Disebabkan saya bukan lagi b2b, dah dah jadi “mantan” b2b
kira2 hampir 3 bulan ni, meh saya nak share experience “seciput” saya ni yang
nak memulakan hidup selepas kawen. Adventurous + sweet sour I tell you!
First things,
mestilah rumah!
Rumah sewa korang kena cari before kawen lagi supaya senang
lepas kawen terus masuk. Tak yah pening2 cari rumah & paling sadis, kena
duduk asing2 sementara dapat umah. Mesti enggak mahu berpisah dgn ur
hubby kan ? Huhu…katakanlah kos
sewa rumah paling murah di bandar RM 550. selalu owner akan mintak deposit 2+1 +
utilities.
So, 550 +550+550 +
100 = RM 1750.
Banyak?? Kalau bijak, leh la kauntim2 dengan owner rumah tu
mintak deposit sebulan aje. So, lehlah bayar dalam RM 1200. Ini kos yang perlu
di bayar if korang decide nak hidup independent la taknak duduk umah parent.
Second, barang Rumah.
Ini part yang paling best. Cari barang rumah sambil
cuci-cuci mata dan jeling2 poket sendiri mampu ke idak. Tapi kalau korang suka
umah korang kosong macam padang
bola, tak yah pening2 fikir hal ni. Tapi kalau korang macam saya yang nak hidup
“senang” sikit so, kena la fikir2 benda2 macam ni..
Part Barang di
Dapur Rumah:
Saya nasihatkan barang2 dapur ni jangan beli sehinggalah
selosai kenduri. Sebab majority hadiah kawen adalah barang2 dapur tau.. Insya-Allah barang2 macam rice cooker, kettle, pinggan mangkuk gelas (ini paling
bnyak!), blender, periuk kuali tu ada orang yang bagi. So, berdoalah mintak2
banyak barang rumah yang orang hadiahkan. Aminn..
So, barang asas yang penting , dapur gas & tong gas. Ini
kalau hadiah kawen tak termasuk benda2 ni lah…saya tak dapat pun so kena beli
sendiri.
Lain2 barang2 dapur especially untuk memasak yang orang
jarang bagi macam sudu garfu, pisau,
sudip, senduk, penapis teh, penapis santan, papan memotong, lesung batu, botol
letak air, pembuka tin, besen kecil, besen besar & tempat kering pinggan tu
kena la beli sendiri. Tapi barang2 kecil ni harga memangla murah. Tapi bila
dicampur2 banyak jugak jumlahnya. So, anggarkan aje untuk benda2 kecil ni RM 100. Ni paling sikit nyer bajet.
Korang leh abaikan part mana yang korang rasa tak penting. Lagi untung if
benda2 ni korang dah ada masa korang hidup bujang.
Tapi kalau decide tak nak memasak, nak makan luar aje, so
tak payahlah beli barang2 ni. Tapi bagi saya, memasak lagi jimat dari hari2
makan di luar . Lagipun salah satu untuk pikat hati suami adalah melalui air
tangan isteri =)
Third, Barangan
Elektrik ( home appliances)
Peti ais
Ni benda penting bagi
saya. Kalau masak hari2 lagila penting. Senang nak simpan barang basah.
So, kos untuk peti ais boleh dapat dalam RM 1000. Inipun dah cukup besar & 2
pintu. Ada jugak yang lagi murah
dari ni. Bagi saya, walaupun duduk berdua, baik beli peti ais 2 pintu dari satu
pintu sbb peti ais ni kita nak pakai lama dan maybe 10 tahun ke atas gak.
Mesin Basuh
Awal2 kawen if tak ada duit lagi tak beli pun takpa. Itupun untuk
orang yang rajin basuh tangan. Kiteorang dulu sebulan kawen basuh tangan gak
(husband saya) before beli mesin basuh sbb tak decide lagi nak duduk mana. Tapi
kalau ada mesin basuh ni senang nak basuh selimut, cadar, towel. So kos untuk
mesin basuh kalau yang automatic dalam range RM 600 ke atas. So, bajet aje
harganya dalam RM 700 untuk mesin
basuh auto 7kg.
