak balik raya dekat kedah dengan husband. Nak bawa dia beraya dkt umah sedara mara saya. Bagi dia rasa makanan yang ada dekat kedah & suasana raya dekat kampung saya.  Ok..dah mula rindu laksa kedah time ni! Selalu dekat kedah, time berkumpul ramai-ramai ni memang laksa tu wajib ada. Dekat shah Alam ni susah bebenor nak jumpa laksa kedah yang best. Tekak ni memang nak laksa dekat kampung jugak.

Ikut perancangan, kami akan beraya dekat Kelantan dulu. Raya kedua baru balik kedah. Wajib balik dua2 kampung. Cuma kena bergilir raya pertama dekat kampung mana je. So, tak timbul soal gaduh pasal nak balik raya. Dah sepakat. Hehe…
Oh! Tak sabarnya nak balik kampung! Ridu tahap super duper dah ni..


p/s: Esok ada appointment dengan doktor pakar dekat hospital. Hope baby sihat & semuanya baik-baik je. Berdebar pulak sebab semalam boleh pulak mimpi dr scan xnampak apa-apa. Memang mimpi buruk. Doa banyak-banyak mintak semuanya ok.  

Thursday, July 25, 2013

Shopping Buah- Buahan


Disebabkan tekak saya dah susah nak terima nasi dan seangkatan dengannya. Dan disebabkan kena paksa jugak makan sikit2 walaupun tekak ni rasa perit je tiap kali nak telan, so memang buat bekalan buah je banyak-banyak dalam fridge dekat rumah. Bihun goreng pun jamah suku je terus stop. Kuih xsemua yang saya boleh telan.  Sadis sungguh keadaan diri. Takpe, untuk kamu sayang..mama rela =) . semalam beli ayam penyet time berbuka kekonon akan membuak-buak selera nak makan tapi sudahnya hanya terluak sikit je. Paksa jugak makan sikit-stop. Makan sikit-stop. Itu je mampu. Tupun xhabis jugak. Sebelum ni makan sepinggan pun cam tak cukup...siap bertambah-tambah pulak. hehe..

Saya dari dulu-dulu sejak zaman anak dara memang wajib makan buah setiap hari. Tapi tak adalah sampai berjenis-jenis buah nak telan kan dalam satu hari. Paling suka, epal la... Tapi sekarang ni memang kena beli pelbagai jenis buah sebab itu je faveret saya sekarang tambah-tambah lagi anggur. nak harap makan benda-benda berat yang lain memang tak mampu. selera lansung takde. Kurma, biskut, roti dengan mee alhamdulillah ok. Susu Anmum tak berapa nak selera nak hadap. soya dengan susu chocalate dutch lady tu je yang suka. Buah je yang boleh buka selera saya lebih2...

Hasil shopping semalam....ini sekejap je habis. Tak sampai seminggu dah habis. hehe...







oh..buah ni pun suka jugak. Ayah saya kirim dulu time before puasa. Harum manis..hm..lepas ni nak cari betik & pelam la pulak.




p/s: maaf entri buah pulak di bulan posa tapi xde yg terliur kot. Buah je kan..huhu

Tuesday, July 23, 2013

Serba Serbi Berubah



Sejak dua menjak ni memang banyak perubahan berlaku. Jangan kata hanya pada tubuh badan sendiri, mood, malah hubungan dengan orang terdekat pun dah berubah. Perubahan hormon katakan. Oh! tagline “perubahan hormone” sangatlah popular di telinga saya lepas kawen. Hehe…penyakit malas pun sama. Rajin  benor menghinggap. Pagi ok..bersemangat dekat tempat kerja. Tapi bila dah masuk petang dah mula pening, loya..rasa xsedap badan, ngantuk. Mata ni tahan je layunya sampai ke rumah.  Sampai rumah, terus rehat. kekadang tertido jugak sbb pening dan rasa loya. Malam  lagilah awal dah masuk tido.  Masak pun bersemangat buat time sahur sahaja. Kalau time sahur memang boleh ber "tung tang tung tang" dekat dapur. Maybe dah cukup rehat kot. Waktu lain, jangan harap. Tapi makan pun....dah tak lalu macam dulu. Hilang selera makan nasi & lauk pauk. Kurma dengan buah je. Kuih pun memilih jugak tekak ni. Teringin je lebih tapi bila benda dah ada depan mata tak boleh nak telan. Paksa makan jugak nasi  sebab fikir si kecil dalam perut. susu pun paksa jugak minum sikit2. Kesian dekat husband banyak kena buat kerja rumah. Tapi mujur dia memahami..layan aje kerenah si isteri. Semoga kandungan ni sihat & kuat sehingga melahirkan. Berdebar pulak nak jumpa doktor dekat hospital selasa depan. Huhu..

Friday, July 19, 2013

Alhamdulillah..dah nampakpun dia =)


Alhamdulillah.....terubat jugak kerisauan saya bila dapat jumpa doktor pagi tadi. Sepatutnya jumpa semalam untuk repeat scan tapi balik kerja semalam memang letih teramat. Pukul 8 lebih saya memang tak larat nak keluar pergi klinik walaupun husband yang drive. Saya rasa ngantuk sangat. So, decide pergi hari ni.
Lagipun saya dapat mc hari ni sebab semalam masih ada spotting.

