About Us

Saturday, November 24, 2012

Review Filem: Pontianak Vs Orang Minyak


Baru lepas tengok filem Pontianak vs orang minyak. Dapat tiket murah, so layan aje cerita ni bersama Encik suami dengan high expectation yang filem ni best sama seperti sinopsis nya. Before saya buat review, mari baca dulu sinopsis Filem ni




Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.
Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.
Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.
Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.
Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.
Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.
Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?
REVIEW SAYA
Filem ni tak seperti apa yang saya expect. Plot bercerita tak berapa nak berkembang. kalau ikutkan daripada sinopsis filem memang filem ni bawa banyak kelainan dari filem2 melayu yg biasa ditonton sebelum ni tapi hasilnya tak seperti yang saya bayangkan.  Bagi saya ada babak yang dirasakan tak perlu dan meleret-leret. namun dari segi komedi memang  unsur kelakar tu  ada. Masih buat saya ketawa tak henti2 lebih2 lagi part Johan & Nabil. Tapi ada jugak part2 lawak yang tak berapa nak menjadi. Apapun, filem ini masih tetap menghiburkan & masih boleh buat korang ketawa tak henti2 =)

4 comments:

  1. Owh.. Tu laa tgk promo dia cm best..kan? Cyda pulak tgh berbelah bagu nk g tgk ke tak. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. promo dgn sinopsisi mmg best tapi bagi iamh biasa ja. Tak seperti yang diharapkan..huhu

      Delete
  2. qaseh kalu nabil berlakon, kureeeng sikit nk menonton. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. imah nabil pun tak berapa xminat tapi yang sukanya si Johan. sbb dia mmg lawak gila. hehe..

      Delete

Terima kasih sudi komen!