TV
Ini kalau korang rasa penting la. If jenis tak kisah tak
tengok Tv tak payah beli lagi. Kumpul duit dulu. If jenis yang layan internet
aje tak payah tengok Tv, lagi senang. Kos untuk TV dalam
RM 900 lah if korang decide ank
ambik Tv LCD yang 32 inci tu.
Ok…then part
seterusnya, Benda2 mengemas rumah
Eh, apakah itu? Ini bab2 peralatan nak kemas rumahlah. Takkan
nak biar rumah berhabuk dan kotor sampai berminggu-minggu kot. Boleh kena
penyakit bersin dan selsema nanti. Penyapu, pengaut sampah, bakul sampah, mop,
bulu ayam, penyapu sawang tu kena ada. Supaya senang nak bersihkan rumah. So,
bajet ciput letak aje RM 50.
Untuk tidur
Yang ni terpulanglah..if jenis yang tak boleh tidur atas
lantai, belilah tilam dan bantal kalau tak mampu lagi beli set bilik tidur. Kalau
toto harganya dalam RM 50, bantal
& selimut mesti korang dah ada dari rumah bujang kan .
Kalau tak boleh jugak tidur atas toto, belilah tilam, selesa lah sikit. Kos
tilam aje dalam RM 400 ke ats. Kalau
takleh jugak nak bilik tidur serba serbi lengkap, belilah set bilik tidur yang
ada macam2 harga. Ada yang murah
yang mahal. Bajet aje dalam RM 1000.
Kena pandai survey dan pergi sale untuk dapt harga yg murah tapi berkualiti.
Untuk jemuran
Hadiah kawen susuah nak jumpa ornag hadiahkan hanger. So,
hanger antra benda paling penting lepas kawen. Senang nak sangkut baju, nak
jemur baju. So, sila beli hanger banyak2 untuk meudahkan kerja. Kos
dalm RM 20. itu kalau beli banyak
sikit la…
Then ampaian. If duduk rumah taman mesti kena beli ampaian
senang nak jemur baju dekat luar. Kos dalam RM 100- RM
200. Kalau nak jimat sidai aje dekat pagar rumah buat sementara la.
Tapi kalau yang duduk umah flat or apartment, leh beli
tempat penyidai besi yang kecil tu. Harga bawah RM 100. boleh snagkut2 baju
dekat situ aje.
Langsir
Ha, nipun penting! Kalau taknak orang skodeng2 korang dari
luar if rumah tak ada langsir lebih2 lagi time malam. Bajetlah dalm RM 100
untuk langsir rumah. Nak lagi murah, jahit sendiri. Kalau tak ada duit, gantung
jelah kain tuala ke kain apa ke asalkan tingkap tu bertutup. Hehe..
Itu je kot yang “asas” nyer. Tapi kornag leh abaikan dan cut
agi kos mana korang rasa tak penting atau korang dah ada. Sebab lain orang lain
situasi kan . Lain2 kalau nak beli
meja makan, sofa dan seangkatan dengannya kemudian pun boleh. beli sikit2 macam kami. Dahulukan yang asas &penting, then baru yang lain2.
Tapi, lepas kawen kena ada simpanan duit jugak untuk
memulakan hidup berdua! sebab tu orang selalu cakap "hidup lepas kawen tu yang lebh penting dari majlis kenduri kahwin" . So, decide lah, nak hidup senang lepas kawen atau susah? peruntukanlah duit sama untuk kehidupan lepas kawen. Jangan letak bajet untuk kenduri kawen2 semata-mata. nanti ada yg hari2 makan maggie lepas kawen. Eh! magie pun mahal gak kan? hehe..
yg plg penting, jgn berhbs bila kawin.. :)
ReplyDeletesetuju! sbb lepas kawen benda sekecik2 barang pun kena guna duit.