Alhamdulillah...masa scan tadi dah nampak fetus di dalam kantung. Heartbeat pun dah ada. Oh..sayang, happynya hati mama ni bila dah nampak kamu! Nak menangis dekat situ juga tapi tahan jer sebab malu dekat doktor dan nurse. Hehe......Tapi sungguh sebak hati ni. Time tulis entri ni pun turun jugak air mata saya.  Masa tengok dia dalam kantung rasa kagum sangat dengan kekuasaan Allah. Rasa kagum bila nampak ada si kecil di dalam rahim saya. Time scan ni, dr cakap kandungan saya baru 7 minggu 5 hari. Kalau ikutkan kiraan dulu dah 8 minggu 1 hari. Tapi period saya irregular kan. so, bila scan baru tahu.  Doktor nasihatkan saya, jangan risau. Dia ok. Anak awak masih survive di dalam ni. Jangan buat kerja berat & jangan travel jauh-jauh. Hopefully tak ada lagi pendarahan dan si dia akan membesar dengan sempurna dan sihat di dalam rahim saya. Ya Allah..lindungilah dia..semoga dia selamat sehingga dilahirkan. In sha Allah..saya akan lebih berhati-hati dalam pergerakan & pemakanan utk trimester pertama ni. Berharap tak ada perkara yang tak diingini berlaku.

Tengok anak panah tu.....Dah nampak dah janin dalam kantung. Kecik lagi saiz dia. 


Saya decide untuk terus check up dekat klinik Ajwa  dekat shah Alam ni.  Rasa selesa di situ. Doktor & nurse pun ok & mesra.  Lagipun panel klinik company hubby. untuk  check up dah cover. Yang penting, weekend pun boleh datang check up, so tak terikat sangat dengan waktu kerja & perlu menunggu lama. Tapi check up dgn pakar dekat hospital pun saya akan pergi. owh..30hb ni ada appointment. Berdebar lagi hati ni... Harap semuanya okla nnti. Baby, be stronger ya!
semoga semuanya dipermudahkan. Amin....

Monday, July 15, 2013

Berdebar



Hari khamis ni saya ada appointment dgn dr klinik swasta untuk check up & repeat scan. Huh..memang dah mula rasa berdebar-debar. Mungkin sebab condition saya yang masih tak ok, so rasa takut tu mestilah berganda kan. Cuma saya taklah stress sangat or terlalu fikir. Bila time turun lagi darah sikit2 tu yang saya jadi risau & cepat nak panik. After rujuk hospital tu keadaan saya still sama. Masih lagi ada spotting walaupun bukan tiap hari. Selang dua atau tiga hari. Tapi perut tak sakit. Just cramp mcm pms tu je. Baru beberapa hari dapat puasa penuh, then, saya terpaksa berbuka lepas  turun darah lg. Mungkin saya rasa saya kuat dan tak ada apa-apa masalah bila puasa, tapi kandungan saya  macam mana?huhu… Itu yang saya risau. Lagipun dalam islam pun beri kelonggaran untuk ibu mengandung tidak berpuasa bila keadaan memudaratkan dirinya & kandungan.  Dalam waktu-waktu genting macam ni, hanya mampu ikhtiarkan makan makanan yang berkhasiat ,supplement yang mencukupi, kawal pergerakan ,doa & tawakal.

 Cuma, saya rasa saya dah makin kuat dari 2 minggu sebelum ni. Sepanjang saya dah tahu yang saya pregnant ni memang saya tak der lagi kena muntah2 atau alahan yang teruk. Just rasa mual, pening, kerap letih dan cepat mengantuk. Selera makanpun Alhamdulillah ok. Cuma saya jadi loya bila minum susu padahal dulu feveret kot. Hehe.. .


Lagi 2 minggu, saya ada appointment dengan doktor pakar pulak dekat hospital.  Entah macam mana nanti. Hope so lah dapat good news kan? Tapi sekarang ni saya dengan hubby just buat macam biasa. Tak terlalu fikir dan tak jugak terlalu berharap. Perasaan yang bercampur baur. Nak gembira sangat pun tak boleh, nak sedih sangat pun tak boleh. Perkara yang masih samar2. Kami percaya pada rezeki yang Allah bagi. Kalau rezeki itu hak kami, walau sesusah manapun cabaran & ujian yang terpaksa dihadapi, ia tetap jadi milik kami juga.  Ikutkan perasaan & naluri kecil ni memang nak sangat kandungan ni membesar dengan sihat dan lahir dengan selamat. Lama menanti nak kecapi saat-saat indah macam ni. Punya anak sendiri. Bila dah preggy ni, naluri ibu tu memang kuat . Memang nak yang terbaik untuk dia. Nak dia sentiasa sihat & selamat di dalam perut ni. Moga ada berita gembira bila jumpa doktor khamis ni.  Ini ujian Allah buat kami. Moga saya kuat semangat dan diberi kesabaran yang tinggi menghadapi ujian ni. In sha Allah ...

