About Us

Wednesday, November 28, 2012

Review: DIY Hantaran kawen (My side)


Review lagik! ok..azam nak cepat2 habiskan review wedding ni.

Ok, part hantaran memang saya & encik husband jenis tak kisah sangat. Kira hantaran ni saya letak part last sekali. Cuma barang tu beli sikit2 lah. Saya beli barang saya, dia beli barang dia then tukar. Nak wat cam mane, duduk jauh, susah nk jumpa. Encik suami pulak bukan tiap kali sabtu ahd tu dia confirm cuti. ada time kena keja. So, time ni mmg bnyk independent! yeah..

Hantaran semua barang simple2. Pasal bab nak hias hantaran bulan 8 nak kawen, bulan 8 tu jugakla baru nak fikir nak hias cm mana hantaran. Pikir nyer pikir saya decide nak pakai bakul je. sebab leh main letak2 je atas tu. Seyes, time ni memang tak ada idea lansung nak hias cm mana. Huhu...

Saya beli bakul ni dekat kedai bunga Vivian dekat chow kit. Murah je. RM 6 satu bakul. Saya beli 8. Hantaran semua 9 dulang tapi cincicn saya letak atas bantal hantaran yang saya DIY. Takkan nak letak dalam bakul pulak kan? macam xsesuai pulak. huhu...

Ini bakulnya...RM 6 aje satu


Bunga reben yang keliling bakul tu pun beli dekat kedai vivian jugak. 1 m tak ingat berapa ringgit tapi rasa macam bawah 2 ringgit jer. 1 bakul pakai 1 m. so belilah cukup2 untuk 8 bakul. Gam tembak pun beli jugak sbb senang keja nnti. Tapi saya beli yg murah jer. dekat Mydin ad jual. lepas tu beli span untuk cucuk2 bunga. Idea mmg senang. letak barang dalam bakul, lepas tu letak bunga. Kain satin tu 1 m rasanya RM 2. Murah jer..beli sikit cukup2 untuk letak dalam bakul.



Esok nak kenduri, petang tu baru sibuk nak buat hantaran. saya buat sendiri dalam bilik sebab orang lain semua busy buat kerja2 lain.Maklumlah kenduri kampung, bnyk benda yang kena buat kan. Oh ya, bunga untuk hantaran ni saya beli dekat kedai bunga seksyen 18 shah alam. 4 jambak 10 ringgit. saya beli 8 jambak, so 20 ringgit jer. kesemuanya. Lepas tu beli jugak bunga comel2 kecik2. harga 4 atau 3 jambak 10 ringgit. Murah jer. beli 2 jambak.Total untuk hiasan hantaran cuma RM 40 lebih ( xtermasuk harga bakul). Ada lebihan bunga saya siap letak dekat kepala katil lagi. Reben saya guna yang mana lebih2 je dekat umah.

Then saya main letak je semua barang hantaran dalam bakul yang dah saya siap hias dengan bunga





















itu aje kot. sebelah lelaki bagi hantaran warna hijau lumut nih. sebab tu hantarn saya warna biru & pink. Saya dulu mana pikir pasal warna tema wedding. suka hati ja nak wat warna apa. hahaha....

Eh..eh..lupa pulak. yang bantal hantaran untuk cincin tu saya buat warna putih. beli jer polistren bentuk bantal yg ada jual dekat kedai bunga. beli dekat kedai bunga seksyen 18 jugak. Harga dalam RM 5 xsilap. Balut dengan kain putih, then hias sikit dgn bunga. Dah siap!



So total saya habiskan untuk hiasan hantaran memang less dari RM 100. kalau dekat kedai mahu satu dulang 50, 9 dulang 450 kan?. So, DIY lagi jimat walaupun hasilnya simple aje. macam saya jugak. suka simple2 tak crowded sgt. hehe.....Tapi kan bakul2 tu semua dalam simpanan mak mertua. sebab leh recycle balik kan lepas ni. Guna untuk adik2 yang nak kawen or bertunang pulak =). so, memang sikit jer total loss damage untuk hantaran ni.

ok. tu je review kali ni. Nanti update lagi.

7 comments:

  1. simple je..murah2 je kan.. yg penting nmpk cntik.tqah punye pon simple je..

    ReplyDelete
  2. kemas je tgok...xserabut2....cntik je..biru pink....tema cik mah nnti....

    ReplyDelete
  3. simple tp cantik & x serabut..good job iMah..hihi

    ReplyDelete
  4. eh eh.. sama laa dengna bakul hantaran kita. tapi kita beli rm15 for two. mahal sket :p kita beli 6 rectangular n 6 round :p

    ReplyDelete
  5. salam.. hyeee saya dtg lagi... sukaaa sgt ur blog...... sgt2 input banyakkkkkk... n sume yang awk diy sume sy berkenan n rasa nak tiru ngeh3..............

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum , awk ni kretip laa .. huhu , x rugi belek2 belog awk .. bole copy skit2 idea awk ni .. he³

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum .. wahh kretip sggh idea awk .. x rugi sy belek2 belog awk .. leh laa copy ckit idea awk .. ha³

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!