Deletesaya lepas kahwin ari tu dduk tumpng rumah akk..n br dduk sndiri..alhamdulilah sewa rumah murah. tp 1st month tu mhl sbb byr deposit. bg sy nk beli smua tu mmng la x kn..tp sy beli sikit2..kalo ad yg blh beli hutang n byr deposit dulu syg beli mcm tu (peti sejuk+tv+mesin basuh) kalo ad duit lebih br byr habis. sbb duit nk guna lepas kahwin lg byk dr b4 kahwin kn..
ReplyDeletebetul2. Macam sayapun beli sikit2. Bulan pertama beli barang2 asas untuk masak, bulan kedua beli peti ais dan mesin basuh. Bulan ke tiga beli Tv. cuma sebelum kawen tu dah buat peruntukan sikit untuk rumah. Yang lain2 beli sikit2 setiap bulan.
Deletesetuju..tqah saving sm2 beli brg rumah.. hampir lengkap dah..saving lame da..dr decide nak kawen
ReplyDeleteTqah! samela kita.umah dah hampir complete. Tapi yg tak samenya imah duduk jauh2 dgn husband. Tapi walau duk jauhpun husband sewa umah sendiri. so, tetap kena penuhkan barang umah walau imah balik weekend aje. Tambah2 next month nak balik duduk sekali lagi la nak umah tu ada barang2 penting kan.
Deletelepas kawin nnt nana dok umah MHZ. nasib baik semua barang dah complete. MHZ kan anak tunggal so, rumah tu mmg dah tak de siapa pun. cuma ada emak dia je. kalau ada rezeki baru beli rumah lain. tapi slow2 lah. guna pakai apa yang ada dulu. :)
ReplyDeleteUntungnya Nana =) . takpe, slow2. Imah dgn husband tengah planning nak beli rumah sendiri gak tahun depan. Skrg tengah study pasal beli rumah dan kumpul duit. Mintak2 ada rezeki kita nak ada umah sendiri kan?
Deletehehe.comeL jek
ReplyDeleteSya beLi umah Last year.tp this year br dpt.byk giLe duet pkai utk masok umah.and now, after decided nk getting married, still kitorg long distance. So, maybe life after married tu xappLicable to kitorg kot..maybe after 2 years, br pLan nk dok skaLi.owh...pening~
Untungnya Sya dah ada umah sendiri. Murah rezeki. Samela imah lepas kawenpun long distance cuma bila weekend balik umah sewa husband. So, mmg kena complete kan barang umah jugk. Next month nak balik duduk sekali dah..hehe. Imah doakan sya pun nnti cepat2 dapat duduk sekali lepas kawen =)
Deletesetuju, ni mmg betul2 panduan ni :D
ReplyDeleteHehe...
Deletemmng banyak nak pkai duit utk beli barang ni..even MG dah 6 bulan kawin pon tak setel abes lagi...jd simpan2 duit banyak2 ye...jagn boros sangat ms majlis tu :)
ReplyDeleteNice tips..berguna utk sy guna kan nnt sbb bakal kwin nih..
ReplyDeleteadoi sy ni kawin dah nk dekat 3bulan jer lagi...lepas kawin pn kne dok asing sbb sorg kje area pntai timur n sy di KL..rupenye ade jugak yg dah kawin duduk asing, ingtkn i sorg jer.huhuhu!anyway thanks for sharing yah!
ReplyDeleteSuke la post nie. Sekarang nie mmg tengah usha2 brg n nak tahu kos2 setiap barang untuk buat list/budget. Post nie sgt la berguna. Penat google mencari...baru nie jumpa. Nie pun terjumpa hehehe. Ape2 pun terima kasih atas info yg diberi :)
ReplyDelete