Friday, July 12, 2013

Anak Buah saya, Nisa Admitted dekat Hospital (T_T)


Semalam before masuk tido saya asyik teringat dekat family dekat kampung. Rindu teramat. Ikutkan jumaat minggu lepas saya & hubby dah ambik cuti nak balik kampung dekat kedah. Tetapi, disebabkan saya tak sihat, tambah pulak dr xkasi jalan jauh, so tak jadilah balik. sedih sangat sebab dah lama tak balik sana. Dulu time duduk Kulim kerap sangat balik. If saya tak balikpun mak & ayah saya datang jenguk saya, tapi sekarng ni? huhu....Saya rindu sangat dengan parent saya, adik beradik saya & anak saudara saya yang dua orang tu! hehe..walaupun selalu cakap dengan diorang dekat telefon tapi xsama macam bila dah jumpa empat mata. Dahlah time tu ayah saya dah simpankan untuk saya & hubby buah durian yang banyak dah luruh dekat umah. Huhu...sedih. Kesian hubby..dia ngidam sangat nak makan durian pokok dekat umah saya. Hubby selalu cakap buah durian yang ayah saya tanam tu sedap ya amat. Ok..sabar, raya nanti kita balik makan puas2 ok. hehe..

oh..balik pada cerita asal. saya dapat mesej dari akak saya pagi tadi yang anak buah saya, Nisa kena tahan dekat hospital sebab demam panas. Huhu..baru jer wish happy birthday dekat dia semalam. siap tnya dia nak hadiah apa? nanti mak ngah belikan..Tapi dia baik, cakap xnak apa-apa. Bila pujuk2..tanya nak baju ke mainan, baru cakap nak baju..ok nisa, nanti mak ngah cari baju raya cantik-cantik dekat Nisa ok! Dah 2 hari akak saya bagitau yang Nisa demam. Tapi selalu malam je dia demam, siang ok. Tapi kali ni dah melarat. Makan ubat pun tak kebah-kebah jugak demamnya. Awal pagi semalam terus gi hospital. Huhu..sedih ar, rindu dekat dia sangat-sangat. Risaupun ya. semoga dia cepat sembuh!

Thursday, July 11, 2013

Best Jugak Cerita Ramadhan Yang Hilang ni!


Hari ni just nak cerita salah satu drama yang saya suka tengok dekat TV sekarang. Tapi rasa macam lebih tepat tengok dekat tonton kot. hehe..sebabnya pukul 10 malam mata dah ngantuk tahan gaban. So..tengok saja online.



Ada ke yang tengok drama ni? First episode saya tengok memang terus rasa tertarik. Drama ramdahan dekat TV3 ni memang selalu best-best kan? Samelah macam drama2 yang lepas macam syurgamu Ramadhan dan Ramadhan terakhir. Lagi apa erk? tapi tagline nya memang semuanya  ramadhan kan? Semuanya kisah masyarakat yang bikin saya touching sendiri. Siap boleh meleleh air mata tu. Macam cerita Ramadhan yang hilang ni....huhu..sedih, geram, semua ada.

Mula2 tengok memang kesian sangat dengan nasib si Delisha & mak dia. Hidup yang memang betul2 susah. Sampaikan pergi sekolah pun kasut dah macam kasut mulut buaya. Baju lusush, beg sekolah ternganga macam tu je..kesian yang amat. Makanpun ambik sisa makanan student yang tak habis dekat kantin. Masa nila rasa insaf dengan diri sendiri. Patut lebih bersyukur kerana tak hidup susah dan melarat macam tu. Dan peringatan jugak untuk sentiasa membantu mereka yang memerlukan. Respect jugak dengan si Zafirah even anak orang kayapun tapi tak sombong. sama macam parent dia jugak. Kaya tapi x belagak, x bongkak. Pemurah....Tapi bila dah lama-lama tengok jadi geram pulak dekat si Delisha ni. Macam dah lupa diri & daratan pun ada.  Haish....sabar2..hehe..

Adik berdua ni memang pandai berlakon. 

Janganlah sapa2 dapat mak mertua macam ni. Huhu..seram saya tau! 


Ok..ni sinopsis drama yang hilang..

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Sumber: Pelakon Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3 | melvister.com 

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Datang lagi (^_^)



Alhamdulillah..esok kita dah nak menyambut bulan ramadhan. Semoga kedatangan bulan yang penuh barakah ni membawa beribu keberkatan untuk kita semua. Ok..malam ni dah boleh start solat terawikh dah!

In sha Allah..ramadhan kali niadalah  ramadhan pertama  saya sebagai isteri. Rasa excited nak bangun awal-awal pagi prepare sahur untuk suami, nak masak-masak time berbuka & berterawikh sama2. Even sekarang keadaan diri kurang sihat, selalu letih& masih lagi keluar spotting sikit2, saya harap sangat saya boleh menyempurnakan ibadah puasa kali ni. Pasal kesihatan tu memang saya berjaga-jaga jugak tapi In Sha Allah, kalau dah tertulis rezeki untuk kami pasti ada. Cuma saya tak nak stress sangat. Saya redha dengan apa yang bakal saya terima lepas ni. Untuk masa sekarang just keep calm & pray to Allah.



Lately ni memang husband yang banyak buat kerja-kerja rumah hatta memasak sekalipun. Oh! Kalau cerita bab dia “tung tang tung tang” dekat dapur memang boleh buat saya gelak je memanjang. Dengan asap tiba-tiba boleh penuh satu rumah, dengan bawang yg hampir hangit, dengan celoteh dia Tanya saya itu ini lepas ni nak masuk apa? Nak potong apa? Hehe…Memang lucu tapi seyes saya terharu. Sebab tu apa je dia masak, saya telan je tanpa complaint apa-apa. Pahit ke masin ke tawar ke, saya telan je. Hehe…..Yelah,  sayapun memang  betul2  xlarat. Balik keja ja mesti nak terus baring. Malam pukul 9.30 dah masuk tidur. Jadi cam malas pun ada. If kuat sikit, saya akan tolong masak je. Tupun husband yang prepare benda nak masak, saya just masak. Bab mengemas semua dia. Kadang-kadang ada juga beli makanan dekat luar tapi kami berdua lagi banyak masak dekat rumah la...Lebih terjamin kebersihan & kesihatan makanan. Masakpun main campak-campak je. Mudah! Hehe..

