About Us

Thursday, November 29, 2012

Stop Menulis blog lepas Kawen?



Mungkinkah????


Situasi Sekarang.

Saya dah kawen walaupun hidup macam orang bujang. masih menyewa dengan kawan2. Masih uruskan diri sendiri. Rasa nak makan, makan. Tak nak makan, xpayah. Rasa malas, nak tidur, tidur aje. Tak payah nak fikir hal orang lain. Memang macam orang bujang lagi bila duduk jauh2 ni cuma nak buat apa2 kena mintak izin hubby dulu. Saya tetap berblog lagi sama macam time bujang dulu. Tak stop pun. Siap tiap2 hari lagi rajin update kan. Rajin lagi nak menulis itu ini. Sebab blog ni wujud dulu bukan sebab bukan pasal saya nak kawen. Tak..tak.... Blog ni saya buat untuk cerita pasal life saya. Pasal apa aje yang saya rasa ada kaitan dengan saya tapi dah sebab sekarang baru2 kawen mestilah duk cerita pasal kawen lagi. Takpe, leh wat inspirasi untuk b2b lain jugak kan? kan? kan?..

Situasi Akan Datang

Sabtu depan, dah dapat duduk sekali dengan hubby dah. Hari2 akan tengok muka dia kan. Duduk satu bumbung, leh wat banyak aktiviti sama2, leh solat jemaah hari2, leh makan sama2. Kira banyak benda lah yang harus diuruskan sama2. Lepas ni tak payah nak ulang alik dah dari shah alam gi kulim. Tak payah rasa penat & ngantuk lagi tiap kali hari jumaat & isnin. Alhamdulillah......walaupun belum ada rezeki untuk dapat baby tapi Allah bagi saya rezeki untuk saya duduk sama2 dengan hubby. Itu yang saya selalu minta dan doa selalu. Dari time kami berkawan, bercinta, bertunang & berkahwin tak pernah dapat duduk dekat kan. tak pernah nak kenal dia sangat kan. Alhamdulillah...Allah makbulkan doa kami. Harapan kami.  Dulu tak menyempat nak bercinta sakan, so time kawen ni lehla nak  bercinta sakan kan. Dah halal lagilah best =)

Tapi kan, saya terfikir jugak. Bila duduk sekali nanti saya tak pasti samaada saya akan berblog sekerap sekarang. Banyak tanggungjawab yang menunggu dekat sana. Sekarang ni kalau balik keja, tak ada benda nak buat.  Leh lagi layan2 internet tapi bila dah duduk sekali suami harus diutamakan. hal2 rumah pun mesti nak kena settle jugak kan. Memasak, membasuh, lipat kain baju. Lepas tu spend masa dgn hubby kan. Mau merajuk dia kalau saya asyik duk belek lappy je kan. Sekarang ni kalau balik time weekend pun saya mana ada masa nak bukak blog kalau dia ada. Time dia keja baru ada masa nak tulis blog. hahaha...lagi satu dekat kulim tu line broadband saya ni slow giler tau! pagi2 buta je yang ok. Huhu....bilalah nak pasang streamyx kan. husband cakap tiang telefon pun tak nampak cmne nak pasang streamyx? huhu...

Dengan situasi keja baru yang saya tak tau macam mana. Entah2 lagi teruk dari sekarang, lepas tu company strict gila. Takut, takut! seyes..fikirkan keja baru ni saya memang rasa seram sejuk. Ikutkan hati memang tak berapa suka, tapi disebabkan tanggungjawab & encik suami saya harus belajar suka. Huhu....dlm hidup tak boleh tamak. Dah dapat apa kita nak pun dah syukur Alhamdulillah. If ada benda yang masih belum dpat pandang dari sudut positif. Mungkin Allah tak bagi benda tu lagi dekat kita, tapi dia kasi benda lain dulu kan. Rezeki ni ada macam cuma manusia selalu tak cuba untuk sedar, fikir & bersyukur.

