About Us

Friday, July 13, 2012

Setelah 2 Bulan Paradigm Mall dibuka, Baru Nak Terjah!



Ikutkan Paradigm Mall tu dekat je dengan office saya. Dalam 5 minit je dari office. tapi asyik bertangguh je hasrat nak singgah mall baru bukak ni. Tapi tengahari ni, dah selamat terjah. So far..oklah. Macam shopping mall lain jugak.



Tapi yang best dekat situ ada KAISON. hehehe..geram gila tengok bunga-bunga dekat KAISON yang comel dan kiut miut tu. macam tu jugak dengan pasu2 bunga comel. Ingat nak beli jugak satu nanti untuk hias bilik. Frame gambarpun cantik2. Saja jamu mata tadi. tak beli apapun. Survey2 harga dulu. Bulan depan kot baru  nak beli sebab idea nak menghias bilik belum datang. hehehe..


Oh, bercakap pasal Paradigm mall tu, pada korang yang tinggal dekat dengan kelana jaya, bolehlah datang ke sini kalau dah tak tahu mall mana lagi nak gi.

Ini peta lokasinya

Okeh. Salam jumaat untuk semua. Malam ni nak jumpa member baik dekat UiTM dulu. Esok jumpa kawan baik masa dekat sekolah pulak. Rindunya nak jumpa diaorang. Hope perancangan saya berjalan lancar. Insya-Allah...

P/s: kalau gi sini better ambik parking dekat basement jer sebab kalau parking dekat atas berpusing pusing jalan dia. Boleh naik pening. 

6 comments:

  1. dekat gak ngan opis....15 minit..hehhe...xp2 jg la...

    ReplyDelete
  2. best tak?
    sarah pun belum sampai lagi kat sini.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Sarah. besar jugak. Macam mall lain tapi sini ada GSC. Boleh tengok wayang. Hehehe...

      Delete
  3. Mila pon x smpt lg jengah paradigm mall ni, best x imah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Mila. Imahpun xhabis round lagi. Gi kejap jer tadi. Ajakla Qayyum gi nanti

      Delete

Terima kasih sudi komen!