Hopefully Bulan ramadhan kali ni lebih baik buat kita semua dari yang tahun-tahun sudah. Bersyukur sebab diberi peluang untuk menikmati ramadhan sekali lagi. Bulan untuk berlumba-lumba buat amal kebaikan. Semua perbuatan baik dilipat gandakan pahala. Memang rugi kalau tak dimanfaatkan betul2.  Kalau tak boleh berpuasa ada lagi amalan lain yang boleh kita praktikan. Jom kita sempurnakan ibdah di bulan puasa ni!




Selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa buat semua Pembaca blog saya. Maafkan saya andai ada salah dan silap sepanjang coretan saya di blog ini =)

Saturday, July 6, 2013

YA Allah...Peliharalah Dia Di Dalam Rahimku . Bila UPT sudah Possitive

Entri terperam dekat draft selama beberapa hari....sekarang baru rasa nak share benda ni dengan korang. huhu...


Time menulis ni semua perasaan ada. Gembira, sedih, terharu, risau, takut..semuanya ada. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sebolehnya saya tak mahu terlalu stress memikirkan benda ni. Always thinks positive. In sha Allah..

Alhamdulillah...lepas 10 bulan menunggu, ada berita baik untuk saya & hubby. Yeay! I'm pregnant!!! alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat. Sungguh tak sangka yang diri ini mengandung. Itupun lepas rasa pelik dengan perubahan badan sendiri. Sebelum ni selamba je main kayuh-kayuh basikal kan..sbb time tu tak fikir saya pregnant, sehari before gi kayuh2 basikal tu saya fikir Cik P yang datang.. Tapi saya pelik kenapa begitu sedikit Cik P datang kali ni. Just spotting cam tu jer dalam 2 hari. then, stop. So..saya fikir mungkin hormon tak stabil. Lepas kawen, saya mengalami masalah hormon yang amatlah pelik. Cik P sesuka hati je nak datang bila2 dia suka. before kawen pun mmg cik P irregular tapi still ok lagi. Kalau lewat pun dalam 1 bulan lebih. Tapi bila dha kawen, Kadang2 lewat almost 3 bulan.Jumpa doktor benda yg sama dijawabnya, hormon tak stabil. maybe kot..kan lepas kawen saya pernah kena allergic teruk? oh..hormon..bilalah kamu mahu stabil? Saya ada perancangan nak ambik supplement & gi berurut tapi cancel atas nasihat doktor. so..just cukupkan diri dengan supplement semulajadi di samping vitamin2.

Ok....disebabkan lepas cik P habis datang pun saya still sakit2 dekat cik "B" dan perut selalu cramp ala2 PMS  sampai 2 minggu saya dah rasa lain macam. Dapat pulak badan asyik panas je malam-malam. sampai hubby selalu cakap saya demam. Check suhu memnajang je 37C ke atas. tak pernah kurang dari tu. saya lansung x expect saya pregnant sebab dah xmau berharap sangat dah. Tak terkira dah berapa banyak upt saya check dan hasilnya asyik satu garis. so, malas nak fikir. Tapi disebabkan simptom2 ala2 nak preggy tu ada, so hubby ajak jumpa doktor. Tapi saya degil. siap cakap lagi.."ala..nanti tau dah doktor jawab apa. hormon xstabil". so..sebab saya degil, hubby belikan saya pregnancy test. Ikutkan cam malas nak test, tapi saya mana tau erti putus asa.Kalau benda dah ada depan mata, memang nak test jer..

Awal pagi minggu lepas, pukul 5 setengah pagi terus terjaga. Terus teringat nak buat UPT. time menunggu line keluar dalam hati dah fikir. mesti 1 garis lagi! Dalam mamai-mamai tu bila nampak 2 garis yang naik terus bulat-bulatkan biji mata. eh, betul ke double line ni? Tengok2 betul2. Saya siap cubit pipi lagi takut bermimpi. memang 2 garis yang sangat terang. Ya Allah..pregnant ke aku??? terus kejut husband. Suruh dia tengok upt tu. dia yang blur2 terus peluk saya. sama2 senyum. saya dah nangis dah. Rasa sebak dan bersyukur sangat. Selama ni asyik 1 line je. Hari ni naik 2 line. Tak tau nak cakap macam mana. Happy tak terkata. lepas tu hubby ajak jumpa doktor terus bila hari dah cerah. Before jumpa doktor sekali lagi saya buat UPT ( punyalah tak percaya..hehe) dan masih lagi double line yang naik. Happynya!!! Alhamdulillah..berita gembira lepas 4 bulan duduk sebumbung.


First UPT. double line!


Second Upt.Masih double line!


Bila jumpa doktor saya bagi tau la yang saya ada keluar spotting selama 2 hari. doktor cakap tu normal la sebab proses nak melekat di dinding rahim. Lega rasa. doktor sahkan saya pregnant 6 weeks. Yang tak bestnya blood pressure saya tinggi sikit. Doktor kata maybe saya excited sangat kot. hehe..ye doktor, saya memang excited! Awal lagi....kena jaga betul2.

Saya gi keja macam biasa hari tu. Tapi malam tu tiba2 turun darah sikit. saya jadi panic. Risau la..dah 3 hari la kalau diikutkan turun spotting2 macam tu. risau apa2 jadi dengan kandungan saya. So, malam tu terus ke klinik. Doktor scan dah nampak kantung. Tapi fetus xnampak lagi sebab terlalu awal. Doktor cakap if 6 minggu kalau scan melalui bawah, akak nampak lebih jelas. Ok..lega walaupun just nampak kantung je. Huhu..yg xbest, blood pressure saya masih tinggi. tapi bila check urine, mujur xde protein. so..kena repeat jumpa doktor untuk check BP hari2. Tapi Alhamdulillah..hari ni dah ok.

