Ok..sambungan dari kerja gila balik Kulim Hari sabtu lepas then Balik shah alam semula pagi tadi. Pukul 5 pagi bertolak dari kulim, pukul 9 pagi dah terpacak depan office. yeah! Macam dekat aje Kulim dengan Shah Alam tu kan...4 jam drive macam tak terasa penatnya (padahal malam ni siaplah awal2 lagi nak membuta lepas Isyak). Mungkin sbb traffic lancar, so cepatlah sampai sbb kekdang ada gak terbabas had laju. Mintak2 xkena saman! Ya ampun!Yang penting even penat tapi hati Happy!
saya tahu saya dah gemuk lepas kawen. |
Semalam saje ronda2 dengan husband gi beli barang dapur dan stock barang basah yang dah habis. Aktiviti biasa bila hari ahad mesti nak pergi pasar pagi dekat Kulim tu. Boleh panggil pasar 1 Malaysia dah dekat situ sebab bukan setakat orang melayu ja berniaga. Cina & india pun ada. Yang best, harga pun murah.
Lepas balik dari pasar, saja menyinggah kedai2 barang elektrik dekat Kulim. pergi dalam 4 kedai aje. Macam biasa, mata saya mesti asyik nak membelek barang elktrik dekat kedai. Aktiviti kegemaran kiteorang. masuk kedai elektrik & perabot. Tengok2 apa yang baru walaupun selalunya tak beli pun. Survey2 sambil telek poket sendiri. Hahaha...
Tapi, disebabkan dalam hati ni tak habis2 duk rasa nak TV baru, so memang fokus utama adalah survey TV! Dah puas google sana sini, tnya sales man dari satu kedai ke satu kedai. Duk pikir nak pilih yang mana. Plasma, LCD ke LED? Ikutkan pandangan orang macam-macam. Ada baik & buruknya sampai naik pening nak pilih mana satu. Dari segi brand pun macam2 orang kata. Ini bagus, itu tak bagus..tapi beli barang ni macam kira nasib gak. Ada orang pakai ok, ada yang tidak. Huhu....ada yang kata kualiti yang itu bagus, ada yang kata tidak. So, buat pilihan terbaik dan harapkan yang terbaik.
Kalau ikutkan husband tak payah beli Tv baru. Hadap aje TV pensonic dia yang 14 inci dekat rumah tu. Siap perli lagi saya bukannya suka tengok TV sangatpun bila balik umah. Padahal bukan saya xnak tengok, tapi kecik sangat, kena duduk dekat2 baru nampak (alasan la tu!) . TV yang saya beli dekat rumah sewa dulupun 24 inci. Besarlah sikit. Tapi TV tu dah bagi dekat budak2 umah sewa skrg. Xdaya nak angkut balik kulim TV tu. Besar sgt.Hehe...
Tapi entah macam mana, tiba2 aje dia bawak gi kedai elektrik suruh saya pilih TV. Eh, apa ke mimpi laki aku ni? sebelum ni beria benar tak kasi tukar Tv baru. Siap panjang berjela ceramah dan bebelannya tapi tiba2 suruh pilih Tv? Dan si isteri tentu aje bagai pucuk di cita ulam mendatang. Pilih2 jangan tak pilih! orang dah kasi green light tu!
Mula2 kiteorang decide nak ambik TV plasma sebab umah kiteorang bukan pakai astro pun. Kebanyakan orang kata TV plasma paling sesuai untuk tengok astro & antenna. Lagipun kiteorang Pakai antenna biasa aje. Walaupun gambar paling clear cuma TV3, TV8 & NTV7 aje, tapi tak kisahpun sbb TV1 & TV2 mmg jarang sgt tengok. nak pasang Astro awal2 lag Encik suami tak kasi dan saya pun tak kisah. Banyak yang perlu di consider dan bila difikir-fikir balik apa cakap suami, tengok ajelah benda free. Hehehe...Kiteorang beli TV ni dekat kedai baru bukak depan Taman kiteorang. Harga memang murah. Promosi pembukaan cawangan baru kan. Beli SAMSUNG LED 32 inci jer. Tapi ambik extended warranty untuk 5 tahun. Cukuplah 32 inci tu walaupun mula2 pikir nak beli plasma 43 inci....Tapi pikir nyer pikir, beli besar2 pun ruang tamu rumah bukannya besarpun. lagipun untuk yg pakai TV biasa yang gambar tak cantik cam astro beyond tu, elok ambik saiz kecik macam 32 inci aje. nanti xadalah gamabr nampk pecah2 kan?Hehehe.. Bila balik letak dekat ruang tamu rumah, nampak comel2 & sesuai aje...hehe
So..ini barang baru umah kami...
Encik suami melayan cerita boboiboy? siap tak kasi tukar channel TV lagi! |
Alhamdulillah....... lepas ni complete kan barang lain pulak. Tengah survey2 antenna Tv yang bagus & clear pulak skrg ni. dengar kata ada HD nyer antenna TV. Nak cari ar!
p/s: Ini entri saya yang ke-400 tau setelah 2 tahun berblog =)
wow...ade tv baru....hehhe..aaalah imah makin berseri2 n tembam sikit..hehhe...
ReplyDeletestuju ngan cik mah..imah nampak glowing.hehehe. best r tv baru. dd tv sponsor by mak mentua je.kikiki
Deleteamboi2...didi lagi best tv sponsor gtu...
DeleteKat mna kedai tu... Tngah survey tv jgak..brpa price dia
ReplyDeletedepan Giant Kulim
DeleteNi harga 4 tahun lepas. Dalam 1k. Rasa sekarang ni harga Tv lagi murah
Delete