Saya tak rasa saya akan stop berblog lepas ni tapi yang pasti saya mungkin tak akan seaktif sekarang kan. Itupun bergantung pada situasi saya dekat sana nanti. If ok, maybe saya akan update entri selalu. Lagipun, saya dah fikir, lepas balik sana nanti nak tumpukan pada manuskrip novel saya yang belum siap tu. Dah lama deal dengan pihak penerbitan sejak tahun lepas lagi tapi xjugak siap2. Diaorang pun agak2nya dah lupa. Huhu....Hubby pun dah bising2 suruh saya tumpukan pada minat saya tu balik. Dia banyak bagi support dekat saya untuk siapkan novel tu walaupun kdg2 saya rasa saya tak mampu lagi untuk teruskan.

Tapi saya masih ada masa 2 minggu untuk start keja baru. So, dalam tempoh tu saya ada banyak masa lagi untuk berblog. lepas tu, bergantung pada keadaan la. Kita tengok macam mana nanti. Apa2 saya akan storey mori dekat sini.


P/s: tengok blogger perempuan lepas kawen ramai yang tak berapa nak aktif. kebanyakannya lah..so mungkinkah saya pun sama macam mereka nanti?

13 comments:

  1. Kak imahhhh, jangan la stop blogging. please. suka sangat baca blog akak walaupun jarang komen. jangan stop menulis okay.

    ReplyDelete
  2. you'll need to blog someday. bila stress gila when coping and juggling with working & household chores. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..of coz. especially time hubby xde kat umah then xad kawan kan? hehe...

      Delete
  3. salam dek...slmt berbahgia disisi hubby tersyg muge hingga hujung nyawa... jgn henti blog n berkarya yer dek...n maap dek akk nk bertanya...novel KERANA CINTA ITU dah kuar n dh berade dipasaran ker dek?best sesngt n cam ner akk nk dpt kn nyer dek...pleaseeee yer dek tlg beri akk jawapan nyer yer dek...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam akak. Tq sbb masih ingat psl novel KCI yg dah lama xberupdate tu. huhu...terharu saya tau. Belum lagi akak tapi dah banyakla progress nye. Sekarang dah bab 40 lebih. ada lagi 20 bab kot nak di tulis. Ingat balik kulim nnti nak cari mood baru untuk menulis. mintak2 ada idea tu. Hope sangat novel tu leh terbit next year. saya akan try

      Delete
  4. saya pun pengikut setia blog akak. selalu aje jenguk. baca entry-entry akak. tapi komen tu jarang2 lah. hihihi saya ni salah satu silent rider. sambung cepat2 tau KCI, rinduuuu >,<

    ReplyDelete
  5. tepuk dada tanya selera. yang penting jgn jadikan blog sbgai beban. kalau rasa takde mood nak update, tak perlu update. biasanya mood akan dtg balik lepas bila dah lama tak update. blog kan hanya utk mengisi masa. kalau dah ada benda lagi benda yg nak dibuat, tak salah tinggalkan dunia alam maya ni kejap. ye tak? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. True =) . Blog bukan beban bagi saya tapi HOBI. Kdg2 bila bnyak benda kita nak fikirkan dlm hidup hobi pun akan terabai & terpaksa dilupakan kejap. Hehe..Insya-Allah..bila lama kita "busy" dgn hidup kita mesti akan try cari masa untuk buat hobi kita balik kan. macam tulis blog jugak.

      Delete
  6. Mohon jangan berhenti berblogging. Pleaseeeee.... *smbil buat muka sedih.

    ReplyDelete
  7. hehehe. kite time ni time dengan husband memang tak pandang laptop dah. baik pandang muka dia lagi bagus. dapat pahala.

    ReplyDelete
  8. huhu.. normal r.. kn tune blk timing tue.. sy pun gitu. bila ada hubby, mmg xkan pndg lptop. bkn sbb pe, tp mcm yg mana lebih utama, kita utamakan..

    lagipun, berblog ni kan cuma hobi. hobikan dibuat bila waktu lapang.. :) <--ayat sedapkan hati sendiri juga.. hahaha..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!