Gembira sangat time ni walaupun baru nampak kantung =)


Petang tadi, ada spotting lagi tapi just brownish je tapi saya dah risau. Jumpa doktor dekat klinik check upt masih lagi positive. terang lagi doble line nya. Tapi doktor  buat surat suruh refer hospital. Emergency sebab selalu turun darah.

Result UPT hari ni. Masih Positive


Time dekat hospital sekali lagi kena scan. Tapi kali ni melalui bawah sebab early pregnancy. bawah 7 minggu kan. Bila scan nampak kantung kecil sangat. fetus xad. doktor cakap kalau 6 minggu patutnya dah nampak fetus ni if scan dari bawah terus saya jadi risau. Takut sangat if apa-apa tak diingini berlaku. Doktor expect saya mis___ge( xnak sebut sebab sedih..sob..sob) ataupun usia kandungan masih terlalu awal. Bukan 6 minggu. saya gtau doktor yang saya irregular period, then doktor kata apa yang doktor dekat klinik estimate usia kandungan saya tu tak betul. sebab irregular period kena estimate usia kandungan melalui scan sebab doktor xleh nak agak. kalau regular senang. So..lega sikit. masih ada harapan. Tapi peluang tu 50-50. Lagi 3 minggu kena jumpa pakar untuk scan sekali. Saya harap sangat time ni dah nampak fetus. Bukan lagi kantung yang kosong. If tak.....(huhu...seyes xsanggup nak sebut).

Balik dari hospital..memang meleleh air mata dalam keta. cakap dengan parent & parent in law pun sambil nangis. sedih sangat..tapi last2 saya dah rasa tenang sikit. In sha Allah..kalau ada rezeki untuk kami, pasti ada. Sekarang, saya perbanyakkan doa, solat hajat & minta kandungan saya ni sihat & selamat. Buat macam biasa. Taknak stress dan terlalu emotional dalam berfikir yang bukan-bukan. Harap2 dah tak turun darah dah. In sha Allah....kalau dah rezeki pasti ada. Semoga Allah pelihara dia di dalam rahim saya dan moga dia sihat & selamat di dalam sana.

Allah tahu apa yang terbaik buat kami dan perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya. Doakan saya ye kawan2!


p/s: Hanya bercerita kisah ni dekat blogbersama pembaca di alam maya. Mungkin sebab bagi saya menulis tu salah satu terapi jiwa. Belum mahu share benda ni secara umum dengan rakan2 di FB atau yang lain. Masih terlalu awal. Harapkan yg terbaik =)

Friday, July 5, 2013

Alhamdulillah...Terima Kasih Nuffnang (^_^)


Alhamdulillah cek ke-4 dari Nuffnang berjaya sampai ke tangan bulan lepas. Tapi masih terperam dekat rumah. Tak cash out lagi sebab tengah fikir apa nak beli dengan duit "berblog" kali ni. Rasa macam nak beli something yang bila saya pandang saya akan ingat pasal blog then senyum sendiri (^_^). hehe..Tapi dalam hati rasa macam nak beli tupperware. yg set untuk freezer mate tu. dah lama ngidam nak beli benda ni. hehe...oh, sejak jadi isteri orang ni memang kegilaan saya pada barang-barang dapur & barang rumah. any ideas?

terima kasih Nuffnang ! happy sangat...

Bulan july ni pun dah dapat 2 BE dari Nuffnang. Alhamdulillah...syukur atas rezeki ni. So...sila menari rancak-rancak ye wahai  BE dekat blog saya. Dan saya jugak harus rajin mengupdate blog di sini. hehe...




 before ni banyak kali dapat invitation untuk join Nuffnang nyer blogbuster campaigns tapi saya tak dapat nak join sebab saya tak pandai bab-bab nak create video ni. Huhu..setakat menulis tu tahulah jugak. So, camne nak try?Saya bukan pandai buat video. tak pernah-pernah buat. so..terpkasa pandang begitu saja..Hehe.. Ok..mana tau next time saya leh join kan? Thank you Nuffnang sebab dah mula bagi blogbuster nyer icon ni dekat akaun nuffnang saya. terharu tau!



Ok..pada yang mula nak join nuffnang tu jangan cepat putus asa ok. In sha Allah..rezeki tu pasti ada. cepat atau lembat je.  Don't Give up! saya dulupun ambil masa yang lama nak merasa ada BE ni dekat blog. Nak cerita camne dapat BE ni pun saya tak pandai sebab saya sendiri tak guna pakai pun apa-apa tips. Semuanya bergantung pada rezeki. Alhamdulillah...terima kasih Allah =)

Sunday, June 30, 2013

Main kayuh-kayuh =)


Dah lama x pegang handle basikal. since dah bekerja ni bertuah la nak merasa naik basikal. Time dekat UiTM dulu rajin la jugak. pinjam basikal mini dkt umah nenek saya kayuh basikal gi kedai runcit. Time tu....bila malas nak jalan kaki,, naik basikal la cpt sikit sampai. Time sekolah dulu pun gi sekolah kayuh basikal je. hari2 kayuh. mmg badan pun slim mlim & kurus melidi. lemak pun takut nak hinggap. Ngeh..ngeh..sekarang? buka pintu kereta, duduk. drive jer gi mana2. Cuma sejak 3 bulan ni jer saya & husband rajin sanggat jalan kaki gi mana-mana . setakat jarak  1 atau 2km tu mmg berjalan jer. orang cakap jauh tapi bagi kami tu je la cara nak exersise. Tambah2 bila dah montel ni. Kalau tak kurus sangat takpe, janji badan "fit" dan sihat.

Pagi tadi, spend time with my officemate. kayuh basikal dekat Bukit Cerakah shah alam. Pukul 8 pagi dah bertolak pergi.  Asalnya nak pergi bertiga tapi kawan saya tu last minute xjadi plk. so berdua je. Husband xikut sbb ada keja office nak settle dekat umah. So, berlagakla bujang kejap si isteri..hahaha. owh..dah lama x kesini. last pergi time belajar dkt UiTM dulu. Ingat lagi time dulu kayuh basikal laju2 sbb kena kejar dengan monyet.Haha...hari ni nampak je monyet terus slow2 cabut lari. takut kena kejar lagi! hehe..

Sekarang bila gi mengayuh basikal  dah "pancit". haha...stamina tak sama dah macam time dulu2. kena exercise lebih lagi ni baru la laju sikit mengayuh. Ni bila nak mengayuh naik bukit je rasa lenguhnya kaki. hehe....Tapi best sangat..menikmati keindahan alam di celah2 bandaraya shah alam sambil menyihatkan badan =)















Habis berbasikal pergi taman tasik shah alam pulak. jalan2 dekat situ...exercise + menikmati keindahan Alam anugerah ilahi.

Muka saya memang pucat lesi time ni. sbb kalau gi exercise saya suka muka saya free dari bedak atau krim kecantikan. just letak moisturizer jer... hehe...takut muka gatal2 bila bedak bercampur peluh.


Sunday, June 23, 2013

Usia Bukan sekadar Angka


Usia yang bertambah dari hari ke hari-hari. Alhamdulillah...masih diberi peluang bernafas dengan sihat di muka bumi ni.

 Selalu tagline yang saya dengar "usia hanya angka". Tapi, Betulke usia itu sekadar angka? Kalau direnung..banyak sangat yang boleh dimuhasabahkan tentang "usia". Dari sudut positif & negative. Ada banyak yang boleh difikirkan.

 Ramai yang takut usia di wajah melebihi usia sebenar, takut penampilan nampak lebih tua dari usia tetapi berapa ramai je yang takut usia yang kian bertambah apakah pahala atau dosa yang ditambah?

 Kalaupun umur kita sudah 30 tahun, logik ke nak berperilakuan seperti remaja 17 tahun?
Andai usia kita sudah melepasi 50 tahun, apakah pemakaian dan tutur kata seperti remaja awal 20-an?


Bukan mudah menjadikan perilaku itu sempurna kerana tidak ada yang sempurnapun di dunia ini.
Bukan mudah juga meninggalkan sikap & sifat negatif yang sudah sebati dalam diri. Ya! Saya akui  bukan kerja mudah.

Tapi tak salahkan kalau kita mencuba menjadi yang lebih baik dari sebelumnya? kerana "angka" itu bukannya sekadar "angka" yang sekadar di sambut penuh suka. Ada sesuatu yang perlu diisi dengan "angka" itu.




Angka yang makin meningkat. Perlukah berbangga jika kelihatan angka sahaja yang bertambah tetapi kelakuan dari tahun ke tahun masih di takuk sama?  Peringatan untuk diri sendiri. Usia sebenarnya bukan sekadar angka. "Angka" itu yang patut direnung. Masih di tahap yang sama kah kita?

"Angka" itu sebenarnya juga perlukan kematangan & perubahan ke arah yang lebih baik...



Salam Nisfu Syaaban buat semua. Bermula lagi buku baru..semoga ia lebih baik dari yang sebelumnya..In Sha Allah


Friday, June 21, 2013

Penyegar Mata


Salam jumaat semua..

Saja nak share dengan korang "penyegar mata" saya dekat office. Baru beli dekat Kaison Last week.

Bila tengok bunga ni, teringat bunga ros dekat kampung yang bau macam sirap tu. hehe...


Tuesday, June 18, 2013

Berangan Pasal Bisnes!



Hari tu masa sembang2 dengan officemate topic yang keluar pasal bisnes. Beberapa orang dah mula buat bisnes kecik2 macam jual Tupperware, Avon, jual tudung, kain pasang, jubbah , product kesihatan, insurance and so on. Dapatlah tambah side income . Bila dah nak dekat raya ni, ada yang jual kuih raya pulak. Kira macam-macam bisnes la yang orang buat sekarang ni. Kagum sekejap. Hehe…

Saya? Bukan tak ada lansung minat nak berbisnes. Adalah jugak sikit2 tapi minat saya lebih kepada menulis. Saya rasa bakat semula jadi yang saya ada sejak kecil-kecil adalah menulis. Even bakat tak betul-betul di asah dan digunakan dengan sebaiknya tetapi sejak kecik, saya hanya punya cita-cita untuk bergelar penulis. Mungkin perlukan lebih usaha & ilmu ke arah itu.   Ok….dah out of topic. Sorry ye ! Hehe..

Back to the main topic, Saya pernah terfikir nak bersara awal dalam kerjaya saya sekarang. Maybe dalam umur 40+++ then tumpukan perhatian pada rumah tangga dan bisnes. But, before bersara tu kenalah berjinak-jinak dalam bisnes dulu kan?  Buat secara sampingan supaya dah cukup ilmu & experience untuk buat secara sepenuh masa.  Saya lebih berminat pada bisnes online dan  buka franchise jenama2  perniagaan yang dah sedia dikenali  ramai macam MPH, POPULAR, guardian, Watson, Cosway or apa-apa lagi (tapi saya lebih berminat nak buka kedai buku kerana cinta hati saya lebih di situ!) . Kalau TAK dapat bukak franchise besar-besar dapat bukak yang kecil sikit macam coolblog ke, myNEWS ke pun dah rasa seronok.   Benda ni yang banyak kali jugak saya & hubby angan—angankan. Bukak franchise. Modal agak tinggi tapi dari sudut pemasaran yang bestnya dah ramai orang kenal & sedia ada pelanggan. Cuma location franchise tu yang kena fikir. Perlu strategic. In sha Allah kalau ada rezeki lebih, mana tahu kan? Tak salah bercita-cita tinggi. Bukan kena bayarpun. Hehe…Ada rezeki adalah. (Tinggi betul cita-cita saya. Boleh lawan mat jenin ni! Hehe…. =)



Bisnes online? Bagi saya sangat best sebab rata-rata orang sekarang suka shopping online. Me too! Ada benda yang susah nak cari secara offline, so beli online sudah. Jimat kos nak mencari-cari bagai tu. Tetapi  nak bisnes apa belum ditentukan. Mungkin campur aduk bisnes pakaian & hiasan rumah macm wall sticker dan lain-lain. Amboi… bukan main lagi kau ye Imah,Kuat sungguh berangan! Ala..bukan kena bayar duit pun kalau nak berangan. Salah satu cara terapi otak tau! Rasa best je..hehe. In sha Allah suatu hari nanti kalau panjang umur dan murah rezeki berniagalah jugak saya sebab saya tak fikir nak stay dengan kerjaya saya lama-lama. Dapat pulak kerja husband saya kena pindah-pindah so lagi bertambah pening saya nak bertukar kerja. “For future planning”  memang saya plan nak wat bisnes online. mula-mula start secara bisnes kecik-kecik, lama-lama mungkin dah berbukit? Aiyak……ni yang part saya boleh tersengeh-sengeh sorang-sorang ni. Menulis macam dah betul-betul  jer jadinya. Haha……


Rasanya, secara online ni saya dah mulakan sikit2. Asalnya, tak pernah terfikirpun nak berbisnes tapi entah kenapa bila ramai sangat yang request, secara tak sengaja saya berbisnes. Bisnes  Apa tu?
Sewa veil jer. Mula-mula fikir mungkin sorang dua je yang akan sewa tapi Alhamdulillah…lebih dari tu Setiap bulan adalah side income sikit2 . Alhamdulillah…bersyukur dengan rezeki tak terduga . Rezeki ni Allah bagi macam-macam bentuk. Sebab tu jugak saya tak mahu fikir sangat pasal rezeki yang saya belum dapat tapi fikir tentang rezeki yang dah banyak Allah bagi pada saya tanpa saya minta. Ya..terapi jiwa, muhasabah diri tu yang penting. Selalu berfikiran positif. Husband sangat-sangat support bisnes kecik-kecik saya ni sampai request suruh saya buat lagi veil baru. dulu dah buat just nak tambah lagi satu. Saya tak prefer nak ambik tempahan veil even ramai yang request sebab saya tahu tahap kemampuan jemari  kaku saya ni. Hehe… Takut apa yang saya buat tak penuhi kriteria yang pelanggan nak. Better buat sewa je even saya sewa murah je pun sebab bila orang suka design tu dia akan sewa. Kalau tak suka, boleh sewa tempat lain =) .

Ok..stop membebel.

 Thanks sudi membaca =)


Monday, June 17, 2013

Filem Pee Mak - Bikin gelak sepanjang Cerita!


Finally, dapat jugak tengok filem Pee Mak ni walaupun dah kira agak terlewat. Mula2 frust sebab tak dapat gi tengok filem ni dekat Mid Valley. Saya ada  dapat tiket free dari Nuffnang tapi disebabkan hari bekerja (malam) husband xnak gi. Tapi dia janji akan bawa saya tengok filem ni bila dah keluar dekat panggung nanti :)



Benda yang paling saya nak sangat tengok filem ni sebab dia lebih kurang sama macam filem Nang Nak, cuma versi kali ni komedi. Memang excited nak tengok cerita hantu versi komedi. Cam ne tu? hehe...Saya baca review mereka-mereka yang dah tengok filem ni pun semua cakap best. Review wartawan dalam paper pun cakap best. RM 90 juta kot kutipan filem ni sekarang ni! Terbaik!!! Bestnya kalau filem Malaysia pun leh dapat kutipan kaw..kaw box office macam negara jiran kita ni kan?

Tak pandai nak ulas panjang-panjang. Just nak cakap filem ni memang kelakar giler! Dari awal cerita sampaial ke hujung cerita, gelak aje kejanya. Suka tengok gelagat kawan2 si Pee Mak ni. Haha...semua kepala otak gila-gila. Ada jugak bab yang touching sangat. Memang Mak & Nak ni lagenda loving couple.  Huhu....overall, memang terbaiklah!!!

ni trailer filem Pee Mak



Wednesday, June 12, 2013

Hantu Kaison!


Pantang singgah Paradigm Mall, tak pernah-pernah tak masuk Kaison. Dah masuk, tak pernah keluar tanpa beli apa-apa. Hatta sekecik atau semurah manapun barang tu saya pasti beli. Memang gila ar dengan Kaison ni. Tambah-tambah hobi lepas kawen ni menjurus kepada hal2 hiasan dalam rumah. Kedainya pulak dekat dengan office. Time hari jumaat dengan lunch hour 2 jam,  if xde kerja yang sangat urgent memang ke kaison la jawabnya. Cuci mata sambil geram sendiri tengok barang dia yang kiut miut. Oh Kaison!




Ye! Kami memang "hantu" dengan Kaison ni....tambah2 si baju ungu tu. hehe..


Comel kan pasu2 bunga dia yg kecik2 tu? comel!

Dari langsir rumah, alas meja, frame gambar, pasu bunga kiut miut tu..semua saya beli dekat Kaison. Sampaikan perfume untuk letak dalam toilet  pun saya beli dekat sini. Kotak dia pun comel2. Bikin  geram je  bila tengok. Rasa macam nak angkut semua bawak balik rumah. Haha...

Tengok kotak ni..comel giler kan? Harga pun tak mahal sangat. 

Balik rumah, husband hanya geleng kepala tengok kerenah wife dia. Suka bebenor beli barang dekat Kaison.  Lepas tu kena paksa jadi tukang komen cantik ke tidak? Hehe..even benda yang saya beli simple2 & murah jer pun tapi tetap rasa seronok.

Alas meja & pasu bunga ros putih ni letak dekat meja makan.

Masa tengok dekat kedai,rasa frame ni besar, tapi dah bawak balik umah, kecik la pulak. nak tukar letak frame lain pulak dekat sini. Yang ni bakal bawa masuk dalam bilik tetamu.

Bunga ni mula2 letak dekat office, lepas tu bawa balik rumah letak dekat meja makan. Bila rasa dia "kecik" sangat nak letak dekt meja makan ubah letak dekat rak TV ni. Hehe..


Kalau ada rumah sendiri nanti lagi sakanla perangai nak menDEKO rumah. Sekarang gitu2 jer..hehe.

Tuesday, June 11, 2013

Jalan-Jalan Melaka



2 minggu lepas (gila lama nak update cerita!) saya dan hubby gi Melaka. Attend wedding cousin dia dekat sana. Kiteorang packing je baju bawak sekali dalam beg  sebab tak fikir nak tidur sana atau balik hari je. Maklumlah..School holiday, dah tentu-tentu Melaka tu jammed. Semua nak serbu bercuti dekat sana kan? Ingat kalau orang xramai sangat nak jugak meronda-ronda Melaka tu.

Pagi tu kiteorang bertolak ke Melaka dalam pukul 10 lebih. . Haiya…belum sampai Melaka pun dah gila-gila punya jammed. Huhu…stuck dr dekat Elite highway lagi. Sungguh banyak orang yang nak ke selatan Malaysia. Dalam kereta saya dah spare roti & air kotak. Takut lama2 dalam jammed perut pun jadi lapar ya amat. Roti dah jadi penyelamat gendangan radio dari perut. Hehe.. Sampai Melaka dah pukul 2 lebih. Time kiteorang sampai, orang dah tak ramai sangat dah dekat tempat kenduri.  So, apalagi pelahap makan tak ingat dunia. Nasi kenduri memang best! Tambah2 bila dimakan time lapar..oh sungguh nikmat! Hehe..
Time nak balik, mak sedara hubby bekalkan kiteorang banyak2 kek & muffin. Err..ni sah2 nak kasi saya bertambah chubby.  Tapi kek & muffin dia memang super duper sedap. Atas keta saja dah ber biji biji kiteorang makan. Tinggal 2 bijik je nak bawak balik umah. Apela penyakit laki bini suka sungguh makan. Before kawen tak macam ni pun. Huhu..

Muka penat + kekenyangan. boleh pulak si suami bantai makan tapai 2 bungkus? haha,,,


Pengantin lelaki ni cousin husband saya. Muka sama x? hehe


Disebabkan Melaka sangat2 jammed, so hasrat nak meronda & stay semalam dekat sana terpaksalah cancle. Tak sanggup nak redah jammed dekat sana. Tu belum campur nak gi jalan2. Silap2 nak berjalan pun jammed dengan org jugak. So, kiteorang decide gi cari coconut shake saja dekat Pantai klebang. Ramai cakap coconut shake dia sedap. Memang kena try la. Jarak dari tempat kenduri dengan pantai klebang xjauh. Drive sekejap je dah sampai. Lupa nama gerai dia tapi yg tahu time sampai tu orang memang ramai sangat. Penuh tempat duduk. Akhirnya dapatlah jugak merasa apa yang orang panggil “cocnut shake” tu. Yeay!!Rasa??? Saya suka! Memang sedap!!!! Ada campuran ais krim vanilla dengan isi kelapa yang diparut halus. Rugi kalau tak try! Hehe..

tengokpun dah rasa nyummy!





Then, kiteorang gi melepak kejap dekat pantai klebang. Ambik angin laut…dengan pakai baju kurung sibuk je saya nak main air laut. Memang boleh jadi “jakun” sekejap kalau jumpa air laut. Tak sah kalau xrendamkan kaki. Hehehe…Lepas tu, terus drive balik shah alam. Singgah makan asam pedas Melaka jugak dekat gerai tepi jalan. Dua benda ni je yang saya target nak makan dekat Melaka. Jalan2 tak sempat. Next time la datang lagi. Nak holiday lebih2 kena tunggu bukan time cuti sekolah. Baru best..hehe

hai..main pasir je? isteri kemain seronok main air laut ..hehe




asam pedas ikan pari =)